thumbnail

Wednesday, July 08, 2015

Spaghetti Grill, Paradigm Mall


Hamik.. #throwback lagi setelah 2 minggu makan..ha..ha..ha..
Ampunkan lah aku, almaklum la bulan puasa ni momentum selow melow giler. Ini pun terhegeh-hegeh aku nak menaip sambil cari idea ape mende aku nak taip..

So, here we go.

Spaghetti Grill yang aku terjah ni kat Paradigm Mall, ade jugak cawangan lain kat Mid Valley tapi aku lebih tertarik kat Paradigm Mall sebab orang tak ramai sangat. Tak crowded macam Mid Valley atau KLCC. Tau pasal best nyer Spaghetti Grill ni dari blogger JMR23

Preview

3D Combo - RM21.90

Amik 3D set ni sebab jimat semua orang makan lebih-lebih lagi Sufiya yang cerewet makan sekarang nie. Alhamdulillah..licin licau semua makanan.

Pepperoni Cheese Pizza - free

Pizza adalah free dari set kanak-kanak. Oh ye, kat Spaghetti Grill ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun makan adalah free dari set yang kita order. Free makan siap air sekali. 

Chicken Golden Blue - harga tak ingat tapi around 20 lebih jugak.

Main course order 1 je untuk Eady, aku tak order sebab aku tau 1 - portion dia besar, 2 - set 3D combo tu pun dah melambak, 3 - pizza tu pun dah cukup walaupun aku tak dapat rase sikit pun! Anak-anak bedal pizza sampai licin. Dah kata hari meraikan anak maka kita bagi anak gembira lebih ;) Air pun boleh refill sebanyak kali yang korang nak maka air pun order 2 je. Banyak dah jimat disitu.

Aiskrim cake Brownies free untuk birthday boy

Sebenar nyer birthday boy minta kek tau, tapi disebabkan aku tau kat sini tengah promo birthday..boleh dapat aiskirm kek brownies free terus setuju terjah sini. Yang lagi best siap staff  Spaghetti Grill nyanyi kan lagu birthday (on request) so semua orang double happy!

Ye la bukan tak mampu nak beli kek sebiji tapi sape nak makan kek sebiji woi..dengan bulan puasa nyer memang waktu sahur nanti kek tu bakal syahdu je dalam peti ais tuh..huhuhu...

Total damage dalam RM5+ kalau tak silap aku. So korang kalau nak try boleh la pegi kat Mid Valley atau cawangan kat Paradigm Mall nie. Biase kalau bulan tak puasa, ade set untuk lunch yang lagi super jimat. Ni alamat dia ok :

UG 15, Upper G, Paradigm Mall, 
Jalan SS7/26 A , 47301 Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.

21 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

uncle gedek said...

Yang 3D tu kalau nak makan kena pakai spek 3D ke?

#naif

ain.ya.nun. said...

Lepas puasa nanti la kot baru kita try ye. Haha.

HeNRieTTa JoSe said...

selalu klu berulang dr shah alam ke KL...lalau je stu...tpi xpernah sekali pown drop by...nk kna drop by jugak nie...hehehe...

Kakzakie said...

OK kakak boleh masuk sini - alhamdulillah.
Janji anak-anak happy mama/abah pun happy sama

Mrs Puex said...

telan ailioo..telan ailioo...


huhuhu...



-mrspuex-

mama tisya said...

combo tu menarik..byk yg free mmg jimat

Zaza Abdul Latif said...

dah jadi bahan kumbahan baru nak tebar gambar.. pastu tunjuk awal2 pagi mcm ni plak tu.. buat orang telan2 ailiyur.. phuiii

Mimie_Zatun said...

Yummy...

Inani Hazwani said...

Menangis tengok makanan sedap sedap. Hahaha.pagi tadi terlewat bangun sahur

Fiza Rahman said...

Kecur ailio.

el said...

dapnyer

Mrs Little Voice said...

banyak kali lalu lalang kat Paradigm tu pun tak perasan kedai ni...kena terjah jugak ni

- dieyana - said...

Nampak sedap, boleh try ni.. mmng suka g paradigm mall ni;-))

Chekgu Azrine said...

aduhai..menangis tepi bucu katil...

eima said...

sedapnye ...lahai

Nazlee Ismail PCL said...

salam.

menu memang mantap, selera pcl tgk dekat tghari ni..berkeroncong habis..haha.

wahida said...

aku pun suka gi paradigm mall...tak sesak dan ada byk kedai makanan yang best2 kat situ..hehe...

Kira Sakura said...

onomnomnom sedapnya haaaa

scroll banyak kali tengok gambo makanan hahahahaha

Julia Johari said...

Seronoknya abg hensem sambut besday kt Spagetti Grill...teruja jap bac sebab semua staff situ nyanyikan lagu utk abg encem...yeyyyy

Happy birthday abg encem...suka tgk abg encem ni dah la bijak akademik, bijak islamik...Qi nak ikut jejak langkah abg encem tau...mmmuahhh cikit hehhehe

Adik mok mana citer dia kak winduuuuuuuuuuuuuu dia geyammmmmmmmm

Siti Yang Menaip said...

CT tak pernah ke paradigm mall.. lalu pernahlah..
huhu.. sadis la kat Penang ni macam2 xde.. kena tunggu balik KL la baru bleh nak explore rasa macam2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang