thumbnail

Monday, June 22, 2015

Syakirah Irneena Denggi | Shaklee Performance Sangat Membantu



Kisah yang bermula dengan Syakirah demam dari hari khamis (11.06.2015) lagi, just pantau dan bagi ubat demam je. Hari sabtu tak baik lagi, kami bawak ke klinik dan doktor cuma cakap demam sebab tekak bengkak & ade kahak. So berbekal ubat yang diberi doktor tu kami bagi ikut masa yang diarahkan aje.

Ahad, demam masih on off, dengan berat hati Eady pegi jugak kursus kat Melaka selama 3 hari. Isnin demam masih lagi on off dengan suhu sekejap tinggi sekejap rendah. Kebiasaan nyer petang sehingga ke subuh suhu akan naik tinggi mencecah 39. huhuuu..aku sekadar bagi ubat ikut buntut sebab itu je arahan doktor. Malam memang tak tido lah aku dengan anak demam macam nie.

Selasa pagi, aku bawak Syakirah sekali lagi ke klinik lain sebab rase tak sedap hati tengok dia dalam keadaan lemah longlai langsung tak bermaya. Sedih tapi kene kuatkan hati sebab nak baik kan anak kan..Masuk je dalam bilik doktor..tak sampai 7 minit doktor terus cakap "Izwa, boleh awak bawak Syakirah ke emergency hospital tak sekarang?" Aku takkan la cakap tak kannn..mesti la cakap "boleh!" Tunggu doktor siapkan surat refer, terus pegi cucuk duit & cari teksi depan office.

Terus la ke Emergency Hospital Ampang, nasib baik kat sana orang tak ramai. Tak lama, tak sampai setengah jam dapat jumpe doktor. Doktor cuma cakap kurang air nie so kene masuk ke wad pemerhatian di emergency tu dulu untuk masuk air.

Kalau tengok keadaan Syakirah tu memang sedih giler, ye la kan kebiasaan dia adalah budak yang ceria, aktif dan tak reti duduk diam. Ini dengan keadaan melepet terus, tak bermaya, tak bersuara cuma mata je buka perhatikan aku kat mana. Langsung tak boleh bergerak ke mana-mana. Dengan keadaan kat emergency takde line telefon aku nak call Eady lagi..kejap kejap aku berlari keluar untuk send sms semata-mata pastu lari masuk balik sebab takut Syakirah terjaga! Kejap lagi lari keluar balik sebab nak terima sms dari Eady pulak..keje giler sangat.

Ye la, en.abah kat Melaka tak nak la dia balik dalam keadaan tergesa-gesa. Bahaya pulak, dah la bukan dekat nak rushing-rushing ni lagi aku risau. Mana nak risau kan Syakirah, mana nak risaukan suami on the way balik dari kursus. Kene sms bagitau dia supaya amik Sufiya kat taska. Syahmi tak sekolah waktu ni sebab sakit bird, Syahmi teman aku kat hospital waktu nie..pesan suruh setelkan anak lain dulu kalau dah sampai office baru datang ke hospital tengok anak manja dia pulak. Tu yang jadi kejap lari untuk sms kejap lari untuk baca sms balas..

Dari pkl 11 pagi kat wad pemerhatian, pkl 5.40 petang baru dapat masuk wad kat atas. Hmmm..1st time anak masuk wad sakit teruk macam nie..

Hari pertama - wad 4B katil 4


Hari ke-2 pagi, Rabu (17.06.2015) doktor maklumkan bacaan platelet darah Syakirah tak cantik. Menunjukkan bacaan semakin turun tapi tak banyak..cuma setiap kali amik darah bacaan akan turun sikit demi sedikit. Doktor suspek denggi. Maka bermulalah sesi mengambil darah setiap 4 jam! Dan bermulalah sesi memberi air yang banyak pada Syakirah. Yang risau pasal Syakirah ni sebab setiap kali dia sakit dia takkan berbunyi..huhuuu..nangis jauh sekali la..merengek pun tak! Lagi laaaaaaa aku risau..malam tido tak lena la sebab dia tak berbunyi!

Hari kedua

Bila dah petang doktor cakap CONFIRM DENGGI ye mama..aku terus..ermmmm...blur. Pikir kene kat mana ni? Macam mana boleh kene ni? Salah sape Syakirah kene denggi nie..haishhh macam-macam la pikir..sampai tahap rasa bersalah kat diri sebab anak kene denggi tapi aku sihat! Nangis aku kat dalam bilik air sesubuh hari.

Setiap kali picitkan air dalam mulut dia, setiap kali tu aku doa "Ya Allah Kau sembuhkanlah anak aku ini.." "Ya Allah Kau baikkanlah anak aku ini.." Doa doa doa tak putus-putus..mase bagi susu badan pun doa doa doa je dalam hati aku..

Malam tido peluk je Syakirah sebab dia taknak aku jauh dari dia, memang lengan aku tak lepas dari dia. Cuma sesekali aku boleh bergerak tanpa dia sedar. Oh ye..bertambah sedih sebab malam tu adalah malam untuk kita mula berterawih sebab esok nak puasa. Nampak gaya sahur kat hospital la nie. Uhuks..disebabkan salah faham sendiri yang kekonon ingat hospotal ade sediakan makanan untuk parent yang jaga anak..sekali takde da. Aku cuma sempat sahur dengan seteguk air mineral je. 

Hari ke-3 (Khamis 18.06.2015)

Alhamdulillah..berkat doa sendiri dan doa kawan-kawan yang bagi semangat aku mampu habiskan berpuasa seharian tanpa rasa lapar, penat, letih mahupun dahaga. Serius..takde rase ape pun..yang ade cuma rasa nak anak baik macam biase dan lebih lega susu badan aku pun tak kurang dari biase.

Hari ketiga

Abah jaga anak dengan cara tido sekali..kehkehkeh..takpe la kita bagi peluang orang berpuasa rehat. Dapat la aku rehat sikit-sikit sebab waktu ni Eady dah ade kat hospital sekali. Turn dia jaga pulak dapat la aku mandi lebih lama dari biase..hehehe..ye la dah bape hari mandi macam Charlie Chaplin.

Berkat pertolongan seorang kawan, yang sedekahkan aku air performance Shaklee untuk bagi kat Syakirah cepat sangat bacaan platelet Syakirah naik. Dari 12 malam aku bagi sampai 12 tengahari bacaan platelet dah bertambah cantik. Doktor cakap "kita amik darah last ye mama pukul 2 petang, if cantik bacaan nyer petang ni boleh keluar okey." Wahhh..berbunga-bunga hati bila dengar macam tu! Hati ni tak sabar nak balik berbuka kat umah.

Shaklee Performance Drink

Korang mungkin boleh cuba pada orang lain if ade yang terkene denggi. Kita cuma berusaha selain dari kita berdoa. Aku bukan promotekan produk ini aku cuma share benda baik yang terbaik untuk anak-anak kita. Sekarang pun aku keep on bagi air ni kat Syakirah sambil selang seli dengan air lain.

Sekarang Syakirah dalam fasa pemulihan, nampak la dia lemah lagi makan pun baru nak ade selera. Hmm..susah hati betul la kalau anak sakit. Kalau ikutkan hati nak je cuti lagi tapi tanggungjawab lain pun perlu jugak dijalankan. Doa je la kene banyak supaya semua anak-anak kita dan kita juga sihat-sihat belaka. Sedih tauuuu bila anak sakit! Sobss..

So korang, terima kasih sebab sudi doakan Syakirah Irneena cepat sembuh & jutaan terima kasih pada semua nurse dan doktor kat Hospital Ampang di Wad 4B tu. Jasa baik, budi baik akan aku ingat sampai mati.

18 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Syakirah segera pulih dan bertenaga sepenuhnya.

Aamiinnn...

anyss said...

assalamualaikum,
cepat cergas ya

Falsya said...

Allah..kesian sgt..yg dh tua pun lps kene denggi xtahan badan lemah lesu..inikan pulak si kecik nie..get well soon dak tecik..kembali active okayh..

Jueliza Jamani said...

Ya Allah sihatkanlah dik mok.. siannya tgk dia..

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Fiza Rahman said...

I feel you babe. Cukuplah 3 kali anak masuk spital. Sedih tgk anak lemah tak bermaya.

Alhamdulillah...dik mok dah beransur pulih. Smoga cepat sihat, smoga selera makan bertambah dan kembali aktif.

Farah Waheda Wahid said...

I sangat-sangat feel you... bila anak masuk ke hospital bila abahnya tak ada memang kita yang main peranan...nak nak lagi kalau kena macam Ash hari tu 12.30 am... memang rushing dan drive langgar dah semua traffic light dengan emergency light terbuka... Cemasnya dan paniknya tu sendiri boleh rasa...Tiada ibu yang mahu melihat anaknya sakit kann??? Congrats you are strong dan boleh berkayuh sendiri walaupun Eady not around... Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan nyawa anak kann??? Apa apa pun, semoga Syakirah terus ada positive progress, In Shaa Allah, aunty dari sini doakan di kejauhan...And you take care of your health too ok?

Daddy Ziyyad said...

Alhamdullilah...Syakirah dah sihat, sembuh.
Mmg anak bila sakit, kita sedih...lebih2 lagi buat para ibu..

Apa content air performance drink Shaklee tu? mcm isotonic ke?

ain.ya.nun. said...

Alhamdulillah, syakirah dah sihat.

Moga kembali aktif seperti biasa ye nak ye.

Kakzakie said...

Allah... walaupun dah berlalu tetap touching bila kakak baca rentetan adik warded. Membayangkan abang/kakaknya lagi macam manalah masa abah/mama dia di hospital. Ramadhan pulak tu.. eh sedih mestinya.

Harap proses pemulihan berjalan lancar.

Bagus shaklee ni.

Julia Johari said...

Sebak baca!!!!
Alhamdulilah syakirah dah sihat syukur alhamdulilah...

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. moga Syakirah semakin baik dan mama pun happy..
Hujung bulan 2 lepas, seminggu anak akak warded so memang terasa sangatlah bila tengok anak tak sihat.. :(

Semut Senyum said...

Lama betul kite tak singgah sini.. Syakirah, cepat baik ye... mama nak main2 dengan syakirah... Doa mama kan ubat paling mujarab, insyaallah dimakbulkan Allah di bulan penuh berkat ni... Kuatkan semangat ye mama syakirah...

adianiez AIDA said...

moga syakirah cepat sembuh 100% ye.
in shaa Allah :)

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Alhamdulillah. Syakirah dah sembuh.. semoga terus sihat handaknya..
TQ for sharing pasal performance drink shaklee tu.. nnt kalau siapa2 kena denggi boleh suggest sebagai jalan usaha..

Zaza Abdul Latif said...

Dugaan ni Wa.. kau kan mak yang hebat.. inshaAllah, Allah akan permudahkan segalanya..

Kira Sakura said...

Alhamdulilah sihat jugak dia. memang kesian sgt. tp bagus syakirah xde merengek menangis pun tapi sakitnya dia tu Allah je yg tau kan T____T

Cho Zila said...

alamak pengalaman yang menakutkan anak demam dan denggi pulaktu.. moga Syakirah akan sembuh sesembuhnyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang