thumbnail

Wednesday, April 15, 2015

Hidup Ini Bukan Milik Kita - Hanis Azla


Tertelan air liur, sebak kat dada macam nak pecah baca entry kak Hanis Azla. Santai bicara beliau tapi penuh menusuk kalbu..mungkin sebab tu beliau boleh dikira berjaya dalam bidang penulisan.

Hidup bukan milik kita, tajuk simple tapi sehingga mengalir air mata membacanya. Buat hati ni terdetik, tersedar bagaimana jika aku berada di keadaan itu. Terpanggil terdetik dihati bagaimana harus bermula semula dari mula. Terfikir, hidup kami sekarang ini tampak indah belaka hakikatnya tersorok segala derita. Entah dimana silapnya sehingga perlu ditinjau sejak dari mula.

Apakah persediaan aku jika "pergi" begitu saja? Apakah persediaan aku untuk anak-anak jika di"tarik" secara tiba-tiba..*telanairliur* 

Aku dan Eady sedang kuat, sedang bertarung untuk anak-anak kami & juga diri sendiri. Untungnya aku ada seorang lelaki yang senantiasa sabar & tabah di sebelah aku. Dialah satu-satunya manusia yang aku kenal sangat sabar sehingga takde ape mampu goyahkan kesabaran beliau ketika ini. Hakikatnya senjata dia hanyalah usaha dan doa yang tidak pernah putus. Aku pun tak setabah dia, sekali sekala gugur juga air mata yang selama ini aku simpan. Terima Kasih ALLAH SWT.

Alhamdulillah, hubungan kami bertambah kuat dengan dugaan ini. Mungkin kerana usia perkahwinan yang hampir 9 tahun buat kami dewasa. Mungkin kerana hakikat kami sedar kami hanya boleh bergantung antara satu sama lain. 

Hidup bukan milik kita, ye dan kita perlu berjuang untuk hidup kita sendiri. Aku tak sabar nak menanti detik untuk kami bermula semula dari mula. Aku tak sabar nak menyulam hari aku sehingga tua bersama dia. Andai kata, satu hari nanti jika dia temui bahagia walau bukan dengan aku, aku akan redha kerana aku selalu menyatakan pada dia yang aku nak dia bahagia ;) Aku selalu doa dia temui bahagia dalam cara dia sendiri. 

Jangan salah sangka, kami masih lagi bahagia dalam cara kami tersendiri cuma aku yang mahu dia terlebih bahagia dari aku sebab aku sayangkan dia. ;)


14 comments:

Falsya said...

okayh, nak terjah skang...

Kakcik Nur said...

Segala-galanya tentang kita, memang bukan milik mutlak kita. Semuanya hanyalah pinjaman semata-mata...

Lynda Che Lah said...

dah baca..ye ..
hidup ni pinjaman kak..
sy tak dpt bayangkan..kalau sy yang pergi dulu..
kalau tetiba 2 cahaya sy diambil pergi..
bersediakah saya?
sy tiada jawapannya :(

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Pertama sekali, terima kasih Izwa.. Akak juga sebak membaca nukilan Izwa.. Akak juga selalu terfikirkan perkara yang sama.. andai ditakdirkan jodoh kami suami isteri tak panjang, akak masih mahu dia berbahagia.. sebab orang sebaik dia berhak untuk lebih bahagia.. selainnya akak semakin sedar yang hidup bukan milik kita.. maka segala-galanya bukan tentang soal kita saja.. sekali lagi, terima kasih Izwa.. Doa akak semoga Izwa dan seluruh keluarga akan sentiasa berbahagia hendaknya.. insyaALLAH.. Fi Amanillah..

Siti Yang Menaip said...

huuurm.. sayu jugak.. tho CT belum ada pasangan tapi dengan sapa2pun. kita x tau bila kita nak pergi.. moga semuanya baik2 saja.. yg trebaik untuk kita n orang disekeliling..

Julia Johari said...

alaaa napa touching juju rasa ni...huwaaaaaaaa telan air liur gak tiba2 kita takde...anak? suami? persediaan? :(

wahida said...

weiiii ko kenapa ni nok???
ko ok tak ni??

apa pun, aku harap ko dan family sentiasa di bawah rahmatNYA...amin...

Kakzakie said...

Apa senjata kita sebagai umat Muhammad? Usaha, doa dan tawakkal. Qada' dan Qadar tidak ada siapa mampu menidakkannya. Apa yg kita ada semua milikNya. Kena redha dan teruskan percaya doa senjata utama dlm hidup kita. Kena kuat Idzwa.

Fiza Rahman said...

Touching lah plak baca :-(

Aku doakan hubungan ko ngan eady sentiasa mekar mewangi selamanya. Apa pon dugaan...DOA dan SABAR adalah kuncinya.

el said...

dalam betul erti entry ni
iols pun pernah gak terfikir jika aku pergi dulu mcm mn anak2..mcm mn suami..pas2 ngis terok2..haihhhh semoga kita dipanjang kan umur dpt membesar anak2 dan menyayangi insan yg kita sayang sepenuhnya..

Tihara said...

yang ini yang akak selalu fikirkan.

❤Kamsiah❤ said...

semua nya milik mutlak Yang Maha ESA..

Cik Ecah said...

pinjaman semata mata semuanya.... :'(

Kira Sakura said...

takut nak baca entry sana. takut hujan air mata jugak nanti huuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang