thumbnail

Tuesday, December 08, 2015

Menginap di Homestay di Kundasang Dengan Pemandangan Paling Awesome!!


Homestay Murah di Kundasang, Sabah

Jyeah...gigih kembali buat entry untuk homestay paling awesome setakat pernah aku menginap nie! Teaser teaser ke Sabah kemain lama dah tapi enry penuh tak berbuat lagi.

Okey okey straight to the point lah..Aku nak cerita pasal homestay yang aku menginap kat Kundasang haritu. Lebih tepat di Jilinieja Homestay yang terletak di Kg Mesilou Kundasang, Ranau Sabah. Ye..Kg Mesilou adalah perkampungan yang terpaling dekat dengan puncak gunung kinabalu if korang nak bercuti mencari pemandangan indah kat sana. 

2 tahun lepas homestay yang aku duduk tu tak berapa nak jelas, kene keluar sikit kat tepi jalan baru nampak. Tapi, di Jilinieja Homestay ni permandangan puncak gunung ni straight tepat lurus je dari tingkap rumah korang tau!! Perghhh....nice giler~

Ini view waktu petang mase kami baru sampai kat parking tepi rumah.
SubhanALLAH MasyaALLAH cantik kan?
  
Serius puncak gunung ni straight je dari tepi Jilinieja Homestay nih! Cantik kan?? Waktu ni baru lepas hujan! Ye, kami mendaki naik ke Kundasang selepas waktu hujan. Eh..mendaki naik kereta okeh..he..he..he..daki naik kaki memang tak la~ Dah petang pun waktu tu sebab kami dari kenduri kawin kat Beaufort kan. Dari sana nak ke Kundasang amik mase 3 jam / 3 jam lebih. Kona kona ye naik Kundasang ala-ala naik Cameron tapi lagiiiiiii panjang dan lama.

Jilinieja Homestay Kg Mesilou (tapi yang ni diambil keesokkan nyer~)
Cantik kan? Clear~

Ni copy gambar dari FB Jilinieja Homestay sendiri.

Bilik utama.

Oh ye..gambar dalam rumah adalah takde! Warghahaha..sebab ape? Sebab bateri hp flat terus dek kerana sibuk bebenor bergambar kat luar rumah!! Sekarang sila guna imaginasi ke tahap tertinggi korang untuk berimaginasi dalam rumah ni macam mane okeyyyy....ha..ha..ha..

Bilik utama boleh masuk 5 orang, bilik kedua boleh masuk 3 orang. Bilik kedua pun sama cuma ade katil 2 tingkat tu jek. Katil queen tu takde lah. 

Kat sini ape yang aku boleh cakap kan, rumah ni kecik comel jek. Hall dia kecik je tapi still ade kerusi 3+2 tuh..ade meja makan comel dan hah! Meja makan ni la korang boleh tarik sikit ke tepi tingkap then layan kopi sambil pandang terus ke puncak gunung kinabalu! Perghhh..feling tau~

Bilik air macam biase, la tak kecik tak besar. Ade water heater tapi water heater bersiap dengan tertulis "sekiranya tekanan air kuat maka air panas tidak dapat berfungsi seperti biase" erti nyer ko mandi la dengan air sejuk waktu tekanan air tengah tinggi menggila! Sejuk weh..basuh pinggan pun dengan air tahap air sejuk dari ais cair tau! Memang beku beku hujung jari! Besttt~
Lagi best dapur sinki mengadap anak sungai kat belakang rumah, syahdu je basuh pinggan sambil tengok air mengalir..tapi biler malam seram giler kot! Keh..keh..keh...

Ade dapur 2 tungku, ade pinggan mangkuk semua cukup lah yang penting diyakini rumah ni untuk Muslim sahaja. None Muslim tak dapat duduk sini. Kat sana kan banyak kaum yang bukan islam maka setakat vavi bakar vavi tergantung tegak tu pemandangan biase kat sane mase mendaki naik ke Kundasang tau ;) ape ek dia panggil lupa dah aku nama panggilan kat sana. (edit selepas ramai yg bagitau ape nama glemer vavi nie : Sinalau Bakas gitu! TQ koranggggg~)

Oh ye..yang tak best cuma 1 je la, peti ais kat Jilinieja Homestay ni kocik! Kecik mini, yang biase hotel pakai tu. Kalau setakat tido semalam macam aku tu okey la kot tapi untuk bermalam lebih dari 2-3 malam macam tak best jek peti ais tuh. Ape pun tak bleh nak isi.Hu..hu..hu...dan kuali masak ade 1 jek. Kalau nak masak kene satu per satu..kalau ade kuali kecik 1 kuali sedang 1 pun dah ngam kot! Jimat skit mase nak masak dalam keadaan bala tentera kelaparan.

Selain tu semua ade, rice cooker..cerek elektrik..cerek biase semua cukup lengkap. Barang masak, peralatan mandi bawak sendiri termasuk tuala. Tu standard la kan kalau ke homestay, lain la hotel ye dak?

Overall untuk orang tak cerewet macam kami rumah ni dah sedang elok dah sebab yang penting bersih dan diyakini muslim je guna rumah tu.

Nampak dua merpati berdating?? Blerrghhhhh...mak jeles~

Haah..2 merpati tu berdating layan view dari tepi tingkat dalam rumah je korangggg..sampai tak feduli pun dengan aku...hmmmm...melekat jek larghh! >_<

Mase kami sampai pun dah dekat pukul 5 jadi dengan view macam ni memang tak lepaskan peluang lah! Hujan pun sedang berhenti. Kabus sejuk ala ala..perghh..best best best! Berbaloi penantian 2 tahun aku untuk ke Kundasang semula untuk misi balas dendam~ Syukur alhamdulillah dengan semua peluang yang aku dapat sejak kebelakangan nie..

Okey habis berimaginasi. Meh layan gambar kami yang tak seberapa nie.

Semua orang happyyyyyy ;)

Sejuk khenn..peluk skittt saiyangggggg (pastu nanti kene kecam macam aku shoranggg jek ade suami..ha..ha..ha..SOWII i sayang laki i nih..muahhh muahh xoxo ~)

Gambar petang sebelum matahari hilang.

Gambar pukul 6.30 pagi.

Kalau nak tahu, gambar ini semua dari hp jek! Takde nyer DSLR tau..ade bawak tapi tak gigih nak pakai..ha..ha..ha..malas tauuuuu dengan anak nyer dengan sejuk nyer ehhh tak kosa la mak! Pakai hp jek senang lagi pantas aku share kat IG & FB ;)

So korang kalau rase nak lepak tengok view macam ni boleh la ke Jilinieja Homestay Kg Mesilou kat Kundasang nieh!

Nah save map.


Jilinieja Homestay Kg Mesilou ni dekat giler dengan Dairy Farm Castle yg ala ala New Zealand Malaysia tu la...dekat sangat. Pasal Dairy Farm Castle ni aku akan update kemudian okehhhhh~
  
Call/SMS/WhatsApp : 012-2306160 (untuk pertanyaan & rundingan harga)
Harga dibuka dari RM280/malam. Boleh runding runding boleh calling calling je nieja okey.


24 comments:

mama tisya said...

view tu cantik...ala2 overseas juga...oh peti ais kecik...kalo kejap ok la kn

Kira Sakura said...

best best. pergi sabah satu jela kan kak. dari satu tempat nak ke satu tempat tu ambik masa yang panjang. dah macam dari penang nak ke kl tiga jam tu haaaa. yg lagi epic dorang takde hway. jadinya bertabah la menghadapi onak dan liku tu hihihihi

Nurzakiah Hanum said...

bestnya thanks sharing sis
inshaallah nak guna info dr sis semua

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Subahanallah... memang cantik permandangannya itu Idzwa..
Damai jer mata memandang..

Hanis Azla said...

As-salam Izwa,

Masya-ALLAH.. indahnya pemandangan.. seronoknya dapat stay kat tempat macam tu.. Nampak segar sangat suasananya..

eima said...

Sinalau Bakas nama vavi tu hahahha

kundasang ni memang best .... aku suka ...kami ari tu dok kat TM resort ...sejuk gile memalam...pg pun sama ..berckp sampai keluar wap hahahhah


pukul 7 mlm mcm pukul 10mlm sunyi gile

Amanda Suria said...

Subhanallah...memang cantik giler la pemandangan...thanks Izwa..dah follow dah homestay tuh

tiga lalat said...

wahh ohsemnyer leh nmpk view gunung kinabalu tuu., ;p

Kakzakie Purvit said...

Memang cantiklah view gunung tu:)
Ini kalau siang pun dah sejuk, malam lagi macam manalah agaknya.

Kakcik Nur said...

SubhanAllah MasyaAllah...memang cantik pemandangannya dan sebab itulah cinta mak untuk Kundasang sentiasa ada... :)

Yana Libra said...

wahh..best nye homestay ni..nampak terus

Falsya said...

subhanallah cantiknye ciptaan Allah..scenery yg sgt2 cantik..kite tingin2 sgt nak ke kundasang kak..tp somi kite xnakkkkk..huwaaaaa..

Julia Johari said...

Kakak izwa,
entry ni berjaya buat julia flashback masa pi tgk KK pertama kali dlm hidup...oh peti ais dia kocik je ek...xper2 kot nak pi dok sana lagi boleh booking sini sebab memang dekat dengan KK tu, cantik lah permandangan huwaaaaaaaa

Nieyl said...

Ok..simpan!
mana tahu nak ke sana nanti...
sbb aritu just g KK je...

Cik Ecah said...

subhanallah cantiknyaaa cantik sangat!

wahida said...

cantik sangatttt....
aku suka kundasang...sejuk dan sangat nyaman...
aku pernah ckp dgn laki aku nak gi sabah nak repeat kundasang je...takmo pi tempat lain...nak lepak kundasang dua malam kalau boleh...tapi tu lah...tak tau bila lagi nak repeat tu...dulu cuma singgah sebab nak bergambar kat kaki gunung tu je...tak stay pun...huhu...

serius best view ni weiii...

Melissa Muklis said...

lamanyaa Lissa nda p kundasang.. rinduu. hehehe

Akak Kembang said...

SubhanaAllah...memang bestnya tgk permandangan...sila kumpul duit ye Akak Kembang...hehehehhe

Inani Hazwani said...

Cantiknyaaa pemandangan. Seronoknya kalau setiap hari bangun tengok pemandangan macam tuu :)

Lea Ismail said...

cantik betul viewnya...

Fiza Rahman said...

Cantiknya view.

Zaza Abdul Latif said...

menarik gak weh.. view pun cantik.. tunggu turn aku pulak repeat gi Sabah.. aritu pergi laki aku boleh demam plak kat sana..

Siti Yang Menaip said...

Kundasang sangat best aaaa bestnya.. sceneries pun lawa.. memang superb..
bilala nak pegi sana lagi..

::EIDA:: said...

ohoii rindu kundasang terus !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang