thumbnail

Thursday, July 30, 2015

Hilang!


Yang ni tak hilang la!

Heh..yang atas tu kalo hilang mati la aku!! Sekarang yang hilang adalah aku..he..he..he..hilang kejap dari dunia berblog nie. Kerja banyak la wey..

Bukan tak bleh nak BW tapi lunch time pun buat kerja, solat pastu lari kejap kat Syahmi pastu sambung balik. Petang aku dah OT sampai pukul 6. Oh ye..cakap pasal OT, aku dah kembali ke zaman 2004 yang mana aku adalah orang yang gila kerja dan gila OT! Mase tu isnin-ahad aku kerja..dah tak jadi orang..hahaha..

Sekarang aku dah start OT dari isnin sampai sabtu. Ahad hari rehat. Anak-anak aku bawak je kat office sebab diaorg tak kacau aku pun. Ade tv, ade aircond, ade wi-fi, tengahari makan pastu bagi tido plak jadi nak apa lagi..lepas OT baru bawak lepak taman tengok dunia pulak. Syakirah Eady jaga, dia kan anak abah..takde mama dia okey jek.

Kerja memang banyak tapi takde dateline jadi boleh bernafas lagi. Korang jangan risau aku tak pengsan punyer..he..he..he..kerja berterusan, aku ok jek. Aku suka dengan keadaan sekarang, serius aku suka.

Jadi, anggap la aku hilang dalam timbunan fail nie..nanti dah lega baru aku muncul balik ok ;)

Tuesday, July 28, 2015

Manja Abah


My 1st boyfriend. 

Heh dah lama menghilang tetibe muncul dengan pakwe lama :) Lama dah tak sembang kan..
Takde cerita sebenar nyer dengan kerja pun masih banyak so takde banyak mase kat sini. Sori korang..

Bukan anak je yang manja abah, mama dia orang pun sama..hehehe..gambar last week mase minum pagi dengan abah. Aku rase waktu ni aku macam anak kecik lagi walaupun umur dah besar.

Status FB aku last week :

My 1st boyfie 

Pegi balik amik berhantar sejak dari tadika, sek rendah, sek menengah, masuk AIM, interview kerja, kerja, induksi sampai Langkawi pakwe ni jugak la yang hantar sampai ke pintu hotel, even dah tunang pun tetap pakwe ni yang hantar sampai ke pintu bilik kursus masa BTN di Melaka. 

Tapi, apa saja urusan dia apa saja masalah dia aku tetap tak masuk campur sebab hidup aku cuma utk dia sebab tak lama mana dia atau aku nak hidup dimuka bumi ini.. 

Apa yang mampu aku buat ialah hanya DOA penghubung apa saja diantaranya. 

Iye, waktu sekarang hidup aku cuma untuk suami, anak-anak, ibu abah, mak abah. Anak akan nampak apa kita buat dan bagi aku, aku cuma ade sedikit masa je untuk berbakti pada mereka semua. Uhuks..bila ingat jadi sedih..

Aku tak sabar nak jumpa mak abah bulan 11 nanti. Nak tengok abah sesihat mana lepas sakit haritu (abah mertua), nak jalan merata dengan mak lagi. Aku sekarang nak fokus kat dua benda je, kehidupan sendiri & kerja. Dalam masa yang sama aku nak "baiki" diri nak betulkan kat mana yang tersenget dijiwa.

So korang jangan terperanjat kalo aku timbul tenggelam kat sini..aku ade je cuma tak bersuara..

Thursday, July 23, 2015

2 Tahun Sudah!


Syakirah Irneena Bt Suhaidi

Alhamdulillah pada 20.07.2015 lepas Syakirah Irneena dah masuk usia 2 tahun. 
Perkembangan macam biase je sama jugak macam budak-budak lain, boleh dah bercakap sepatah dua perkataan, jalan laju dah walaupun macam itik boncit berlenggang, berlari pun selalu jatuh sebab badan lebih berat dari tapak kaki yang kecik tu.

Sebijik abam Syahmi kot.

Nakal, lasak tapi manja to the max. Susah nak nangis tapi sekali nangis amik ko suara dia macam terpecah speaker. Kuat giler suara. Giler kucing waima gambar kucing sekali pun. Makan semua sebat, air semua minum walaupun air mocha pahit..ha..ha..ha..macam mak ko.

Ni la perangai sebenar.

Suka buat Syahmi & Sufiya, memaksa abam & kakak. Kalau dia paksa makan satu benda tu dia siap buka mulut orang suruh makan gak..ha..ha..ha..mentang ko paling kecik dik kemain guna kuasa veto tuh.

Manja abah & maktok ni walaupun susu badan dengan mama. Oh ye..masih lagi susu badan sehingga sekarang. Tak nampak gaya lagi nak berenti, sejak baik dari demam denggi tu makin extreme plak dia menyusu. Huhuhu..

Wish macam mak-mak biase la..nak yang semua terbaik untuk anak-anak. Semoga anak-anak kami diberikan kesihatan yang baik selalu, dilindungi Allah SWT tak kira dimana anak-anak berada, semoga semua anak-anak kami terus membesar bijak pandai, sihat tubuh badan minda & diberikan rezeki yang baik-baik selalu. Ameen.

Dengan pesanan..anak-anak tolong jangan besar cepat sangat boleh tak?

Wednesday, July 22, 2015

Kita Raya! Kita Raya!


Dah naik kerja? Aku, semalam lagi dah kerja :)
Mood raya lagi? Aku tak, aku mood cari nasi dah dari hujung minggu tu.

Meh aku belanje gambar raya! Memula tema Royal Blue tetibe jadi Grey Blue. Macam mana tertukar pun aku tak tau..hehehehe..pakej main beli jek warna pun main agak-agak asalkan kena dgn 1 sama lain. Aku dengan anak dara beli kat 1 kedai, Eady & Syahmi beli kat 1 kedai lain.

Laat-last..ehh tersama warna..ok fine mak tak stress..hahaha..tak sama kang bleh mendatangkan stress walaupun ko raya KeyEll je :)

macam biase ;)

#muahciked

ni pun macam biase la..hehehe..

last ;)

Takde aktiviti ape pun, just 1st raya makan-makan tangkap gambar pastu duduk rumah je sampai ahad. Isnin je merayap merata kekonon harijadi si kecik tu.

Aku percaya raya korang mesti lagi meriah dari raya aku, korang ade kampung aku takde kampung. Aku sekadar budak KeyEll yang beraya kat KeyEll jek..huhuhuu..

So again, selamat hari raya korang ;)

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya | Yeay..Dah Boleh Raya Dah!


Korang dah cuti ke? Aku masih lagi gigih bekerja..almaklum orang takde kampung macam nie la ;) relax chill lepak KL je la, jalan pun tak jem. Ahaks..

Oh ye, kita dah boleh raya uolls! Kemain gumbira hati ni sebab suami kiter belanje kiter baju raya yang sama dengan anak-anak. :) :) 

Pada mula tak nak beli sebab aku dah ade jubah biru tapi warna tak sama la dengan dia dan anak-anak. Kira aku ok je kalau pakai (okey kat mulut jek..padahal hati meronta-ronta kooo..hahaha...Eady memahami gamak nyer la kannn..) , belasah je la walaupun tak sama sebab nak jimat tapi Eady baik hati bagi duit (lagi!) siap bawak pegi beli baju raya biar sama dengan anak-anak.. jadi i is so happy la. TQ suami..i lebiu much-much la semalam..ha..ha..ha..

Size XS?

Korang takyah jeles la dengan saiz aku tuh. Sebenar nyer XS tu ukuran dia lebih kepada S, jadi terpaksa la amik XS sebab S macam gedobos sikit kat badan aku. Aim baju sama dengan anak-anak dah lama dah tapi duk berbolak balik nak beli ke tak nak beli ke tak..sampai seminggu berbolak balik.

Kedai baju pun kat Tesco aje korang takde la kemampuan nak beli kat butik-butik tu. Kedai murah pun aku rase harga masih mahal..huhuhu..serius aku memang kedekut dengan diri sendiri. Nak beli ape pun berkira, kebiasaan aku rase takde keperluan nak membeli. Baju kurung yang ade pun aku pakai je bertahun-tahun. Lama sangat dah tak membeli baju baru, tempah pun dah lama tak menempah sebab harga tailor jahit kat KL ni boleh buat aku migrain berhari-hari.

Jadi dengan wajar nyer, aku rasa happy sangat dapat baju baru lagi-lagi dari suami..khenn..

SELAMAT HARI RAYA dari Triple SI

Terus mak korang tak sabar nak cuti raya!
Kah..kah..kah..

Monday, July 13, 2015

Resepi Biskut Raya Paling Mudah | Coklat Ball


Tajuk tak menahan. Niat dihati memang taknak beli kuih raya banyak-banyak tahun ni sebab taknak membazir. Makan tak seberapa pun.

Gigih la google & scroll FB cari resepi biskut raya yang paling mudah, lagi-lagi untuk orang paling pemalas macam aku..keh..keh..keh..Lagi pun saja nak cari resepi biskut raya paling senang sebab nak buat dengan anak-anak.

So nah..
 

Bahan-bahan

Bahan pun abis sikit la guna! 
1. Biskut Oreo
2. Cream Cheese
3. Coklat Bar
4. Manik warna warni untuk perhiasan


1

1. Blander biskut oreo sampai hancur (pakai blander kering arr..jangan pakai blander basah kang rasa cili kering plak.) Oh ye..aku takde mixer moxer tu semua.

2. Biskut yang dah hancur tu masuk kan je dalam cream cheese tu. Aku pakai half je cream cheese tu.
 
 

3. Uli biskut hancur tadi dengan cream cheese sampai jadi macam doh.
 
4. Coklat bar dicairkan (double boil)
 

 

1. Pastu paksa buruh comel tu gentel bulat-bulat ikut suka hati bulat kecik ke bulat besar. Hihihiii..
2. Dah bulat, celup dengan coklat cair tadi & masukkan je dalam cup tu

 

 
 
Dah siap semua simpan je dalam peti ais bagi Coklat Ball tu keras. Dah keras boleh la makan anak-beranak. Senang wehhh..he..he..he..senang laaaaa bagi orang yang malas nak buat keje remeh macam aku nie.

Setakat ni anak-anak makan banyak gak pagi tadi. Sufiya & Syakirah makan tak berhenti, Syahmi sempat makan 2 ketul mase sahur tadi, dia cakap sedap nanti nak bawak pegi sekolah mase jamuan raya nanti.
 
 
Dalam pada tak nak beli biskut raya, ade je rezeki aku orang bagi biskut raya. Nanti aku cerita sapa yang bagi tau..ehh kene la cerita untuk kenangan sendiri sebab terharu sangat sebab aku ade ramai kawan yang baik..

Friday, July 10, 2015

M.A.L.A.S


Assalammualaikum..

Wah kemain intro aku..ha..ha..ha..dah la timbul tenggelam je sejak 2 menjak nie..macam malas pun ade macam takde cerita pun ade, macam letih sebab puasa & menyusu anak pun ade..semua jadi MALAS. Serius kali ni puasa aku teruk sikit..dengan sahur takde selera, dengan Syakirah sejak baik dari denggi tu makin kerap menyusu..siang malam tau mengempeng jadi badan rase macam nak terbalik.

Dengan keadaan sangat panas kat luar tu, jalan tetap jalan pegi babai anak bujang. Ntah sampai bila nak babai pun tak tau..huahuahua..bujang tu manja lebih dari adik-adik tau! Dan, kalau tak pegi babai rase lain macam pulak..macam tak lengkap je rutin harian. Macam ni la kalau jadi mak-mak kan! Heh...penat pun tetap kene buat.

Cakap pasal mak-mak nie, macam mana persiapan raya korang semua? Aku? Hmmm..takde rase nak raya pun ade nie, MALAS tahap teruk aku kali nie..ha..ha..ha..
Yang dah beli cuma baju kurta Eady & Syahmi je, baju anak dara pun aku tak rajin nak jalan pegi cari. Terukkan? Walaupun Quill Mall, Parkson, Sogo & Jln TAR tu dekat sangat dengan aku tapi takde nafsu plak aku nak pegi cuci mata. Kalau ade pun duduk terperap kat office je. Sikit punyer malas aku kali nie. Malas kali ni lebih teruk dari waktu mengandung. Ha..ha..ha..

Part ibu abah mak abah pun aku tak belikan ape-ape, tahun ni aku bagi duit je sebab penyakit malas nie. Heh..tahap dewa kan teruk aku ni???

Bercakap pasal mak-mak lagi kan, nak tanya..kenapa la kan kita ni kalau membeli untuk orang lain (suami, anak-anak, ibu abah, adik badik) kita tak berkira sangat tau walaupun benda tu mahal tapi bila tiba turn nak membeli barang kita sendiri terus kita rase kedekut dengan diri sendiri?? Ehh..ke aku sorang yang macam ni??

Macam aku, Eady dah bagi duit untuk beli semua persiapan raya aku & anak-anak last-last semua duit tu aku beli untuk dia & anak-anak je. Barang aku satu pun tak beli! Ade jugak berkenan jubah tapi bila tengok harga rase macam alahaiii kenapa mahal sangat nie...? Pastu terus tak jadi beli...balik la berlenggang kangkung masuk office.. (cuci mata tengok jubah & harga jubah mase pegi balik babai Syahmi tu..kan lalu Menara MARA yang penuh orang berniaga jubah..) RM99 pun aku rase dah mahal sangat kalau aku nak beli! Haishhh..

Tu belum lagi kisah tapak kasut dah haus sampai kasut jadi senget sebelah..tetap jugak tak pegi betulkan dengan alasan MALAS. Hahaha..tahap gaban wehhh malas aku kali ni! Sampai Eady bagi duit suruh beli kasut kat Parckson (pegi balik babai Syahmi kene lalu dalam Parkson setiap hari!) pun aku tetap tak membeli. Wehhhh...giler teruk aku kali nie! Last-last duit Eady tu pusing beli barang dia balik...adeh laaa...

Kenapa dengan aku kali nie?? Korang macam ni ke atau aku sorang yang macam nie...
Dan, punyer la aku MALAS sampai 80 juta kali aku mention perkataan malas dalam entry nie..ha..ha..ha...

Wednesday, July 08, 2015

Spaghetti Grill, Paradigm Mall


Hamik.. #throwback lagi setelah 2 minggu makan..ha..ha..ha..
Ampunkan lah aku, almaklum la bulan puasa ni momentum selow melow giler. Ini pun terhegeh-hegeh aku nak menaip sambil cari idea ape mende aku nak taip..

So, here we go.

Spaghetti Grill yang aku terjah ni kat Paradigm Mall, ade jugak cawangan lain kat Mid Valley tapi aku lebih tertarik kat Paradigm Mall sebab orang tak ramai sangat. Tak crowded macam Mid Valley atau KLCC. Tau pasal best nyer Spaghetti Grill ni dari blogger JMR23

Preview

3D Combo - RM21.90

Amik 3D set ni sebab jimat semua orang makan lebih-lebih lagi Sufiya yang cerewet makan sekarang nie. Alhamdulillah..licin licau semua makanan.

Pepperoni Cheese Pizza - free

Pizza adalah free dari set kanak-kanak. Oh ye, kat Spaghetti Grill ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun makan adalah free dari set yang kita order. Free makan siap air sekali. 

Chicken Golden Blue - harga tak ingat tapi around 20 lebih jugak.

Main course order 1 je untuk Eady, aku tak order sebab aku tau 1 - portion dia besar, 2 - set 3D combo tu pun dah melambak, 3 - pizza tu pun dah cukup walaupun aku tak dapat rase sikit pun! Anak-anak bedal pizza sampai licin. Dah kata hari meraikan anak maka kita bagi anak gembira lebih ;) Air pun boleh refill sebanyak kali yang korang nak maka air pun order 2 je. Banyak dah jimat disitu.

Aiskrim cake Brownies free untuk birthday boy

Sebenar nyer birthday boy minta kek tau, tapi disebabkan aku tau kat sini tengah promo birthday..boleh dapat aiskirm kek brownies free terus setuju terjah sini. Yang lagi best siap staff  Spaghetti Grill nyanyi kan lagu birthday (on request) so semua orang double happy!

Ye la bukan tak mampu nak beli kek sebiji tapi sape nak makan kek sebiji woi..dengan bulan puasa nyer memang waktu sahur nanti kek tu bakal syahdu je dalam peti ais tuh..huhuhu...

Total damage dalam RM5+ kalau tak silap aku. So korang kalau nak try boleh la pegi kat Mid Valley atau cawangan kat Paradigm Mall nie. Biase kalau bulan tak puasa, ade set untuk lunch yang lagi super jimat. Ni alamat dia ok :

UG 15, Upper G, Paradigm Mall, 
Jalan SS7/26 A , 47301 Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.

Tuesday, July 07, 2015

Terima Kasih Hospital Ampang | Pengalaman Duduk Di Wad


Kemain nak bercerita pengalaman duduk kat wad mase Syakirah kene denggi , padahal bukan aku yang sakit pun.Thihihiii...dah 3 minggu lepas punyer cerita #throwback ! Hahahaha...gasak la..aku tetap nak cerita jugekkk...

Okey la nak buat modal update blog..gitu. Lagipun aku asyik teringat benda-benda nie..macam kelakar pun ade macam "ehhh dah kenapa macam nie haaa..." Serius benda-benda macam ni adalah pengalaman sangat berharga.


Nampak tak?

Iye..karpet uolls. Barang anak tu penuh 1 katil. Dengan barang mainan 1 bakul baju besar tuh! Giler hokey..ye la kot mungkin dia berkampung kat situ lebih lama dari aku tapi sampai bawak karpet aku rase macam tak perlu la kot..kesian kat nurse sebab mase pindah wad tu diaorang yang kene kemaskan.. Anak tak duduk dalam katil tapi barang yang penuh 1 katil..

Aku tengok ade mase benda-benda tu yang menyusahkan doktor dan nurse..Mane nak tengok pesakit tetibe nak kene selak semua barang ketepi..hmmm..bila lambat sape yang dipersalahkan?? Doktor, nurse & hospital jugak..mane tidak sampai wayar-wayar tersangkut sana sini payah la kan..

Itu yang pertama, yang kedua agak kelakar tau..

Katil depan aku tu seorang mak yang agak berusia baru dapat baby yang ke-5 rase nyer..almaklum lama tak beranak tetibe ade baby kecik excited nyer lebih laaaaa..."ala tayang tayangggg amma..ala tayang tayangggg ucuk ucukkk amma" Ook fine aku paham benda tu tapi kalau suara ko dah kuat 1 wad pastu 80 juta kali ko tayang tayang ucuk amma aku pun pening gak la..ha..ha..ha..

Itu takpe lagi..aku cuma baring tutup telinga je la walaupun dari pagi sampai ke pukul 10 malam ko "alaa...tayangggg tayanggg amma.." ini dia bantai buka lagu hindustan kuat-kuat kat anak dia yang baby usia 3 bulan tu sepanjang masa sambil bantai sembang gelak-gelak kuat-kuat dengan suami dari pagi sampai malam...dah kenapa...huwaa...tensi mak..so, aku kene bersopan 24/7 sebab suami tu suka pandang-pandang...dah la aku menyusu Syakirah, setiap masa kene tarik langsir tapi nurse tak bagi tutup langsir tu lama-lama...double tensiii...

Dan kemuncak nyer adalah..bila pagi subuh pukul 5.45 pagi aku bangun masuk ke bilik air (bilik air sebelah katil dia) sekali dia marah aku...huwaa...dia sound aku " bising je la ko ni orang nak tido laaaa...!" huwaa..subuh kot..marah sebab dia terjaga dek kerana pintu bilik air tu berbunyi..kakak tu melayu hokey..isk isk..pepagi buta aku kene marah... Y___Y yang ko punyer bising dari pagi sampai malam semua orang diam kan aje..

Dalam wad tu kitaorang cuma pandang sesama sendiri bila masing-masing tension pasal lagu hindustan dan kakak tu asyik " alaaa tayang tayangggg mama..." ha..ha..ha..ha..ha...kelakar tau kalau diingat-ingat balik..macam-macam ragam.

Paling best adalah katil sebelah aku..

Perempuan muda cina, dia jaga anak berusia 8 tahun yang kene semput teruk. Mase puasa pertama tu dia sanggup tak nak makan sebab aku ade kat sebelah. Padahal aku dah cakap dah.."takpe..u makan la i okey je..." pastu dia cakap "malu ma..sebab u tak makan tadi.." maksud dia aku tak sahur pagi tu..Dia beli mekdi tapi dia tak sanggup nak makan sebab aku ade..alahaiii..pastu dia nak tarik langsir pun dia malu sebab nanti tetap berbunyi waktu dia makan..sweet kan? Sudah nyer..aku bawak Syakirah ronda-ronda semata nak bagi dia waktu untuk makan..kesian dia..dah la tido duduk pastu kelaparan plak disebabkan aku..

Aku rase macam ni la benda-benda korang kene hadap kalau duduk kat wad gomen. Nasib-nasib la kan..mase aku bersalin semua okey je mase duduk wad. Pada yang mampu duduk swasta sila kan tapi aku LEBIH PERCAYA pada hospital gomen bukan sebab aku orang gomen tapi sebab kat hospital kerajaan dia orang akan check semua secara detail walaupun keputusan nyer agak lambat. Ntah secara personal aku lebih suka dan percaya hospital kerajaan.

Ehh..tetibe aku TERpromote hospital kerajaan plak..ha..ha..ha...

Nasib baik la sepanjang Syakirah duduk wad 4 hari tu dia langsung tak meragam tak menangis tak melalak..tahap redho sampai doktor cucuk masuk jarum pun dia tak nangis. Malam-malam nurse amik darah setiap 4 jam pun dia pandang je muka nurse (nurse sendiri cerita kat aku ni..) Aku? Tido tak sedar diri dek kerana kepenatan dah banyak malam tido tak lena. Tahap redho yang menyeramkan aku ok! Cuma kadang-kadang je dia merengek-rengek kalau aku bangun dari tepi dia. Nak berbaring berpeluk je..sampai aku nak ke toilet..aku suruh dia pandang aku.."mama masuk sini kejap je tau..kejap je.." "mama kat sini..kejap je.." maka kencing la kau laju-laju..ha..ha..ha..ha...

So nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kat semua doktor pakar, doktor, doktor pelatih, pembantu doktor, nurse semua kat Wad 4B sebab bekerja dengan baik, dan layanan adalah sangat 5 bintang. (bajet nurse & doktor Hospital Ampang baca blog ko kan izwa??) 

Oh ye..untuk kes Denggi tak dikenakan bayaran tau kat Hospital Kerajaan! Baguskan Hospital Kerajaan nie? ;) 

Wednesday, July 01, 2015

Syahmi Irsyad | Sufiya Irdina | Syakirah Irneena


Lama tak update cerita anak-anak..ada-ada pun sepintas lalu je.

Syahmi Irsyad Suhaidi :

Alhamdulillah dah 8 tahun.
Periksa no.1 di kedua-dua sekolah, ketua darjah di sekolah agama & penolong ketua darjah di sekolah kebangsaan. Mungkin (dari cakap-cakap cikgu kelas dia) tahun depan layak dilantik jadi pengawas.

Macam biase masih lagi sensitif orang nyer, solat masih lagi ikut waktu & solat tanpa disuruh-suruh..pandai jaga Syakirah tapi selalu bergaduh dengan Sufiya lagi-lagi waktu dalam kereta waktu balik kerja..Stress mak hencik.. ¥__¥

pagi tadi ;)

Sufiya Irdina Suhaidi :

Masih malas macam biase, apa kita suruh buat dia akan laung suruh abang buatkan..(hmmm...sabar je la aku..). Rajin bergaduh dengan adik..(urut dada je mama kau nie)
Belajar sangat malas..takyah suruh buka buku dan dan tu tetibe sakit perut or mengantuk la! (sabar je laaaaaaaa...) tapi keputusan periksa sangat memeranjatkan..thehehehe..tanjat mama abah! Alhamdulillah..

Sufiya ni tak sensitif orang nyer..jenis main redah jek..mulut becok sampai kat kelas kene duduk asing dari kawan-kawan dia kalau tak 1 kerja pun tak siap..ha.ha..ha..
Kuat menangis. Grr..lapar pun boleh menangis arrrr..urut dada banyak kali dengan Sufiya ni. Macam ni la kot ibu abah urut dada dengan aku dulu..ha..ha..ha..ha..almaklum i kan anak no.2 ;)

Syakirah Irneena Suhaidi :

Baru baik demam denggi.
Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya sebab doktor cakap makan masa jugak nak baik sebetul nyer. Cakap pun dah banyak..like.."amboiii mama!" Ewahh..baik demam terus ko amboii mama kan dik! Banyak jugak la perkataan dia boleh sebut tanpa pelat. Cat, tepi, kaki, jatuh, kakak, abah, mama, ibu, ashu (paksu), atok, ayam...etc..ade banyak lagi word dia boleh sebut. 

Pandai pukul abang dan kakak..T___T Masih lagi menyusu badan sepenuh nyer..walaupun mama dah makin malas mengepam..kehkehkeh..bulan puasa dugaan M tu tinggi sikit! Bulan depan masuk 2 tahun dah.

Mcm biase mak anak kaki #wefie (smlm mase menyusu kat taska)

Setakat ni biase-biase je perkembangan anak-anak. Sama je macam anak orang lain. Cakap lebih kang ade yang sound aku macam dia sorang je ade anak! Kehkehkeh...

Doa aku cuma nak anak-anak sihat sejahtera tubuh badan akal minda, bijak pandai tu boleh dididik lagi. Semoga sentiasa dibawah lindunganNYA semasa aku dan Eady bekerja. Anak soleh solehah pun akan diluruskan pelan-pelan. Aku dan Eady pun masih ade lagi terkona-kona maka nak luruskan anak terus memang susah la..sama-sama luruskan jalan demi kebaikkan anak-anak.

Syukur alhamdulillah setakat nie nampak dah rezeki makin datang sikit-sikit. Bagi aku tu semua rezeki anak-anak yang Allah SWT salurkan melalui aku & Eady. Big thanks to Eady sebab banyak didik & jaga anak.. ;) harap kan aku memang tak pandai jadi mak..hehehe..

Pesan aku buat yang belum ade anak : jangan risau tentang ada atau tiada anak sebab semua adalah kerana ALLAH SWT. Dan, percayalah rezeki itu adalah dalam pelbagai bentuk dan rupa. Juga, ada atau tiada anak bukanlah penentu untuk semua. Ada anak enjoy tiada anak pun masih lagi boleh enjoy bahagiakan hidup. Cuma usaha & doa jangan putus. Pada yang ada anak, takyah sibuk la pasal orang takde anak..okey? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang