thumbnail

Monday, December 21, 2015

Kidzania KL : Dunia Keriangan Alam Perkerjaan Kanak-Kanak! Tapi....Hmmmm....


Ha baru nak update cerita pasal Kidzania. Punyer la lama..uhuks..sambungan dari Talk Positive Parenting tu kami berkesempatan explore Kidzania sampai tutup! Kepenatan aku dengan Eady nak tunggu budak-budak ni penat..ya allah hazabaedah betul dari pukul 10 pagi sampai 10 malam baru sampai rumah..memang duduk dalam Kidzania je seharian!

Tapi nak cakap masuk kat sini TERsangat best buat budak umur 6 tahun keatas jek! Sangat best sampai ade jugak banyak tempat tak dapat cuba. Berrrrrr..nak datang lagi kene pikir 40 kali kot! Hek kenapa?Kenapa? Haaa tunggu laaaaa entry ni sampai habis!~

Sebelum anak hilang ntah kemana-mana marilah kita bergambar dulu.

Map Kidzania 

Tapi tak berguna map ni sebab anak main ikut suka hati dia orang je nak singgah atau lalu kat mana. Tak paham Kidzania ni macam mane? Dia ala-ala kedai-kedai berkaca tapi dalam tu anak-anak je boleh masuk, mak bapak kene duduk dilaluan luar atau duduk la kat cafe-cafe yang hade~

Kat dalam ni tak payah risau anak hilang sebab sorang satu anak akan dipakaikan gelang yang berkod! Kod anak-anak mesti sama dengan mak bapak. Means kalau nak bawak keluar anak, if dia scan kat tangan mak bapak tu tak sama siap la korangggg..ha...gitu punyer tahap keselamatan!

Eady punyer tak risau siap pegi tido kat kerusi yang tersorok sikit..ha..ha..ha...penat wehhhh dah la bangun pagi buta dah tu seharian takde buat ape kat dalam Kidzania nih..bagi mak bapak adalah sangat giler kot. Lenguh kaki sakit badan menunggu.

Apa pun, sebelum anak-anak kene bekerja kene pegi buka buku bank dulu kekonon nanti gaji yang dapat banyak-banyak tu boleh la di bank in kat bank. Kalau tak nak bank-in boleh la pegi bershopping sakan kat kedai cenderamata Kidzania tapi hmmmm..hmmm..hmmm..nanti la citer!

Sebelum tu meh la cuci mata tengok gambar anak-anak terbahagia di hari kejadian. Oh ye..gambar maha banyak okehhhhh...sebab biase la kala ujadi mak-mak ni semua tempat smeua benda berkenaan nak amik gambar! Ha..ha..ha..

Cimb Bank

Dah ade akaun bank baru boleh cari keje! Kat bawah ni antara kerja-kerja yang dapat gaji cash. Kat sana duit Kidzania dipanggil Kidzo.

Jadi posmen

Jadi buruh

Ha kerja la wahai buruh..kerja rajin rajin tau~

Pengutip surat kabar

Dalam Kidzania nie, semua pekerjaan bermula dengan anak berusia 4 tahun, sebab tu aku cakap adalah sangat best kalau anak dah besar-besar sikit pegi ke sini. Bawah 4 tahun tak paham sangat. Sebab tu adik mok duduk je dalam stroller tu, nasib baik adi mok ni jenis tak meragam walaupun boring. Dari pagi sampai ke malam langsung tak meragam sebab setiap mase setiap minit ade makanan kat tangan dia..senang keje mak ko nak~

Kat Kidzania ni yang best semua staff dia adalah budak-budak muda, berbahasa inggeris dan sangat-sangat friendly! Setiap masa setiap ceruk ade staff Kidzania untuk membantu anak-anak.

Doktor gigi

Dentist

DR. Sufiya Irdina Suhaidi

Ehh jadi buruh balik plak..lantak la malas nak susun dah.

Ade video ni nanti aku try upload.

Bomba paling comel. Ade vidoe jugak nanti la ye..

Pembeli dan penjaga kaunter.

Gambar terakhir sebelum balik dan sebelum semua orang pengsan dalam kete sebab kepenatan. Adik mok pun tak tau penat! Seharian dia tak tido tau harituh~

Overall anak-anak dapat duit Kidzo sebanyak 200 ringgit lebih kalo tak silap, lepas tu ade pasangan cina bagi kami lagi 40 Kidzo plak..he..he..he..rezeki adik mok! Dengan duit tu dapat la rembat 1 spek hitam kanak-kanak yang ade UV protection dan spek tu skrg kepunyaan adik mok!

kemahinn malam buta pun pakai spek!

Tapi kecewa jugak la sebab barangan cenderamata yang anak-anak kene tebus adalah sangat mahal. Phieww keje dapat belas ringgit je tapi barangan yang nak kene tebus atau beli berharga ratus ringgit (lebih kurang point la..kalau tak tebus boleh simpan dalam Cimb Bank tu, nanti nextime datang balik boleh guna duit simpanan tu..gitu konsep nyer..tapi..emmm...hmmm...)

Tu antara yang tak best dan yang terpaling tak best berkenaan Kidzania nie adalah..hmmm..

Bagi aku, perkara yang paling membuat mak bapak TERPALING PENING SAMPAI NAK PITAM adalah harga makan! Ya allah kenapakah harga makan TERMAHAL kat sini. Bayangkan nasi lemak bodoh-bodoh yang kat luar biase RM1.00 atau RM1.20 kat Kidzania ni jadi RM5.60! Bayangkan kalau kami berlima ni beli? Makan nasi lemak je dah berapa?? Air lagi?? Hotdog sampai 5 hengget?? Sepinggan nasi letak sayur, ayam goreng kuah RM17?? 

Tak termasuk air tau RM17 ni! Nangis-nangis la ko makan dengan pinggan polistren tuh.Errmm...memang mahal sangat mahal dan termahal! Kalau mamak kat genting pun tak semahal ni tau! Memang giler arr..nasib baik waktu tu aku bawak makan sikit-sikit jadi takde la terasa sangat walaupun makan tengahari terasa teramat sangat!  Tak terjangkau dek akal aku nasi lemak sampai 5 hengget lebih?? Nasi putih letak ayam goreng letak sayur sikit RM17? Hmmmm... Y_______Y

Ade satu parent tu nampak bergaya sangat pun komplen apatah aku lagi yang marhean nie..perghh..abg tu dengan jam rolex dia dengan kasut mahal dia pun cakap "kiter kene makan dengan surat kabar sekali ni sebab mahal sangat ni..!" hahaha..gelak gelak nangis la ko kat situ kalau tak bawak bekal.

Cadangan aku pada Kidzania la kan (bajet orang Kidzania baca la kan entry ko nie kan..hek~) mungkin boleh kurangkan harga makanan tu sebab makanan pun biase-biase jek..setakat samosa kecik 3 ketul RM6, nasi lemak kecik RM5 lebih agak melampau pada parent yang ade anak lebih dari 2 orang. Dengan harga tiket Kidzania yang bagi aku agak mahal tapi sangat berbaloi takde salah nyer kalau kurangkan harga makanan. Lagi pun anak-anak nak membesar ni kuat makan dan kuat minum tau! Nak datang lagi? Hmmmm..kene pikir panjang la kot, tapi kalau orang jemput ke sini lagi tak pikir panjang dah datang terus..ha..ha..ha..sebab Kidzania ni best giler weyyy...

Korang kalau nak pegi Kidzania boleh aje tapi bawak la bekal siap-siap! Ehhh aku tak tau bekal boleh bawak ke tak..ha..ha..ha..sebab haritu aku ade event so lepas la bawak makan. Alah biskut je kot dgn air masak. Aku takde la cakap Kidzania ni tak best, best woiiii best giler kalau tak takkan aku melepak mereput kat situ sampai Kidzania nak tutup dah! Anak-anak lah yang paling happy kat sini dihari kejadian ;)

Harga tiket boleh semak kat sini, boleh beli online atau pun walk-in (biase walk-in ade discount pemegang kad bank tertentu, boleh check kat sini) . 


Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

T 1 300 88 KIDZ (5439) / +603 2203 9666 – Outside Malaysia
F + 603 7839 9488
E contact@kidzania.com.my

Boleh pun upload video!

video

video


Berkerja bersungguh-sungguh la anak ku! Hehehe..video jadi bomba je tak lepas nak hapload! Tapi yang ade pun cukup la kan ;)

14 comments:

YB Shehan said...

bekal sebenarnya takle bawak. hr tu guard tu tegur sebelum masuk. tapi what do u expect. anak2 lapa sokmo. nsb la guard tu x la kejam. dia pesan makan sorok2. hihi

mama tisya said...

mmg tmpt2 camni slalunya makanan mhl...mmg tkleh nk kata apa la...tp bab bekerja tu bdk2 syok la...mak bapak pn teruja sama...

Jueliza Jamani said...

tiket pun dah mahal weh.. laki aku cakap det tu pergi makan lagi bagus.. dia tahu makan jer weh.. hahahhaha

aizamia3 said...

Bab harga makan yang nangis tu.. huhuhu..

Amanda Suria said...

Seronok tgok diorang kerja kan...paling hepi bila diorang dapat gaji...

Fiza Rahman said...

Memang penat tak hingat wei. aku pon gi pagi balik malam. Pastu suma mahal. Nak amik gambar anak pon tak boleh sebab budak jer yg boleh masuk. Nak print gambar pon sampai RM30. Tak mampu lah.

- dieyana - said...

ank yang sulung pernah pergi empat tahun lps-ikut lawatan tadika dia, masa tu mama tak tau apa2 pun, sbb dia pergi dgn cikgu n kawan2 dia.mak dia macam bangga sgt anak2 pergi lawatan tempat yang hebat gitu..ahhah..poyo je mama.

kena bawak bekal ringan2, sembunyi2 la kalu gitu ya! makan sekali je lah kalu mahal gitu, kongsi2 la mkn..ades pedih dada!

Siti Yang Menaip said...

nak masuk sini kena ada kids kan kak ? ok kena cilok anak buah kalo nak datang.. anak sendiri tadak..

Melissa Muklis said...

bestnyaaaa.. tapi part makanan mahal tu memang tak best lah. mahal sampai macam tu sekali. merana kalau tak bawa duit lebih T_T

tiga lalat said...

wak pon dh agak harga makanan yg mahal gituuhh., tapi sonok mak kanns ;p

Julia Johari said...

Mujurlah ritu dapat tiket free kan kak...juju beli aiskrim kt Qi pun mahaiiiiiiiii mujur dia mintak aiskrim je...kami main dlm tu tak lama...tu pun Qi dah cranky huwaaaaa...sempat main 2 ke 3 tempat je pastu chow...pesen mak tak reti dok lama2 hehehhehe...tunggulah anak dah sekolah besau2 pi sendiri lah hahahha...best tgk anak2 sis pandai bawa diri...dik mok dpt makan amboiiii dok diam ye hehe

sheda ucu said...

menarik tempat nih klau bawak anak2 buahhhh folowww hihi

Kira Sakura said...

erkkkkk belum makan lagi dah tercekik cekik baca harga makanan tapi bila tengok anak seronok terus berbelah bahagia hahhaahahhaa

LYAfrina said...

beshhnya... dh lama fasya nk ke sini.. hrp dpt bwk jugak nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang