thumbnail

Monday, October 12, 2015

Selamat Hari Lahir Kakak Sufiya Irdina!


Ya semalam 11.10.2015 harijadi Sufiya Irdina yang ke-6. Tahun depan dah darjah 1 dah..uhuks..rase macam dia kecik lagi je nak sekolah! Boleh ke sekolah? Boleh ke berdikari? Uhuks..kenapa la anak-anak ni cepat sangat membesar..sobss.sobss..

Dengan dia ni aku selalu berkeras sikit..almaklumlakan dedua anak no.2 jadi perangai keras kepala dan ikusukahatidiatulah yang biase buat aku berangin je dengan dia selalu..teruk lah aku jadi mak dia :( tapi anak ni, hati dia suci kan? Tetiap kali aku minta maaf dengan dia nanti dia akan cakap " ala takpe kakak tak marah mama sebab kakak tau mama marah sebab sayang.." uhuks..nangis hati mak kau ni nak..pastu esok mama buat lagi..huwa..teruk nyer aku..! Biler nak berubah ni mama?? 

Semalam konon nak bawak dia celebrate kat Spagetti Grill sekali dedua cawangan dah tutup da..last-last belikan sepotong kek dan sambut kat Teh Tarik Place! Sedih jugak hati sebab tak dapat sambutkan dia macam Syahmi haritu, banyak kali say sori dan pujuk hati dia (padahal pujuk hati sendiri yang ralat!) tapi Sufiya jenis makan dipujuk tak kisah sangat pun sebenar nyer..siap janji 23hb ni mama bawak kakak kat tempat suprise tau..(nak bawak anak-anak bercuti kat Swiss Garden Residence Kuantan)

Apa pun mama abah tetap doakan kakak jadi anak yang baik, yang mendengar kata, menjadi solehah dan semoga anak-anak mama abah dilindungi ALLAH SWT selalu sementara mama abah kerja menjadi rezeki. Harap-harap kakak dapat kurangkan dari bergaduh dengan adik..ha..ha..ha...iyee..adik sejak dah besar ni dah pandai gaduh dengan kakak T___T

Family Shoot pakai timer je

Atas permintaan birthday girl

Alasan dia, nanti mama boleh letak kat komputer office mama.

Gigih la mama abah ni melayan kerenah masing-masing yang kemain susah nak tangkap gambar dah sekarang nie..yang besar ok tapi yang kecik tu Allahhhhhh...semput dada nak layan!

video
Happy Birthday to U! Happy Birthday to U!


Happy Birthday To U Sweetheart!
Happy Birthday Kakak Sufiya Irdina sayang~

33 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat hari lahir

Julia Johari said...

Cik Sufiya Irdina
Auntie wish kali kedua Happy Belated Birthday sayang, tahun depan darjah 1 dah dia, cepat je masa, betul sis kalau kita dah set nak raikan dia di satu2 tempat istimewa tetiba close rasa mcm down je rasa kan...by the mama nak bawa sufiya pi swiss garden kuantan, enjoy tau dear...bestttttttt!

Kakzakie said...

Happy birthday Sufiya:)
Gambar sekeluarga bila adik ikut posing sama itulah yg menarik.
Tengoklah satu pun tak sedar sebelah kaki seluar adik dah masuk dlm skirt tak nampak. Tahulah sebab adik kan tak reti diam:)

Zaza Abdul Latif said...

gedik2 pun ikut perangai mak dia yang terlampau tu.. haha
Happy Birthday Kakak Sufiya Irdina!

Nad MamaZN said...

hepi bday kakak!
pandai berposing ye..
sindrom anak no.2.. banyak sama ngan nayli tu :)

el said...

seyes pakai timer je...mcm buat outdoor photoG je
kerrrlassssssss uols hehehe

kiranya sama baya ngan anak iols lah arwen tu
tp sbb dia lahir 1.1.09..dia terpaksa masuk darjah 1 tahun ini
tupun last minit bln 3 hari tu baru pengetua sekolah sedor..sbb dia prasekolah kat sekolah yg sm..huhu
alhamdulilah dari 0 skrg dah boleh baca...syukur
risau mula2 sbb dia kena catch up ngan budak2 yg dah advance

hainom OKje said...

Hepy Bezday kakak....moga kakak jadi anak yg solehah, miga makbul doa mama jugak.

Izwa ni mcm bukan bezday kakak jer, ni mcm bezday family jee hihi....

safurara said...

kihkih~ kemahen permintaan, xpelah mama, cantik jugak gambar2 tu.

Nieyl said...

Singgah pagi isnin...
Happy birthday kakak...
Aunt nieyl doakan semoga kakak menjadi anak yang solehah...
menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat...
menjadi kakak kakak dan adik yang terbiak untuk adik²..eh..adik²..Hmmm...:P

eima said...

happy birthday kakak .... semoga ape yang ibu harapkan untuk kakak Allah makbulkan .. inshaaAllah ....

wahhh bukan senang nk dpt amik gabar family potrait gini ..cun

Lea Ismail said...

Happy Birthday kakak. semoga kakak menjadi anak yang solehah dan mendengar cakap mak n ayah.

Mrs Little Voice said...

happy bornday kakak. smg membesar sbg muslimah sejati

Ezna Ahmad Khalili said...

happy birthday kakak :-)

Siti Rohaida Yusof said...

selamat hari lahir..wah..pndai dia berpsoing ye

Siti Suliana said...

sanah helwah, semoga berjaya dunia akhirat

NUNU EERA said...

hepi bezday sufiya syg.. jdi ank yg solehah ye..
cptnye awak da nk sek..
eh sma la.. last week nunu nk mkn spghti grill kat paradigm, tutup da..
sobs.. sobs..

Jueliza Jamani said...

happy besday sufiya.. kalo aunty tahu bleh aunty prepare cupcakes kat sufiya tau..

- dieyana - said...

happy birthday kakak! Jadi anak yang soleh ya!-hari lahirnya sama dgn cik kembar kami ;-))

Ati Masrif said...

sedap nama..
selamat hari lahir, semoga berjaya di dunia dan di akhirat
selang sehari je dgn anak kak ati

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Selamat hari jadi untuk kakak yang sangat manis tu.. cantik sangat family photo tu.. background pun sangat damai.. suka tgk.. wah nak pergi bercuti nanti.. seronoknya..

JMR said...

tu la..spaghetti grill dah tutup kan..

happy birthday kakak! be a good girl ok
-Uncle JMR

Kira Sakura said...

hepy birthday kakak sufiya!!!!!! moga jadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat ye. nanti dah besar mesti cantik lagi macam mama ;)

HeNRieTTa JoSe said...

Selamat Hari Lahir Kakak, Makin Comel Untie rietta tgk...

aizamia3 said...

Sufiya Irdina..
Selamat Hari Lahir..
Moga sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga tersayang.. ;)

Melissa Muklis said...

happy birthday sufiya irdina ! hehe tiada sambutan grand pun x pa.. yang penting ingatan kita untuk yang birthday :D

Myluv - Syl said...

happy birthday syfiya irdina.

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...hepi besday sweet girl...:)

Daddy Ziyyad said...

Happy birthday budak comel Sufiya Irdina !!
Kejap aja dah nak masuk darjah satu..

Saya suka betul dgn gambar 1st tu...
Nampak macam kat Taman Tasik Taiping...tapi rasanya bukan kan?

Nooriah Abdullah said...

happy besday utk kakak suffiya ya
semoga menjadi anak yang solehah dan menyayangi kedua ibubapa
gambar family yang cantikk

Cik Kumbang said...

happy birthday irdina
bday girl posing kalah model uollss :D

Fiza Rahman said...

Cantik family shoot tu even pakai self timer.

Happy birthday kakak sufiya.

LYAfrina said...

pakai timer pon..ttp mnjdi..

happy belated birth sufiya
moga mbesar mjdi ank y bjaya duniakhirat
amin

mama tisya said...

happy belated busday sufiya

suka la tgk gmbr sefamily..uolss smua suka amik gmbr sefamily lps tu smua ok tu gmbr cun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang