thumbnail

Monday, February 23, 2015

Hari Negara


Kemain korang kan, cuti sakan kat sana sini balik kampung lagi.Amboi sangat ni.
Aku ni dah la takde kampung, cuti duduk rumah sampai sakit kepala.Punyer teruk! 
Tak bleh jadi, terus merayu kat Eady bawak la jalan bawak la jalan Tesco pun takpe la. Ha..ha..ha..lagi giler teruk! :D

Eady macam biase bawak aje ler. So memula target nak ke Ikea sebab ade tempat main budak free sambil tu boleh la kita orang makan meatball tu. Sekali sebelum sampai Ikea terberhenti kat Tugu Negara..tapi malu nak cakap ni, 1st time aku sampai Tugu Negara tuh *malujadirakyatMalaysia* thihihiiii..nak buat canne takde sape nak bawakkan.

panas pun selambe je

Serius weh, panas giler kot sekarang nie. Kalau korang nak pegi baik pegi petang-petang skit. Kitaorang ni pegi pukul 10 pagi tapi panas nyer macam pukul 1 tenghari.

Datang sini pakai topi atau payung dan bawak banyak air masak ok. Panas nyer yarabbi..

nyampah sebab aku kene jadi cameraman.

Yang ni nak gelak sebab budak cenonit tu dengki!

Nyampah lagi sebab dia dengki lagi.ha..ha..ha..
Bukan dia kisahkan aku sebenar nyer tapi dia kesahkan abah dia tuh.

Yang ni tak nyampah, sayang sangat. :)

Yang ni pun sayang sangat walaupun sikenit tu pandang kat tempat lain.

Kita orang pegi Tugu Negara tu sekejap jek, setengah jam je kot. Dah la panas, air yang jual kat sana pun bapak mahal. Grrr..nasib baik kita orang bawak bekal air sendiri. Jimat sikit.

Then terus ke Ikea.

Selftimer aje, letak kat stroller.

Lepak Ikea pun sejam je kot. Lepas budak-budak tu puas main kita orang terus ke Pusat Sains Negara. Nak mandi kat pool Pusat Sains Negara yang free tu.

Dah sampai kat sana terus Eady offer nak masuk tak dalam Pusat Sains tuh? Sebab waktu pun baru pukul 3. Nak mandi pool macam panas sangat. Aku pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang la! Tiket Pusat Sains Negara pun murah jek. Dewasa RM6, kanank-kanak RM3 jek. Murah kan? Murah gilerrr..dah la bawah 6 tahun free pulak tuh. 

Jadi kami 3 beranak je bayar, Sufiya Syakirah masuk percuma.

Kat pintu masuk

Adik dah serabai sebab dia cabut getah rambut.

seronok tau kat dalam nie.

abah pun tak kalah!

Pusat Sains Negara ni besar tau, banyak benda boleh belajar dalam Pusat Sains Negara nie.
Kat dalam Pusat Sains Negara ni ade jugak tempat permainan kanak-kanak. Besar dan berbaloi. Malas nak letak gambar banyak-banyak.

Dalam Pusat Sains Negara ni ade surau kecik tapi panas nyer ya allah.
Dah la kat dalam aircond kurang, tak rase pun tempat solat pun berbahang giler. 
Mencabar macam solat kat padang pasir. Keh..keh..keh..nak pahala so kene la sabar.

Setel asar terus ke swimming pool Pusat Sains Negara yang free tuh. Amik ko, disebabkan cuaca panas air pool pun panas! Grrr...takde makne sejukkan badan dah serupa mandi spa.

Tengok la budak tuh!Huh..

Swimming pool ni besar! Agak dalam bagi budak usia macam Syakirah tu. Kene ade pemantauan lebih untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.

Syahmi dan Sufiya dah pandai berenang sendiri.

Lama jugak la kita orang lepak pool nie, memula cadang nak pegi pool KLCC tapi pikir-pikir orang mesti ramai terus cancel. Pool Pusat Sains Negara ni besar dan orang pun tak ramai sangat. Puas hati la budak-budak tu mandi tanpa bersesak. Air pun bersih.

Kat sini aku nak tekan kan, bahawa nak gembirakan anak tak semesti nyer guna pakai duit yang banyak tau. Ye laa...lama sangat dah dengar orang asyik berkumandang kat telinga cakap aku ni asyik berjalan sana sini macam orang kaya. Kaya? Aminnnnnn..aku amin kan aje sedangkan aku belum lagi kaya malahan aku cuma miskin bandar. 

Kalau nak kire, pegi Tugu Negara free, bawak budak-budak tu main kat Ikea tu free, bayar parking cuma RM2. Then pegi Pusat Sains Negara mandi swimming pool pun free.
Kita orang punyer konsep sekarang ni, nak lepak mandi-mandi macam ni kita orang bawak bekal. Ye, bekal ok. 

Nak bercuti kat hotel kumpul la duit, cukup duit cukup time pegi la gembirakan anak-anak. Tu je. So doa kan lagi aku kaya tau! Aku akan amin kan panjang-panjang ;)

Wednesday, February 18, 2015

Review : Me'nate Steak Hub yang dikatakan mahal giler tuh!

Permintaan birthday boy nak makan steak kat Me'nate Steak Hub yang duk viral kat FB tu. Alaaa yang viral pasal steak harga 1k tu laaaa...tak tau? Aku pun tak tau..keh..keh..keh..

Aku memang tak tau la bab-bab steak nie, almaklum la kan aku kan kampung dot com, kalau nasi tu aku laju la. Bape hari dah kot Eady duk cakap-cakap pasal steak ni macam best sangat je. Nak jadi citer semalam kita orang cuti kekonon nak dating tapi macam-macam hal plak nak kene setel..pegi JPJ la sana la sini la ko mampu dating pun sempat singgah hardware..derrr...sudah nyer habis mase dalam kete jek.. Y__Y

Pegi JPJ kat Setapak terus ternampak ehhhh..tu kedai yang abang cakap tuh! Dia pun ha'ah laaa tapi waktu tu pagi memang la tak buka lagi. So korang Me'nate Steak Hub yang area Setapak tu ondaway ke JPJ Setapak je. Dari tepi jalan dah nampak Restoran Me'nate Steak Hub nie.

Cawangan Setapak.

Ini cawangan baru, korang jangan tanye aku ade bape cawangan Me'nate Steak Hub ni memang aku tak tau langsung. Kene pulak mood aku malas nak google so korang google la sendiri.


Menu dan harga


Wa'gyu antara daging yang terbaekk...


Yang penting diyakini halal okeh. Banyak sangat kes duk pertikai halal ke tidak, aku pun tak paham. Kalau was-was jangan makan, simple. Ini duk pertikai end up lepak C***s or T*i  F***ay yang ade hidangan arak tu, dah macam mana tuh? Eh..sori, ini bukan kutuk mane-mane restoran ini cuma cakap bab halal haram jek.

Ok, next..malas bebel.



Nampak harga nyer?

Telan air liur & gigil tangan nak bayar kot..kekeke..


Dah pilih bagitau dia nak masak cara mana.

Kami langsung tak rare, orang kampung dot com mesti pilih medium aje. Lain ar kalau Chef Gordon tuh confirm pilih rare punyer.

Tadaaa...besday boy punyer!

Rase jangan tanye. Tekak aku tak berapa nak western. Kene pulak semalam aku masih lagi kenyang, jadi aku takat makan sesuap dua je. Eady makan sorang steak nie. (giler skema ayat aku..kakaka..) 

Eady setakat cakap OK. Tak pulak puji-pujian melangit. Jadi ade harapan datang setahun kemudian kot. Ha..ha..ha..

Medium cook - just nice.

Kuah blackpaper tu memang berangin mulut ko makan. Mash potato tu pun sedap jugak Eady cakap. Ntah bagi aku biase-biase je. Ke sebab aku kenyang semalam? Korang try la sendiri sebab aku tak berani pulak nak cakap sedap giler atau tak sedap. Lain orang lain citarase dan lain selera. Okey?

Kids menu

Ha, yang ni kemungkinan besar sedap giler! Sebab set meatball untuk kiddos ni aku order 2 kali. 1st round Sufiya makan licin sampai kene order lagi. Sufiya ni bukan pemakan orang nyer tapi bila kene dengan selera dia memang dia makan beria-ia. RM9 untuk 1 set kiddos.


air refill la ko sampai muntah.

Sebenar nyer harga air termasuk dalam harga steak, ini staff dia sendiri yang bagitau ye.
Jadi sukahati lah nak minum bape banyak kali. Macam-macam jenis air ade. Dekat 8 jenis kot. Kami minum White Coffee & Iced Mocha je semalam. Hantu coffee la kate kan.

Budak kuat makan..tengok la kat tangan dia.

Hah, nak jadi citer kata dating kan? Tapi ade pulak budak 2 orang tu? Hmm..Syahmi takde duduk rumah dengan maktok sebab cuti sekolah kan. Dah petang malas nak patah balik masuk KL, jadi sebelum pegi makan amik dulu 2 orang princess abah nie.

Abah pun mithali sangat semua benda nak relate dengan anak. Sekali suap duk cakap "ni adik mesti suka kalau makan nie.." suap lagi.."kakak suka nie.." derr..dating pun anak tak lari dari mulut. Jadi berhangkut la semua dalam dating..takpe nextime kiter dating macam last month okey..

Lepas ni sila mengidam makanan lain ye. Boleh kiter terjah restoran lain.


Alamat.

Restoran Me’nate Steak House D-02-01 Starpac Point 
Jalan Genting Klang, Taman Ibu Kota 
53300 Setapak, Kuala Lumpur 
03-4251 3460

Overall tekak nora takat 6 bintang je kot. Ha..ha..ha..
Kalau korang letak nasi panas + ikan siakap stim limau + tom yam pedas + sotong masak sambal ker laju je nora bagi 9 atau 10 bintang okey! Total kita orang makan RM72 jek, tak sampai pun seratus.

Harga ikut kemampuan, ade yang masih lagi mampu poket ade yang masih mampu telan air liur je. Pokok pangkal tengok pada kemampuan diri sendiri ye. Sesekali raikan yang tercinta takkan nak berkire berbanding dengan pengorbanan dan kebaikan diri dia tu. Cewahh ayat aku tak menahan betul. Eh..malas nak cakap lagi..senang citer korang pegi cuba sendiri la! ;)

Monday, February 16, 2015

14.02.2004 - 11 tahun


Sambungan dari kisah aku-vs-dia 
Mampus sambungan dekat setahun kemudian..ha..ha..ha.. :)

Yeayy..happy valentine day korang...ehh salah..tu kafir ok! Gurau je..actually 14.02.2004 tu tarikh kita orang 1st time jumpe. Ntah bape kali aku citer pasal ni aku pun dah lupa, nak selak page lame aku tak kuasa. Jadi kiter cerita lagi bagi korang jemu..mihmihmih..

14.02.2004 hari sabtu, mase tu org gomen keje halfday..boring-boring dah abis keje tak kemane terus janji nak jumpe kat Maju Junction. Mase tu Maju Junction tak glemer macam sekarang ni. Relax je pegi jumpe dengan baju keje..ade de hal. Pastu relax je aku order burger KFC, yang dia makan wedges jek..kah..kah..kah..

Lepas tu...ermmm...ape nak citer dah lupe.

Sebenar nyer aku nak citer, 11 tahun dah aku dengan Eady nie. Erti kata 11 tahun dah berkawan, kawin baru nak masuk 9 tahun bulan Jun nanti. 11 tahun lama dah kot.
Hari ni kenal esok terus declare couple..boleh? Boleh je waktu tu sebab waktu tu aku takde pilihan hati lain..ha..ha..ha..almaklum la baru lepas kecewa. 2 bulan sebelum tu baru lepas clash dengan ex-boy. Kire-kire ni couple untuk testing-testing je..sekali test ok la kot dia nie.

Gitu!

Yang suka sangat Eady ni mase tu bukan aku tapi makcik aku dan arwah opah aku. Aku kire nyer biase-biase je tapi kawan dengan dia je la time tu.
Arwah opah suka sangat sebab kate dia "ni waris ni dari johor.." Orang jawa ni kalau kate je dari daerah atau negeri dia semua dikata nyer waris. Tak gitu? 

Arwah atuk aku orang johor belah-belah muar, segamat sana nun. Orang Sawah Ring. Jadi bila tau Eady ni dari Johor (abah Eady memang Johor original, adik beradik abah mertua pun semua kat Johor sekarang ni) memang semua undi masuk pilih Eady la dari kawan-kawan aku yang lain. 

Aku ingat lagi mase aku bertunang dengan Eady, mase tu kenduri aku bukan macam kenduri tunang tapi macam kenduri jejak kasih! 

Eh..hello saya yang ditunangkan niii tapi masing-masing sibuk dengan salasilah keturunan duduk jalan mana sekolah lorong mana T__T Arwah makcik Eady siap sembang-sembang dengan arwah opah aku cakap jawa lagi.. 

Orang yang paling happy ialah arwah opah dan abah aku la, kekonon ade jugak waris dia orang jodoh dengan orang johor. Kemain.
Sampai sekarang duk terngiang-ngiang arwah opah cakap "kalau atuk ade ni mesti dia yang paling suka ni dik.."

Padahal Eady tu ajak balik Johor setahun sekali kot, itu pun kalau ade kenduri la..kalau takde memang tak jejak sana pun..pfftt..sabar je la aku. Eady membesar kat sana, penah duduk Batu Pahat, penah belajar kat Skudai tapi biler tanye orang mane dia sendiri tak tau nak jawab orang mane.

Lahir kat Labuan, membesar kat Johor..bersekolah rendah dan bersekolah menengah di 11 buah sekolah seluruh Malaysia. Dah bujang duduk KL sensorang diri..dah canne nak mengaku orang mane? HA..HA..HA..kesian ko bang..

11 tahun dalam pada gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh-baik ntah sampai sekarang kot macam tu tapi dengan dia jugak aku tak boleh jauh. Bulan 3 ni Eady nak balik Labuan sorang sebab nak teman mak abah ke hospital di Kota Kinabalu tu pun aku dah serabut kepala. Duk kenang-kenangkan macam mana aku nak tido malam nanti. Eh!bukan anak yang meragam tapi mak dia orang pulak meragam. 

Ade yang tido dengan hp kat telinga ni kang..wkwkwkwk..

Tujuan ape ntah aku cerita semua ni..aku pun tak pasti yang pasti aku runsing sebab nanti aku kene tinggal lebih dari seminggu..*gelak sambil nangis* huwaa..


merah itu cinta *sangatttt*

Thursday, February 12, 2015

Tempoh Bertenang

waktu bertenang

Macam ni la bila waktu tak bergaduh, sanggup tunggu Sufiya solat sambil bacakan & betulkan mase Sufiya solat. Boleh pulak duduk tepi cakap "ha lepas ni rukuk, baca....." "tangan macam ni.." Siap pegang buku cara-cara solat perempuan. Masalah nyer tengah solat berenti tengok buku pastu sambung lagi solat, sudah nyer 4 rakaat boleh jadi sampai setengah jam..kehkehkeh..

Cuba waktu berperang, haaa siap la..rambut kakak ni busuk la..abang ni busuk la..hahaha..macam-macam hal okey. Nak tengok tempoh bertenang ni waktu tengok tv dan waktu solat macam nie jek sebab Syahmi sekarang ni tengah menggila ajar Sufiya cara-cara solat yang betul. Siap bacakan dari niat solat sampai la salam terakhir.

Syahmi ni tak tau ikut sape, alim sikit dia nie. Tengok tv pun kita orang kene berhati-hati. Kalau tak dia akan komplen.Muahaha..kalau nak layan movie or drama orang putih kene tunggu dia orang semua ni tido. Kalau tak jadi macam aku tengok Grammy Award minggu lepas..sepanjang 2 jam asyik dengar dia cakap pasal aurat..kah..kah..kah..
Paling tak tahan dia cakap "ape la mama ni, tengok cerita langsung tak berpaedah la.." T__T
Nasib baik astro tu boleh record, bleh mama layan waktu malam-malam. Thihihiii...

Oi anak..telan air liur ok mama dengan kamu nie.

Oh, tempoh bertenang ni biase tak diganggu oleh adik mok sebab dia dah biase dengan kita orang solat. Setiap kali teman aku solat dia akan duduk kat tepi atau jalan pusing-pusing kat aku jek. Hmm..dah boleh bawak pegi umrah kan kalau macam ni? :D

Aku cakap kat Eady, kalau ade rezeki aku nak hantar Syahmi ke kelas tahfiz hafazan kat Masjid KLCC tu, biase dia orang buat kelas mase cuti sekolah jek dari pagi sampai petang. Takde la dia buang masa main je. Tengok la macam mana nanti. ;)

Wednesday, February 11, 2015

Aura Positif


Hari ni semangat lain macam pulak. Eh korang jangan ingat aku dah dapat jawapan rayuan tu, belum lagi tapi korang doakan aku ye semoga dapat tempat di HQ ni. (amin~)

status fb

Cerita pasal ular..ehh bukan ular tu tapi "ular" la. Bersungguh-sungguh mendoakan aku tak dapat rayuan tu. Takpe, aku selalu maafkan dia. Aku paham keadaan dia yang kurang kasih sayang sebenar nyer. Oh, aku tak nak cerita buruk pasal orang dalam nie. No. Fullstop.

Kita tinggalkan yang negatif itu, aku nak cerita bab semangat positif aku hari ini.

Bercakap pasal positif nie, sejak-sejak aku terima tawaran tu aku boleh nampak siapa sebenar nyer dengan aku. Erti kata yang memberi semangat, yang gembira bagi pihak aku dan yang mendoakan aku sentiasa. Sungguh..tertera terbentang luas ternampak siapa orang-orang nyer. Terima kasih sayang-sayangku sekalian..Kalau baca entry ni aku nak bagitau aku sayang dan hargai korang okey, sampai mati aku takkan lupa jasa & semua doa korang untuk aku.

Dalam pada aku ni tak berapa ramai kawan rapat rupa nyer aku punya ramai kawan baik.
Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa.
Aku redha jika ia (rayuan penempatan tu) bukan rezeki aku kerna aku dah punya rezeki yang banyak sekarang nie (kawan-kawan yang baik). Aku dah berjaya tunjukkan sapa diri aku.

Hmm..macam mana nak cerita ya? Dalam pendiam suamiku itu, dalam pada dia tidak pernah tunjuk perasaan teruja dan gembira dia pada aku rupa nyer dia gigih buat solat hajat & tahajud untuk rayuan penempatan aku tu setiap malam. Aku pun sebab TERtahu, sumpah aku tak tau ape dia buat. Sobss..terharu sangat sebab aku sendiri tido tak bangun pun tengah malam untuk buat semua tu. Hmm..terasa hina sangat diri nie. 

Rasa macam alahai teruk nyer aku jadi isteri dia. Sungguh korang, sejak aku dapat surat tawaran tu reaksi dia seperti ooo..ok. Jadi mane pernah aku sangka dia akan tunjukkan kasih dia pada aku dalam cara begitu. *kesatairmata*

Jadi, sebagai tanda kasih sayang sangat (sangat sangat ko ni izwa..kekeke..), aku amik cuti minggu depan nak sambut birthday dia yang jatuh pada hari selasa 17hb Feb. 
Kita dating lagi..ehemmm.. ;) sambut sekali untuk hari sabtu ni 14hb Feb hari ulangtahun perkenalan kiter ok. #gedixgiler #gedixmuch (11 tahun dah kiter berkawan rupe nyer ye bang). 

Eh..aku tak sambut valentine ar, tu kafir!
Korang yang baca ni, doakan aku lagi ye semoga aku dapat tempat di HQ ni ;) boleh jadi giler aku kalau berjauhan dengan Eady..ehh..dengan anak-anak ar..ha..ha..ha..

Tuesday, February 10, 2015

From Korea With Love..lagi!


new toy..mihmihmih..

Ni lah keuntungan sampingan untuk orang yang berada dikalangan penggila Korea.
Hah..kakak aku sepupu aku mak aku semua kaki Korea, aku korang jangan tanye laaa sorang pun aku tak kenal okehhhh...muka serupa je dia orang tu baik laki baik pompuan.

Sepupu aku pegi lagi Korea, kakak aku biase memang kirim barangan kosmetik dari sana sebab harga dia bapak murah berganda-ganda dari kat sini. Contoh eh..lipstik kat sini RM30 sebatang kat sana RM5 je sebatang. Murah kan? Yup, memang bapak murah.

Aku lah yang paling berhuntunggggg, kirim tak kirim biase ade je sikit-sikit barang untuk aku. Thanks kezen, lepas ni muka aku mesti comel macam orang korea kan..ha..ha..ha..
Korea Jawa gitu! Barangan cantik sangat sampai rase sayang nak pakai. Lipstik tuh, aduh aduh comel okey, bb cream tuh waduh makk comel 2 kali ganda!

Dengan pencuci muka dari Korea dengan kosmetik dari Korea korang jangan tanjat gegurl tengok aku secantik Jang Na Ra lepas ni..keh..keh..keh..ehhh kenal plak? Kenal jugak tapi sorang ni jek! 
Hah..cepat google tengok dia secomel mane ;)

Monday, February 09, 2015

Corona Del Mar - A Night In Spain


Event dah seminggu tapi baru gigih nak cerita, belum terlambat kot nak share :) Dengan tema A Night In Spain sangat terserlah malam tu. Semua food memang Spain habis.

A Night In Spain

Tapas - Pembuka selera

Roti keras tu sedap okeh dengan chicken finger tu. Sayur so not me la. Chicken finger tu siap berebut dengan Syakirah mok & dan tentu la dia yang menang ;)

Seafood Bisque Soup

Agak spicy skit, dalam ade udang. Syahmi & Sufiya yang perabis sup ni. Aku part sup memang kureng sikit.

Main Course

Robo De Toro

Robo De Toro aka Ekor masak stew gitu. 

Paella De Marisco

Ala ala nasi seafood, ade udang bapak besar ade lala ade kepah ade sotong.
Nasi agak melekit dan hidangan ni agak heavy bagi aku.

Charred Grilled Moroccan Chicken

Grilled chicken breast marinated with moroccan spices, served with grilled vegetable & roast potatoes. 
(Ni bukan hafal, ini copy balik..thihihii..)

Ayam ni recommended by chef ok! Dan terbukti sangat sedappppppppppp ayam ni sampai aku makan bersuap-suapan dengan Eady. Ye laaa aku pegang adik mok nak makan macam mane..korang pun.. Semua portion memang besar, puas kami anak beranak makan dimalam haritu.

Korang kalau tetibe rase nak makan ala Spain ni boleh la cuba tau!

Address: B-G & B-I, The Strand, 8, Jalan PJU 5/2od, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor
Phone:03-6151 0050

Friday, February 06, 2015

Gembira Campur Sedih, Sedih Campur Gembira


Memang bagi blur pun

Lambat nyer bersiaran, lambat berhari-hari ko bersiaran izwa. Sori, jiwa kacau.
Dapat surat terus blur blank dan seangkatan dengan nyer.

Nak kata happy memang happy tapi nak kata sedih memang ye, rase nak meraung dah kenapaaaaa jauuuhhhh gilaaaaa niiiiiii...hahaha..gitu!

Ingat tak ade entry aku cakap aku pegi interview dan aku mintak korang doakan?
Yup, alhamdulillah rezeki anak-anak, nama aku antara yang dapat kenaikan pangkat tu.

Dari 300 orang ko antara yang terpilih mau tak gembira? Haruslah kan, tapi yang jadi jatuh sedih nyer biler tengok posting kat mane. Memang bapak jauh..ehh takde la bapak tapi memang mak ai jauh nyer. Kalau takat berenang-renang nak balik tu memang confirm lemas ar. Well, Eady cuma cakap "memang tak pegi la" huh..bila suami dah cakap macam tu aku nak kata apa lagi. Amik bantal tido je la..

Hari ni dengan semangat kawan-kawan yang lain, gigih aku buat surat rayuan untuk posting kat sini jugak. Giler, aku mane boleh tido takde Eady tu..eh? Ha..ha..ha..giler meroyan aku nanti anak-anak jauh..kang naik flight pun kapal terpaksa patah balik sebab ade penumpang jadi giler dalam flight..acanne..? Masuk metro plak nanti..

Nak jadi cerita, mungkin berkat doa ibu abah, aku siap wasap biras mintak doa dari mak abah mertua korang tau tak. Aku minta dia orang doakan supaya permohonan rayuan aku atau urusan aku untuk hari ini dipermudahkan jek. Tak bleh tido wey, siap mimpi-mimpi tau aku malam tadi. Mimpi aku tengah doa sungguh-sungguh, sampai macam tu sekali trauma aku tak nak jauh dengan Eady & anak-anak.

Eh, mane cerita nyer..nak jadi cerita hari ni very big boss aku a.k.a pengarah bahagian aku yang tolong draftkan surat rayuan siap printkan & sign sokongan sekali..kehkehkeh..giler kentang. Dia cakap "semalam aku baca tajuk jek..so aku tulis la Alhamdulillah, Tahniah..rupe nyer hari ni baru tau tempat nyer, jawab nyer aku kene tulis Astagfirullahalazim la nie.." hahaha...tergelak aku tadi.

Petang ni aku kene pegi ke HR untuk hantar surat jawap bersama surat rayuan tu, korang doakan aku sekali lagi ye. Semoga aku dapat posting kat HQ ni jugak..(amin~)

Like FB status aku, "satu jalan dah nampak dipermudahkan, semoga terus dipermudahkan sehingga keakhirnya..Chaiyok izwa..Jika Dia katakan ada maka adalah ia, sekiranya Dia katakan tiada maka ternyata bukan hak aku & aku redha "

Fuh..nak nangis ke nak gelak sekarang nie?

Wednesday, February 04, 2015

Merah Putih Kehidupan


Rabu ye tapi tak pulak rase nak ww sebab rase macam nak berbicara.
Actually baucer photoshoot ni dah lama ade dalam tangan aku, dari bulan 10 tahun lepas kalau tak silap aku. Tujuan nak ambil gambar ni pun kekonon nak letak kat rumah baru (a.k.a kuarters office) yang aku cerita haritu..Ohh bab tu..aku tak pindah lagi sebab ade orang potong Q maka aku kene tunggu lagi sedangkan kaki aku dah selangkah nak masuk dah. 

Hmm..kecewa? Sangat tapi aku dah redha, bagi aku mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang terjadi. Ok tutup bab tu..malas nak ingat lagi.

Oleh kerana tarikh tamat offer baucer tu nak habis dah, aku proceed jugak bergambar. 
Tema merah putih pun kebetulan tersedia ada sebab baju merah putih ni sebenar nyer untuk dinner office bulan Dec tu tapi tak jadi jugak sebab di postpone bagi menghormati keadaan banjir mase tu, lagipun ramai yang terlibat jadi sukarelawan kan tak kurang juga keluarga yang terlibat sama..
Pengakhiran tahun 2014 nampak tak begitu menarik bagi aku kecuali bab balik Labuan je.

Jadi, tahun 2015 ni aku sedang mencari lagi semangat baru..uhuks..ditukar ke unit baru yang bagi aku bagai berada dilubuk paling dalam, buat keje giler..(slow slow izwa!)
Kecewa dan terus dikecewakan..uhuks..*urutdada* *tarik nafas dalam-dalam izwa*

Dalam pada mencari semangat baru, aku gigih mencuci hati sendiri. Jadi salah satu cara nyer adalah join event blogger sabtu lepas, jumpe kawan-kawan baru ;) *hai koranggggg!* ;) dan berphotoshoot bersama yang tercinta & yang terkasihi..hehehe..mungkin dengan muka diaorang terpampang kat pc aku ni dapat jugak la kembangkan hati yang tengah kuncup..

Eh..panjang giler kot mukhadimah aku..padahal nak belanje gambar je ;)

Kami 

Syahmi Irsyad

Sufiya Irdina

Syakirah Irneena

Amanah kami

Minggu depan genap 11 tahun kami kenal.

Alhamdulillah..sikit sebanyak semangat aku datang dari kawan-kawan yang jarang jumpe tapi sangat rapat dengan aku. Sikit-sikit aku cuba terima semua benda yang tak menjadi mengikut ape yang aku inginkan. Mungkin itu yang terbaik buat aku ketika ini. Sape tau kan, hanya Allah SWT Maha Mengetahui semua yang telah tertulis. *pujukhatisendiri*

Oh korang, tolong doakan ibu aku supaya nama beliau naik tahun ini untuk pegi menunaikan haji. Permohonan rayuan sedang diusahakan. Umur pun dah 60 lebih, kalau tak sekarang biler lagi ye dak..sape tau tibe-tibe aku dapat ikut teman ke..he..he..he..nak jugak tu!

Hmmm..sekarang aku sendiri konfius sebenar nyer entry ni untuk ape..ha..ha..ha..macam luahan hati pun ade, macam pasrah pun ade..macam nak jual gambar pun ade.
Apa pun thanks kat korang sebab layannnnn je aku ni! ;) sebelum terlupa, bulan February ni bulan cinta kami! Wott wott..love is in the air, gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang