thumbnail

Monday, January 05, 2015

#throwback 1 - Program Back2School


Bismillahirrahmanirrahim..fuh tarik nafas nak throwback ni..macam nak cerita macam taknak cerita pun ade, tapi disebabkan banyak mase kat kaunter ni meh la kiter share sikit-sikit. Buat simpanan sendiri je ni.

Kat office sekarang ni aku jadi ahli badan kebajikan so kalau ade event yang melibatkan office aku kene join la, lagipun aku memang minat buat benda-benda macam nie.
Latest (latest ke?huahuahua...) program Back2School untuk anak-anak fakir miskin (eh..sesuai ke tulis macam ni?) dari PPR Bandar Tun Razak. Office cari collection, buat surat minta sikit-sikit sumbangan, war-war di medan sosial dan alhamdulillah mendapat sambutan yang meriah la aku rase. Pagi berkenaan anak-anak ni semua dibawa dari PPR Bandar Tun Razak menaiki bas yang disediakan oleh office aku ke Mydin Mall USJ. Sarapan la mereka didalam bas sebab target shopping awal pagi sebelum orang mula ramai.

Tema merah dihari berkenaan

Taklimat dari pegawai aku.

Taklimat pada anak-anak tu semua, almaklum la kan takut wey kalo anak orang hilang.
Taklimat pada kami juga yang perlu jaga 3 orang anak setiap seorang kami.
Bergetar gak la jantung, mata tu tak lepas pandang la kat diaorang..hahaha...baru aku tau macam mana rasa jaga anak ramai ni. Fuhhh...takuit!

Bawak shopping beli kasut, baju sepasang, beg, stokin dan alat tulis lengkap semua untuk setiap seorang. Takde pulak gambar mase bershopping sebab takut terlepas pandang kat diaorang tu. So hp simpan rapi. ;)

Hasil shopping setiap seorang.

Anak-anak berusia 7-17 tahun kalau tak silap aku. Yang ramai anak-anak sekolah rendah je aku tengok.

Sumbangan diskaun dari Mydin Mall USJ

Alhamdulillah, pihak office aku dapat feedback yang baik dari Mydin Mall USJ untuk bagi lebih diskaun pada setiap seorang anak ni. Selepas shopping setiap sorang dapat pulak dinner plate dari KFC. Semua kutipan lebih dari pada yang disangka. Masa shopping pun dijangka dari pukul 9 pagi sehingga pkl 12 tengahari tapi disebabkan semua berjalan lancar maka waktu shopping pun singkat dan tak kelam kabut sangat. Staf Mydin USJ pun sangat membantu kami.

Tak banyak yang aku boleh cerita sebab ini pertama kali aku terlibat secara langsung dengan event macam ni. Dengar kata, lepas ni nak buat event untuk gelandangan pulak. Cuma terhenti seketika perancangan sebab kami terlibat dengan bantuan banjir sekarang ni.

Dan, alhamdulillah event aku kali ni boleh melibatkan anak-anak. Aku nak anak-anak aku tahu ape yang aku buat dan aku nak diaorang tahu kalau kita susah ade lagi orang yang lebih susah dari kita. Almaklum la sekarang ni semua tersedia depan mata jadi anak-anak rasa kami ni mewah sedangkan segala luka kami sorok sebaik nyer dari diaorang.

Kanak-kanak ribena yang ikut je mana mama pegi. Eh tak, aku jaga anak orang Eady jaga anak kami. Gitu.

Sememeh sangat dah si adik tu bila dah masuk tengahari. He..he..he...
Tema pun mesti sama dengan mama.

Kami pun gula-gula!

Setel event bawak anak-anak ke Quill Mall KL yang baru buka tu. Ala yang berdepan dengan Jalan Medan Tunku tu la. Krismas kan mase tu so penuh la dengan tema Krismas.

Sekadar bawak jalan-jalan makan-makan sebab anak-anak behave sangat mase mama terlibat dengan kerja. Kualiti dengan anak pun nak kene jaga jugak ye tak? :

24 comments:

Nuriesya Nadia said...

Comel je semua pakai merah. Hehehe.

Fiza Rahman said...

Alhmadulillah. Bestnya dapat join aktiviti macam nih. Seronok anak2 ni dapat kelengkapan sekolah.

Julia Johari said...

Contoh tauladan yang baik utk anak2 sis sebab involve sama2 utk amal kebajikan dari ofis sendiri...good job akak...tema merah sangat sesuai...senang nanti anak2 tu semua nak trace fasilitator kt mana kan...wahh Mydin USJ ni sponsor ye...byk lagilah rezeki company tu...sis izwa sihat? rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu

Nieyl said...

bgs anak2 akak...:)
Singgah pagi...

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Alhamdulillah.. ada peluang untuk join aktiviti amal spt ini.. bagusnya.. menyerlah satu keluarga dengan warna meriah.. nmpk ceria sangat..

Kakcik Nur said...

Syukur Alhamdulillah...ada rezeki buat anak-anak itu atas ehsan insan2 yang prihatin...

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya buat semua...

Nad MamaZN said...

seronok gak wat keje2 amal camni
tgk depa seronok, kita pun jadi hepi gak kan :)

Nad MamaZN said...

seronok gak wat keje2 amal camni
tgk depa seronok, kita pun jadi hepi gak kan :)

Lynn Hamzah said...

bagusnya berpeluang buat kerja kerja amal nie...tahniah....

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa....bagusnya...seronok tengok satu family berbaju merah ni..:)

wahida said...

Alhamdulillah...bagus kerja amal mcm ni...harap aku pun boleh join one fine day nnt...

p/s: beb, ko x nak buat pop up komen balik ke? style komen rupa gini pc aku slow la...huhu...

lieyalatif said...

tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima kan wa...in sha Allah semoga mendapat keberkatan pada yg ikhlas menghulurkan bantuan....

hepi new year n salam maulidur rasul ....

Daddy Ziyyad said...

Alhamdullilah, dgn melibatkan diri dalam aktiviti macam tu, mmg awak selalu kumpul saham akhirat....Moga diberkati & dipermudahkan segala usaha awak & ofis awak.. :)

Ada gi ke Kelantan tak nanti?

Aziela said...

Alhamdulillah....bila ada peluang untuk berbakti, janganlah dilepaskan. Secara tak langsung, keluarga kita pun turut sama berbakti.

::EIDA:: said...

sememeh tu yang buat orang gewam!!!

lia ummiirfan said...

alhamduLILLAH.. :)

Kakzakie said...

Barokallah... bagus sykt yg alert begini wajar dicontohi. Tahniah buat semua yg terlibat.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Seronok dpat buat kerja amal ni Izwa.. bantu fakir miskin kan.. Comel pulak pic kat gula-gula tu :)

Kira Sakura said...

best kan kak bila kita terlibat dgn aktiviti mcm ni. ofis tak pernah la buat lagi huuu pernah join dengan budak2 blogger jela. tu pun lama dah takde aktiviti gini

Falsya said...

Alhamdulillah..seronok sgt tgk..kite kan kak kalau join event nie mesti setiap masa bergenang je air mata..sedih..heheh

Cik Puan Rann said...

Alhamdulillah....seronok la bebudak ni sopingkan...

tiga lalat said...

Salam. Hee meriahnya.

el said...

alhamdulilahhh
bila tgk anak2 ni seronok kita pun seronok jugak..
kemain merah anak beranak tu

LYAfrina said...

btul tu..sibuk camner pon dgn kerja.. kualiti bersama ank mmg kena jaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang