thumbnail

Tuesday, September 22, 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH!


Hey bulan ni bulan PLAY-DOH tau! Julung kali diadakan sambutan bulan PLAY-DOH ni dalam cubaan untuk memasuki The Malaysia Book Of Records dalam kepelbagaian komuniti malaysia memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mencipta ukiran PLAY-DOH terbaik!

Tahu tak, imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak! Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH telah mengukir inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unit tersendiri.

Jadi aku & Triple SI diberi peluang dalam cubaan untuk menyertai The Malaysia Book Of Records ni, ehhh ini pre-event! Event sebetul nyer baca sampai habis ok nanti aku bagi tau..he..he..he..

10 mini PLAY-DOH untuk dicuba!

Yes bertemakan MALAYSIA dan dalam kepelbagaian komuniti Malaysia, jenuh jugak la nak cari idea nak buat ape!Hah ha...tangan keras uolls lagi la tak pandai nak buat ape! Last-last ini je hasil keras tangan ku dan anak-anak!

Yes, I love Malaysia je terlintas di kepala.

Nama anak-anak tu Syahmi dan Sufiya yang buat sendiri sambil di guide oleh aku.
 

Ha..yang ni adalah hasil lembut tangan Eady! Hahaha..jangan tak percaya ok!

Jadi kalau nak rasakan pengalaman bermain sambil berimaginasi bersama PLAY-DOH korang boleh datang ke Ground Flour, HighStreet, 1 Utama dari 21hb September sehingga ke 27hb September nanti!

Tapi jangan lupa untuk bersama menyertai cubaan The Malaysia Book Of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari adalah pada 26hb September (Sabtu) bermula jam 10 pagi ok! 

Cuma dengan 3 step :

1. Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak-anak anda
2. Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH 
3. Merubah reka bentuk kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan atau bertemakan MALAYSIA 

Ada hadiah ok! Hey, mudah bukan? Jom beramai-ramai memeriahkan sabtu nanti untuk memasuki The Book Of Records Malaysia! #playdohmonth2015

11 comments:

Julia Johari said...

Alaaa sabtu ni ke sis...huwaaaa balik kg raya...all the best kak and family...

aizamia3 said...

Menarik ni tapi en. suami keje.. tak cuti.. huhuhu...

Jueliza Jamani said...

Jumpa kat sana yunk

Kakzakie said...

Kakak perhatikan en Eady lagi kreatif dari isterinya:)
Tapi keseleruhan enjoy bersama keluarga itu yg best pastinya.

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa....cantik n kreatif...

p/s in sha Allah izwa kalau ada tiket murah nanti akak begitahu yer...

Cik Kumbang said...

bestnya main play-doh !!!

NUNU EERA said...

so far, ayyan xpnh bgi ayyan main lgi sbb tkut die masuk mulut..
tpikn mmy die plk rsa mcm bestnyer kalo dpt main playdoh.. :)

Bin Muhammad said...

Hebat! Hebat! Tapi untuk si Eddy lah...hehe
Sebenarnya tak berapa kenal apa itu Play Doh ni.. tapi kalau tanah liat, kenal sangatttt :)

Inani Hazwani said...

Bestnyaaaaa. Tapi Nani dah selamat balik Pahang ni hah T_T

uncle gedek said...

play doh?

uncle masa kecik main selut dalam longkang je... huhuhuhu

Kira Sakura said...

anak2 suka mak pak lagiiiiiiii suka suka hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang