thumbnail

Monday, September 28, 2015

Kemuncak Sambutan Bulan Play-Doh!


Kabur mata pagi ni dek kerana jerebu, kerana mengantuk dan jugak kerana sakit mata nak pilih gambar yang maha banyak..he..he..he..

Ok lah nak cerita kemuncak sambutan bulan Play-doh yang ditempatkan di Ground Flour Highstreet One Utama sabtu lepas. Dalam usaha cubaan memecah rekod untuk memasuki The Malaysia Book OF Record, rasa macam dah berjaya masuk je sabtu lepas sebab setakat pukul 3 petang aku tengok dah ade 900 bentuk acuan Play-doh yang berjaya digubah bertemakan Malaysia dan ade jugak tak bertemakan Malaysia..hahaha..aku adalah salah sorang yang buat acuan Play-Doh tak bertemakan Malaysia..takde idea hokey..jangan nak gelakkan aku sangat >_<

Event dari pukul 10 pagi sampai 6 petang tapi tak lah kami kat situ sampai petang..he..he..he...anak-anak sibuk nak makan la nak tengok wayang la. Senarai pemenang diumumkan petang tu dan acuan Play-Doh yang menang akan di siarkan web Play-Doh ok ;) Jom lah cuci mata dengan gambar yang maha banyak nie. Nak cerita banyak pun dah habis cerita dah kot..he..he..he..

3 ketul budak ceria..pada mula la...


Sempat join kelas Play-Doh.

Kalau ikutkan orang luar mase tu kene beli produk Play-Doh berharga RM50 keatas dapat la join kelas Play-Doh ni selama sejam ;) terasa berharga diri ini menjadi blogger..hahaha..gitu riak nyer mak korang nie, padahal sabtu lepas memang free free je join kelas berkenaan terbuka untuk orang ramai.

abam Syahmi


tengok adik tu tak lepas gigit benda alah Play-doh
 
 
Sufiya yang memang gilerkan Play-Doh!


Hah..ni lagi semangat giler menekan benda alah tu.he..he..he..
 

Habis kelas semua orang dapat sijil dari Play-Doh

Lepas join kelas, baru kami pegi ke acara membuat acuan Play-Doh terbanyak untuk Malaysia Book Of Record. Oh ye maafkan aku sebab takde gambar mase acara sebab nyer satu Syakirah dah meragam dua sebab semua fokus gila nak buat benda sampai terlupa tangkap gambar masa acara.

Inilah hasil keras tangan lembut tangan kami!

Hahaha..hasil keras tangan aku mampu buat perkataan jek!! Hasil lembut tangan Eady siap buat patung Do-Do si Play-Doh, kumbang dan ular okey..cis..berseni sungguh tangan laki aku ye! Harapkan aku takut patung jadi bulat-bulat bola je..ha..ha..ha..

Sebelum balik sempat terserempak dengan Maskot Play-Doh! Cepat-cepat mintak nak tangkap gambar walaupun dilaluan ke tandas..haha..almaklum kami dah keluar time ni maskot baru nak masuk ke tempat acara.

Boleh pulak Syakirah meragam tak nak tangkap gambar, takut pun ye jugak. Budak dah ngantuk, bangun sesubuh adam..event pun dah masuk ke tenghari.


Adik tetibe takut plak dengan maskot nie.

Selesai makan, bagi kenyang masing-masing kami pegi tengok wayang! Tengok citer Hotel Transylvania 2, dan dalam wayang Syakirah bantai tido sepanjang wayang..lega mak ko ni dik! Lepas wayang round lagi One Utama. ;)


Tengok la budak dah charge bateri!

Walaupun gegar nak letak jugak sebab seronok tengok anak-anak gembira macam nie.


Sihat semua anak-anak..alhamdulillah.


tak kuasa larghhh nak layan budak tengah tu! hehehe..


Petang pegi ronda IKEA pulak..seharian la kami berjalan! Penat tapi bahagia semua orang lagi bahagia tengok anak-anak semua gembira. Alhamdulillah & TQ so much PLAY-DOH sebab gembirakan kami dengan PLAY-DOH yang banyak tu! ;)

20 comments:

uncle gedek said...

Jelir lidah tu yg tak menahan tu!

Cik Kumbang said...

pewwit sehati sejiwa gitu
cantiknya kakak comel punya ootd ;)

pandai incik eady buat kaum kerabat beta guna play-doh kwang3~

aduhai, sabor aje la dengan budak yg kat tgh2 tu kan hahaha :D

safurara said...

sedihnyaaa x dpt joinnn sobs~

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Nieyl said...

Singgah petang...
anak² gembira..ibu ayah pun bahagiaaaa...:)

NUNU EERA said...

teringin nk blikn dayyan playdoh jgk tpi tkut die ingt blh mkn plk nnti.. :(

Fiza Rahman said...

Sedih sbb tak dpt jemputan...huhuhu...

mama tisya said...

bdk2 mesti suka playdoh...cantik hasil sefamily tu

Julia Johari said...

Untung jadi blogger dpt free semua alhamdulilah...cantiknya baju kak izwa...kenan habis

Zaza Abdul Latif said...

bukan budak2 je sonok ngan play doh ni.. kalau bagi aku pun akan aku lumatkan benda jadi KLCC hahaha..
anak aku punya mesin yg buat askrem tu dah aku humban dalam tongsampah besar.. sebab tersidai je kat atas lemari dalam bilik aku tak main..

Dee said...

anak2 mmg sukalah main play doh kan..mmg suami awak creative lah idzwa..si kecik tu kemain skrg..pandai jelir lidah dah amik pic kan..cute

Bin Muhammad said...

Seronoknya melihat keluarga bahagia ni... Alhamdulillah. Semoga bahagia selalu. Walaupun saharian penat tetapi ianya saat manis yg tidak boleh dijual beli.

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Seronok dapat main play doh satu keluarga ya izwa.. seronok akak tgk gambar2 ceria izwa keluarga juga play doh yang berwarna warni tu..

Raihanah Ahmad said...

seronok budak2 dapat main playdoh

Inani Hazwani said...

Seronoknyaa. Kemain dia siap jelir lidah. Hahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok satu keluarga dapat main play doh. Mesti anak-anak suka.

Amanda Suria said...

Amboi adik...cheeky kamu eh...bila jumpa tak nak kawan aunty....well event ni mmg bagus untuk community family....tahniah buat semua yang menjayakan

hainom OKje said...

Kiranya memasing duk tunjuk sapa paling senilah yeh ni Izwa...hihi....kekadang best gak layan benda benda gini ek.

LYAfrina said...

bestnyer...
rezeki anak2..

Kira Sakura said...

semalam baru je tengok dengan uwais paly doh tu depa buat macam2 bentuk. cantik sangattttt. tapi kita ni tangan batu sobsssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang