thumbnail

Monday, September 28, 2015

Kemuncak Sambutan Bulan Play-Doh!


Kabur mata pagi ni dek kerana jerebu, kerana mengantuk dan jugak kerana sakit mata nak pilih gambar yang maha banyak..he..he..he..

Ok lah nak cerita kemuncak sambutan bulan Play-doh yang ditempatkan di Ground Flour Highstreet One Utama sabtu lepas. Dalam usaha cubaan memecah rekod untuk memasuki The Malaysia Book OF Record, rasa macam dah berjaya masuk je sabtu lepas sebab setakat pukul 3 petang aku tengok dah ade 900 bentuk acuan Play-doh yang berjaya digubah bertemakan Malaysia dan ade jugak tak bertemakan Malaysia..hahaha..aku adalah salah sorang yang buat acuan Play-Doh tak bertemakan Malaysia..takde idea hokey..jangan nak gelakkan aku sangat >_<

Event dari pukul 10 pagi sampai 6 petang tapi tak lah kami kat situ sampai petang..he..he..he...anak-anak sibuk nak makan la nak tengok wayang la. Senarai pemenang diumumkan petang tu dan acuan Play-Doh yang menang akan di siarkan web Play-Doh ok ;) Jom lah cuci mata dengan gambar yang maha banyak nie. Nak cerita banyak pun dah habis cerita dah kot..he..he..he..

3 ketul budak ceria..pada mula la...


Sempat join kelas Play-Doh.

Kalau ikutkan orang luar mase tu kene beli produk Play-Doh berharga RM50 keatas dapat la join kelas Play-Doh ni selama sejam ;) terasa berharga diri ini menjadi blogger..hahaha..gitu riak nyer mak korang nie, padahal sabtu lepas memang free free je join kelas berkenaan terbuka untuk orang ramai.

abam Syahmi


tengok adik tu tak lepas gigit benda alah Play-doh
 
 
Sufiya yang memang gilerkan Play-Doh!


Hah..ni lagi semangat giler menekan benda alah tu.he..he..he..
 

Habis kelas semua orang dapat sijil dari Play-Doh

Lepas join kelas, baru kami pegi ke acara membuat acuan Play-Doh terbanyak untuk Malaysia Book Of Record. Oh ye maafkan aku sebab takde gambar mase acara sebab nyer satu Syakirah dah meragam dua sebab semua fokus gila nak buat benda sampai terlupa tangkap gambar masa acara.

Inilah hasil keras tangan lembut tangan kami!

Hahaha..hasil keras tangan aku mampu buat perkataan jek!! Hasil lembut tangan Eady siap buat patung Do-Do si Play-Doh, kumbang dan ular okey..cis..berseni sungguh tangan laki aku ye! Harapkan aku takut patung jadi bulat-bulat bola je..ha..ha..ha..

Sebelum balik sempat terserempak dengan Maskot Play-Doh! Cepat-cepat mintak nak tangkap gambar walaupun dilaluan ke tandas..haha..almaklum kami dah keluar time ni maskot baru nak masuk ke tempat acara.

Boleh pulak Syakirah meragam tak nak tangkap gambar, takut pun ye jugak. Budak dah ngantuk, bangun sesubuh adam..event pun dah masuk ke tenghari.


Adik tetibe takut plak dengan maskot nie.

Selesai makan, bagi kenyang masing-masing kami pegi tengok wayang! Tengok citer Hotel Transylvania 2, dan dalam wayang Syakirah bantai tido sepanjang wayang..lega mak ko ni dik! Lepas wayang round lagi One Utama. ;)


Tengok la budak dah charge bateri!

Walaupun gegar nak letak jugak sebab seronok tengok anak-anak gembira macam nie.


Sihat semua anak-anak..alhamdulillah.


tak kuasa larghhh nak layan budak tengah tu! hehehe..


Petang pegi ronda IKEA pulak..seharian la kami berjalan! Penat tapi bahagia semua orang lagi bahagia tengok anak-anak semua gembira. Alhamdulillah & TQ so much PLAY-DOH sebab gembirakan kami dengan PLAY-DOH yang banyak tu! ;)

Wednesday, September 23, 2015

Tuesday, September 22, 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH!


Hey bulan ni bulan PLAY-DOH tau! Julung kali diadakan sambutan bulan PLAY-DOH ni dalam cubaan untuk memasuki The Malaysia Book Of Records dalam kepelbagaian komuniti malaysia memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mencipta ukiran PLAY-DOH terbaik!

Tahu tak, imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak! Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH telah mengukir inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unit tersendiri.

Jadi aku & Triple SI diberi peluang dalam cubaan untuk menyertai The Malaysia Book Of Records ni, ehhh ini pre-event! Event sebetul nyer baca sampai habis ok nanti aku bagi tau..he..he..he..

10 mini PLAY-DOH untuk dicuba!

Yes bertemakan MALAYSIA dan dalam kepelbagaian komuniti Malaysia, jenuh jugak la nak cari idea nak buat ape!Hah ha...tangan keras uolls lagi la tak pandai nak buat ape! Last-last ini je hasil keras tangan ku dan anak-anak!

Yes, I love Malaysia je terlintas di kepala.

Nama anak-anak tu Syahmi dan Sufiya yang buat sendiri sambil di guide oleh aku.
 

Ha..yang ni adalah hasil lembut tangan Eady! Hahaha..jangan tak percaya ok!

Jadi kalau nak rasakan pengalaman bermain sambil berimaginasi bersama PLAY-DOH korang boleh datang ke Ground Flour, HighStreet, 1 Utama dari 21hb September sehingga ke 27hb September nanti!

Tapi jangan lupa untuk bersama menyertai cubaan The Malaysia Book Of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari adalah pada 26hb September (Sabtu) bermula jam 10 pagi ok! 

Cuma dengan 3 step :

1. Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak-anak anda
2. Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH 
3. Merubah reka bentuk kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan atau bertemakan MALAYSIA 

Ada hadiah ok! Hey, mudah bukan? Jom beramai-ramai memeriahkan sabtu nanti untuk memasuki The Book Of Records Malaysia! #playdohmonth2015

Thursday, September 17, 2015

Cuti Yang Sangat Penat! Eh Selamat Hari Malaysia Lah!


Datang kerja jek dah rindu kat 3 ketul tuh tapi duduk rumah adalah SANGAT PENING dengan setiap ketul yang ade..ha..ha..ha..gitu mak ko nak mengadu nak!

Sebelum tu meh cuci mata dulu gambar budak 3 ketul yang semua muka nak tido dah..eh tak muka baru bangun tido mase masing-masing tertido semasa kami menghala ke Shah Alam malam minggu haritu.

Ade urusan pegi jumpe adik Eady yang datang dari Labuan, lepas maghrib baru keluar rumah memang bantai tido la masing-masing dalam kete. Bangun hah amik ko muka masing-masing..hehehe..

1.


2.


3.


Menyorok dik!Heh..macam ni dia menyorok..memang tak nampak sangat dik!
Hahahahaha...

Oh ye, yang sebenar nyer nak cerita pasal semalam. Seharian duduk rumah dengan 3 ketul budak mase Eady takde rumah memang sangat penat..ye diulang adalah SANGAT PENAT!

Ha..ha..ha..padan muka ko izwa! Selama ni hidup sangat selesa kan sebab separuh dari semua benda Eady yang urusan lagi-lagi bab anak memang semua serah bulat-bulat pada Eady kecuali menyusu anak jek. Ni baru sehari dah penat macam seminggu membajak!Hua..hua..hua...padan muka ko izwa sekali lagi!

Actually Eady ade kursus, dari sabtu ahad minggu lepas lagi dan last semalam jadi memang 3 haritu aku duduk berempat dengan anak-anak je. Datang la tantrum Syakirah yang tak tentu hala yang serba tak kene! Semua benda la tak kene..grrr...semua benda jadi susah la semalam berbanding sabtu ahad lepas.











 
Hah..gitu sekali aku mengadu kat dinding FB.he..he..he..biler mengadu kat Eady melalui wasap dia cuma cakap takpe la tinggalkan je semua, dia buat semua biler balik nanti (lipat kain..kemas rumah..etc..) tapi dah nama nyer duduk rumah tak sanggup la pulak nak sakitkan mata sendiri! Kene jugak la buat lepas diaorg semua tido pukul 9 semalam. Eady pun sampai rumah pukul 12. Dah lambat sangat.

Ni, biler dah jauh dari mata rindu pulak kat masing-masing. Ingat nak bawak check-in kat mane-mane hotel dekat-dekat sini tapi takde idea pulak nak pegi mane, dengan jerebu nyer lagi..hmmm...ade cadangan tak?? Sekitar putrajaya ke N9 ke KL ke..bercuti sempena birthday aku kekonon nyer...ahaks.. :)

Tuesday, September 15, 2015

Tips Fesyen Untuk Kelihatan Lebih Tinggi



Hey ho..mane orang rendah? Ye ye saya! Aku la yang rendah tu!He..he..he..hari ni aku share tips nak bagi kiter-kiter yang rendah ni nampak tinggi seiring sejalan dengan suami masing-masing yang tinggi-tinggi kemain sangat..

Jika anda mempunyai bentuk tubuh yang kecil, ketinggian anda pastinya akan menjadi a serious hiccup untuk stail anda secara keseluruhannya. Tetapi tidak sehingga sains mampu mencari jalan untuk mereka yang mempunyai masalah ini to add a few extra inches, cara yang terbaik untuk anda adalah dengan beberapa helah tips fesyen terbaik online untuk kelihatan lebih tinggi. Faking those extra inches akan menjadi lebih mudah dengan adanya beberapa tips fesyen seperti di bawah ini. Jom lihat helah fesyen terbaik yang ada dalam senarai aku.

1.    Dapatkan flared jeans
 


Jenis seluar jeans yang fit serta sedikit kembang pada bahagian bawah mampu memberikan ilusi kaki yang lebih panjang. Helahnya adalah to always keep the fit of the jeans super-slim pada bahagian kaki dan pastikan the waistband hits your natural waist. Padankan dengan waist-length women top ataupun baju blaus kegemaran anda yang anda boleh tuck in.

2.    Jadikan skirt labuh ibarat BFF anda!

Paling suka yang ni!

Kenyataan yang kononnya wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang kecil tidak boleh menggayakan skirt dan baju gaun labuh adalah salah sama sekali. Sebaliknya, skirt labuh dapat membuatkan anda kelihatan lebih tinggi.
Hah..tips ni antara yang paling aku suka sebab nyer sekarang sejak dah jadi mak-mak ni pemakaian skirt adalah yang paling cepat, mudah, ringkas dan cantik bila di pakai bersama blouse & tudung. Nampak muslimah tapi trendy & moden okey. So dah korang dah boleh start kumpul skrit!

3. Kasut tumit tinggi with low-cut vamp

Ok fine kene cari heel balik lepas ni ;)

Kasut wanita yang mempunyai low-cut vamp boleh membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang dan slimmer, terutamanya ketika anda memakai skirt, seluar pendek mahupun baju gaun.
Ya, ya, ya..ramai dah maklum kan heel memang mampu menampakkan kita tinggi sikit, nampak lebih cantik dan yakin masa berjalan. Ape orang kata? Ade lenggok nampak lampai sangat! Aku pun dah lama tinggalkan heel tapi sejak adik mok dah besar ni rase nyer dah boleh pakai balik. ;)

Last!

4. Jika anda selesa memakai seluar pendek, just go with it!

 
Bagi yang berbangsa lain, jika anda adalah wanita dengan tubuh yang petite, it is just a fact apabila ianya tentang baju gaun ataupun skirt, you should either go lucky or super-short! Skirt mini shows more skin dan menghasilkan ilusi kaki yang lebih panjang.

Okey jangan lupa untuk mencuba tips-tips yang diberikan! Marilah kita meninggi bersama-sama..he..he..he..

Thursday, September 10, 2015

Apa Itu Mengempeng?


Pertanyaan dari Kak Zakie dari entry lepasHehehe..ofkos la tahu Kak Zakie ! Almaklum dah lama join zaman mak-mak nie semua kene tau..hihihi..

Masih lagi kak masih..walaupun dah nak masuk 2 tahun 2 bulan! Berat dia toksah cakap la..abah dia pun kadang-kadang komplen adik ni berat giler biler dia buat perangai tak nak jalan..ha..ha..ha..manje la kate kan! Nampak je muka abah dan dan tu tak reti nak jalan.

Meh belanje gambar budak kuat mengempeng nie..!

1.

2.

3.

4.

Sebenar nyer ade banyak lagi gambar kami tapi takkan nak letak!He..he..he..mak anak sama je! Pandang on camera ajak selfie laju je masing-masing pose pose..mase ni kereta berenti kat parking ye! Jadi jangan nak kecam sangat okey..

Driver & penumpang lain tengah tido! Jadi kami berdua buang mase main kamera..thihihihi..mane tak tumpah kuah kalau tak ke baju anak! Gini la, budak kuat & masih mengempeng! :) Oh ye..ini budak langsung tak nak dengan orang lain lagi-lagi yang dia tak pernah tengok! Nangis meraung walaupun cuit sikit je pun! Grrr....

Eh korang tau kan ape itu ngempeng?? Mati la tajuk entry soalan tapi dalam takde jawapan..miahahaha..

Wednesday, September 09, 2015

Alhamdulillah..33 Tahun Sudah!


33 tahun..alhamdulillah!

Selamat Hari Lahir pada aku, harini tak dan nak cuti-cuti cinta dengan "musuh" kesayangan aku tu sebab hari ni kami berdua terlibat dengan kursus "MEMBINA MAHLIGAI KASIH" anjuran office kami. Kursus untuk suami isteri yang kerja satu tempat lain-lain bahagian uolls!



He..he..he..jadi hari ni kami habiskan masa dengan berkursus bersama-sama..yaw..pagi sampai petang! ;) Kursus ni masuk NONA okey!

Selamat Hari Lahir Izwa..dah tua sila la berubah jadi lebih baik dari sekarang nie. Sila la abai-abaikan mana yang tak patut dan semoga kami sekeluarga lebih bahagia lebih gembira dengan "sedikit" rezeki yang ALLAH SWT bagi. Semoga ALLAH SWT limpahkan lagi rezeki yang baik untuk anak-anak melalui aku & Eady. 

Aku cuma memohon agar diusia 33 tahun ini aku diberi peluang lagi untuk lebih bahagia lebih sejahtera dengan Eady & anak-anak tanpa gangguan anasir dan dugaan lain..Aku cuma nak bahagia dan gembira..juga sihat sejahtera.

Habis kursus boleh pegi bercinta ;) EHEMMM...

Tuesday, September 08, 2015

Aku Benci Facebook!!


08 September 2013

Ye...benci sangat Facebook sebab berani dia #throwback gambar aku 2 tahun lepas! #Throwback yang macam ni la boleh buat hati ku berdarah kembali! Waktu nie..aku baru abis pantang 46 hari! Giler tak nangis tengok badan kerempeng macam tu? Tambah nangis tengok badan tengah menaip ni macam penguin comel..ha..ha..ha...

Menci laaa Facebook ni buat aku stress jek..ha..ha..ha..48kg uolls time nie..serius tercabar plak..Sekarang? Takyah bagitau la..cukup la cakap biler naik tangga dah mengah semput tak cukup nafas. Tak fit dah. Paha?Perut? Hmm..hmm..hmmmmm....

Berat ni macam yo-yo sangat. Diet seminggu turun sikit, tak diet 3 hari naik kemain mencanak-canak. Cehh...nak turunkan nak naikkan kemain senang tapi part yang paling susah adalah nak MAINTAIN kan..

Waduh...tak boleh jadi ni! Kene buat sesuatu jugak nie..TQ Facebook & aku benci kau Facebook..ha..ha..ha... 

Thursday, September 03, 2015

Kegembiraan Aku Kebahagiaan Aku


love

Keluargalah kekuatan aku..anak-anaklah semangat aku..Eadylah jiwa aku. 
Bukan menunjuk bahagia tapi inilah kegembiraan hari aku. Kebahagiaan hati aku ;)
Mereka dan ibu abah aku.

Tuesday, September 01, 2015

Familyday di I-City Theme Park


Hek..penat! Penat berpanasan berdirian kat padang sekolah batu sebab office kami ade latihan kebakaran tadi..terus jadi malas hari nie nak update blog..he.he.he.padahal memang vitamen M tu dah berleluasa kat dalam diri sejak 2 menjak nih..

Oh ho..sabtu lepas kami berfamilyday kat I-City Water Theme park, 1st time join kat bahagian baru nie. Event biase-biase je, cabutan bertuah then acara bebas. Gitu je la..yang penat nyer nak tunggu budak-budak abis mandi sampai habis waktu operasi baru nak naik ajak balik..Panas takyah cakap la..mak bapak panas! Sampai naik pening menahan panas.

Ala malas nyer nak mengarang cerita..cuci mata je lah eh..

Yang ni biase la


Cubaan untuk buat peace


Cubaan lagi..hehehe..


Muka happy!

I-City Water Theme park ni biase-biase je, yang syok tempat mandi budak-budak je. Tempat pun tak besar mane. Dulu tak boleh bawak makan, tapi sekarang mungkin ade kelonggaran kot sebab kedai kat dalam tu dah tutup. Cuma kalau dah masuk tak boleh keluar balik la.

Harga tiket korang google je la eh..aku pun tak perasan berapa sebab kita orang ni pun office yang bayarkan.Overall untuk orang dewasa agak boring la..


Muka orang boring dalam kepanasan.



Ha..ditunggu-tunggu..dapat pun jumpe dengan blogger femes nie..Wahida My All. Actually suami Wahida ni bos kat bahagian aku so dapat la jumpe cuma tak borak banyak mane pun sebab aku pun dengan panas nyer dengan pening nyer..Gambar pun cilok dari IG dia..he..he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang