thumbnail

Tuesday, December 29, 2015

TIPS Bercuti Dengan Cara Aku


Wahh..tips sangat tau, padahal cuti pun dah nak habis dah nie! Aku nak share sebab sekarang aku sibuk merancang untuk bercuti di Tahun 2016. Nampak? Nampak tak kemain semangat nyer aku! Korang jangan tak tahu aku ni kalau bercuti merancang nyer kemain lama. Maksud aku berbulan punyer perancangan. Ye lah aku bukan kaya tetibe rase nak ke Koh Samui terus book tiket pack baju dan fly! Tak mampu mak noks.

Saja nak share sebab orang asyik cakap "ko ni asyik bercuti jek...!" "Untung laaa asyik bercuti jek!" Oiii bunyi nyer macam aku ni banyak duit je kan (tapi..aku aamiin kan je biler orang cakap aku banyak duit..he..he..he...aamiinnnnn~) Silalah cakap aku banyak duit lagi tau~

1. Lokasi

 Nak bercuti pun kene tengok lokasi sebab dari situ kita boleh start merancang kira-kiraan duit. Contoh : tahun ni rancang nak ke Legoland, zassss list goes down A-Z tersenarai dalam kepala. So dari sini kita boleh ke web Legoland untuk tengok offer, kene kerap melawat web Legoland lah kalau nak tau offer murah dari masa ke semasa. Kalau dapat grad offer dah jimat banyak betul tak? Biase Legoland ade offer malam ke-2 atau ke-3 dapat diskaun tau.

Tu contoh! Aku tau pun sebab aku selalu skodeng web Legoland tapi masih lagi tak dapat nak pegi sebab masih lagi belum cukup uwang! Ha..ha..ha..tapi sekali sekala tertengok ke USS pulak dah.

2. List-DO

Ini feveret aku! List to aku or what i want aku adalah sangat banyak! Dari list hotel, list bajet hotel, list makan kat mana, list bajet minyak tol..ehhh banyak lah~ banyak ko sampai kalau korang tengok korang bakal mendapat stress ya hamat! Sebab tu Eady tak nak tengok. Ha..ha..ha..aku memang macam ni so apa nak buat..layankan aje!

Tapi in the end off the day dah sampai masa pegi list pun ntah kemana..ha..ha..ha..meraban-raban.

3. Bajet (Kewangan)

Hah kesukaan aku jugak ni! Main dengan kira-kira adalah buat aku semangat lain macam nak kerja korang tau~ ni tips yang paling paling paling memainkan peranan dalam perancangan bercuti aku.

 : Main kutu - yup setiap tahun aku memang main kutu kat 2 / 3 group. Aku paling suka main kutu sebab ade orang jagakan duit! Nak harap aku main kutu dengan diri sendiri selalu nyer berakhir dengan makan ntah kat mane-mane..ha..ha..ha..susah weh nak percayakan diri sendiri simpan duit! Duit kutu aku ade bahagi-bahagi jugak hokeyyy..kutu 1 (hotel) kutu 2 (makan) kutu 3 (minyak tol) kutu 4 (emergency)

 : Overtime - alhamdulillah tempat kerja aku yang baru ni ade OT, so aku boleh buat overtime dan aku suka kumpul overtime aku tu 2 atau 3 bulan sekali baru claim. Biase aku claim untuk kegunaan berjalan bercuti ni lah! 

: Agoda /Booking.com - yang ni bagus korang pakai if nak merancang pegi bercuti. Aku adalah orang yang takde kad kredit! Seumur hidup memang tak pernah pakai kad kredit. Jadi dengan ada nyer Agoda/Booking.com ni paling memudahkan hidup aku. Dah la booking kat sini murah, pastu tak payah bayar awal. Bayar mase nak pegi atau pun mase dah sampai sana (hotel yang ditempah), satu lagi paling senang sebab dengan duit OT aku tu aku boleh debitkan terus untuk bayar hotel! Murah dan mudah~ If aku tak pakai Agoda/Booking.com ni aku akan call hotel untuk reserve dan walk-in, mintak diskaun orang goverment..kof..kof..kof..so pakai la duit kutu 1 tu.

: Matta Fair - selain dari Agoda / Booking.com tu korang boleh jugak ke Matta Fair yang biase dibuat setiap tahun, lokasi Matta Fair korang boleh semak kat google. Kalau kat KL ni biase buat kat PWTC setiap tahun. Ade orang kata Matta Fair sama jek harga dengan luar, betul ada jugak yang sama so berbalik pada lokasi korang nak pergi. Kadang-kadang offer Matta Fair adalah tersangat murah dengan kenikmatan lain. Offer datang dengan baucer makan, offer datang dengan penginapan ke-3 percuma, offer dengan kanak-kanak tak perlu bayar. Hah banyak untungkan kat situ? 

Yang penting kene rajin uolls! Kene rajin check sana sini comparekan mana yang termurah terjimat korang boleh dapat. Kalau kaya takyah citer kat sini lah!

: Kawan - hah ni pun penting gak nie, kalau ade kawan-kawan yang boleh tolong dapatkan tiket diskaun ke adalah sangat bagus untuk ekonomi keluarga bukanlah makna amik kesempatan tapi alang-alang dah boleh bantu kita minta tolong jek. Tapi aku tak pernah guna lagi sebab malu lah..hi..hi..hi..

Tu antara cara aku nak bercuti ke satu-satu tempat, tapi perancangan bercuti termega ni biase aku buat untuk bercuti dihari-hari istimewa jek! Setahun sekali mesti bercuti termega nie..phuii..suka hati aku lah~ Kalau setakat tetibe ehh boring la, nanti kiter pegi Genting nak tak? Okey tengok wallet duit cukup, jom jalan terus..gitu sempoi~ Takde duit meh kiter mereput buat kerja separuh mati. Hidup jangan ikut aturan sangat, sekali sekala buat keje giler best tau..he..he..he..

Ya aku memang kaki bercuti, nak kata kaki berjalan tu macam tak jek sebab setiap kali bercuti aku feeling diva tak nak ke mana-mana..ha..ha..ha..kalau boleh check-in hotel pastu campak anak mandi pool aku lepak tepi macam mem besar..kah..kah..kah..serius aku tak rajin nak berjalan merata. Sesungguhnya definasi bercuti aku adalah tido kat tilam hotel, bagi anak mandi pool puas-puas, malam pegi makan sedap balik tido kat katil empuk..gitu! Sebab tu biase kalau bercuti termega ni aku amik hotel mahal sikit dengan pool yang best untuk anak-anak. Baca kat sini "setahun sekali jek!


Tips lain : 

Bekalan makanan - boleh je kalau nak bawak meggi ke biskut ke coco krunch ke periuk ajaib ke, aku bawak jugak kalau pergi bercuti sebab waktu bercuti dengan anak-anak yang masih kecik nie aku sentiasa kene readykan benda boleh dikunyah untuk nak jaga mood dia orang~ Hoiii sedangkan kita yang besar-besar ni pun kalau lapar boleh jadi singa bayangkanlah kalau askar kecik ni lapar sentiasa? Cranky payah nak bela nanti! Asyik berzikir mama lapar mama lapar aku pun hangin jugak..

Bekalan adalah untuk waktu-waktu tertentu jek. Lagi pun nak keluar makan nak keluar jalan kene tengok jugak waktu tido anak yang paling kecik. Semua tu nak kene jaga nak kene ikut. Jangan lah kau sesukahati jek..pastu bila anak melalak ko nak bengang plak..dengan orang meja makan sebelah pun boleh tumpang bengang sekali..ha..ha..ha..

Timing anak-anak - Lucky me, waktu bercuti memang aku jaga timing, ikut waktu anak-anak supaya semua boleh bergembira sama, dan paling bertuah yang paling kecik tu bukan penangis orang nyer sebab tu aku berani bawak dia berjalan sampai ke kaki Gunung Kinabalu mase dia 4-5 bulan macam tu..haa..nak tergelak okey sebab time ni kene kutuk kaw-kaw sebab ade orang buruk sangka kata aku bawak anak ke Sabah mase dalam pantang! Ha..ha..ha..sapa bodoh sangat ntah cakap macam tu, dah la kuat mengata..amik la kau dosa sila pegi mati~

Chopp chopp..mesti ade yang cakap laaa abis laki ko buat ape? Kesian dowhh laki dia tak buat ape pun..hah..kat situ dah salah sama sekali! Meh sini nak lempang muka tu berkali-kali. Kalau tak tau pasal hal orang jangan nak berkata-kata sangat. Nanti dosa dapat lempang pun dapat.

Aku yang suka bercuti, aku yang suka uruskan semua ni, aku yang suka merancang sendiri so kenapa pulak aku nak susahkan suami? Ceh..nama pun suami, dia ade tanggungjawab yang lebih besar lagi yang perlu ditanggung selain dari kene tanggung kerenah isteri yang senget nie..ha..ha..ha..hidup ni tak payah nak susahkan hidup orang lain la lagi-lagi orang yang kita sayang. Apa salah nyer kita bahagiakan orang lain dan bila pusingan tu berpusing ko sendiri yang akan bahagia..sapa untung? Diri sendiri jugek~

Aku bukan jenis yang mintak hanbeg Prada kasut Gucci bagai, sori tu memang bukan aku lah~ Yang branded pun aku tak heran ini kan pulak tak branded aku layan jek. Aku bukan jenis nak itu nak ini nak beli tu nak beli nie..hah tu bukan jiwa lah! Kalau bercuti je aku laju..ha..ha..ha..


Bahagialah anda bersama keluarga anda sendiri.

Nah ko..dari entry tips sampai dah jadi entry ape ntah..ha..ha..ha..bab membebel serah kat aku! 8 kajang pun boleh menaip, tapi jangan suruh aku menulis waktu aku buntu huruf ape pun aku tak tahu nak tekan! Haru~

Aku dengan cara aku, so pandai-pandailah korang merancang percutian korang sendiri ye. Nak backpack ke, nak bawak almari ke, nak bawak periuk belanga ke yang penting hujung-hujung semua orang gembira masa bercuti baru sampai maksudnya ye dak..lagipun setahun sekali jek bukan berkali-kali pun bercuti mega nieh..wiwiwi..tak sabar nak bercuti tahun depan sebab nak sambut anniversary ke-10~ Lokasi takde lagi, yang penting semangat dah hade! Ha..ha..ha..

Tapi aku nak pesan kalau nak bawak diri, anak-anak bercuti tolong la jangan kedekut! HUARGHH..kat mana nikmat nyer kalau pegi bercuti tapi semua benda ko nak berkira?? ~ Takde nikmat hoi kalau kedekut dengan diri sendiri dan anak. Kerja teruk-teruk pastu kedekut dengan diri dan anak? Cannot brain..huh..

Okey kene stop kalau tak lagi banyak mengarut! Harap baca yang atas je dan abaikan yang bawah-bawah nie..ha..ha..ha..aku kan senget~ tengok dari gambar pun dah tau aku senget..mihmihmih..

34 comments:

Qaseh Suhaida said...

Tq for tips.....

Inani Hazwani said...

Nani pun lepas ni nak buat macam akak lah. Buat list baru lah tak terlepas apa2. Heheh :D

Kira Sakura said...

boleh praktik tips ni sebab kita pun kaki bercuti jugakkkk hahaha. dapat family pulak jenis jom kita tido sana jom kita tido sini erkkk koma kalau takde perancangan kewangan yang berjaya!!! kihkihkih

aizamia3 said...

Tips yang menarik.. ;)
Sesekali rewards untuk diri dan keluarga apadehal.. yang penting kita dan family happy.

Fiza Rahman said...

Good tips. Perancangan awal tu penting.

SYANI said...

Tips yang boleh digunapakai.. AKu take note ni.. Nak gi jalan jugak..hehehe

mama tisya said...

kebanyakkan kalo p holiday yg slalu cr info smua ni mak2 la...sbb byk benda juga nk kena list kn...best holiday bila tgk ank happy..kalo dpt hotel mhl mmg tkmo kuar la...thn dpn byk cuti bersambung2..eh sama la kita thn dpn 10 thn..tgh pk juga mana nk pegi hehe

ztie said...

alahai seronoknya boleh kumpul claim 2 3 bulan baru claim. kitorang tak boleh. kalau claim bulan ni. bulan ni la claim .. kalau tak. burn sajalah jawabnya... selalu terfikir nak bercuti ni tp asyik tak kesampaian jer.. tak reti kot buat bajet bagai. selalu terjun terjah jer. tp ikut mana mampu.. bolehla next time try buat perancangan ni

Yana Libra said...

bagus tu..banyak tips :)

tapi saya OT tak dapat duit..dpt replacement hours je..huhu..

Othman Zan said...

Assalam. Lama tak ke sini. Bagus tips tu. Prepare awal nak berjalan, balik berjalan taklah pening.. kan..

Ayu Ayunie said...

tq laling for tips ni. kita pun suka jalan2.. nak gak rasa fefeeling diva.. orang kaya.. tp xde maknanya pun.. cuti-cuti bajet je selalu. hehhe

Kakzakie Purvit said...

Betullah jangan sesekali kedekut dengan family sendiri.
Hakikatnya bila dpt jenjalan sama-sama happy..

JunAina said...

Akak suami isteri ada sifat berlawanan suami tak suka pi bercuti bagai katanya menghabiskan duit yg akak pulak memang sukaaaa sangat dapat bercuti2 almaklumlah dah penat kerja nak juga enjoy dan istirehat...

Hanis Azla said...

As-salam izwa,

kita serupa.. bab merancang nak pergi bercuti memang selalu exciteddddd.. akak pun kalau nak pergi bercuti list bukan main panjang.. dah pergi satu haram malas nak rujuk hahahaha.. setuju bab jangan berkira time bercuti.. boleh potong mood dibuatnya.. lebih2 lagi bila en.asben akak memang jenis orang yang pantang bab nak berkira ni.. lebih2 lagi dengan emak ayah dan anak2..

- dieyana - said...

tq bagi tips ni idzwa,

suami ckp tahun 2016 nk jalan2 insya-Allah ada rezeki, tp dia tk buat apa2 pun? hahah, rs mcm eh ye ke ni ye ke ni, mcm idzwa ckp la, 'kita bukan org kaya esok nk g, mlm ni beli tiket' ahhaha...tapi pelik, suami tk buat apa2 pun? uhuuh...

apa2 pun tq utk tips nih!

Nurzakiah Hanum said...

great tips

Julia Johari said...

Suka tips akak ni tau...tang timing anak tu sgt penting...mmg awesome lah boleh handle anak 3 org dalam satu masa pi holiday...perghhhhhhh supermom!

Chekgu Azrine said...

Tula..bagus tips cmne..sesuao dgn golongan marhaein mcm saya..

Cik Kumbang said...

Tq for the tips kakak comel :*
Part survey2 hotel + tempat makan tu yang ambik masa lama ckit hihi~

siti nurafida noh said...

Thankss.. tips berguna & menarik. Tapi biasanya laki saya yang pening kepala fikir semua tu sebab dia mmg suka buat plan2 semua...:)

Eda Ejai said...

bagus tips ni.. tq ya..

Nurhuda Ismail said...

nice sharing! tahun depan nak kene pegi melancong nih

Ibu Lala said...

Mmg best bab jln jln ni. Tp yg x best bab packing barang. Kena packing utk 4 org. Hu hu hu

Salina@IbuAqil said...

Jalan2 mmg best..
Mmg kena plan betul2..
Tq sis gor the tips.. ;)

sudipVSsenduk said...

Good info sis.
Setuju sangat dengan perancangan awal tu.

eima said...

a good tips...
aku pun suka berjln juga ... kl;u boleh tetiap bulan nk berjln ....

LYAfrina said...

waa..terbaiklah...
baguslah merancang dari awal..lya pon ada prncangan nk bcuti pd tahun 2016 ni.. tp dgn keadaan mcm ni.. ntah tcapai atau tidak...

Falsya said...

bgs2 tips nieee..boleh guna pakai...tahun dpn nak carik org jugak nak main kutu..hehehe..

::EIDA:: said...

ida pon main kutu sbb nk travel! HHAHAHHAHHA sep sikit kakkk

Bin Muhammad said...

Memang jeles... Asyik bercuti jer! Hehe!

Bagus tip-tip yang diberikan. Satu list yang sangat berguna dan praktikal. Kalau boleh letaklah bajet lebih sikit utk tambah saya juga ye..hehe

p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

Azian Elias said...

bila nak ke kashmir? here

lieyalatif said...

beb...nice tips sgt2...lagi2 tang bajet kewangan tuh...i is suke byk2.....tq share nice tips gini....ape2 pun perancangan tu pentingkan.....

selamat tahun baru 2016 izwa...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

el said...

tahun ni x kemana kita..xpelah insyallah taun dpn ada rezeki tuk weols tu..tulah main kutu tu mmg bestlah kan..sekali harung dpt 3x haha kayo2

hainom OKje said...

Style org lain lain, kan Izwa....mak pulak mcm sayang nak tido hotel mahal tu, walaupun setahun sekali....

Nampaknya sampai ke sudah tak merasa ni huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang