thumbnail

Tuesday, June 02, 2015

2 Jun - 9 Tahun


Hari ni, 2 June 2015 genap 9 tahun aku kawin dengan Eady...ermm..rase macam baru je kawin. 

Tak rase pun dah lama sebab asyik feeling pengantin baru je memanjang, ke sebab asyik gaduh memanjang sampai terlupa tahun bertambah tahun..tetibe je dah 9 tahun tetibe dah ade 3 orang anak..eh..hihihihi.. ;)


Dah 9 tahun pun Eady still malu-malu..eh! Hihihii..

Ape kunci nyer sampai bertahan lama? Hmm..takde pulak petua. Just go with the flow. 

Ingat | Saling ingat mengingati yang korang ialah suami isteri kot. Jadi takde lah istilah nak berBFF dengan jantina lain kat luar tu..ade je depan mata tengok depan isteri macam tikus belakang macam harimau dengan anak dara orang..takut plak dengan zaman sekarang ni. Ingat..sentiase ingat diri tu siapa insya Allah kita pun tak kan buat perangai bukan-bukan.

Niat | Selain tu, mungkin bermula dengan niat la kot. (ehh semua nyer ber kot ko ni izwa!). Kawin untuk ape? Kalau dari awal niat ko dah salah (mungkin sebab harta mungkin sebab terpaksa..) jadi mungkin ini masa nyer untuk betulkan niat tu semula, mula semula dari mula. Tak salah kan? Untuk kebaikkan diri sendiri dan rumahtangga juga. Yang untung nyer siapa? Tak kita jugak, ke..

Bercinta | Apa yang aku nampak kebanyakkan nyer berkawin sebab bercinta, tapi setelah berkahwin ramai yang lupa bercinta dengan pasangan masing-masing. Mungkin sebab tanggungjawab bertambah? Mungkin sebab dah rase itu hak kita? Ntah..yang aku perasan setelah penat bercinta, berkahwin gran bagai nak giler last-last cuma bertahan paling lama 5 tahun je? Hutang majlis kawin pun tak setel lagi dah cerai..uhhh..seram ok..

Sabar & Tabah | Aku pun tak pandai nak cakap bab rumahtangga ni sebab baru 9 tahun kawin cuma lebihkan bersabar dan bertabah dalam ape juga dugaan yang melanda. Tipu lah kalau cakap takde dugaan dalam setiap rumah tangga. Yang beza cuma dugaan kecil atau dugaan besar je antara kita nie. Aku bukan lah orang yang penyabar, yup aku akui tu tapi aku mampu bersabar dengan dugaan yang aku terima dalam rumahtangga sebab aku tahu Eady adelah seorang lelaki yang baik. (Puji suami? Yup dah tentu tapi kalau dia bukan suami, aku tetap cakap dia adalah salah seorang manusia yang baik yang penah aku kenal..)

Perangai | Cuma terkadang datang waktu aku buat perangai bila stress penat letih dugaan datang betimpa-timpa mula lah aku nak salah kan dia..(huwaa jahat nyer aku..nangis~) bertuah nyer aku, Eady hanya diam dan tenang-tenang aje sebab dia tahu aku cuma lepaskan geram dan lama-lama aku akan baik sendiri.

Kekurangan | Jujur kata, masing-masing ade kekurangan sendiri cuma kene bijak berfikir je. Macam aku suka sangat merajuk tak tentu pasal dan yang best nyer aku dapat suami tak pernah dan tak reti langsung memujuk..kah..kah..kah..mereput la ko sensorg kat situ kalau merajuk..gitu! 

Jadi dalam pada aku merajuk sekejapan je aku boleh okey dengan sendiri nyer sebab aku tau kalau ko macam tu memang tak berkesudahan la jawab nyer..
Lagi pun aku tak boleh tahan kalau tak bercakap dengan Eady..hahahahah...serius wehhh aku tak boleh kalau tak bercakap dengan dia. Jadi rindu..eh..hehehe..

Kesukaan | Cuma satu je kesukaan aku, meraikan hari istimewa..tak kira la harijadi dia ke harijadi anak-anak ke anniversary ke aku suka cuti spend time berdua atau dengan anak-anak. Aku suka menghargai orang walaupun dalam pada dating pun sempat bergaduh..kah..kah..kah..
Jadi, hari ni kami masih lagi bercuti untuk meraikan cinta kami dengan anak-anak. ;)

Kepada suamiku | Untuk suami yang baca entry ni (yang biase baca seminggu kemudian..hehehe..) b tak cintakan abang tapi b kasihkan kasih sayang abang pada b & anak-anak. Disebabkan sentiasa kasihkan abg, b selalu pesan kat abang kalau satu hari nanti abang terjumpa kebahagiaan lain bagitahu dengan b dan insya Allah b akan izinkan sebab bagi b, kita (especialy abang) berhak mencari kebahagiaan sendiri. Kita pernah hidup susah bersama dan kita sedang menuju mencari kesenangan bersama jadi kita tahu apa rasa dalam hati kita sendiri. Hidup kita bukan untuk diri kita sendiri, kita perlu hidup untuk kebahagiaan sendiri dan kebahagiaan orang lain juga. Hidup kita, perkahwinan kita, anak-anak kita semua kerana Allah SWT..



Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-9 wahai suami ku..

23 comments:

mama tisya said...

happy 9thn anniversary..smoga berbahagia hingga hujung nyawa

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah
happy anniversary

Julia Johari said...

Somellll tips akak ni tau hehehhe semoga berbahagia sis

Lynda Che Lah said...

happy anniversary kak n abg..
semoga sampai Jannah..
ayat terakhir tu syahdu..tp kebahagiaan dia paling utama kan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Barakallahu Lakuma Fii kahir Idzwa..
Semoga kekal hingga ke jannah . Aamiin :)

Nieyl said...

Happy Anniversary k.izwa :)

Inani Hazwani said...

Happy Anniversary kak :D

Jueliza Jamani said...

Happy anniversary izwa & ed..
Memang aku nampak dia sangat lah pemalu.. hahahha.. tup2 dah terberanak 3 kan.. hahahah semoga panjang umur & sentiasa happy2 selalu izwa.. aku sayang hang sebab hg bnyak dengar masalah aku.. thanks friend.. tetiba sebak.. hahahha

Kakzakie said...

Barokallah dan tahniah dari kakak
Teruskan petua yg dititip selagi ada hayat.

Happy 9th anniversary dari kakak!

Daddy Ziyyad said...

Happy 9th anniversary!!
Moga bahagia hingga ke syurga..

Sama lah kita..
9 years..
3 kids..

:)

Falsya said...

happy 9th anniversary kak..semoga berkekalan hingga ke jannah..amin..

biasalah tuh kak..gaduh tuh kadang pengerat hubungan..hehe

Fiza Rahman said...

ALhamdulillah...Tahniah. Happy 9th wedding anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.

Kebahagiaan dalam perbezaan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi. Dan kuncinya adalah SABAR ☺

Aziela said...

Alhamdulillah. Semoga kekal bahagia. Amiin

Bin Muhammad said...

Syukur alhamdulillah...semoga berbahagia dan kekal bersama hingga ke jannah

p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

~Beb~ said...

Semoga kekal hingga ke jannah

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... Moga terus bahagia hgga ke syurga..

Zana Adieyza said...

happy anniversary kak.. semoga kekal bahagia hendaknya.. suka tgk family akk.. ceria sangat :)

el said...

amboi romentiknye uols siap pgg2 tangan even dah 9 taun
alhamdulilah semoga ikatan terus kukuh dan bahagia bersama anak2 dan ke shurga amin

lieyalatif said...

so sweet..

happy anniversary...moga bertambah bahagia ...

amin

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam izwa,
happy belated anny uols
moga bahagia hingg jannah AMIN

p/s: uwawawawawawawwaa...uols punya ucapan buat iols emo hokeyh

LYAfrina said...

alhamdulillah..semoga kalian akan terus kekal bsama hingga ke akhirat...

Kira Sakura said...

moga berbahagia sampai jannah kak. moga akak dan suami lebih kuat dan lebih dalam cintanya amin ;)

hainom OKje said...

Lomantiknya gambo atas tu Izwa....style ar...

Hepy Anniversary utk awak berdua Izwa, moga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya.... Saling menerima kekurangan pasangan, sebab tak de manusia yg sempurna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang