thumbnail

Monday, August 24, 2015

Sufiya Irdina | Bulan Kemerdekaan


Sehari timbul seminggu tenggelam..muahaha..nan hado mood lah. Nak mengadap sini pun rasa macam dah tak hade ape..
Aku rase macam nak kene pegi bercuti lepak tepi pantai amik angin laut..gitu permintaan jiwa..kemahin!

Okey next..citer pasal anak lah..sebab kalau citer pasal jiwa memang tak habis sampai hujung tahun.
Tadi, Sufiya masuk pertandingan bercerita sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Taska dia lah..macam biase la dia antara budak-budak yang terpilih sebab mulut berani bercakap takyah cakap la...suara mcam tertelan volume tapi yang kelakar nyer tadi terus dia speechless sebab terlampau ramai orang & dia jadi orang pertama kene baca. Dalam pada speechless pun abis juga baca walaupun terus terlupa semua yang dia hafal! Ha..ha..ha...kelakar ;)

Baju abang Syahmi yang dah di awter


Menang jugak no.3

Dah janji kalau menang nak bawak ke I-City Water Park sabtu nie..padahal tak menang pun bawak jugak sebab kami berfamilyday sabtu nie..! Tak banyak aktiviti sangat dan kehidupan jalan macam biase jek..takde yang hot takde yang luar biase. 

So sampai ketemu kalau ade mood dan jiwa makin okey aku akan muncul lagi k! Da..

Tuesday, August 18, 2015

Me..Aku..Saya..


Ya ya..makin hari makin malas nak update..makin hari makin tenggelam dengan kerja..makin hari makin gemuk dek kerana stress..ha..ha..ha..

Giler tak stress..raya bahagian kat HQ ni seminggu lepas direct pastu sambung food review badan terus naik 3.5kg! Dan dan terus menyampah tengok nasi..

Berat aku memang macam yo-yo cepat naik cepat turun..harap sebelum hujung bulan ni dah turun balik back to berat normal yg sesuai dengan kekatikkan ku.. ;)

Meh belanje gambar orang pendek..

amik gambar sorg mesti macam kayu.

 
Pipi ade kembong sikit..hidung jambu je takde beza.
Jadi tunggu aku kurus balik nanti aku muncul lagi ok! Keh..keh..keh..

Saturday, August 15, 2015

Food Review | Capricciosa - Ristorante Italiano Pasta & Pizza


Ristorante Italiano Capricciosa de Pasta & Pizza..wahhh terbelit lidah nak sebut! Ha..ha..ha..kemain Itali aku! Alhamdulillah semalam aku berpeluang untuk join 1 slot food review dengan blogger lain. Terletak di Sunway Putra Mall, dekat je dengan office so takde masalah sangat nak join. Rugi pulak rase kalau tak join sebab takde ape-ape kekangan.

Jom cuci mata dulu.


Nampak 50% tuh? Nak bagitau nie..Capricciosa tengah buat crazy promo 50% potongan untuk semua harga makanan tau! Cepat terjah.

Dari kiri : Lychee Pop, Mango Lychee, Tea Lychee, Cranberry Breeze & Fruit Punch

Nak bagitau Lychee Pop tu sedap giler weh!! Dalam dia ade lychee ofkos la pastu ade macam nata dicoco ke ape ntah tapi memang sedap la..sedap giler! RM11.90 per glass. Mahal tapi sedap. Yang lain tu bagi aku biase-biase je.


Ceaser Salad With Salmon RM9.90

Salad 4/5 bintang! Salmon tu menepati tekak rase dia. Biase kalau orang tak pandai masak Salmon nanti rase dia akan jadi lain macam, tapi Ceaser Salad Capricciosa ni di grill sesedang elok. 

Garlic & Chilli Shrimp RM 22.90

Udang GEMUK yang disalut dengan minyak zaitun, bawang, chilli flakes dan daun parsley bersama gralic bread yang sangat lembut! Yang ni serius aku bagi 4/5 bintang jugak sebab udang tu sedap! Pedas-pedas manis masin gitu. Aku kan tekak memang nak kene pedas-pedas skit yang ni memang mengancam la dijadikan pembuka selera..wahh gitu ayat aku! 

Ha..ha..ha..roti tu memula aku ingat keras kedengking sekali gigit ehhhh kenapa lembut giler nih?? Ehh..cicah sikit laaa dengan cili udang terus...wahhh terkagum-kagum lidah aku..hah sampai macam tu punyer sedap set nie..bagi aku la! 


Beef & Reef RM 53.90 *signature Capricciosa

Set ni macam set steak biase tu la tapi part udang tu aku nak bagi 6/5 bintang! Soooooooo creamy sampai banyak kali cakap sedap nyer udang ni..sedap nyer udang nie! Dah la udang GEMUK-GEMUK besar! Beef tu agak liat, mungkin terover cook jadi aku bagi 3/5 bintang je la.


Creamy Garlicky Salmon RM 36.90 *signature Capricciosa

Grilled Salmon fillet topped with creamy garlic sauce. Side dish tu sama je kot aku rase. Sos creamy ni memang sedap, kalau tak takkan diberi sebagai Singature Capricciosa ye tak? Yang ni aku bagi 3/5 bintang je, tapi Eady bagi 5/5 bintang sebab semalam Salmon semua dia abiskan. Dia cakap Salmon sedap tapi aku lagi suka udang gemuk tuh.. ;) 


Ocean Platter RM69.90

Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Balck Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta & Mixed Veggie. Set Ocean Platter ni dah boleh cover set lain sebenar nyer. Yang tengah tu rice ball sebenar nyer. Jadi untuk orang yang memang kaki makan nasi memang elok la order set ni dan share, jimat sikit sebab set ni boleh share 2-3 orang. 


Seafood Aglio Olio RM 32.90

Yang ni aku paling recommend pada yang suka spaghetti atau pasta. Sedap, masin-masin sikit, pedas-pedas sikit dan rase bawang yang tak over. Serius, aku suka Aglio Olio nie! 4/5 bintang berbanding spagheti dalam Ocean Platter tuh..hu..hu..hu... 

Cuma tak sesuai sangat untuk anak yang tak tahan pedas, nak kata pedas sangat tu tidak tapi ade aroma bahang cili tu takut anak tak suka.


Baked Lobster RM 99.90 *signature Capricciosa

Juicy & succulent baked lobster served with mixed veggie & creamy pasta.

Jangan la tanjat sangat tengok Lobster hitam tuh! Ha..ha..ha..kata baked dah tentu la itu rupe nyer! Rasa dia jangan risau sebab masih lagi semanis-manis isi :) pasta tu kureng sikit sebab aku masih lagi prefer pada Aglio Olio. Aku suka pedas-pedas masin. Tak pedas macam tak kick plak bagi aku! 

Aku bagi 4/5 bintang sebab isi LOBSTER tu manis, segar dan rasi sangat dengan rase pahit-pahit hangus tu. 


Capricciosa Pizza *signature Capricciosa

Rugi la datang Capricciosa tak cuba pizza signature dia! Steaky beef, beef pepperoni, mozarella, mushrooms & bell peppers RM 27.90 (family) / RM17.90 (personal).
Pizza Capricciosa ni lain sikit dari pizza *** sebab kerak dia nipis dan rangup, isi penuh dan paling suka makan kat Capricciosa ni sebab segala makanan segala isi segala topping adalah GEMUK-GEMUK dan penuh! 4/5 bintang Nora bagi..he..he..he...

Last, dessert.

Chocolate Brownies, feveret aku all the time RM11.90

Mascarpone Tiramisu RM 11.90

Blogger lain cakap tiramisu ni sedap tapi bagi aku biase-biase je sebab aku tak berapa in sangat dengan tiramisu..huhuhuu..mati la kene kecam! Ha..ha..ha..jadi aku bagi 3/5 bintang supaya lebih dikecam dengan geng lain..ha..ha..ha..ha..

Meh aku buat kesimpulan,

Korang mesti cakap, ala boleh la sebab blogger datang nak review memang la dia orang masak sedap-sedap letak semua mak nenek tu korang SALAH. Sama sekali SALAH sebab semalam nak jadi cerita kami ni lebih kurang macam datang menerjah..ha..ha..ha..salah slot waktu. Jadi apa yang Capricciosa hidangkan semalam adalah tanpa persediaan awal.

Dan,

Yang paling korang tak payah risau ialah isu HALAL. Di Capricciosa ni memang disahkan HALAL. Biase restoran yang itu itu tu kan dikatakan tidak halal sebab ade air arak kan, tapi kat Capricciosa korang takyah risau langsung pasal isu HALAL tu.

Jadi,

Sekarang ni Capricciosa tengah buat Crazy Promo 50% untuk semua harga hidangan sampai Ahad nie (16hb Ogos 2015). Ade 3 lokasi Restaurant Capricciosa yang terletak di Sunway Putra Mall, Sunway Pyramid & Pavillion (HQ). Terjah la sementara promo masih ade.

Lokasi tepat Restaurant Capricciosa.



Selingan ;)

geng dihari kejadian

TQ to : PCL Nazlee sebab invite, Yaya Natsumi si raksaksa pemakan paling comel tudung pink yang buat peace tu, Ida Baharum tudung pink terang blogger travel yang femes amos..harini dia lepak Avani hokey, pastu adik Pink dah tentu la..dia kalau tak hajak ahkak dia ni memang nak kene sangat..hehehe..

Tuesday, August 11, 2015

Sabtu & Ahad | Cerita Santai Kami


Rasa macam lama tak jenugk sini..bukan la busy kalah menteri tapi ntah rase takde ape nak share lately nie...tapi meh la cerita sikit-sikit, nak bagitau kat dunia aku masih lagi ade kat sini..he..he..he..

Sabtu

Aku kan dah start OT, jadi berhangkut la semua anak-anak lepak office. Petang bawak ke Titiwangsa, kira reward kat diaorang sebab bagi kerjasama yang baik. 1st time dia orang main rollerblade ni tau. Yang penat mak dia orang laa sebab kene pegang sorang sorang sebab masing-masing tak boleh berdiri! Aduh makk..pitam..jadi double penat! >_<

Yang bapak pun tak kalah..

Acah-acah berdiri je waktu nie..lepas tu masing-masing tergolek!

Balik dah maghrib, mandi-mandi solat pegi raya pulak..amik ko..
Lepak makan-makan raya sampai pukul 12 malam ko tahu? Haiyarkkk triple penat! Tapi ape boleh buat hidup mesti bermasyarakat jugak..huhuhuu..

Ahad

Heh..ahad lepas subuh semua dah siap sebab nak pegi tengok KL Grand Prix. Gigih kemain masing-masing tak reti penat. Baik mak baik bapak mahupun anak..sama jek. Nak cerita pasal racing pun macam biase je pun..racing kete je la kot..

Kami

Gambar tak tantek sebab amik dari camera front hp cap apple yang dah basi..hehehe...tapi tetap jugak nak letak walaupun tak cantik ;)

Ni waktu kami tengah tunggu monoreal mase balik dari KL Grand Prix ahad lepas. Yup berpanasan seharian berjalan sekeliling KL dengan berjalan kaki..gigih ko tahu. Naik monoreal dari Medan Tunku turun kat Bukit Nenas dan start jalan lepak kat setiap point sampai la ke Wisma KFC. Nasib baik anak-anak semua behave walaupun panas! Duduk tempat redup pun panas tau KL nie. 

Tu je la kot aktiviti kami sekarang nie setiap minggu..OT, habiskan masa dengan anak-anak pastu isnin-jumaat kerja. Sekarang masa untuk membesarkan dan habiskan masa dengan anak-anak la kot..Event blog pun banyak dah aku tak join sebab aku rase nak fokus kat anak-anak la dulu. Tak nak yang dikejar berciciran yang dikendong bertaburan..ewah koo berperibahasa plak..ha..ha..ha..

Waktu kerja kita kerja, waktu bersuka kita bersuka dengan anak-anak dan suami. Gitu lah hidup aku sekarang nie. Duit boleh dicari tapi anak-anak soleh bukan boleh dipetik dengan jari. Ye dak?

Maka, ade sapa-sapa nak sedekahkan rollerblade kanak-kanak kat anak aku nie? Hahahaha...jenuh laa sebab masing-masing tengah giler nak berrollerblade pulak dah! Haish...

Wednesday, August 05, 2015

WW : Aku


Jubah dari Nadya_Elyana
Jubah murah, mampu milik, mampu poket!  Tudung pun tudung mampu beli RM18 aje.

Aku yang kalo tangkap gambar sorg muka mesti nak pelik!

Tuesday, August 04, 2015

Jangan Lupa Saksikan Disney Junior : Miles From Tomorrowland Ya!



Miles From Tomorrowland

Ya, julung-julung kali diberi peluang untuk join event Disney Junior ni! Serius seronok sangat sabtu lepas! Kami diberi peluang untuk menonton Tayangan Perdana siri baru Miles From Tommorowland dari saluran Disney Junior.

Family Picca 1st!

Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.
   
Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland


Hey lagi seronok semua anak-anak dapat sorang satu set bekal yang cantik dan paling happy ialah mama diaorg la sebab dapat Tumb Drive Disney tu! Serius suka sangat tumbdrive tu ;) TQ Disney Junior!

Sebelum terlupa, 

Disney Junior Lancarkan Peraduan Baru – ‘Miles From Tomorrowland": The Search For Disney Junior’s Space Adventures’ Sempena Tayangan Perdana Siri Ini! Peraduan bermula dari 17 Julai 2015 hingga 14 Ogos 2015Ibubapa boleh melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini. 

Selain dari tu, kami juga berpeluang meneroka Petrosains pada sabtu tu!  ;)
Antara nyer..
Merasa tempat tido angkasawan

My feveret picca ever ;) hensem pulak anak aku..kehkehkeh..

Alah..yang kecik tu pun macam paham jek.


Actually banyak lagi benda dan aktiviti kat dalam Petrosains, seronok la boleh habiskan berjam-jam masa kat dalam tu. Korang kalau ade anak umur 2 tahun keatas boleh la ke sana untuk mengexplore sains ni ;) bagus untuk pembelajaran anak!

Sekali lagi, jangan lupa untuk menonton Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613) ya! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang