thumbnail

Tuesday, August 04, 2015

Jangan Lupa Saksikan Disney Junior : Miles From Tomorrowland Ya!



Miles From Tomorrowland

Ya, julung-julung kali diberi peluang untuk join event Disney Junior ni! Serius seronok sangat sabtu lepas! Kami diberi peluang untuk menonton Tayangan Perdana siri baru Miles From Tommorowland dari saluran Disney Junior.

Family Picca 1st!

Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.
   
Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland


Hey lagi seronok semua anak-anak dapat sorang satu set bekal yang cantik dan paling happy ialah mama diaorg la sebab dapat Tumb Drive Disney tu! Serius suka sangat tumbdrive tu ;) TQ Disney Junior!

Sebelum terlupa, 

Disney Junior Lancarkan Peraduan Baru – ‘Miles From Tomorrowland": The Search For Disney Junior’s Space Adventures’ Sempena Tayangan Perdana Siri Ini! Peraduan bermula dari 17 Julai 2015 hingga 14 Ogos 2015Ibubapa boleh melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini. 

Selain dari tu, kami juga berpeluang meneroka Petrosains pada sabtu tu!  ;)
Antara nyer..
Merasa tempat tido angkasawan

My feveret picca ever ;) hensem pulak anak aku..kehkehkeh..

Alah..yang kecik tu pun macam paham jek.


Actually banyak lagi benda dan aktiviti kat dalam Petrosains, seronok la boleh habiskan berjam-jam masa kat dalam tu. Korang kalau ade anak umur 2 tahun keatas boleh la ke sana untuk mengexplore sains ni ;) bagus untuk pembelajaran anak!

Sekali lagi, jangan lupa untuk menonton Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613) ya! 

24 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Kakcik Nur said...

Anak-anak pastinya suka dengan aktiviti begini... :)

Jueliza Jamani said...

bestnya wehh.. Qebal suka ni.. qeram blum paham g.. kang dia berlari2 jer hahhh

Sham said...

erm msti kena bawa anak2 ni...

Daddy Ziyyad said...

OK, tapi utk anak sulung kena tgk ulangan la, sebab pagi kul 9 Isnin dia sekolah...hahaha

Kakzakie said...

Pasti anak-anak seronok (mak-ayah pun seronok juga kan).
Adik tu memang kakak selalu perhatikan dari gambar dia memang macam faham bebenar. Khusyuk sungguh macam kakak-abangnya:)

Fiza Rahman said...

Bestnya. Tak pernah dpt invitation dari disney junior lagi. Slalu dari nickelodeon jer. Seronok lah anak² ☺

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok anak-anak dapat pergi tempat macam ni.

HeNRieTTa JoSe said...

wah menariknye....suka aktiviti cam ne...dlu rajin bawak anak buah...sekarang anak buah dah setinggi pokok kelapa...anak bujang tu dah mmg hensem....hehehe...aik, mak budak pown dapat....untie rietta pown nk jugak...hehehe....

Falsya said...

nantu mommy kan mesti la ensem..hahaha..

yg kecik tuh kan kemain lagik die tau..geram betul nengok..gaya mcm paham nau...yg lg kelakar, org yg meng-explain tuh mcm tgh explain ker yg si kecik tuh sorang je..

Inani Hazwani said...

Hahahah. Syakirah acah acah faham tu. Heheh. Best ni kalau bawak anak buah gi :)

Diana Rashid said...

kalau cuti sekolah boleh la pi..nak pi sekarang jauh nye..heheh

Diana Rashid said...

kalau cuti sekolah boleh la pi..nak pi sekarang jauh nye..heheh

Diana Rashid said...

kalau cuti sekolah boleh la pi..nak pi sekarang jauh nye..heheh

Cik Kumbang said...

Bestnye
Aduhai yg kecik tu mcm faham je apa orang ckp

Tekun btl mendengar hehe

Kira Sakura said...

nak cakap tu jugak. yg kecik tu tengok macam pahammmmmm aje hihihihi

bulan depan uwais 2 tahun dah. ok dah boleh kot bawak masuk nt ni

LYAfrina said...

bestnya..msti anak2 enjoy sgt..
goodies pon beshh

el said...

last pic muka yg si kecik tu mmg win..hahaha

Bitt (double IS) said...

tempat tido angkasa tu baru! bestnya

Julia Johari said...

Goodie pack sorang satu wahhhhhhh best yer...serius lawa sungguh gift tu sis...seronok bila anak2 sis semua enjoy tau...

adianiez AIDA said...

wah ramai gaks gi event ni.
menarik.

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

Idea cuti sekolah anak anak nanti

Siti Yang Menaip said...

eheheh yang kecik tu posing untuk mama lew.. pura2 mengerti =D

Proud Babah said...

How was the movie? From range 1 to 10, how you rate it ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang