thumbnail

Monday, June 29, 2015

Alhamdulillah..Syahmi Irsyad Dah 8 Tahun!


Syukur alhamdulillah, abang Syahmi Irsyad dah 8 tahun sabtu lepas (27.06.2015).
Takde acara istimewa pun..cuma bawak pegi tengok wayang, buka puasa sama-sama & belikan hadiah yang dia nak.

Mula-mula ingat nak belikan jam yang elok sikit tapi tak jumpe pulak, sudah nyer belikan Lego Robot (tapi bukan jenama LEGO tu..). Terjumpa yang murah sikit dari jenama mahal tu terus belikan untuk dia sekotak sederhana.

Disebabkan dah NIAT nak belikan jam jadi tetap lah jugak nak pegi cari jam untuk hadiah birthday sekaligus unutk hadiah exam dia, sebab dia periksa no.1 di kedua-dua sekolah (alhamdulillah..). Niat nak belikan jam sebab Syahmi ni budak yang cermat, jarang kehilangan barang so aku tau akan berbaloi kalau aku belikan dia something yang mahal sikit.

adik takde time ni sebab sibuk nak dukung dengan abah Y__Y

Istimewa kali ni bawak dia pegi makan kat Spaghetti Grill kat Paradigm Mall tu, siap boleh request kat staff Spaghetti Grill unutk dia orang nyanyikan lagu birthday & akan dapat secawan kek aiskrim brownies percuma jika kita maklumkan yang hari tu ade birthday somebody. Ini pun aku tau dari blogger lain tau. (TQ jmr23 atas entry anda tu!)

video
 Birthday boy tertanjat..he..he..he..terus malu-malu kucing!

Tercengang-cengang plus malu dia bila orang datang nyanyi! Saje suprisekan dia.
Lepas tu Sufiya pun sibuk nak minta benda yang sama..boleh kakak..nanti kita pegi kat tempat lain pulak ok bulan 10 nanti :) yang penting anak-anak semua happy.

So, selamat hari lahir abang Syahmi Irsyad..mama abah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak semua. Semoga abang terus membesar sihat tubuh badan cerdik akal minda, semoga abang terus membesar menjadi anak yang soleh dan abang/anak yang baik. Semoga anak-anak sentiasa dibawah lindunganNYA..amin~

Sobs..sobss..kejap je anak dah besar..

21 comments:

Syira Lokman said...

selamat pagi dari syira lokman..hehee ^_^

lieyalatif said...

selamat hari jadi hensem boy...malu2 kene suprise yeak heheeheheh....

moga jadi anak yg bijak, soleh dan cemerlang dunia akhirat...in sha Allah....

GAPODIO said...

Hepi besday brada Syahmi..be a good one. power la dua2 dapat no.1 !

Mrs Puex said...

happy birthday clever+bijak boy..

semoga terus cemerlang di masa akan datang..


-auntie ayang a.k.a mrspuex-

Nieyl said...

Alhamdulillah...8 thn dah syahmi...
dah besar anak bujang akk...semoga syahmi terus maju dalam pelajaran.. semoga menjadi anak yang baik dunia dan akhirat..Aminnn

Kakzakie said...

Tak rugi Syahmi jadi abang. Kakak memang terpikat dgn character abang ni. Dpt bayangkan malu-malunya bila org nyanyikan happy birthday. Tengoklah tu:)

Happy birthday sayang. Moga jadi mentor pada adik-adik.

Nad MamaZN said...

hepi bday syahmi! moga trus berjaya dunia akhirat.. 27/6 baby zaed genap sebulan hee

mama tisya said...

happy birthday utk syahmi..tahniah cemerlang dua2 sekolah

Fiza Rahman said...

Tersengih² aku tgk video tu. Nampak sangat malu nya ☺

Selamat hari lahir sekali lagi abang syahmi. Tahniah sebab dapat nombor 1. Smoga terus cemerlang didunia dan diakhirat.

Falsya said...

happy birthday menantu mommy..ehhh, hahaha..

congrats abang!!!!!!...

anyss said...

Assalamualaikum,
comey je dia termalu2 gitu huhuhuhu

hepi besday Syahmi irsyad, moga jadi anak soleh ya

♥TheOnlyFarah♥ said...

sama tarikh lahir ngn Emir la.. hehehe.. btw Happy birthday Syahmi Irsyad! semoga menjadi anak yg membanggakan ibu dan ayah yer..=D

Kakcik Nur said...

Happy belated birthday Syahmi.

Semoga terus menjadi insan yang cemerlang untuk dunia dan akhirat... :)

QasehnyaRania said...

selamat hari lahir buat abg syahmi
smga mmbsar abgai anak soleh aamiin

Mrs Little Voice said...

anak lelaki memang lebih cermat kot...hehehehe

Syira Lokman said...

alahai comelnyaaa...happy birthdayy

Diana Rashid said...

seronok la dia dapat hadiah...

Zaza Abdul Latif said...

besar dah anak bujang ni..
senang nak ingat birth date abang.. sebab sama dgn birth date anak makcik.. nak jadi menantu makcik tak???

Inani Hazwani said...

Happy belated birthday syahmi :)

Kira Sakura said...

hepy birthday lagi sekali abang syahmi....

kejap je dorang ni membesar kan. tak puas nak main lama2 dengan dorang huuuu

Siti Yang Menaip said...

hehehe lambat dah nak wish tapi nak wish jugaklah..

happy belated birthday =) jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang