thumbnail

Monday, April 13, 2015

Sabtu Ahad


Nak letak tajuk ape pun tak tau. Hari ni isnin tapi nak cerita pasal sabtu & ahad. 
Hari ni hati ade retak sikit dari semalam jadi kiter cerita pasal anak supaya ade terbitan senyuman dihati dan di muka lah ye ;)

Sabtu pagi awal pagi dah keluar rumah, sarapan kat Kg. Baru sebab abang Syahmi Irsyad ade nasyid. Heh, anak bujang ni makin hari penuh aktivit dia je hujung minggu sampai kan aku dengan eady tak bleh nak kemana-mana. 

Ade Hari Iftifal kat sekolah agama, so abang Syahmi kene nasyid kat sekolah dulu sebelum lawan nasyid kat sekolah lain bulan 5 nanti.

Kemain posing ko ye kakak..thihihiii..

Gambar nasyid ade kat ipad maka aku terus malas nak upload. Ha..ha..ha..boleh eh malas!
Kelakar tau kalau tengok dia nasyid, kejap senget la kejap garu tengkuk la.. T__T sabar je la aku.

Lepas nasyid terus ke Perpustakaan Negara! Hah, ni pun salah 1 tempat yang Syahmi Irsyad asyik la ajak pegi. Kerlas ko bang, kawan-kawan ko gigih citer pegi Ikea la pegi KLCC la dia gigih ajak ke Perpustakaan Negara pulak. Dia cakap cikgu suruh pegi sebab kat sini best.

Okey, dah alang-alang free kita terus pegi lepas nasyid tu.
Perpustakaan Negara kanak-kanak bawak 12 tahun tak boleh masuk jadi kiter ke Perpustakaan Kanak-Kanak kat ground flour je.

Nampak tak adik posing?? Kemain posing ikut kakak cekak pingang.

Rupe nyer seronok kat dalam ni! Serius bebas untuk anak-anak bersuka ria dengan cara sendiri. Syakirah pun aku  lepas bebas dalam ni. 

Meniarap boleh.

Bersantai sahaja.

Baring pun boleh! He..he..he..suka hati.

Dalam Perpustakaan Kanak-kanak ni kiter tak risau pun sebab toilet pun kat dalam, ade bilik movie, ade bilik komputer, ade tv untuk anak-anak bersantai. Masuk percuma malah parking pun percuma. Dah la aircond free pulak tu so rugi tak bawak anak pegi sini.

Tengok kat dalam ni, ramai anak cine & india je..anak melayu..ermm..ermm...mane ntah.

Lepas solat makan kat cafe bertentang dengan Perpustakaan Kanak-kanak ni kami terus ke Taman Tasik Titiwangsa! Hey..seronok okey!!

Posing dulu ;)

Lama kot tak berbasikal! Last mase mengandungkan Syakirah mase kat Golden Palm Tree, Sepang tuh..haa..lama dah..kali ni sewa basikal kat Taman Tasik Titiwangsa ni jek. Sejam RM10 tak kire basikal besar ke basikal kecik ke skuter ke..pecah peluh la jugak sebab aku gilir bawak Syahmi & Sufiya.

Almaklum skuter tu sewa 1 jek jadi kene gilir la diaorang main benda tu. 

Muka Syakirah mengantuk teruk..

Ha..ha..ha..tengok la muka adik tu..memang dia mengantuk teruk wey. Dari tengahari tak tido kene plak angin mase naik basikal tapi dia relax je tak meragam langsung..layan menyandar kat belakang jek.. ;)

Rase macam nak kene jadikan benda ni rutin sebulan sekali la sebab seronok. Anak-anak pun seronok. Aku ingat nak belikan Sufiya basikal pulak sebab Syahmi dah ade basikal. Puas tengok anak-anak gembira main kat luar berbanding main gajet je kat dalam umah. Sekarang ni pun gajet memang dah kurang sangat dah dia orang nie, tak heran pun kat mana diam nyer Ipad tu.

Ahad pun main kat luar umah. Main basikal dua beradik tu. Syakirah main pasir Y_Y
Eh cakap pasal ahad, aku jumpe RAJA SELFIE kat tesco ko tahu?? Duk eh..eh..eh..pastu terus lupa nak ajak selfie sebab sibuk eh eh cak lempong lagipun malu pun ye jugak..hihihii..

Baca balik baru aku perasan ayat aku dan cerita aku skema giler..bhahahaha..lantak laaa malas la nak edit ke sebab hati aku ni tengah turus jurus dan lurus sekarang nie.. :D

30 comments:

Mrs Puex said...

Morning!

yup perpustakaan utk kanak kanak memang best..kat shah alam ni ada 1.. mcm mcm adoo..

tpi ntahkan bileh plak nak bawak dorang ke sana..huhhuh..

akan diusahakan.. in sya allah..

p/s : adok mok posing cekak pinggang tu mmg sebijik mcm mamanya..hihii..

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi isnin :)

Kakzakie said...

Majlis ihtifallah sayang.. Nanti Syahmi baca dia komplen baru tahu hihi... Syahmi tu tak kan tak tahu:)

Adik ni siapa tak kenal. Ikut kakak dia posing macam mana dia ikut aje. Sengih dia tu tak menahan nak tengok. Geram betul:) Kata mengantuk tapi melawan mata - tak merajuk ok juga.

Julia Johari said...

Seronok sungguh pengisian sabtu ahad sis...paling terkenan iaitu perpustakaan kanak2 tu...nak bawa Qi la nanti...TQ sis sharing mmmuahhhhhhh

Nieyl said...

Singgah pagi...
alalala...comey nyer si syakirah naik basikal ngan ayah die..hihi

Mia Kassim said...

Nampak kepuasan di wajah anak2. Anak2 happy kita pun senang hati.

Nad MamaZN said...

xtvt menarik, best, dan kurang gst hahahah!

Kakcik Nur said...

Dah lama mak tak mengayuh basikal. Agaknya2 boleh seimbangkan badan lagi tak, tak tahulah... :)

hainom OKje said...

Yelah kan kalau anak banyak aktiviti kita mmg tak boleh ke mana...
Tak pernah gi Perpustakaan Negara....dengar cerita awak mcm best je izwa...mcm nak gi jer, baca majalah haha.....

Beriadah tu pun best jugak, tak delah asyik gi mall jer kan

tiga lalat said...

Salam. Hee meriahnya. ;p

Falsya said...

ensem syahmi...hai menantu mommy!..ehh, ahahahaha..

bahaya bawak mek gie perpustakaan skang nie..kang dr elok buku tuh sebuku, terus nt jadi bekertas-kertas..dgn ayat melayunye, buku kene koyak.muahahha

Amsran Sanuin said...

dtg melawat... lagi

Fiza Rahman said...

Handsome abg syahmi. Amboi kakak sufiya, bukan main lentik lagi posing. Ok...next time bley bawak bebudak ni gi perpustakaan kanak² tu.

uncle gedek said...

Macam cak lempong ke macam melatah? haha...!

kem salam bonda ye!

wahida said...

aku mmg ada plan nak bwk anak2 gi perpustakaan negara tu weiii, tapi ada je hal nya yg menghalang...

nnt aku akan pastikan anak2 aku jejak jugak kat sana...

Bitt (double IS) said...

kat rumah tak boleh naik beskal bahaya...huhuhu zaman sekarang ni susah betul keluar rumah je bahaya...tapi good la bawa anak2 p library..haihh kalau library tu sebelah rumah alangkah bahagia...ehhehe ok raja selfie tu p tesco! ingat beli online je dia tuh ;p

ewanthology said...

ok la tu"...hujung minggu diisi dgn aktiviti bbermanfaat :-)

Daddy Ziyyad said...

Saya teringin la nak naik basikal se family kat Taman Tasik Titiwangsa tu...tapi taman tasik tu pun tak pernah sampai! hahaha

Hensem Syahmu berbaju melayu merah, igt nak buatkan baju merah jugak la utk anak saya nanti

ejulz said...

comel.. :)

Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"

Diana Rashid said...

mujur dia tak tertidur kat dalam perpustakaan tu..heheheh

Ratu Hatiku said...

Bestnya aktiviti berbasikal mcmtu....

Kesuma Angsana said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. kualiti time bersama anak2 yer !

Kira Sakura said...

sikit masa lagi sufiya dah ada bayang2 hihihihi.

seronok betoi kak kt situ. klu gitu punya perpustakaan kita pun xletih nk kepung anak.

tapi kan sungguh chinese la kebanyakkan nya memang pandai manfaat benda free. mcm klinik kesihatan lah. dorg bukan tak berduit tapi bila tnye kenapa tak check up dekat swasta. kata dorg ada free buat ape kita membazir maaaa gituuuu

- dieyana - said...

wahhh bestnya berbasikal di taman tasik .... aktiviti yang sihat tuuu..

Cho Zila said...

tengok gambar ingat try baju raya.. ooo der nasyid.. akakpun suka gi library bawak budak2... boleh lepas bebas diaoarng lagipun kat sini biarkan diaorang selerakkan suka hati..
oo boelhe sewa basikal yerk... ok...

QasehnyaRania said...

best kan kayuh kayuh kt ttt tu berangin sepoi sepoi aje
saya sllu jugak ke sana ptg ptg bawa bby naik stroller je la. hihi

Siti Yang Menaip said...

bagusnyaaa comel2 ni semua nak pegi perpustakaan.. suka baca buku ye.. boleh jadi monthly activity kan.. lama dah x ronda kawasan titiwangsa tu.. dulu time study ada juga pegi sana main2,. ehehe..

DzuHata said...

salam ziarah

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam izwa,
ensemnya abang
alahaai kakak, sampai lenggang lengkok pinggang posing
ramping uols he3

Syafik Kamaluddin said...

nice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang