thumbnail

Thursday, June 04, 2015

Lexis Hibiscus Port Dickson


Hai..*lambai ratu skit!* thihihiii...ahkak kembali lagi. Actually semalam dah kerja tapi masalah tak bleh move on dari mood bercuti tu yang malas nak jenguk blog...lagi pun setelkan kerja yang tertangguh dulu khennn haruslah didahulukan mane yang patut dulu.


Okey, now dah boleh tarik nafas sikit-sikit jadi marilah kita update pasal bercuti kat Lexis Hibiscus Port Dickson tu. Sebenar nyer bukan lama pun duduk situ, takat 1 malam jek tapi disebabkan jakun tu lebih kan maka gambar pun haruslah lebih banyak dari biase..


kiddos

family picca first..thihiii..

2 king bed

ekelehhh yang kiri tu.

lepas main kat luar kita mandi kat dalam. (kamera hp)

Overall, kita orang rase best la jugak kat sini tapi kecewa sikit sebab pool luar dedua tutup atas sebab construction..derrr...kecewa. Baru 2 hari tutup semula sebab ade kes orang terluka kene batu tepi pool tuh. Ok fine, nasib baik ade pool dalam bilik.

Nak complen lebih pun rase macam takde ape, biase la hotel 5 bintang. Layanan staff memang tip top la! Ade buggy tu semua, ade sewa basikal kalau nak jalan merata. Standard la dengan harga yang kita bayar. 

Masa check-in adalah pukul 4 petang ye, tapi kami dapat masuk awal dalam pukul 2 lebih gitu.Memula dapat bilik yang depan sekali, uhuhuuu..mengadap lobby ko! Memang tak la, so mintak tukar sebab almaklum la kan kita kan mandi kene bertutup semua so dengan baik nyer staff Lexis Hibiscus Port Dickson ni tukarkan aku bilik lain dan mengadap ke laut sikit, kalau tak sade sesetengah bilik mengadap bilik orang lain.

Cuma pakej makan je aku tak amik, sarapan satu kepala RM35 untuk dewasa RM25 untuk kanak-kanak buat aku rasa too much kot. Lain la kalau bangsa duit kepuk-kepuk anak tak bersusun macam aku ye boleh try makan buffet sarapan dia, sebab dengar makan sedap & banyak pilihan so mungkin berbaloi dengan harga yang dibayar.

Malam-malam ade show orang main api keluar ikut mulut tu, ade dance la..kitaorang tengok je la. ;) Lain, biase-biase je..aku dan Eady rase best lagi Grand Lexis Port Dickson dan Golden Palm Tree Sepang (now Avani).

view malam, mase ni Syakirah pun dah penat sebab siang tadi mandi pool.

sunset gitu.

dah malam pun tak balik bilik..hehehe..

Layan angin kuat kat sini best giler, jalan-jalan pegang tangan sambil lepaskan anak berlari syok jugak la...
Kawasan Lexis Hibiscus Port Dickson teramat luas! Sampaikan waktu cuti sekolah pun ko tak rase kawasan tu crowded. Ini beza sangat dengan Golden Palm Tree Sepang, sebab kat GPTS kalau cuti sekolah pool pun pack giler, mandi pun bersenggolan dengan orang lain. Sini tak, kau boleh bercuti dengan aman damai nyer tanpa berlanggar-langgar dengan orang.

Parking pun best, disediakan parking 4 tingkat untuk semua penginap dan siap sediakan buggy dari parking ke lobby dan dari lobby ade buggy lain untuk ke bilik. Best..*2 tumbsup!*

Ok dah pagi..

Hahaha..anak pun pelik mak ko dah kenapa!!??

ok ni versi sopan gitu dibilik 068 
(kebetulan dapat bilik yang sama kakak aku check-ini minggu sebelum)


Sebenar nyer, kami nak bercuti kat rumah rehat m++a pd tapi kami check-in sini satu malam dulu. Lepas check-out terus ke rumah rehat m++a tu ;) bawak anak-anak mandi pantai mandi pool kat sana sampai selasa.

So penutup pendapat aku, kalau ade anak kecik yang kene selalu pantau okey nak menginap sini tapi kalau ade anak besar lasak macam anak-anak aku memang tak sesuai sangat la duduk sini lama-lama, lagi pulak bangsa nak swimming kat pool besar lagi tak puas la dengan pool ade dalam bilik tu.

Oh untuk orang hanimunan lagi okey sangat duduk sini sebab ade sauna hokeyyy dalam setiap bilik, so bersauna la ko berdua gitu..kehkehkeh...

Untuk booking atau nak cuci mata boleh tengok kat web Lexis Hibiscus Port Dickson ni.

pepagi buta main pasir, tengok la muka budak ngantuk..kehkehkeh..

35 comments:

mama tisya said...

aritu tgk gk time promo murah tp bila nk booking full..redho je la..okla skit dpt bilik yg pool tk facing kt bilik org lain..grand lexis lg privacy in term of private pool kn..tp cantik gk sini pn

Nad MamaZN said...

bestnya bestnya!

SSulieana said...

seronoknyaaaa jalan2 ye

el said...

bestnye
ni pi time promo tu ke

♥TheOnlyFarah♥ said...

Uwaaa bestnya!!! baru cadang nak pi sini jugak.. tengok cam best jer..tapi kolam dia nampak kecik sikit la..=D

Jueliza Jamani said...

bestnya oiiihhhh

Nurzakiah Hanum said...

wah bestnya

Fiza Rahman said...

Tak tau nak komen apa. Best nya ☺☺☺

Nieyl said...

Singgah pagi...
kalau dah tepek gambar² yg best...
tak terkata laaa...
terasa nak pegi pulak..hihihi

Zaza Abdul Latif said...

kau lambat kuarkan review ni.. klau tak bleh aku suggest kat laki aku book tempat ni.. semalam dia gi book kat eagle ranch kt PD.. nangessss! nak mintak tukar dah terlambat!!

mama leen said...

bestnya si adik tu

Mrs Little Voice said...

best jugak cuma pool kat luar...bahaya nak pakai bikini..opsss..hehehe

Falsya said...

bestnyeee..nak gie jugekkk..

::EIDA:: said...

mmg tak ramai lagi rasa ida hotel ni baru lagi kan. tgok la tahun depan cuti sekolah pack habis !HAHHAHA.

kak ooo kak.. rumah rehat m++a tu ape? kekkekee

Kakzakie said...

Nampak sangat semuanya happy.
Adik tu mengalahkan abang/akak dia bab posing:)

aizamia3 said...

Sesekali jauh dari kesibukan kota.. ;)

anyss said...

assalamualaikum,
mmmmmm bila tah nak bercuti PD ni

ain.ya.nun. said...

Lawanya tempat ni Wa. I yang dekat ni pun tak terjah lagi.

ujie othman said...

mmg puas ati tengok biliknya tu. berapa rega tu izwa?

Diana Rashid said...

best nya kalau bilik kat rumah macam tu..kan?/hehehe

Ha Md said...

gambar last tu, yg paling kiri tu, nampak kadar kepenatan beliau.. hehe..

Bitt (double IS) said...

cantik bentuk hotel ni...ramai member turun sini gak katanya sampai akhir bulan haritu price ok lagi sebelum jadi normal price...

anyway happy holiday! hehehehe syoookkk gilerr cuti sekolah...haruslah mak menikmati juga...kalau tak rugi! kannn heheheh

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam izwa,
santek tu santek sebab hotel baru kan3
tapi pool tu kecik sangatkot kan
besor lagi hat grand lexis tu kan3

p/s: iols ni dok teringin grand lexis dok tak pi2 lagik, ni dah ada pulop si biskus ni :P

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam izwa,
uols tau ka mana nak dapat rege murah sket untuk tempah biskut eh3 biskus ni???
he3
tetiba teringin terlampau pulop ni haaaa
tolon3

Julia Johari said...

Besttttttttttttttt sgt2...fuyooooo perabot semua lawa2...kalaulah kt rumah macam ni, mauuu tak berjalan rasa. Seronok tgk semua mandi kolam...mmg syok anak ramai ni...julia cepatlah mengandung hahahhahahha...akak cepat update nak baca

LYAfrina said...

tp bilik dia nampka cantik..siap ada pool lg..harga mesti best jugak kan.. nk try2 survey la...

adyna AB said...

tahun ni en bos ckp percutian dibekukan :(... cantik tempat tu :)

Myra Jay said...

Best best..

Antara tempat yang teringin nak p, tapi cam jauh sagat..ehhee

Myra Jay said...

Best best..

Antara tempat yang teringin nak p, tapi cam jauh sagat..ehhee

Inani Hazwani said...

wahh bestnyaaa.

mun said...

waahhh best..best..

Kira Sakura said...

hahahahaha adik tu suka buat muka geram gitu grrrrrrr

hainom OKje said...

Wow.....cantiknya gambo sefamily dengan baju mint green tu....suka...suka ...

Okje tah bila nak sampai hotel 5 bintang ni Izwa....tunggulah ada duit dari langit hihi

adianiez AIDA said...

baru td borak dgn member pasal hibiscus ni.
google and landing sini...
a great review!

Azlinda Azman said...

Berapa smlm ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang