thumbnail

Monday, December 14, 2015

Desa Dairy Farm aka New Zealand Malaysia


sambung dari sini..

Pagi tu terus check-out dari Jilinieja Homestay..sobs..kejap giler menginap kat situ! Takpe takpe..nextime kiter duduk situ lagi..lepas keluar terus menuju ke The Desa Dairy Farm yang glemer tu la..ala-ala New Zealand tuh dan yes, biler kami sampai memang sebijik macam New Zealand yang kiter tengok dalam gambar! Ha..ha..ha...ye la aku mane penah sampai NZ weh..jadi mane aku tau sama ke tak. Jadi kiter anggap je la same ye dak..

Dengan kabus nyer dengan lembu tengah meragut rumput..wah gitu sangat ayat ko kan izwa! Yess..tempat paling dinantikan untuk jejakkan kaki! The Desa Dairy Farm aka New Zealand Malaysia! Blerghhh...dulu tak dapat masuk kot! 

Kali ni puas dapat masuk pusing tapi kecewa sebab adik mok tak beri kerjasama mase bergambar! Ha..ha..ha..mak ko punyer semangat last-last anak tak nak beri kerjasama...blerghhhh....nyampah sangat.

Kabus kabus~

Kat pagar luar lagi nie.

Nampak tak kabus? Gigih tu tak pakai sweater konon nak rase feel sejuk..tapi takde la sejuk sangat..he..he..he..taraf taraf Genting je kot! CH lagi sejuk la aku rase walaupun dah 9 tahun aku tak jejak kaki kat CH tu.

Ni kat area luar, tak masuk dalam lagi. Kene beli tiket kat depan. Tak dapat amik gambar pintu gerbang Desa Dairy Farm ni sebab mase tu ade consraction untuk betulkan jalan maka tiadalah gambar pintu gerbang. Nak masuk kat Desa Dairy ni tak mahal mane pun. RM4 je sorg tak kire la budak sama je harga.


RM4
 
Welcome to The Desa Dairy Farm

Mungkin sebab homestay kami terpaling dekat dengan Desa Dairy Farm ni maka waktu kita orang sampai tu orang tak ramai lagi! Tapi selepas selepas tu amikkoo...penuh! Dengan rombongan cik kiah, dengan rombongan dari korea, dengan rombongan budak-budak U..PERGHH..nasib baik mase dia orang sampai tu kita orang dah nak keluar~

So, aktiviti kat ladang lembu macam biase la kan tak lain tak bukan dah tentu la bagi makan lembu khennnn.


gelap pulak.

eh..berkepit je la kann..


kemetot!muahaha...

Nak beli makan / susu / rumput untuk lembu pun tak mahal RM1 - RM1.50 jek. Lembu pun makan kemain ganas, baru betul orang panggil meragut! Maka meragut la engkau macam lembu wahai peragut! Ha..ha..ha..ok tak kelakar!


Semua pun gembira ;)


Haah kemain peace aku mase mendaki nie! Yeeee....kat kawasan tu semua kene mendaki lepas tu kene plak naik tangga sikit. Ya allahhhh mase ni ade tragedi berlaku kat aku! Lepas mendaki bukit kene naik jetangga pulak, habis je anak tangga yang terakhir aku terus sesak nafas pening macam nak pitam!! Seriusss berpeluh-peluh hitam pandangan dan nampak kelam semua benda sampai aku cari kerusi terus terduduk!


Huarghhh..giler! Lepas stopkan susu badan aku naik beberapa kilo terus tak fit macam dulu! Ya Allah memang seram la sangat time nie dengan semput nyer dengan berpeluh nyer dengan kelam nyer..taubat mase tu terus rase nak bersenam terus! Tapi apekan daya duduk kat Labuan lepas tu terus berat badan aku naik dan naik dan naik sehingga naik 7 kg! Blerghhhh...menci arrr..

So azam sebelum tahun baru ni aku nak diet back tu berat yang lama dan nak fit kan badan balik. Giler teruk biler badan tak fit!

Okey terlajak bercerita pulak...dah dah lepas rase nak pitam tu hilang kelam-kelam terus pegi beli aiskrim yogurt, pizza dan hotdog! Wakakaka...mane ntah taubat tadi! Gambar semua takde sebab semua macam pirana kelaparan kene pulak pizza tu tengah panas-panas cheese dia perghhhh tarik kemain panjangggggg sedap sedap nyums nyumss siap berebut makan dengan Eady..waduhhhh nikmat nyer korangggg time tu~

Aiskrim Yogurt perisa Durian, gambar aiskirm coklat tiada dalam gambar.
(ini pun gambar ihsan biras aku)

Hilang kelam mari kita bergambar! Muahahaha...walaupun Syakirah ade penyakit tak suka orang lain amikkan gambar nanti automatik dia akan buat perangai tak nak pandang tak nak senyum tak nak semua lahhh..


macam-macam la ko dik!

Perangaiiiiiii 

Selfie dengan kabus pun bolehhh..

Muka syakirah tak puas hati.ha..ha..ha.. 

Ape aku boleh cakap? Puassss..puas hati sebab dapat jejak kaki kat sini walaupun ade orang cakap takde ape punnn kat situ...Puas hati sebab waktu kita orang sampai tu kabus banyak sangat! Kat semua tempat ade kabus terus fefeling kat obersea. Bagi aku alang-alang dah naik ke Kundasan singgah je ;) 

So lagi 2 tahun kita datang lagi, mungkin mase ni Syakirah dah pandai bagi kerjasama kot.Ha..ha..ha..

Okey next kiter terus pegi ke Fish Farm..

25 comments:

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaa kak !! last time CT pergi sana tahun 2004 rasanya..
tapi tak pegi ladang lembu ni.. aiseh.. nak kena pegi baliklaaa nanti..

mama tisya said...

Mmg rmi ckp mcm new Zealand sbb ada lembu tu..cantik ngan kabus lg..mmg feel2 kt oversea la

Kakcik Nur said...

Mak pun ada gambo kat sini. Rasa macam kat Niu Zilen je walaupun belum pernah samapi ke NZ...:)

aizamia3 said...

Cantik berlatarbelakangkan kabus.. sambil membayangkan berada kat oversea.. hehehe..

eima said...

aku ari tu tak naik pun sini sbb jln nk naik atas tu mcm teruk sikit .... berbatu ..tapi kami terus pi poring ... mmg syok arrr ...pi poring tak ??

Julia Johari said...

Tetap cantik seperti dulu julia pertama kali ke sini...mmg cantik !
Rinduuuu

aRz MoHa said...

kecantikan alam semulajadi...teringin juga nak sampai ke sini...selepas kejadian flight hilang dan jatuh ke bumi, niat nak terbang dihentikan sementara....insyaallah akan datang nak juga ke sini

tiga lalat said...

laaa, kundasang je, imgtkn kat felda new zealand pahang nuuun., huhu2 mak kene byk exercise tuuh., ;p

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa Dairy Farm ini memang salah satu tempat selalu pelancung singgah. Rugilah kalau dah tiba sana tak pergi.

Adik tu memang biasalah kalau tak buat org senyum memang tak sah:)

Muzai Samilan said...

uitt.. apsal rm 4. kita kena 5 hinggit... hehe masa kitorg g panas terik..sekali sekala je rasa angin sejuk.. hehe

::EIDA:: said...

masa ida pergi dulu pun kabus ala ala kat NZ asenye! cewah! tapi kawan ida pegi takde kabus kan kak, lagi lawa teruk! terus Nampak kinabalu belakang tu! hebak ah! terasa nak repeat! hihihi

Nieyl said...

si adik suka wat muke comey cmtu tau...geram je tgk...

wahida said...

sini lah tempat yg sepatutnya kami pergi tapi tak sempatttttttt...arghhhhh....

Nooriah Abdullah said...

cantiknya pandangan mcm tingin je nk pergi lah

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

First time dengar tempat macam nie ada di Malaysia... mmm... Jauh ke Sabah la pulak... Ingatkan kat area Semenanjung saja... mmm...

Inani Hazwani said...

Lawaaa laaaa temoat tuuu. Kalau buat photoshoot nikah mesti vavavooom. Ehhhh :P

el said...

weiiii cantiklah tempat ni
weiiii bila nak pi ntah lah weiii
ritu mil dah pi sana..siap peace yaw amik gambar
dengki!!!hahaha

Kira Sakura said...

ktorg aritu tak dapat masuk pun kat situ. sampai dah petang. konon sebab mengikutkan si pengantin tula nak tangkap gambar dorg. sampai2 je lagi 30 minit nak tutup. takkan nak masuk jugak buat habis masa je nanti. bergambar jela dekat luar tu. tapi masa dekat sana sejukkkk sangat. mungkin sebab baru lepas hujan sama tu rasanya

Akak Kembang said...

Ya Ampun Iwaaaa......sangat seronoknya...wishtlit nie.....hehehehe

Fiza Rahman said...

Bestnya. Fefeeling NZ.

Cik Tie said...

bestnya.. bila la ciktie nak pi sini ni huhuh

Zaza Abdul Latif said...

untung kau dapat pergi time tengah kabus & si lembu2 tu keluar meragut..
sekarang puas lah hati kau?? si diva kekwat tak ada.. dapatlah kau ikut perangai diva kau sepanjang kat sana ya??!! haha

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Best kan dairy farm tu.. akak pun seronok kak situ.. sakan beli susu dengan aiskrim.. bau pizza dia mmg menusuk jiwa.. akak pun ada tragedi masa kat situ.. terasa nak pitam dan lembik kaki nak daki bukit kat situ sebab purse tercicir..

Citer sedih lagi bila driver kita org tak bawak singgah pun tempat makan lokan bakan tu.. Padahal dah tunjukkan msg yang izwa bagi tu.. Tau-tau dah sampai pekan KK.. kita dahlah tak tahu tempat.. dok diam ajelah.. Aduhai.. takde rezeki nak merasa.. TQ ya sudi berkongsi info dgn akak hari tu ;)

hainom OKje said...

Cantik Izwa latar belakang yg selfie tu....kalau selfie reramai lagi cantik.
Pernah jugak nampak org datang sini...hijau je ek

safurara said...

Ya Allah kak, mmg wishlistsy tahun depan! huaaaa bestnyaaa, murah je eh tix masuk dia. ok lah ok lah, tgu tix murah.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang