thumbnail

Thursday, January 15, 2015

#throwback 4 : Labuan - Mandi Pantai, Lepak-Lepak & Gosipping


Sambung lagi #throwback Labuan, pada yang belum baca part sebelum ni sila pegi baca ye.
Entry lepas pasal Muzium Maritim Labuan.

Semua orang tau kot yang Labuan ni di kelilingi dengan pantai. Tau kan? Ala serupa Langkawi la jugak Labuan ni, nama pun pulau bebas cukai serupa la walaupun sentiasa di anak tirikan. Langkawi je gah Labuan sunyi sepi. eh? Tak caya tanye orang lain ape yang diaorang tau pasal Labuan. Confirm ramai duk aa..aa..a...

Eh..emo plak..kekekeke..jom la mandi pantai! Dah kata cuaca cantik mase kami balik sana dengan duduk KL ni mane ko nak jumpe pantai jadi peluang keemasan haruslah tidak dilepaskan! Berkelah okey kita orang semua. Mak cakap dah lama tak berkelah macam ni.
Nampak sangat la mak abah happy. Sempat la gosipping dengan mak citer pasal anak dia yang nama Suhaidi tu, sampai syahdu aku dengar mak citer..uhuks..

Anak beranak ni memang hantu air

Aku cuma pemerhati dan penjerit bila anak macam dah jauh sangat dari darat.ha..ha..ha..tension je eady dengan aku! Time ni pantai tak berapa bersih tapi air tak kotor.

Baju hijau ni adik Eady no.4, tengah tu biras aku dan hujung tu semestinyer aku la ;)

Mak masak, biras masak, adik ipar masak..aku tukang makan jek..mihmihmih..menantu hantu gitu. 
Eh takde la..jarang balik dilayan macam puteri gitu..phuiii..kehkehkeh..

Dengan mak mertua, ni waktu gosipping.Muka pun tak make up..

Pakai spek tu adik Eady yang bongsu, tahun ni SPM
  
Yang kiri sekali adik Eady no.5 

aktiviti ape lagi..macam biase la kalo kat pantai.

Syahmi pun happy sangat :)

Memang hitam bedengut anak-anak semua. Hehehehe..
Aku pun dah lupa yang ni hari ape, Krismas day kot. Masak-masak macam sambut raya tu, makan duduk tepi pantai memang sempoi abis la ;) Seronok tengok mak senyum je, abah ade tapi on off sebab abah bawak teksi kan. Pusing-pusing kejap lagi ade balik abah.

Nama pantai korang jangan tanye aku, aku lupa tapi kalau jejak ke Labuan pegi je sekeliling ade je tempat nak mandi, ade je port nak amik gambar cun cun. Ntah aku suka Labuan bukan sebab mak abah mertua aku kat sana tapi aku suka sebab orang tak ramai.

Pakai baju nenek belikan ;)

bawak anak-anak buah lepak-lepak makan-makan.

Kemain diaorg hi-tea..ehh..nampak plak budak tak berbaju tu..hahaha..tutup mata koranggg..budak tu main air liur sampai baju dia basah. Abah dia x bagi pakai sebab nanti dada anak sejuk..abis yang bogel tu tak sejuk kot..hahaha..nasib baik umah dekat.

Main la korang dalam airport terminal.hahaha..gambar kabur pun aku nak letak jugak sebab aku seronok tengok diaorang happy waktu ni :)

Actually kat airport terminal tempat biase kitaorang jalan-jalan lepak kalau tak ke Ujana Kewangan (shopping kompleks di Labuan). Airport ni dekat sangat dengan umah mak abah mertua, sampaikan kalau waktu kitaorang balik sana bagitau je waktu dijangka tiba then nampak je kapal lalu atas umah baru diaorang siap start enjin kete jemput kitaorang kat airport. Dalam 5 minit je kot dah sampai.

Lepas ni kiter masuk entry makan-makan eh..saje aku simpan last-last baru cerita ;)
Seronok sangat abah asyik bawak pegi makan sampai naik 4kg mase balik sana. *nangis*

23 comments:

safurara said...

masa pergi KK dulu.transit kat labuan, kami borong coklat.mmg best gila!

akk x makeup pon antekk =)

Jueliza Jamani said...

best kalo jumpa sekali sekala macam ni tau

Kakzakie said...

Patutlah ceria benar sebab ramai-ramai pergi siap semua adik-adik dan anak-anak mestilah ceria:)

Defa Ramadhani said...

waah seru banget ya,dokumentasi fotonya juga lengkap :)

Fiza Rahman said...

Sekali sekala balik labuan, sernok dapat berkelah.

Nampak muda lagi mak mertua ko yer beb.

Kakcik Nur said...

Seronoknya dapat berjimba beramai2 gitu... :)

bilalah mak nak sampai ke Labuan ni...

Falsya said...

Aah la kak..kite pun baru tau nie ha yg labuan ade tmpt duty free..hehhee..dh lamanye xmerasa gie piknik gitu..last time kite umur 8-9 thn kut..

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

Nur Inani said...

seronoknyaa jalan jalan pantai. banyak gila makanan. hahaah :D

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam idzwa,
ooohhhh
iols rindu labuan sob3

Aku Penghibur said...

seronoknya kalau sekali sekala berpiknik... ala tak lepak kat pantai

Nieyl said...

hamboi..seronoknyer...

Diana Rashid said...

Ramai nya adik beradik dia..berapa orang semuanya??

::EIDA:: said...

kak comel gambar 4beranak pimpim tangan tu .. hehehe. akak patut join sekali heeee ~

el said...

canteknnya beach tu
best giler uols piknik
lauk2 pun byk
tu nasi impit kuah kacang ke tu hehe
eady tu anak sulong ke cam mn bhaha

Julia Johari said...

Kak wa, comey yer pakai tudung gitu simple je...tak makeup pun omeiii...pe resepi produk korea akak pakai ek...cer citer...amboiiii meriah yer berkelah...seronok tgk anak2 sis pakai swimming suit mandi pantai...menu tu semua sedap2...alahaiiii nak join sama kak

Mrs Puex said...

seronok kan kalau tgk dorang seronok gilahh..

heeee...

Aziela said...

Tempat yang best untuk settle down dan bertenang kan. Jelesnya akak... Bolehlah masuk list akak. Kalau tetiba meroyan nak holiday sensorang, Labuan nampak macam good choice.

eMMe said...

tringat twin pun suke main air liur sampai basah satu baju, hahaha.. mcm artis asyik tukar baju, hahaha.. pakai bib okey lak nasib takmo buka bib tu, tapi skrg ni, dah tamo dah pakai bib.. di bukannye... Idzwa, ur natural beauty la, tak yah make up la...

LYAfrina said...

ank2 smua nmpk happy dpt jumpa sepupu2 dia org..
pantai mmg cantik la.. lg2 cara snap pic tu sgt menarik..

Mrs Little Voice said...

meriah picnic reramai....

Kira Sakura said...

seronok tengok diorang sepupu ni. walaupun jarang2 diorang jumpa tapi nampak sangat rapat. macam dah biasa jumpa hari2.

kalau kira tak ditempatkan kat kedah 5 tahun dlu mungkin labuan lah tempat kira. dua kekosongan je yang ada masa tu. kedah dan labuan.

CT Humairah said...

hihi mak mak memang gitu le kalo anak mandi laut ke mandi kolam ke.. panic memang extra.. xyah cakap akak le anak kecik2 lagi.. CT yang tua dah ni pun nak lintas jalan ttb je mak pegang tangan..

dimata mak-mak.. anak2 always their babies =')

akak.. recptcha ni buang la kak.. jenuh nak isi each time nak komen =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang