thumbnail

Wednesday, April 29, 2015

WW : Terasa Sesuatu


Tahniah Abg Syahmi Irsyad

WW kan? so copy paste dari FB je.

Alhamdulillah, tahniah abg #SyahmiIrsyadSuhaidi ! ☺️ Syahmi Irsyad Suhaidi​
Bila tanye abg nak hadiah ape? Dia kata "abg dah taknak ape-ape, lego robot pun tak nak, legoland pun tak nak..tu semua membazir.. (mama terdiam sebab terasa sesuatu) 

"Syahmi nak 5 ringgit boleh mama?"
"Abg nak buat ape 5 ringgit?" 

"Abg nak beli kertas (kad) asma ul husna dgn kertas (kad) selawat. Kat sekolah agama ade jual" 
Sedih nyer la hai hati bila permintaan anak mama belum dapat tunaikan buat masa nie 
#me #myself #mylove #mykids #myfamily #love #happy #sad #bestmoment #touching #exam #noone

Monday, April 27, 2015

Entry Permulaan


Heh..bukan isnin je bosan tapi hari-hari dah bosan mengadap blog sendiri..dah canne? Nan hado idea nak cerita.Yang ade cerita biase-biase je..
Syahmi sukan sekolah, Syakirah rampas pakwe mama, Sufiya mcm biase dengan perangai dia. Oh jumaat lepas ade ade event tapi takde mood lagi nak hapdet..dah canne?

Sebagai permulaan, nak belanje sikit gambar..nak tarik mood ;)

Event Ariani & Comfort di Jakel Mall

Pagi sabtu laki bini berperangai giler.

Yang ni paling sakitnya tuh disini..

Perampok pakwe ku! Share pun tak kasi..huh.

Wednesday, April 22, 2015

WW : Ko Ghase??!


bedak & budak tak dapat dipisahkan

Lipstik pakai kat gigi ye mak-mak

Celak sila pakai kat muka bukan mata ye bapak-bapak

Posing maut supaya tak kene marah Y_Y

1 tahun 9 bulan, akal kemain panjang budak nie. Pandai gaduh pun ye jugak nie. Kalau marah kat kakak dia tarik rambut kakak, dengan Syahmi dia jarang gaduh sebab Syahmi lembut je dengan adik-adik tapi jangan Sufiya..errmm..ermm...anak no.2 kan special..he..he..he..

Masih lagi ngempeng, tapi dah besar ni makin kronik ngempeng nyer sampai malam tak bagi aku baring sebab dia nak menyusu sepanjang malam..ko dah kenapa dik..penat okeh.
Masih lagi tak campur susu lain kecuali segala air dia dah bedal..kehkehkeh..makan takyah cakap tomato mentah pun sebat.

Sikit hari lagi dah nak 2 tahun..simpan besar ni je tak bleh ke?? Kenapa besar cepat sangat ni anak-anak..uhuks~ 

Ko ghase tak ke laut ke WW aku ni?muahahahaha..

Tuesday, April 21, 2015

Sufiya Irdina | Pertandingan Bercerita


Betapa tak gigih nyer aku sekarang ni nak update blog...takde cerita la diceritakan..malas pun ye jugak..asyik duk kenang-kenang biler la nak 30hb Mei nie..dekat 5 bulan tak pegi bercuti nie..kematu dah otak. Awak dah tak sabar sebenar nyer nak sambut anniversary 2 Jun nanti..he..he..he..

Ok fine.

Khamis lepas Sufiya masuk pertandingan bercerita anjuran Taska dia untuk hari Inovasi di Lobby MARA. Sebulan jugak la dia duk hafal cerita Sang Monyet Yang Sombong ;)


video

Video nasyid Syahmi nanti aku try share kan jugak eh..haritu nak post kat FB kekonon nak save kat sana dulu baru save kat pc sekali terdelete dari hp..grrr..ade kat ipad tapi yang dah separuh. Nasyid Syahmi yang pegi lawan sekolah lain tu bulan depan, bulan 5 nanti.

5 orang yang masuk bertanding.

Senyum sebelum menangis. ermm..

Muka elok gelak-gelak mase orang anounce dia menang no.2 tapi lepas dapat hadiah terus nangis berjurai-jurai air mata sebab tak nak hadiah no.2 tu tapi nak hadiah no.3 sebab hadiah no.3 lagi besar dari hadiah no.2. Huhuhuuu..sabar je la.. t____t

Ok dah, takde idea dah nie.

Thursday, April 16, 2015

Perpustakaan Kanak-Kanak di Perpustakaan Negara KL


Baru terhegeh-hegeh nak update blog. Perangai ade sedikit malas lately nie..mihmihmih..
Duk kelebek je gambar dalam hp tapi idea nak update tu nan hado.
Dengan sakit jiwa sebab online radio kene block kat office dengan web ber -dotcom semua kene block lagi la sakit jiwa..heh..online radio pun kedek..tapi FB & IG buleh pulak on..hmm..

Tapi disebabkan nak cleankan gambar dari hp meh la kiter merajinkan diri update pasal Perpustakaan Kanak-Kanak kat Perpustakaan Negara nie.

Aku pun dah puluh tahun tak jejak sini, nama je orang KL tapi perpustakaan negara pun tak pegi..pfftt..jejak ke sini pun sebab anak yang beria-ia ajak pegi. Ni minggu ni dia ajak pegi Pesta Buku kat PWTC pulak, siap tanye mama tau tak kat mane PWTC tu?Tau tak PWTC tu ape..heh..mama ko memang tak tau kot..he..he..he..

Bergaya kemain korang ye anak-anak.

Nampak tak waktu operasi dia?
Isnin & Hari Cuti Umum ditutup.
Selasa - Sabtu di buka dari 10.00 pagi hingga 7.00 mlm.
Ahad di buka dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

ade ruang untuk anak-anak belajar komputer

Nampak ruangan berbaring?

Tukang punggah yang baju pink, tukang kemas yang baju purple.

Eh...mcm belakon pulak suami isteri nie..thihihii..

Bilik air kat dalam so tak risau nak lepaskan anak yang dah besar sikit tu.

yang tengah tu eksyen jek tu ;)

Sebenar nyer kat dalam ni besar jugak.
Ade ruangan untuk tengok tv, ade bilik tayangan movie, ade bilik komputer, ade bilik teater.
Masuk percuma & kalau nak pinjam buku cuma bagi mykid/mykad je takyah nak buat kad bagai. Boleh pinjam selama 4 minggu kalau tak silap aku.
Banyak jugak buku sampai rambang nak baca yang mana satu. Last-last orang yang ajak pegi perpustakaan tu duk pegi tgk tv dan main kejar-kejar dengan adik T__T 

Tengok dah start bising apa lagi, ajak pegi taman je la terus..nak lari pun lari lah..
Oh lupa, depan pintu perpustakaan ni ade cafe, harga masih lagi mampu bayar okey.. ;) teh ais dia sedap bangat! ha..ha..ha..

Saje tayang muka budak yang dah mengantuk giler tu..ha..ha..ha..muka pasrah berserah sangat ni dik! Yang abah duk dera bawak pegi amik angin biar kene muka.

Wednesday, April 15, 2015

Hidup Ini Bukan Milik Kita - Hanis Azla


Tertelan air liur, sebak kat dada macam nak pecah baca entry kak Hanis Azla. Santai bicara beliau tapi penuh menusuk kalbu..mungkin sebab tu beliau boleh dikira berjaya dalam bidang penulisan.

Hidup bukan milik kita, tajuk simple tapi sehingga mengalir air mata membacanya. Buat hati ni terdetik, tersedar bagaimana jika aku berada di keadaan itu. Terpanggil terdetik dihati bagaimana harus bermula semula dari mula. Terfikir, hidup kami sekarang ini tampak indah belaka hakikatnya tersorok segala derita. Entah dimana silapnya sehingga perlu ditinjau sejak dari mula.

Apakah persediaan aku jika "pergi" begitu saja? Apakah persediaan aku untuk anak-anak jika di"tarik" secara tiba-tiba..*telanairliur* 

Aku dan Eady sedang kuat, sedang bertarung untuk anak-anak kami & juga diri sendiri. Untungnya aku ada seorang lelaki yang senantiasa sabar & tabah di sebelah aku. Dialah satu-satunya manusia yang aku kenal sangat sabar sehingga takde ape mampu goyahkan kesabaran beliau ketika ini. Hakikatnya senjata dia hanyalah usaha dan doa yang tidak pernah putus. Aku pun tak setabah dia, sekali sekala gugur juga air mata yang selama ini aku simpan. Terima Kasih ALLAH SWT.

Alhamdulillah, hubungan kami bertambah kuat dengan dugaan ini. Mungkin kerana usia perkahwinan yang hampir 9 tahun buat kami dewasa. Mungkin kerana hakikat kami sedar kami hanya boleh bergantung antara satu sama lain. 

Hidup bukan milik kita, ye dan kita perlu berjuang untuk hidup kita sendiri. Aku tak sabar nak menanti detik untuk kami bermula semula dari mula. Aku tak sabar nak menyulam hari aku sehingga tua bersama dia. Andai kata, satu hari nanti jika dia temui bahagia walau bukan dengan aku, aku akan redha kerana aku selalu menyatakan pada dia yang aku nak dia bahagia ;) Aku selalu doa dia temui bahagia dalam cara dia sendiri. 

Jangan salah sangka, kami masih lagi bahagia dalam cara kami tersendiri cuma aku yang mahu dia terlebih bahagia dari aku sebab aku sayangkan dia. ;)


Monday, April 13, 2015

Sabtu Ahad


Nak letak tajuk ape pun tak tau. Hari ni isnin tapi nak cerita pasal sabtu & ahad. 
Hari ni hati ade retak sikit dari semalam jadi kiter cerita pasal anak supaya ade terbitan senyuman dihati dan di muka lah ye ;)

Sabtu pagi awal pagi dah keluar rumah, sarapan kat Kg. Baru sebab abang Syahmi Irsyad ade nasyid. Heh, anak bujang ni makin hari penuh aktivit dia je hujung minggu sampai kan aku dengan eady tak bleh nak kemana-mana. 

Ade Hari Iftifal kat sekolah agama, so abang Syahmi kene nasyid kat sekolah dulu sebelum lawan nasyid kat sekolah lain bulan 5 nanti.

Kemain posing ko ye kakak..thihihiii..

Gambar nasyid ade kat ipad maka aku terus malas nak upload. Ha..ha..ha..boleh eh malas!
Kelakar tau kalau tengok dia nasyid, kejap senget la kejap garu tengkuk la.. T__T sabar je la aku.

Lepas nasyid terus ke Perpustakaan Negara! Hah, ni pun salah 1 tempat yang Syahmi Irsyad asyik la ajak pegi. Kerlas ko bang, kawan-kawan ko gigih citer pegi Ikea la pegi KLCC la dia gigih ajak ke Perpustakaan Negara pulak. Dia cakap cikgu suruh pegi sebab kat sini best.

Okey, dah alang-alang free kita terus pegi lepas nasyid tu.
Perpustakaan Negara kanak-kanak bawak 12 tahun tak boleh masuk jadi kiter ke Perpustakaan Kanak-Kanak kat ground flour je.

Nampak tak adik posing?? Kemain posing ikut kakak cekak pingang.

Rupe nyer seronok kat dalam ni! Serius bebas untuk anak-anak bersuka ria dengan cara sendiri. Syakirah pun aku  lepas bebas dalam ni. 

Meniarap boleh.

Bersantai sahaja.

Baring pun boleh! He..he..he..suka hati.

Dalam Perpustakaan Kanak-kanak ni kiter tak risau pun sebab toilet pun kat dalam, ade bilik movie, ade bilik komputer, ade tv untuk anak-anak bersantai. Masuk percuma malah parking pun percuma. Dah la aircond free pulak tu so rugi tak bawak anak pegi sini.

Tengok kat dalam ni, ramai anak cine & india je..anak melayu..ermm..ermm...mane ntah.

Lepas solat makan kat cafe bertentang dengan Perpustakaan Kanak-kanak ni kami terus ke Taman Tasik Titiwangsa! Hey..seronok okey!!

Posing dulu ;)

Lama kot tak berbasikal! Last mase mengandungkan Syakirah mase kat Golden Palm Tree, Sepang tuh..haa..lama dah..kali ni sewa basikal kat Taman Tasik Titiwangsa ni jek. Sejam RM10 tak kire basikal besar ke basikal kecik ke skuter ke..pecah peluh la jugak sebab aku gilir bawak Syahmi & Sufiya.

Almaklum skuter tu sewa 1 jek jadi kene gilir la diaorang main benda tu. 

Muka Syakirah mengantuk teruk..

Ha..ha..ha..tengok la muka adik tu..memang dia mengantuk teruk wey. Dari tengahari tak tido kene plak angin mase naik basikal tapi dia relax je tak meragam langsung..layan menyandar kat belakang jek.. ;)

Rase macam nak kene jadikan benda ni rutin sebulan sekali la sebab seronok. Anak-anak pun seronok. Aku ingat nak belikan Sufiya basikal pulak sebab Syahmi dah ade basikal. Puas tengok anak-anak gembira main kat luar berbanding main gajet je kat dalam umah. Sekarang ni pun gajet memang dah kurang sangat dah dia orang nie, tak heran pun kat mana diam nyer Ipad tu.

Ahad pun main kat luar umah. Main basikal dua beradik tu. Syakirah main pasir Y_Y
Eh cakap pasal ahad, aku jumpe RAJA SELFIE kat tesco ko tahu?? Duk eh..eh..eh..pastu terus lupa nak ajak selfie sebab sibuk eh eh cak lempong lagipun malu pun ye jugak..hihihii..

Baca balik baru aku perasan ayat aku dan cerita aku skema giler..bhahahaha..lantak laaa malas la nak edit ke sebab hati aku ni tengah turus jurus dan lurus sekarang nie.. :D

Wednesday, April 08, 2015

Sembang

Bento hari nie.

Tengok baru hari ni ade selera nak makan, kalau tak dah seminggu ni kurus..kekekeke..
Pakej demam, batuk ,hidung tersumbat, sakit pinggang, sakit urat belikat, sakit gigi nyer sampai susu drop teruk! Bayangkan pam cuma dapat 1oz jek..uhuks..sedih giler tapi peminum nyer minum sampai 4oz sehari..phiewww..bayangkan betapa kuat nyer dia minum. Waktu pegi menyusu pun dia tibai waktu petang minum botol pun dia tibai gak..

Semalam seharian tak makan, petang baru makan kat umah sebab ade lauk nie. Oh bekal aku biase nyer adalah lauk semalam kecuali telur dadar tu la. Almaklum la kan aku ni org kampung dot com so lauk semalam memang takde hal lah. Dan jangan cakap aku bawak bekal sebab GST ye sebab aku memang dari azali berbekal ni sampai anak-anak pun sama dah terikut-ikut. Ade je bekal setiap hari ke sekolah atau taska.

Batuk aku ni dah sebulan tak hilang kot, hidung tersumbat ni sampai aku dah takde idea nak buat ape..malas dah pikir. Lantak la kan kat situ biler jumpe peminjam dengan suara sengau, mesti org tu cakap kesian muka comel tapi sengau..kakakaka..duduk office pun kejap-kejap layan kerusi urut Ogawa tuh..kihkihkih..free kan.

Kata nak cuti atau mc memang tak la. 1 sebab aku bukan kaki MC (ehemmm Dr. DaddyZZZ mesti suka aku..hahaha..) sebab rekod aku dari dulu pun memang cantik je samada tanpa MC atau setakat MC 1 hari itu pun MC duduk office jugak! Susah nak MC kalau anak ade kat taska atau kat sekolah nie. 2 sebab buat mase ni aku tak boleh bercuti/cuti sebab aku masih lagi berstatus Mangku. Takde istilah ME TIME kat aku buat masa nie, walaupun kadang-kadang rase nak terbalik dah..macam semalam rase nak merangkak ke taska waktu nak pegi menyusu tu..serius memang tak larat giler..

Hari ni rasa much better sebab semalam lepas makan ubat terus tido sampai lupa ade anak 2 orang lagi..hahaha..bangun pukul 10 malam tengok diaorg tengah tengok tv..grrr..berseronok ye koranggg...ok takpe sekali sekala.

Lagipun dah lama anak-anak tak berseronok mcm tu kot, sebab hari sekolah aku strict sikit. Waktu makan, waktu kerja sekolah, waktu solat mengaji, waktu tido semua ikut time. Kelonggaran pada hari minggu je. Hmmm...cerita pasal anak-anak ni banyak buat aku sedih dan ralat kat diri sendiri..dah seminggu ni asyik teringat je..

Begini cerita nyer..(aku copy dari status FB aku je la ye..)

Tgk dia doa lama lepas solat..biler tanye abg doa ape? Dia sengih je.

"takpe..takpe..syahmi doa tapi syahmi tau syahmi tak dpt punyer.." sengih lagi.

Cakap je la..

"Syahmi doa nak Lego Robot yang kat Sogo tu tapi mesti tak dpt punyer sebab harga dia 79.90..mama mesti tak kasi sebab nanti mama cakap bukan keperluan lagi buat masa ni.." sengih lagi..terus dia tengok tv.

Ni gambar Lego nyer.

Benda ni asyik terngiang-ngiang je kat otak aku gambaran muka Syahmi yang biase bagai takde ape tapi cara dia cakap merobek hati aku sampai aku nangis dalam bilik air, bayangkan anak baru darjah 2 tapi mempunyai permintaan kecil tapi besar bagi dia.

Bukan tak mampu beli tapi aku rasa macam satu pembaziran nak beli benda mainan sebab satu aku fikir mainan pun banyak lagi yang elok kat umah tu..dua aku rase ia bukan satu keperluan buat mase nie dengan kos yang makin meningkat sebab GST, susu pampers barang basah semua naik mendadak..hmmm..tapi ntah la hati mak-mak ni susah nak dijangka kan..

Lego Robot ni memang dah berbulan dia nak tapi aku tak nak nanti jadi macam mainan lain minta bukan main tapi main nyer sekejap je. Aku lebih suka beli benda yang dia guna atau main setiap hari..hmm..susah kan..hmm..sabar lah hati..

Cerita pasal anak lagi, hari tu cuti sekolah bulan 3 tak dapat bawak diaorang pegi mane-mane sebab Eady balik Labuan tu kan, jadi cuti sekolah yang start bulan 5 ni aku dah janji nak bawak dia orang bercuti walaupun dekat je. Alhamdulillah hotel pun dah book, tarikh hujung bulan 5 sambung 2 hari awal Jun sekali gus sambut anniversary kami.

Harap diwaktu tu aku dan Eady juga anak-anak sihat sejahtera. *mata masuk habuk plak* 

Monday, April 06, 2015

Bersiaran Lagi


Lama nyer tak bersiaran, duk ade je cuma takde cerita menarik. Duk sibuk countdown nak cuti tapi nak bercuti betul nyer lambat lagi..uhuks..hujung bulan 5 & awal bulan 6 ok! Lambat giler lagi..sabar je la aku. Y__Y

Hari minggu pun tak kemana sejak Eady balik dari Labuan dia busy dengan kerja yang tertangguh. So aku cuma lepak kat rumah je.

#muahciked

So korang thanks sebab ade yang hentak kaki sebab aku tak update..hahaha..sape lagi kalo bukan blogger femes tu..dik Julia Johari tuh! Kemain marah dia sebab akak dia tak update blog..kekeke...

Dan korang, sape yang blog dia dot.com sori okey kalau aku tak BW sebab kat office baru ni segala online radio, segala blog retis ke (ni semua aku tak peduli pun) tapi yang tension nyer sape yang ber dot.com semua kene block tak bleh masuk. Grrr...ape nak buat terpaksa redho je, almaklum masuk tempat orang kan..

Yang pelik, FB..IG & TWITTER boleh plak masuk..aduhhh..

Wednesday, April 01, 2015

Satu Haribulan Empat


Selamat Hari GST semua!! Yawww...nak tak nak kene terima jugak ;) aku is busy sebab hari ni tarikh yang sama baru dapat kerja yang sebetul nyer. Sedebuk semua sekali datang. Phiew..bertatih nak belajar balik.

Tempat aku yang comel

Tu dah bersusun dah kerja aku nak kene tengok one by one. Senarai nama ade beratus-ratus aku nak kene check. Pelan-pelan, tarik nafas. So korang kalau tengok seminggu dua ni aku timbul tenggelam ni korang kene paham la ye. ;)

Alhamdulillah buat mase ni dunia aku berada dilandasan yang betul, harap ia terus berada dilandasan dan harap jugak jangan ade sesiapa yang " melintas" landasan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang