thumbnail

Friday, May 29, 2015

Berita Baik Untuk Bakal Ibu | Malika Confinement Care


Wahai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu..nak share benda baik untuk ibu-ibu dan bakal-bakal disekitar Lembah Klang, Selangor, Nilai dan Seremban.

Sape yang bakal bersalin & bakal berpantang tak lama lagi? Sila angkat tangannnn.... ;) okey fine tak nampak..he..he..he..


Nak bagitau nie, yang Malika Confinement Care ade sediakan pakej penjagaan ibu selepas bersalin a.k.a ibu-ibu yang dalam pantang la kira nyer.. Huntung gila korang..zaman aku takde pun pakej-pakej macam ni..kalau ade pun bapak mahal..ini emak murah jek. So jeles! Huh..

Jadi bapak-bapak sila sediakan poket untuk ibu-ibu sebab ibu-ibu dalam pantang ni banyak berehat, makan yang secukup dan sebetul nyer.

Nah boleh pilih pakej mane yang berkenan :

1. Pakej 3 Hari



Pakej pertama


2. Pakej 7 Hari

Pakej 2

3. Pakej 10 Hari

Pakej 3

> Semua pakej akan bermula dari hari ke-3 sampai hari ke-44 (makna nyer akan mengambil hari yang ke-3, ke-7, ke-10, ke-14, ke-21, ke-28, ke-30 & ke-44)



> Semua pakej penjagaan ni konsep nyer, staff Malika Confinement Care akan tinggal bersama..kenapa kene tinggal sama?? Ha sebab nak bagi semua ibu-ibu berkenaan rehat secukup nyer mase dalam pantang tuh. Ibu-ibu berkenaan tak payah buat ape..cuma baring berehat & makan..ehh bagi anak susu..gitu.


Yang lain dari mengurut, bertangas, kemas rumah lite-lite, jaga baby, masak semua akan diuruskan oleh staff Malika Confinement Care nih! Hebat bukan?? Malam-malam dodoi baby pun staff Malika Confinement Care akan uruskan..see super hebat arghh..

Note kat sini awal-awal ye : untuk staff yang tinggal bersama tuan rumah, korang tak payah risau bab makan dia orang sebab Malika Confinement Care akan provide makanan kering & basah untuk staff dia orang sendiri, cuma korang bagi pinjam space peti ais dan dapur gas je untuk dia orang masak. Kira makan dia orang, dia orang makan sendiri punyer takde la kacau barang basah, kering korang..paham ke tak ni?

> Bab pengalaman korang jangan risau la sebab semua staff Malika Confinement Care adalah yang berpengalaman dalam bab-bab jaga orang dalam pantang nie.

> Ehhh..risau pasal bapak-bapak kalau staff Malika Confinement Care tinggal bersama?? Hieuuww kalau aku pun risau..kahkahkah..dah la dalam pantang pastu ade pulak orang lain dalam umahh...grr...me so cannot ar tapi tu semua boleh dibaca bincang wahai ibuk-ibuk ;)
Benda tu boleh setel..yang tak nak staff Malika Confinement Care tinggal bersama boleh je mintak visit day dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Kira bapak pegi kerja, staff Malika Confinement Care take over sehingga petang..so takde dah nak risau-risau ;)

> BTW, untuk pakej tinggal bersama Malika Confinement Care cover area Klang Valley, Selangor, Nilai, Seremban & Melaka

> Tempahan boleh di buat seelok-elok 3 bulan sebelum bersalin ye. Almaklum la takut tempahan penuh kang takde sape pulak boleh jaga. Dan untuk tempahan tu atau pertanyaan boleh :

Whatsapp/Call : 016-2078091 (Noorish)

Huhuhu..serius cakap aku jeles giler tau dengan pakej yang ade ni..aku dulu takde pun semua nie..dah la bersalin c-zer, sakit nyer Allah je yang tahu..nak bangun nak pegi bilik air kadang-kadang bertemankan air mata. Anak kene urus sendiri, diri lagi kene urus sendiri, anak yang besar pun kene uruskan jugak..sakit jahitan tu terpaksa kene tahan jugak..

Now dah ade pakej yang tersedia orang nak jaga, amik la korang. Ini untuk kebaikkan semua. Baik untuk ibu selepas bersalin, baik untuk baby sebab ade pakej belaian baby sekali dalam pakej tu, baik juga untuk bapa-bapa sebab tak perlu buat semua benda yang korang tak tau buat.

Sebelum terlupa..bulan 6 & 7 ni ade slot kosong..mane tau kan ade yang tengah cari last minit ni.
Hoi murah laaa...dah la ade  belaian untuk si manja sekali, ade free urutan, ade free bengkung, ade free jamu..ehh banyak sangat free ni! Korang tinggal pilih pakej & minta suami bayar je ;) Untung nyer lahaiii koranggg...~ 

Thursday, May 28, 2015

Resepi Telur Goreng Planta #telurgorengplanta


Seperti yang dijanji kan..mesti lah kene share resepi  Telur Goreng Planta yang jadi idaman si manja hebat ;) #telurgorengplanta

Langkah mudah yang pertama, dimulakan dengan sesudu planta di atas kuali yang telah dipanaskan,

Langkah 1 dan 2

Langkah ke-2, pecahkan sebiji telur ke dalam kuali tersebut dan tidak perlu ditambah garam ok! See, dengan Planta rasa dah cukup enak sehingga tak perlukan garam sebagai perasa tau.

Nampak kan Planta mula menggaringkan tepi telur?

Langkah ke-3, goreng telur sehingga naik aroma dan garing ditepi. 
Pasal aroma tak boleh citer la, letak je atas kuali panas terus bau Planta tu naik menjulang-julang sampai 1 dapur boleh berbau harum dan enak. Bagai memanggil-manggil bau Planta nie sampai anak-anak pun tak sabar nak makan #telurgorengplanta !

Tada! Hidangan telah siap ;)

Langkah 4 hidangkan untuk si manja hebat tu. Eh manja saya ade 3 orang maka terpaksa buat lagi untuk diaorang tau, kalau tak berebut-rebut makan #telurgorengplanta ni sebab sedap sangat! :)

Ternyata, terbukti :

•         Beraroma yang memikat rasa
•         Garing (hujung telur tu nampak kekuningan tanda garing)
•         Rasa yang lazat
•         Warna yang menarik (yellowish-golden egg yolk color)
•         Kurang berminyak

Semudah 1234!

Gunakan Planta, untuk telur goreng yang garing, lebih wangi dan lebih lazat! Yummehh~
Korang jangan lupa cuba dirumah ya!

Monday, May 25, 2015

Menu Menarik Di U-Cafe Wangsa Walk


Pada sabtu lepas, aku berpeluang mencuba pelbagai hidangan yang di tawarkan oleh U-Cafe Restaurant yang terletak di Wangsa Walk. Majlis yang dihadiri oleh ramai rakan-rakan blogger ini memang meriah. Ada ramai juga yang aku baru jumpe untuk pertama kali. Hai selamat berkenalan koranggggg ;) dan thanks a lot to Jamar Bahar sebab sudi ajak akak ko ni makan..yess terbukti akak ko memang kuat makan..hahaha..

Actually review kali ni untuk ramadhan nanti, ade Nasi Kukus Ayam Rempah yang semurah RM3 je tau! Dah la sedap murah pulak tu. Mane nak dapat kat KL murah mcm nie oi..






 
Lokasinya U-Cafe Restaurant ni sangat strategik. Kalau korang ke Wangsa Walk tu, dari tempat parking kereta dah boleh nampak signboard U-Cafe Restaurant yang terletak di bahagian depan entrance Wangsa Walk. U-Cafe Restaurant mempunyai dua tingkat ni sangat sesuai dijadikan tempat untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi ataupun gathering. 

Kami ke tingkat 2  dan dihidangkan dengan 21 jenis hidangan. Dimulakan dengan buffet hidangan ramadhan yang sedia terhidang dikaunter buffet.


Seafood Platter
Combo Platter
Deconstructed Caesar salad
Italian Beef Carbonara with Egg Yolk
Signature Combo Mix Grilled
Flying fish rice with Soy Sauce
Lamb Rack
Fried aspragus + prawn
Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf
Penang Curry Laksa
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry

Puas! Puas makan dan merasa sebab sangat berbaloi dengan harga nyer. Walaupun agak pricey tapi portion nyer sangat besar boleh makan share-share gitu. Ada banyak lagi sebenar nyer tapi tak mampu la aku nak letak semua gambar disini.He..he..he..

Di U-Cafe Restaurant juga terdapat pelbagai jenis makanan disediakan. Jadi yang tekak melayu ke tekak orang putih ke jangan risau sebab kat U-Cafe Restaurant ni semua jenis hidangan ada. Ada dari Asian food, Japanese food, Western serta local food semuanya ada. Boleh dikatakan U-CafeRestaurant menghidangkan makanan ala fusion. 

Kepada yang tertanya-tanya status keHALALan nyer, cawangan U-Cafe Wangsa Walk ini telah mendapat pensijilan halal dari pihak Jakim. Jadi anda tak perlu risau untuk menikmati hidangan di sini. Selain itu juga, U-Cafe juga mempunyai cawangan di Sungei Wang.

Untuk maklumat lanjut & reservation di U-Cafe Restaurant boleh check it out di : 


www.u-cafe.com

Alamat :

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Facebook : 

U-Cafe Restaurant

atau

contact P.I.C U-Cafe Rachel : 019-3133668





Friday, May 22, 2015

Dan, Pemenangnya Dah Tentu Lah..Telur Goreng Planta!


Hah korang..dah baca kan entry aku yang lepas tu? Kalau tak tau pokok pangkal cerita boleh klik sini ye ;)

Demi Sebuah Resepi Telur Goreng, maka 15hb Mei dengan kisah perebutan resepi rahsia telur goreng, keputusan sebulat suara telah dibuat! Dah tentu la mak-mak yang menang ok. Wott woot..dengan rahsia nyer adalah menggorengkan telur menggunakan PLANTA! #telurgorengplanta

Tada!

Jutawan tu tak berjaya nak ambil hak cipta resipi telur goreng, sebab dihalang oleh pihak Planta. Rupa-rupanya, resipi telur goreng tu adalah resipi telur goreng Planta. Memang patut pun Planta menghalang jutawan ni haha. ;) now telah terbukti #telurgorengplanta adalah sangat sedap sebab:...

·         Aroma yang memikat rasa
·         Garing (hujung telur tu nampak kekuningan tanda garing)
·         Rasa yang lazat                                                                           
·         Warna yang menarik (yellowish-golden egg yolk color)
·         Kurang berminyak

#telurgorengplanta

Hah..yang ni nanti aku buktikan dengan entry yang lain tau! Tungguuuu......
Sambil tu korang pun jangan lupa try sendiri resipi telur goreng Planta kat rumah. Mesti sedap hingga menjilat pinggan hahahaha..

Okeh, meh kiter cerita pasal event 15 Mei tu. 

Selebriti yang terlibat.

Dihari berkenaan, Chef Zaidah telah lakukan demonstrasi menggoreng telur menggunakan Planta ditemani dengan Sharifah Sofia, Irma Hasmie dan juga Joel Lim, Brand Manager, Foods, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. Less oily tau kalau goreng guna Planta..bau dia wallahhh...terus lapar perut waktu tuh.. kalau korang tak percaya cuba try sendiri kat rumah.

Dari kiri: Joel Lim, Irma Hasmie, Sharifah Sofia, Chef Zaidah

Selepas demontrasi tu ade sesi blind test tau untuk rase telur goreng mana yang lebih enak! Kitorang kena pakai blind fold, untuk tutup mata, kasi la suspen sikit, kan? Lagipun ini baru betul namanya ujian rasa. 

Seperti termaklum dah tentu la Telur Goreng Planta yang menang!

#telurgorengplanta

“Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan - jadi kenapa memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang dikehendaki? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan,” kata Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Tak sabar aku nak update entry goreng telur menggunakan Planta tau! Tapi sebenar nyer Planta memang sentiase ada kat dalam rumah aku. Tak pernah putus Planta dirumah gitu ;) Anak-anak pun suka makan. 

Cuba bayangkan lepas event tu teros bersemangat pegi goreng telur goreng menggunakan Planta untuk si kecik kat rumah… Melompat-lompat dia bila makan, sedap sangat tu.. 

Nak tambat hati budak kecik senang aje, kasi #telurgorengplanta dah cukup. Telur Goreng Planta ni pun senang nak buat, cuma pakai sesudu je..


Sebelum balik, kami dibekalkan dengan sebakul hadiah yang berisi Planta, apron Planta yang cantik & 1 bentuk love untuk goreng telur..so sweet la Planta ni! Macam tau je aku suka bentuk love untuk buatkan bagi anak-anak makan.

Selingan...ehemmm..

Dengan Irma yang manis sangat.

Dengan Naz yang peramah ya hamattt..

TQ Planta !
Siapa yang nak cuba masak telur goreng Planta di rumah tu silakanlah.. #telurgorengplanta

Thursday, May 21, 2015

Bila Dah Takde Cerita


Ok fine..biler dah takde cerita kita kongsi je gambar yang ade..keh..keh..keh..
Nampak pelik pulak buka blog sendiri setiap hari tapi tak berupdate!
Jadi, kiter tayang je la gambar budak bertiga nie. Tolong jangan jemu ok ;)

Bila ajak selfie dia yang paling over! Heh..

Oh ye pada yang tanye..kereta ni tak bergerak tau..mase ni park kat tepi tunggu Eady hantar Sufiya ke taska sebelum hantar Syakirah ke taska dia jugak.

Yang paling kecik tu..nak peace kekonon nyer!

Ni kejadian sabtu lepas..pukul 6 pagi semua dah terbeliak biji mata. So kene siap kan sarapan makan mandi baru buat kerja sekolah..ini bukan paksaan ok tapi ini sekadar tempoh bertenang dipagi hari sebelum tempoh berperang sampai petang.

Yang kecik tu acah je lebih..duduk tak sampai seminit pastu pegi conteng buku orang Y___Y

Semalam

Lama tak wefie dengan anak-anak. Ni semalam mase tunggu Eady sampai dari parking kereta. Tengok la Syahmi dengan muka peluh nyer! Aku pun mcm gemuk jek..ceh! Salah kamera nie..hehehehe..

Monday, May 18, 2015

Terima Kasih Kakak!


Terima kasih kak Zakie! :)
Hadiah dah sampai hari jumaat tapi izwa cuti jumaat lepas jadi hari ni baru buka hadiah nyer.


Terima kasih sangat untuk sejadah kecik tu, boleh guna untuk bercuti hujung bulan nanti.
Sejadah kecik yang ade kat rumah tu dah jadi hak milik si kecik tu..jangan la sape-sape usik, nanti direbutnyer..he...he..he..

Terima kasih banyak kak, izwa suka sangat semua hadiah ni walaupun mase teka haritu izwa main bantai jek.. :D

Thursday, May 14, 2015

Tak Ada Apa


Buku nota

Sekarang dah tak banyak benda nak share. Lagipun dah matang kan..ha..ha..ha tetibe aku dah matang pulak jadi tak semua benda nak diceritakan. Kalau dulu waktu zaman bodoh-bodoh sampaikan benda ape aku makan pun nak cerita.

Gambar tu sekadar hiasan, itu la buku nota kerja aku setiap hari kalau ade peminjam call. Ye aku memang addict dengan family sendiri. Memang setiap masa nak diaorg ade depan mata. Jadi takde orang nyer gambar pun jadi la. Aku tak peduli orang nak cakap ape walaupun aku ade dengar angin lalu cakap aku ni addict sangat dengan family sendiri sampai takde kawan langsung. Korang tak duduk dalam kasut aku tak tau ape kehidupan aku dari kecik macam mana jadi jangan berani nak mengata macam-macam pasal aku. Kenal aku dulu, kawan dengan aku dulu baru korang tahu sapa aku. Okey?

Kata nak BW pun tak sempat, sekadar drop komen kat blog yang biase aku kunjung je yang dah biase aku singgah tu. Yang baru sori ok ahkak tak sempat deknon..nowdays ahkak busy kalah pak najib..eh? Hehehehe...takde la..aku sekarang enjoy giler dengan kerja baru nie yang busy yang kadang-kadang kene maki, yang selalu kene marah tapi ntah aku memang seronok lah dengan kerja baru nie. ;)

So korang, if aku ade makne nyer ade la ye..if takde makne nyer aku tengah berzikir dalam gua ok..hehehehe.... ;)

Wednesday, May 13, 2015

Demi Sebuah Resepi Telur Goreng


Demi sebuah resepi telur goreng aku dengan semangat mak-mak sanggup pegi berpiket untuk mempertahankan resepi telur goreng yang disukai anak-anak ini. Huh..tak risau dah pasal kene tangkap mase berpiket. Dengan berani pergi berpiket kat sebuah ibu pejabat terkemuka pagi semalam.

Demi Resepi Telur Goreng!

Pertahankan hak kita!

Kita lawan demi hak kita sebagai mak-mak!

Amboi sangat ni, mentang la banyak duit bergelar jutawan (nama dirahsiakan) sanggup kau nak beli resepi telur goreng rahsia ni dengan harga 1 juta untuk diri ko sorang aje? Sedap sangat Resepi Telur Goreng ni sampai ko sorang je nak bolot? Oh tidak..aku tak sanggup nak benarkan semua tu terjadi! Demi anak-anak kita aku sanggup pertahankan resepi kesukaan ramai nie..huh..

Ehh..ape citer ni tetibe emo kemain ni? Hah korang, nak bagitau nie..ade la sorang jutawan niiii mentang la duit kepok-kepok pastu nak beli resepi telur goreng yang biase mak-mak gunakan selama ni untuk anak-anak..cannot ar mcm ni! Kalau dia beli resepi tu terus jadi hak milik dia sorang jadi macam mana anak-anak nak makan telur goreng lepas ni?? Sedih tau..jadi, sanggup aku pegi pertahankan resepi berkenaan. Demi anak ape saje mama sanggup lakukan.

Sape jutawan tuh? Apa keputusan nyer? Kalau nak tau korang boleh datang ke One Utama pada 15 Mei ini untuk menantikan keputusan rasmi sapa yang menang dalam merebut hak Resepi Telur Goreng ini!

Mak-mak yang akan menang ataupun jutawan nih? Huh..korang tunggu ok..aku tengah emo lagi nie..

Monday, May 11, 2015

Tantrum Budak 1 tahun 9 bulan


sila tengok.

Copy dari FB :

Happy Mother's Day uolls & selamat menjamu hari dengan video khas ini.. 


Udah 3 hari mcm ni..yang hari ni punyer amukan sebab nak makan cheese slices! Bukan tak boleh makan tapi makan seslices campak nak buka yang lain..ewahhh sgt ko ni dik 



Haaa..ini budak arr lain dari yang lain okeyyyyy dari yang 2 orang lagi. Yang lagi 2 orang  tu aku tak penah pulak layan tantrum sampai macam nie..ke aku yang dah lupa?Hahaha...ke Eady je yang layan tantrum diaorang sampai aku yang tak ingat..keh..keh..keh...almaklum la kan semua anak campak kat Eady kecuali time menyusu jek >_< tapi yang ni lain..yang ni memang anak koala mama so banyak sangat masa dia dengan aku. 

Tu video aku amik semalam mase duduk rumah dengan dia, Eady takde keje. Amukan yang ntah ape-ape la dia sekarang nie..amukan nak mandi laaa ko dah kenapa setiap sejam ko nak mandi main air?? Amukan nak buka peti ais la...haishhh...geram sangat nie.

Biase ape aku buat time dia amukan? Aku biar jek sampai dia berenti sendiri dan datang kat aku..huahuahua..mak ko kejam dik..sori la nakpujuk-pujuk memang tak la..nanti mua! Dan yang SUPER LEGA nyer dia tak tantrum kat luar okey..cuma kat dalam rumah jek sebab dia tau dalam rumah ade otai besar backing dia iaitu mak tok dia..grrr..mandi satu hari 8 kali pun maktok ko tak kisah..grrr..


ni la budak tuh..

Tantrum tak tantrum mama tak kire, asalkan adik jangan besar cepat sangat..simpan kecik gebus mok mok macam ni la sedapppp peluk ;) abang Syahmi dengan kakak Sufiya dah kurus meninggi sejak dah masuk sekolah & tadika nie..uhuks..

Friday, May 08, 2015

KePOYOan Sangat Nie!


kof..koff..koff.. *poyojeni!!*

Update sekejap la sebab masuk office hari nie..eh aku cuti ni sebab pagi ade blog job..
Dapat la jumpe Hanim, kak SuriaAmanda, ofkos Farah Waheda & kak Erna (alahai kak..nanti saya cari link okey..sedih tak sempat bergambar la kiter tadi..)

Sempat dating kejap dengan cik abang tuh sebelum dia pegi solat jumaat. Korang jangan percaya sangat dengan gambar tu! Tu propa je lebeyyy...poyo ya amat laki bini tuh..ha..ha..ha..
Aku yang gedix sgt nak tangkap gambar kat situ sebab dinding dia cantik giler! Terus pakse Eady utk amik gambat..haa..baca sekali lagi PAKSA EADY okey..kihkihkih..

Takde ape nak cerita cuma rase nak tunjuk kePOYOan laki bini ni jek..koff koff koff.. >_<

Tuesday, May 05, 2015

Borak Laju-Laju


Nampak 44x tu?

Hah tu la miss call kat extension office aku walaupun aku ade je kat dalam office. Keje giler busy ya amat dengan nak jumpe peminjam dengan letak je phone terus berbunyi balik phone tu tanpa henti T_____T kering tekak oiii..44 miss call tu adalah waktu aku pegi taska sekejap tadi. Aku pegi balik taska dalam 20-25 minit je tau.

Aku bersyukur ya amat jugak masuk bahagian ni sebab unit ni buat aku busy :) takde lagi dah melepak di medan sosial walaupun takde orang marah atau pantau dulu sebab keje aku dulu tu keja bermusim, bos pun tak kisah ape aku buat asalkan ade kat office je dah cukup.

Sekarang hari aku dipenuhi sehingga nak bernafas pun boleh lupa..hehehe..tu tipu la tuh ;)
Cuma ape yang aku rase aku bersyukur dengan keadaan sekarang. Alhamdulillah dah nampak benda baik berlaku satu per satu walaupun lambat terjadi nyer. Dengan rase ni buatkan 1 hari tak buka blog or fb pun aku tak rase ape. Lega.

Tapi..eh ade tapi lagi..blog ni tak boleh tinggalkan sebab masih ade job yang perlu aku lunaskan. Masih ade lagi 2 job besar yang perlu aku selesaikan. Mungkin dengan rezeki job ni aku dapat bawak anak-anak bercuti hujung bulan 5 ni  terus sambung anniversary kami yang ke-9 pada 2 Jun nanti ;) tak pegi jauh pun, dekat-dekat sini je. 

Belum mampu pegi jauh lagi :)


Update latest : 44 miss call tu aku & partner akan call balik tau sebab kami diberikan no.hp untuk call balik peminjam & ext tu tertera no yang miss call tuh dan memang sekiranyer aku takde kat tempat selepas 3 deringan akan pegi ke ext berikut nyer (partner). Hari ni dedua partner takde (cuti & sukan).

Ini sekadar gambaran betapa busy nyer aku menjawab/berjumpa peminjam tau. Aku tak nak kerana nila setitik abis susu sebelanga. Memang ikut skop kene angkat call tak boleh lebih dari 3 deringan tapi aku 1 deringan terus pick-up melainkan aku ke depan berjumpa peminjam.

Bayangkan mane nak jawab e-mail, mane nak sign surat, mane nak jawab call, mane nak jumpe peminjam. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang