thumbnail

Friday, December 11, 2015

The Best Ever Concert...Hi Hi Hi..HI-5 House Of Dream!


The Best Ever Concert! Wahhh gitu terus cakap orang putih ko! Ha..ha..ha..mau tak the best sebab ini 1st time tengok konsert depan mata. Sian mak korang nie..dah tua baru dapat rase semua nie..he..he..he..

Walaupun super duper penat. Seawal pagi dah keluar rumah dengan macam-macam urusan. Lagi pun aku ni memang morning person, kalau ade urusan memang lepas subuh dah siap terus. Jadi anak-anak pun dah terbiase. OK fine bukan nak cerita pasal aku pun kat sini.

Petang semalam mase kat Istana Budaya dapat tiket kat tangan dah senyum senyum sendiri. Macam tak percaya nak masuk IB dengan menumpang rezeki anak. Almaklum la kan..orang kampung mane nak dapat peluang masuk IB tu dengan askar berderet! Peraturan IB kan ketat..nak tengok teater bagai mane boleh bawak budak la tak boleh bawak baby la so IB ni takde dalam list pun nak singgah. Ehh gitu kan? 


VIP tiket

TQ Mrs Puex sebab sedekah kan aku satu tiket extra. Dapat lah semua orang masuk walaupun masuk ade orang tu tak duduk pun kat kerusi! Geeeehhh..Sufiya lupa diri terus pegi berdiri depan pentas menari dengan orang-orang HI-5 sampai abis konsert. 

Anak pandai bergaya tapi mak korang kayu..kehkehkeh..

Selfie itu perlu..(nanti ade la yang kecam nie) hiuhiuhiu ;)

HI-5! Anak-anak terbahagia.

Alhamdulillah semalam semua gembira! BAHAGIA ;) tak tau nak cakap ape kecuali rase bersyukur je. Anak-anak pun macam tak percaya tengok orang HI-5 kat depan mata. Sufiya cakap "mama, orang HI-5 ni sama macam dalam TV lah.." Biler cakap tu la orang tu..memang betul lahh..terus dia melopong-lopong depan pentas! Syakirah takyah cakap la..asyik joget je kat sebelah abah dia, biler dah keluar "adek nak hifai agiii...adik nak hifai agii..." pastu amukan T___T petak mak ko ni dik! Nak naik apal ebang laaa..nak mandi olam la..nak mandi aut laa...pandai dah minta macam-macam dah sekarang budak nih~

So lepas ni dah boleh fokus dengan misi membeli baju sekolah anak-anak. Oh ye..aku ade jumpe budak cantik nie tapi aku macam malu terkedu plak nak berselfie sama..ha..ha..ha..cantik sangat budak nie! Malu hakak dik >_< oh haiii.. Shafila Ila, nice to meet u semalam. Putih orang nyer cantik gebu comel lahhh... ;)

Nah belanje sikit video yang sempat aku gambar dan video yang sempat dirakam. 




Video

video
1

video
2

Tapi sayang nyer takde rakaman adik mok joget sebab asal nampak kamera sua ke dia terus dia stop dan peluk abah! Ape pun tak bleh laaaa budak tuh..heh~

BTW, TQ ENRICH by Malaysia Airlines atas tajaan 4 tiket VIP bernilai RM1216 , Terima kasih Pinky Momma atas anjuran contest. Dapat jugak peluang jejak ke IB.

#TodayIsHere
#PinkyMommaXMalaysiaAirlines
#EnrichUrLife
#EnrichJunior 
#MalaysiaAirlines
#Hi5HouseOfDream
#HI5

Kerr...takut tengok entry tertunggak..he..he..he..nak kene cari semangat nak buat nieh! Chaiyokk izwa u kanduit~ ;)

20 comments:

Nieyl said...

Wah!seronok anak² yea....
Pklah tu kakkk..rezeki dapat masuk IB..free...
nieyl masuk hari tu kena bayoo..haha..
bila tgk pentas IB tu..ala...
teringat lak teater bawang putih bawang merah...hihihi

mama tisya said...

Mmg syok la bdk2 siap joget lg..aah sini xleh msk bdk2 kalo bkn konsert or teater psl bdk..pernh msk skali tu pn dpt tiket free ms tgk teater tun dr mahadhir dlu..sape yg kecam selfie tu hehe..suka tgk sbb uolsss dpt selfie 1family slalu..kita kalo selfie 2 beranak je la..ayah nya tgk mood hehe

PinKy MoMMa said...

yayyy best sgt smalam kan..sedih stevie nak tinggalkan hi5 hukhuk..mak yang emo..thanks kak wa for coming..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Seronok anak2 dgn idzwa..
Lagi best free tu..
Bila pulak akak nak gi tengok jugak..

izzeyda said...

seronok laa, member pun ada dapat jugak..

Kakzakie Purvit said...

Tumpang tuah anak-anak nikmatnya dikongsi satu family
Adik tu tak puaslah agaknya. Tapi nasib baik dia tak tidur macam masa dlm flight. Kalau tidak mahu kena masuk IB semula. Uhhh ala adik.. adik:)

Julia Johari said...

Happy tgk semua enjoy betul dalam Hi5...bukan senang tau nak dapat tiket vip tu sis...alhamdulilah

Amanda Suria said...

Nasib baik mama ni sibuk..kalau x si kembar meroyan ajak pi sebab fav dia ni

el said...

iols x teruja tgk concert tu
tgk uols punya baju perghhh merohhh baq hang
anak2 pun baju lawa kemain...

eima said...

wahhh syoknye dpt pi tgk live jumpa ad mamazakwan tak

tiga lalat said...

sonoknyer uools., mak tu maintain jeliter jeeer ., ;p

Melissa Muklis said...

bestnyaaaa kak.. Lissa pula yang eksaited lebih tengok gambar tuu. hehe

wahida said...

cantik baju sufiya tu...
besar dah anak dara ko ni..

Siti Yang Menaip said...

seronok lah anak-anak akak kan kan.. eheh dapat joget2 =)

aRz MoHa said...

wah seronok dapat menonton secara live....macam mana dengan persembahan puashati tak?

ramai juga blogger yang hadir kan?

Kira Sakura said...

anak2 terbahagia. tengok anak bahagia mak pak pun tumpang bahagia berganda2 tapi memang nampak havoc sangat haaaa

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...rezeki anak2.

Cik Tie said...

alhamdulillah kak..

Zaza Abdul Latif said...

cantik plak korang anak beranak dah macam attend perhimpunan umno.. merah putih gitu!!

hainom OKje said...

Bukan anak jer seronok, mama confirmed double seronok kan hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang