thumbnail

Friday, November 06, 2015

Luahan Hati RAKYAT MALAYSIA | Bangun Awal & Kenaikkan Harga


Lama tak sembang....


Dalam busy kerja banyak pun nak jugak sembang...duk baca sana sini pasal statement bijak pandai pak menteri rase tak terkata dihati. Rasa nak pegi depan muka dia jerit sekuat hati. Ha..ha..ha..alahaiii lagi tinggi ilmu macam makin bodoh pulak akal fikiran.


Bangun awal? Huhuhu..kalau bangun pukul 5.15 tak dikire awal ke? Kalau nak masak bekal siap bangun pukul 4.45 pagi lagi tau. Aku rase pak menteri ni sebenar nyer tak nampak gambaran besar kehidupan kita sebagai rakyat biase. Dia mungkin tak nampak gambaran nak siapkan anak, belum kira nak siapkan bapak anak..eh..kekeke..belum kira nak siapkan beg-beg anak..belum kira nak adjust waktu nak sampai ke taska. Dia mungkin terlupa atau tak tahu taska atau sekolah buka pukul berapa. Almaklum..anak-anak orang kaya kan semua tinggal rumah ade bibik jaga, jadi mane amik tau pukul berapa taska tadika tu buka. Ibu-ibu taska cikgu-cikgu tadika perlu bekerja pukul 6 pagi ke??


Dia tak nampak gambaran keadaan perjalanan yang kadang-kadang memang takde pilihan lain melainkan wajib melalui jalan berkenaan. Takde point B atau C melainkan point A itu sahaja. Bayangkan kalau biase semua orang bangun pukul 5 dan 6..sekarang bangun pukul 4 pagi dan semua serentak keluar pukul 6 pagi jadi dimana selesai nyer permasalahan jalan sesak sampai semput otak nak lepaskan lelah dan stress? Kat mana selesai nyer tak payah jalan ikut tol??


Hmmm...penat cakap bukan dia orang dengar pun, baca entry ni pun tak. Yang ade kita je terpaksa jadi bodoh sebab kene dengar dan baca statement "bijak pandai" orang besar nie.


Semalam, aku ke ***da* nak cari baju persembahan Sufiya. Alang-alang pegi sana tengok la harga baju sekolah. Kekonon nyer nak beli la sepasang untuk Syahmi dan Sufiya bulan ni dan bulan depan tambah je lagi sepasang. 


Terkejut badak larghhhh aku tengok bayangkan seluar sekolah yang pada bulan 6 aku beli untuk Syahmi dari RM28 dah jadi RM31 dan ke atas ikut saiz..makin besar saiz makin besar harga! Oh maiiii bleh pitam tengok harga seluar sekolah rendah darjah 5 & 6 ade yang mencecah RM47 hengget...giler kot!


Tu belum kira baju sekolah putih tu lagi..haritu dalam RM21 je sekarang dah jadi RM23 dan keatas! Huarghh..kasut sekolah je dah RM28.90...dah kenapa? Tol naik minyak naik barang basah naik..abis ape yang turun wahai pak menteri?


Total sepasang baju sekolah Syahmi setakat bulan 11 ni aku kira ialah : RM83 (baju, seluar & kasut sekolah sahaja) kalau tambah tudung (Sufiya) adelah RM90 lebih kot. Sepasang ok..sepasang sahaja! Nampak gaya aku kene buat kira-kira lain nie..


Ntah la..tak reti dah nak mengeluh macam mana lagi. Nak tak nak kene jugak redah benda nie..kene doa kuat kuat ade rezeki murah-murah lepas ni untuk anak-anak..dalam kerja pun kerja kuat-kuat jugak, OT selagi boleh selagi daya. Jimat pun dah tak tau nak jimat cara mana lagi..nak jahit baju sekolah sendiri pun mesin bukan nyer ade..pandai pun tak jugak. Dengan harga kain baju sekolah mahal tambah upah menjahit silap-silap harga lebih mahal dari baju siap..huuuuuuuu...mak is so stress~


Pak menteri memang boleh sangat nak keluarkan statement "bijak pandai" tu sebab dia tak duduk dalam kasut kita jadi takkan tahu situasi sebenar nyer macam mana. Hanya orang yang "bijak pandai" sahaja yang boleh keluarkan statement macam tuh..


Sekarang suruh duduk kampung untuk kurangkan kesesakan jalan raya? Tak tau nak gelak ke nak nangis baca statement macam nie! Huhuu..abis orang macam aku ni yang dah 33 tahun memang lahir dan membesar kat KL ni nak lari ke kampung mane? Nak lari ke kampung sape plak nie..? Sian aku wehhh takde kampung. Huahuahua~



Errrmmm...ye lah sapalah kita untuk mengeluh? Jadi jom lah kerja kerana ALLAH SWT dan doa banyak-banyak semoga hati mereka yang "bijak pandai" ni terdetik untuk cuba berada dalam kasut kita.  Baru tahu betapa rendah nyer tanah dari langit yang menjunjung kepala! Arios!~


15 comments:

Zaza Abdul Latif said...

kepala hotak dia berjambol!
awal macam mana lagi? kebanyakan rakyat malaysia ni sebelum suboh sapi├ę lagi dah bangun kot.. lagi2 family yang ada anak yg bersekolah!!
PADIAPPANAMALAI PUNYA MENTERI!

Nieyl said...

yelaaa...nak awal mcner lagi kan...
dah la awal...balik pun lambat...xfaham...

Kakzakie said...

Dalam pada hati pedih kakak tergelak baca komen Zaza kat atas tu
Memanglah betul kita semua ni manalah ada bangun lewat. Lainlah mereka kan.
Kakak yg tak ada anak kecik pun pukul 5 pagi dah bangun tau. Siap semua bekal sebab nak jimatlah... habis tu tak kan nak pergi hantar anak sekolah selepas subuh. Memang penculik budak tepuk tanganlah sebab pintu pagar sekolah pun belum buka senang dia nak culik ramai budak. Tenat betul politikus kita kan Idzwa.. cakap ikut suka mulut aje..

Julia Johari said...

Eh sama la kak, julia pun hari2 set jam 4.45 pagi, nak buat bekal periuk doraemon ye la...bekal anak la...harga barang mmg bikin hantu hari2...tu julia prefer pi pasar borong selayang tu, lantak lah lecah pun nak harga murah hadap la kan...

Gulppp baju sekolah anak makin melampau ye naik...erkkk acaner lah Qi sok nak sekolah nanti...ribannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn la nak kena sedia anak sorang uhukssssssss

Jueliza Jamani said...

aku beli ritu kasut sekolah qebal RM30 sepasang.. tu baru 1.. blum lagi 1 pasang g.. baju aku blum ushar2 lagi.. mau terjegei bijik mata aku nanti tgk baju.. bag saja rm50.. tepuk dahi wehhhh

mama tisya said...

ckp tu tk pk kesan...cthnye kalo org tu pi kj mmg laluan die kena hadap tol bgn awal ke..lmbt ke..kena byr gk..bengong kn....baik diam dr bg komen yg menyakitkn ati org rmi....mahal btul tu kira2 persiapan sek..thn dpn tisya darjah 3 pn nk kena bli baru sbb ms darjah 2 tk bli sbb pakai bj darjah 1 dlu

Fiza Rahman said...

Kecik besar kecik besar jer aku tgk muka menteri tu. Kalau ada depan mata memang lunyai ko dikerjakan. Statement tak boleh blah. Dah soh bangun awal soh kita dok kampung plak. Pastu kata kat malaysia ni dah tak der kampung. Kebangangan apakah itu...ppffttt...

Fening pala fikir perbelanjaan anak wei. Perbelanjaan meningkat berganda2.

Siti Rohaida Yusof said...

sebab diorang tak berada kat tempat kita,tak merasai pahit maung kita untuk menghadap hari2 benda tu..boleh la kan...meh sruh menteri tu dok kat tempat kita..ada anak2 ramai..sat lagi kang ada pulak kata anak tak boleh ramai..dush sekali

Nurzakiah Hanum said...

keja gila nie

Eye_nee said...

Nnt ada pulak yg macai2 akan kata...kalau nak hidup bahagia jgn byk mengeluh..rezeki tak berkat...hakikatnya inilah kehidupan kita..kehidupan realiti golongan marhaen mcm kita..kul 5 dah bgun....masak apa yg patut buat anak2...ada lebihan anak2 kita pula bawa ke opis...mkn pun sekarang ni beli bungkus...mkn kat opis air free...jimatt duit nak byr air...yg pak2 mentri fasolatido ni bagai kan dlm kepala tu otak dah tercabut..letak kat kepala lutut...gerammm sgttt...

Bin Muhammad said...

Baca komen satu persatu... terdiam terus, tak tau nak komen apa.
Doa sajalah senjata kita. semoga ada perubahan dalam masa terdekat...

Diana Rashid said...

hanya yang mengalami je yang faham.pak2 menteri mereka tu pi kerja pun orang yang bawak.sedar je dah sampai..apa lah yang mereka faham dengan kesusahan rakyat.lain la kalau gaji diaorang pun rm3000 sebulan , anak 4 orang masih bersekolah dan isteri tak kerja..try hidup macam tu baru diaorang tau cemana rasa..

hainom OKje said...

Orang yang tak pernah rasa susah mmg tak tau susah Izwa....Dia ingat hidup kita ni senang mcm depa kot.

Nak buat macamana....Kena turut jerlah rentak depa selagi boleh huhu....

adianiez AIDA said...

kita rakyat marhaen.
diorang kat atas tu byk main!!!
kita yg tanggung beban :(

Kira Sakura said...

ada yang turun kak. akal dorang tula yang turun smpi kaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang