thumbnail

Monday, November 30, 2015

Alhamdulillah Rezeki Anak!


Syukur syukur..rezeki anak jugak akhir nyer!! Alhamdulillah..tak sia-sia pakse anak menari..keh..keh..keh..tak sia-sia jugak hantar video tak henti-henti! Sampaikan dalam flight pun sempat.rekod video Sufiya menari Hi-5 tau. Kemain gigih.
Anak-anak tak tau lagi nie, saje nak rahsia. Cukup time bawak je ke Istana Budaya tuh biar dia orang ternganga. :)

HI-5!!

TQ Pinky Momma (@diya.nadia) TQ Malaysia Airlines atas 4 tiket VIP ke Konsert Hi-5 House Of Dream yg bernilai RM1216 di Istana Budaya ! 

Im a happy momma today!  


#TodayIsHere
#MalaysiaAirlines
#EnrichUrLife
#EnrichJunior
#PinkyMommaXMalaysiaAirlines

#kids #mykids #mylove #myfamily #love #dancing #me #mommyblogger #personalblogger #mom #bondingtime #dance #happy #happykids
#myself #mommyanddaughter #mommyandson #mykids #myfamily #mykesayangan #thankyou #hi5houseofdream #hi5 #MalaysiaAirlines #love #win #winner #viptickets

Copy from IG. Almaklum copy pakai hp mcm ni la..takde kepuasan langsung update pakai hp nie. Pftt...

Masih Di Labuan


Hari ni takde blues blues..lagipun aku memang tak reti nak blues nih..kehkehkeh..
Ni antara benda yang dibuat kat Labuan. Habiskan masa dengan anak-anak dan anak buah jek.





Walaupun jumpa setahun sekali tapi dia orang tetap mesra lain macam. Main dari pagi sampai malam! Oh..dalam ni ade lagi 2 orang yang takde. Tak ikut, tinggal kat umah.

Wednesday, November 25, 2015

Sebenarnya Ke Sabah Ke Kita Edisi Balas Dendam Yang Membara!


Membara la sangat semangat ko tu Izwa oi sampai tajuk pun sepanjang ERL.
Padahal belum ade mood nak update pasal cuti-cuti Malaysia ke Sabah ke kita kali nie. Susah nak upload gambar pakai hp baru ni..almaklum la khennn kene paham tahap kepemalasan aku nak belajar benda-benda baru..kuh..kuh. kuh..

Lagipun sekarang aku masih lagi bercuti berehat kat rumah mertua, jadi takkan aku nak hadap blog blog semua nie ye dak? Mana yang sempat singgah, aku singgah..mana yang tak sempat singgah..sori ya!

Ini pun gigih menaip waktu malam..save dulu, esok baru publish.
Nihhhh..nak tunjuk bukti muka bahagia masing-masing bila hati gembira :) lama kot menunggu waktu nak bercuti kali nie..

Asyik la duk berkira-kira setiap hari sampailah hari dan bulan tu tiba..phiewwww.! *lappeluh*

Semua orang bahagia :)

Budak banyak akal nie, banyak cakap pun ye jugak!

Perancangan bercuti ke Sabah kali ni lain macam teruja nyer! Edisi balas dendam yang membara dek kerana bercuti kat Sabah 2 tahun lepas tapi tak dapat kemana-mana punnnn time tuhhh...huh!huh!huh!

Frust sangat sampai makan tahun jugak la nak hilangkan kekecewaan tu.
Jadi, boleh agakkan macam mana teruja nyer kami kali nie? Ehhhh...ke aku shoranggg je yang giler teruja sensorg dari mula dulu?? Ha..ha..ha.. :)

Tuesday, November 24, 2015

Cuti-Cuti Ke Sabah Ke Kita Part 1 - Edisi Perjalanan Bermula


Baru nak start part pertama..ntah berapa part tak tau nak kata. Datang malas aku aku buat 1 part pastu sumbat je semua sekali. Keh..keh..keh..
Perjalanan dimulakan dari KLIA lah, pagi tu busy konvo taska n hari anugerah anak. Petang terus lari ke KLIA, semput nyawa sebab penat.

Dari KLIA direct ke Labuan, sampai sana pun dah malam. Esok selepas subuh terus ke Jetty Labuan sebab nak gerak ke Jetty Menumbok Sabah nun. Subuh kat Labuan pukul 4.45 pagi ye, jadi bygkanlah penat nyer..

Alhamdulillah..cuaca dan keadaan flight smooth macam yang aku doakan..aku takut naik flight weh! Setiap hari aku doa jangan la hujan kat KLIA & Labuan mase aku dlm flight! Syukur syukur..
Oh ye..ramai tanye aku balik Sabah ke? Balik Sabah ke? Aku jawab takkkk...aku balik ke Labuan dan bercuti ke Sabah! Gitu. Labuan BUKAN Sabah ye..harap maklum! Labuan ialah Wilayah Persekutuan.

Merancang bercuti ke Sabah sebab dah alang-alang pegi kenduri bertandang adik ipar di Beaufort, Sabah tu. Lepas je kenduri direct terus naik ke Kundasang sana nun.
Rancang dengan biras aku, dari tengah tahun lagi merancang kemain. Aku uruskan separuh, dia uruskan separuh. Gitu.

Naik ke Kundasang cuaca cantik sebab baru lepas hujan lebat! Maka kami tiba dalam keadaan puncak gunung kinabalu tu terserlah bersih! Lagi menarik homestay kami betul-betul direct nampak puncak gunung kinabalu tu. Kagum masyaAllah! Tak sudah-sudah kami amik gambar petang tuh! :)

kemain dating dua orang ni!

Friday, November 20, 2015

Teaser

Giler..dah petang baru nak teaser. Line tak cantik la sini. Tengok la..later later aku story.

Wednesday, November 18, 2015

Demi Sebuah Niat

  
busy meh.

Nampak sangat muka takde perasaan...busy la minggu nie. Nak cuti kene siapkan kerja yang banyak. Nak singgah rumah korang pun tak sempat. Serius busy. Kerja bersungguh-sungguh demi keberkatan nak bawak anak-anak ke Legoland tahun depan gitu niat aku. Hi..hi..hi..punyer la lambat lagi nak pegi tapi pasang niat dan angan-angan awal-awal gitu!

Yup..aku tengah rancang nak bawak anak-anak ke sana tengah tahun depan. Jadi senarai aku panjanggggggg sangat. Doakan aku okey. Almaklum la kan aku bukan jenis orang kaya macam ni la kene merancang dari mula. Lagi pulak nak jalan jauh lagi panjang la perancangan aku. ;)

Oh ye..bercakap pasal niat aku untuk anak-anak nie, aku selalu doa Ya Allah Kau berikanlah anak-anak aku rezeki yang baik melalui kami, Kau berikanlah keberkatan rezeki kami itu..
Alhamdulillah..semalam dapat 1 blog job, walaupun tak besar harga nyer tapi cukup untuk permulaan aku untuk menyimpan demi niat aku tu. Yup, aku dah niat..semua duit blog aku nak simpan untuk anak-anak mase kat Legoland sana nanti. ;) tak sabar nak klik Nuffnang tahun depan..he..he..he..duit kutu pun main 2 nama..phieww...gigih!

Kene weh..aku kene tunaikan janji aku dengan Syahmi lepas baca post Doktor Khairul aka Daddy Ziyyad pasal berjanji dengan anak!  Doktor tu pesan, sebaik nyer seboleh nyer tunaikanlah janji kita dengan anak-anak. Uhuks..terus tepat kat jantung ko tahuk??

Dulu dah janji dengan dia kalau periksa pandai mama bawak pegi Legoland. Sekali memang periksa pandai..hehehe..pastu alasan adik kecik sangat lagi nanti tak best pulak main sebab adik duduk je dalam stroller, sampai la tahap Syahmi langsung takde sebut dah pasal Legoland dan aku pun dah terlupa sampai la terbaca post Doktor Khairul kat FB tu..uhuks..

Tahun ni alhamdulillah sekali lagi Syahmi periksa no.3 di sekolah kebangsaan dan no.1 di sekolah agama. Ade beberapa kertas peperiksaan dia dapat anugerah terbaik. Hu..hu..hu..janji yang dikira harus dah jatuh wajib untuk ditunaikan. Dan, aku percaya kenaikkan pangkat aku awal tahun haritu juga adalah sebab anak-anak. Aku percaya rezeki anak-anak disalurkan melalui aku dan Eady.

Jadi, aku nak kerja keras..aku nak kerja kuat..aku nak simpan duit, aku nak buat kira-kira, aku nak jugak dapatkan kesana demi sebuah niatArghh..dah kenapa aku serius sangat pagi-pagi nie??

Monday, November 16, 2015

Hi-5 House Of Dream punyer hal!

 
Gigih mak ko pakse anak berjoget demi 5 tiket VIP ke konsert Hi-5 kat istana budaya nanti..
Abang Syahmi yang yang tak nak tak nak tu pun aku pakse menari jugak demi adik!Ha..ha..ha..punyer teruk nyer  aku jadi mak! :)
 
 

video
1
 
video
2
 
video
3
 
Korang kalau nak join boleh baca entry kat blog Pinky Momma tau. Aku dah join buat mase ni korang biler lagi?
 
Doakan aku menang okey sebab yang paling suka Hi-5 ni ialah adik mok! Kalau tak percaya boleh ulang tengok video tu..sebenar nyer video ade banyak dan mase nyer panjang sampai seminit lebih tapi aku cut letak yang pendek je cukup :)
 
#TodayIsHere
#MalaysiaAirlines
#EnrichUrLife
#EnrichJunior
#PinkyMommaXMalaysiaAirlines
 



Friday, November 13, 2015

Akhirnya! Selamat Harijadi Sufiya Irdina!!


Ha..nak tau kenapa akhir nyer??? Ye la..ade org tu tuntut nak potong kek kat taska tapi almaklum la kan mak dia ade macam macam hal sgt! Ade duit kang kene byr tang lain pastu pegi Swiss Garden Kuantan pulak pastu kes TNB pulak pastu dapat HP free pulak..eh! Mak busy nak kerja cari duit *konon* padahal keje asyik habiskan duit laki jek..kah..kah..kah..

Dan akhir nyer setelah sebulan dapat jugak pootng kek kat taska! Phiewww...goodie pack pun siap sekali untuk kawan-kawan kelas dia!

Sufiya & kawan dia Raja Aisyah

Itu pun share-share, takdelah mewah sangat pun biase-biase je Coklat Moist Cake yang aku dan mak kawan Sufiya derhaka pun! Hahaha...deco kek tu datang lain tapi kita orang tambah sikit perhiasan bagi nampak kek tu meriah! ;)

Untuk anak ape saje kan?

Hah tiup tiup

Hah potong-potong.

Nyums!

BTW, kek ni aku tempah dari Yummy Cakes & Bakery. Korang sekitar KL pun boleh order dengan dia kalau nak. Senang deal dengan owner Yummy Cakes & Bakery nie.

Kek asal.

Maaf ye kak Hanim, saya derhaka sikit dekat kek akak. Huhuhu..

Setelah diderhakakan. ngee..


Akhir nyer sekali lagi dah boleh tarik nafas lega sikit sebab senarai to do tu dah kurang sikit! Semalam ade shopping sikit baju bajan & kasut anak, itu pun setelah hampir setahun lebih tak berganti baju bajan barang-barang keperluan dia orang. Baju syakirah sampai senteng nampak perut la aku belasah jugak bagi pakai. Woiii bukan kedekut lah tapi rase mcm tak perlu kot bercantik-cantik setakat duduk rumah. Aku tengok budak tu comel jugak walaupun nampak perut. Ha..ha..ha..ha...

Semalam dapat lah kasut cantik sikit sorang sepasang, nak buat balik kampung ni kan. Kemain sorang-sorang memilih! Baru terasa anak tu semua dah besar, sebab semua dah pandai pilih dah kasut ape yang ikut kehendak hati. Masalah nyer termasuk lah Syakirah...kasut gegirl baju gegirl semua tak nak..pitam mak kau bila dia nak kasut Ben10 nak sama dengan abang..ko dah kenapa dik kau baru 2 tahun setengah kot?! Pandai plak nangis-nangis tak nak try kasut cantik kat Sogo semalam sebab tak nak kasuk gegurl Y__Y. Haish..kat umah pun sama..baju lebihan kakak tak nak pakai tapi baju abang nak pakai. 
Hmmmmm...anak oh anak!


Wednesday, November 11, 2015

Punyerlah Tak Sweet!!


Tersebut la kisah..ade dua orang manusia bercuti bercanda ria sebab konon-konon nak setelkan kes bil api yang tetibe mencanak-canak macam rumah kedai harga nyer, tetapi sang jejaka membaikkan diri bawa si dara ke Maxis KLCC.

Dengan tujuan, nak ganti hp si jejaka yang dah rosak. Sebagai si dara yang jelita cantik menawan haruslah mengikut sang jejaka sehingga ke hujung dunia. Akan tetapi! jeng jeng jeng kisah percintaan mereka baru bermula disana.

Sakit mental lahhhh aku macam nie. Ok ok kita teruskan..ha..ha..ha..ha...nah..ceduk dari FB sendiri je dah la.. ;)

Punyer lah tak "sweet"! ehemmm...

S6 je


Yang sebenar nyer nak ke Maxis nak amik hp Eady jek walaupun dah banyak kali dia suruh aku amik hp baru jugak. Kan Maxis ade offer upgrade line then boleh amik hp baru dan bil akan naik sikit lah setiap bulan. Kira hp tu termasuk sekali la dalam bil tu nanti. Pakej bayaran tu selama 2 tahun jek.

Hp apple aku memang dah lama macam nak rosak, bateri buat hal la app buat hal la tapi ye lah aku ni bangsa malas nak ganti-ganti semua benda selagi boleh guna akan aku guna semaksima yang boleh. Hp aku pun dah 4 tahun lebih aku guna, sebelum tu Eady yang guna. Tapi bila dah sampai ke Maxis terus Eady amikkan je hp Samsung S6 ni untuk aku. 

Dia cakap takpe bulan-bulan dia bagi duit bayar (walaupun memang setiap bulan dia memang bagi duit bayar bil aku..kekeke..) Huhhh...punyer la tak "sweet" laki aku nie..he..he..he..dah bangsa takde nyer nak I LEBIU U ke I MISS U ke nah bunga ke nah coklat ke memang takde lahhh..jangan la mengharap bulan yang takkan gugur kat paha punyer bangsa lahhhh! Tapi, bila sekali dia buat macam ni rasa alahaiiii....meh sini nak chiummm lebih skit! ha..ha..ha...

Ala, kasi can la aku nak share cerita nie..kang ade je yang kecam macam laki dia sorang je baik, macam laki dia sorang je sweet, macan laki dia je yang terbaik kat dunia nie, macam dia sorang je ade laki..uhuks..nak buat macam mana ni je suami yang aku ade kalau ade 4 orang aku tak heran la kot..ha..ha..ha..lagi pun kalau aku tak puji laki sendiri takkan ko pulak nak puji laki aku khennn...dasar haters depan baik belakang mengata...eh!!

Tak fedulik larghhh, nak gak cerita sebab ni bukan selalu terjadi! Eady bukan bangsa bagi bunga bagi suprise takde okey..birthday aku pun takat wish jek. Ha..ha..ha..giler kan? Ye yang giler ni la yang aku terpaling sayang, ape dehal takat takde hadiah birthday sebab dia la terpaling rajin lipat kain, jaga anak, mandikan anak semua lah..nak harap aku takat tengok tv je la..meh nak chiummm sikit lagi..keh..keh..keh..

Takde lah..aku ni jenis realistik punyer orang, takde la jenis tak dapat hadiah besday takde hadiah anniversary nak merajuk 44 hari 44 malam. Aku bukan bangsa ala sweet nyer kalau dapat bunga ala sweet nyer kalau dia buat macam ni (tiru drama melayu tuh!) takde okey. Aku jenis dia dah ade dengan aku dah cukup. Aku bangsa nak orang tu ade je depan mata aku, tak reti nak berPJJ ni kang aku tak tido malam. Bagi aku kalau ade alhamdulillah kalau tak ok no prob bukan dunia kiamat pun kalau laki tak sweet macam laki org lain. Gitu.

Dah kemerepekan ape dah ku nie..cuma nak bagitau je laki ai tak sesweet laki korang tapi sekali sekala TERsweet macam ni haruslah share kat sini..ha..ha..ha..

Giler..padahal nak citer pasal hp jek. T____T  apeajelahkauniizwa~

Nah belanje gambar org yg selalu jadi mangsa paksaan utk selfie dgn aku!


WW : Yorkkkk Kerja!


senyum ;)

Ni aktiviti..dah la berat kene plak buai laju-laju. Kurus kaki mama kau dik..thehehe...

Sebab rase comel harus share kat sini.

Ha..ha..ha...giler cantik wehhh camera hp Samsung nie! Bagus jugak la Eady amikkan hp untuk aku yang kaki selfie..Eh aku ade cerita ke pasal hp baru dari Eady nie? Takde eh..nanti la aku cerita. Tunggu tau ;)


Monday, November 09, 2015

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak dengan SAPS - Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah


Nah zaman sekarang semua nyer dihujung jari! Nak semak anak periksa nombor berapa pun senang! Takde tipu-tipu nyer...takde nyer tak amik report kad dan sign sendiri dah..kekekeke..aku la tuh~

Korang boleh ke web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk semakan tu. Nah klik sini.
Masuk ikut ibu bapa punyer okey, jangan la login tang cikgu punyer plak. Ikut step kat bawah ok.

Boleh login ke : SAPS ni (lihat anak panah merah)

isi atau klik pada semua anak panah merah
 

Akan keluar paparan begini, blleh print simpan sendiri.

Dengan ade nyer web ni kiter boleh tau keputusan peperiksaan anak secara terus tanpa perlu tunggu anak bawak balik kertas peperiksaan tuh.

Sistem ni kira masih baru tak baru lah..tahun lepas dah gunakan dah SAPS ni, so jangan la harap yang lebih dari ape yang ade. Sedikit petikan dari penerangan berkenaan SAPS

Okey sila semak anak periksa nombor berapa sekarang ;)

Cerita Hujung Minggu


Ramai ke cuti? Aku kerja lahhh..sebab lepas ni nak cuti lama! Lagi pun bos aku tengah cuti kene la take over uu..
Tak de ape nak cerita pun sekadar hujung minggu duduk kat rumah. Almaklum kapten takde, dia balik Labuan sebab adik dia bernikah jumaat lepas. Takde aktiviti sangat pun..sepah rumah makan masak tido tengok tv pusing balik sampai ahad. Uhuks..4 hari kene tinggal, nasib baik anak-anak baik tak buat perangai termasuk Syakirah gemuk! Tak meragam la dia sebab kereta abah ade kat depan, balik-balik dia cakap " abah opis..abah opis!"


Amik gambar sebab nak tunjuk kat Eady ape kitaorg buat.

Minta Syahmi jadi imam, jenuh nak tunggu dia baca surah sampai abis..ha..ha..ha..ha..bukan jenuh ape, tapi dalam keadaan Syakirah mengacau pusing kiri kanan duduk kat depan dengan Sufiya kejap solat berdiri, kejap betul kan telekung kejap betul kan sejadah T____T Syahmi solat sangat slow motion, amik feel orang cakap ;)


Last-last aku kene solat lagi sekali lah sebab rase macam kurang fokus dengan budak-budak nie..he..he..he..ehhh sori tercerita! Mati lah kene kecam tunjuk baik..agagagaga..

 wefie ;)

Hah.. ni pagi tadi dalam kete mase tunggu taska buka. Eh..kete tu park kat parking tau! Jangan kecam anak tak duduk dalam carseat atau tak pakai tali pinggang..hehehe..


no more jerebu!

Alhamdulillah for everything. Im a happy person today ;) happy monday uolls. Jom kerja kerana Allah SWT.



Friday, November 06, 2015

Cerita Kasut Hitam & Baju Kuning



Alhamdulillah.

Alhamdulillah sebab dah takyah fikir pasal kasut dan baju sekolah putih dah..ha..ha..ha..

Kalau ikutkan Syahmi kecewa sebenar nyer tau..dia nak jadi pengawas biru tapi dapat pengawas perpustakaan. Dah macam mane nak jadi pengawas sekolah kalau marah orang pun tak reti..melawan orang pun tak reti..huahuahua...

Lama-lama pujuk dia cakap dulu mama pun pengawas perpustakaan tau. Mama pakai baju tudung kuning kain coklat. Mase tu mama rasa mama yang paling cantik sebab pakai lain dari orang lain..mama ko feling lawa sangat pegi sekolah pakai tudung kuning tu tau tak??? 
Ha..ha..ha..ha..sayang nyer takde gambar mase tu tau..kalau tak mama tepek kat sini.

Selesai dah satu perkara yang perlu dibuat sebulan dua kali tu. Tak payah dah putihkan baju kasut sekolah setiap 2 minggu sekali! Phieww..mama is so happy now~


Luahan Hati RAKYAT MALAYSIA | Bangun Awal & Kenaikkan Harga


Lama tak sembang....


Dalam busy kerja banyak pun nak jugak sembang...duk baca sana sini pasal statement bijak pandai pak menteri rase tak terkata dihati. Rasa nak pegi depan muka dia jerit sekuat hati. Ha..ha..ha..alahaiii lagi tinggi ilmu macam makin bodoh pulak akal fikiran.


Bangun awal? Huhuhu..kalau bangun pukul 5.15 tak dikire awal ke? Kalau nak masak bekal siap bangun pukul 4.45 pagi lagi tau. Aku rase pak menteri ni sebenar nyer tak nampak gambaran besar kehidupan kita sebagai rakyat biase. Dia mungkin tak nampak gambaran nak siapkan anak, belum kira nak siapkan bapak anak..eh..kekeke..belum kira nak siapkan beg-beg anak..belum kira nak adjust waktu nak sampai ke taska. Dia mungkin terlupa atau tak tahu taska atau sekolah buka pukul berapa. Almaklum..anak-anak orang kaya kan semua tinggal rumah ade bibik jaga, jadi mane amik tau pukul berapa taska tadika tu buka. Ibu-ibu taska cikgu-cikgu tadika perlu bekerja pukul 6 pagi ke??


Dia tak nampak gambaran keadaan perjalanan yang kadang-kadang memang takde pilihan lain melainkan wajib melalui jalan berkenaan. Takde point B atau C melainkan point A itu sahaja. Bayangkan kalau biase semua orang bangun pukul 5 dan 6..sekarang bangun pukul 4 pagi dan semua serentak keluar pukul 6 pagi jadi dimana selesai nyer permasalahan jalan sesak sampai semput otak nak lepaskan lelah dan stress? Kat mana selesai nyer tak payah jalan ikut tol??


Hmmm...penat cakap bukan dia orang dengar pun, baca entry ni pun tak. Yang ade kita je terpaksa jadi bodoh sebab kene dengar dan baca statement "bijak pandai" orang besar nie.


Semalam, aku ke ***da* nak cari baju persembahan Sufiya. Alang-alang pegi sana tengok la harga baju sekolah. Kekonon nyer nak beli la sepasang untuk Syahmi dan Sufiya bulan ni dan bulan depan tambah je lagi sepasang. 


Terkejut badak larghhhh aku tengok bayangkan seluar sekolah yang pada bulan 6 aku beli untuk Syahmi dari RM28 dah jadi RM31 dan ke atas ikut saiz..makin besar saiz makin besar harga! Oh maiiii bleh pitam tengok harga seluar sekolah rendah darjah 5 & 6 ade yang mencecah RM47 hengget...giler kot!


Tu belum kira baju sekolah putih tu lagi..haritu dalam RM21 je sekarang dah jadi RM23 dan keatas! Huarghh..kasut sekolah je dah RM28.90...dah kenapa? Tol naik minyak naik barang basah naik..abis ape yang turun wahai pak menteri?


Total sepasang baju sekolah Syahmi setakat bulan 11 ni aku kira ialah : RM83 (baju, seluar & kasut sekolah sahaja) kalau tambah tudung (Sufiya) adelah RM90 lebih kot. Sepasang ok..sepasang sahaja! Nampak gaya aku kene buat kira-kira lain nie..


Ntah la..tak reti dah nak mengeluh macam mana lagi. Nak tak nak kene jugak redah benda nie..kene doa kuat kuat ade rezeki murah-murah lepas ni untuk anak-anak..dalam kerja pun kerja kuat-kuat jugak, OT selagi boleh selagi daya. Jimat pun dah tak tau nak jimat cara mana lagi..nak jahit baju sekolah sendiri pun mesin bukan nyer ade..pandai pun tak jugak. Dengan harga kain baju sekolah mahal tambah upah menjahit silap-silap harga lebih mahal dari baju siap..huuuuuuuu...mak is so stress~


Pak menteri memang boleh sangat nak keluarkan statement "bijak pandai" tu sebab dia tak duduk dalam kasut kita jadi takkan tahu situasi sebenar nyer macam mana. Hanya orang yang "bijak pandai" sahaja yang boleh keluarkan statement macam tuh..


Sekarang suruh duduk kampung untuk kurangkan kesesakan jalan raya? Tak tau nak gelak ke nak nangis baca statement macam nie! Huhuu..abis orang macam aku ni yang dah 33 tahun memang lahir dan membesar kat KL ni nak lari ke kampung mane? Nak lari ke kampung sape plak nie..? Sian aku wehhh takde kampung. Huahuahua~



Errrmmm...ye lah sapalah kita untuk mengeluh? Jadi jom lah kerja kerana ALLAH SWT dan doa banyak-banyak semoga hati mereka yang "bijak pandai" ni terdetik untuk cuba berada dalam kasut kita.  Baru tahu betapa rendah nyer tanah dari langit yang menjunjung kepala! Arios!~


Check-List Rakyat Marhaen Untuk Anak Nak Masuk Sekolah



Jerebu menjelma kembali..pffftttt..abis semua program aku jadi carca merba..hek, malas la cakap pasal jerebu!Buat sakit kepala je lagi..

Aku jarang letak tajuk sepanjang nie tapi harini rase macam kene letak jek untuk sampaikan tujuan. Seminggu dua ni aku busy buat check-list untuk semua benda supaya aku tak terlepas pandang setiap benda yang kecik-kecik..almaklumlakan semua nak kene manage sendiri. 

Ehhhh..jangan cakap Eady tak buat walaupun memang tak..ha..ha..ha.. bab-bab ni Eady memang serah bulat-bulat kat aku sebab dia tau benda macam ni memang kene ikut cara aku, dia tau ni adalah kepakaran aku untuk handle dan dia takkan masuk campur kecuali aku minta pandangan dia. Lagipun lelaki mana nak fikir benda remeh khen~ Ek elehhh..kemain melalut ko Izwa! 

Okey back to business. Kembali ke tajuk Check-List Rakyat Marhaen Untuk Anak Nak Masuk Sekolah! *ko nampak aku merahkan..?*

Check-list secara kasar

Benda ni normal bagi aku untuk setiap hujung tahun. Macam tahun lepas check-list aku tak teruk sangat macam ni sebab Sufiya tak sekolah lagi, lagipun tahun lepas baju sekolah Syahmi tak berganti pun..dia pegi sekolah pakai seluar senteng tahun nie..ha..ha..ha..sori abam! Tapi tahun nie perghhh...amikkooo..macam mase zaman Syahmi memula sekolah ok! Tak caya tengok sini.

Dulu ayang Nooraini pernah minta aku buatkan senarai untuk anak-anak nak masuk sekolah. Cuma aku tak berapa nak pandai sangat lagi time tu..he..he..he..sekarang dah bijak sikit sebab dah ade pengalaman anak yang sorang tu sekolah dulu. Ni check-list kasar untuk rakyat marhaen macam aku buat kira-kira okey. Yang tak berapa nak marhaen sila to the left to the left sekarang. 

Check-list anak masuk sekolah darjah 1 (ehhh..tak kira lah untuk darjah berapa sekali pun!) :-

1. Baju sekolah kebangsaan/sekolah agama - sekurang-kurang nyer 3 pasang setiap sekolah (anggaran sepasang RM80-90, kalau campur tudung dekat RM90 jugak) - tips ~ nak murah beli kat Mydin atau pun Hari-Hari okey! Kain pun elok, senang nak gosok.
2. Kasut sekolah : sila beli 2 pasang dulu sebab nanti tengah tahun akan kene beli sepasang lagi.. Kasut zaman sekarang tak tahan lasak walaupun mahal cepat rabak..grr..(anggaran RM30 sepasang, tips ~ hujung tahun BATA akan buat sale RM5 je seketul! tapi jauh kat Klang hokey kene pegi beli!)
3. Baju sukan sekolah : sepasang sudah! (sediakan RM30 tau)
4. Baju dalam seluar dalam jangan lupa atleast 3 pasang (anggaran dalam RM30 jugak la..amik yang murah-murah sudah..nanti tengah tahun beli la lagi)
5. Yuran sekolah keb / sekolah agama : anggaran RM350 tau.
6. Buku tulis, buku aktiviti : dekat RM100 jadi pakai la duit yang gomen bagi tu..hahaha..
7. Stokin jimat dah sebab kadang ade offer beli kasut dapat free stokin. Kalau tak, beli je kat kedai Hari-Hari RM12 je kot dapat la 3 pasang.
8. Untuk anak lelaki jangan lupa songkok, tali leher sekolah : anggaran RM25
9. Beg sekolah : anggaran RM 79.90 - RM99.90

Okeh meh kiter totalkan : RM300 (baju sekolah keb/agama) + RM60 (kasut) + RM30 (baju sukan) + RM30 (baju dlm seluar dlm) + RM350 (yuran) + RM100 (buku) + RM25 (songkok, tali leher) + RM79.90 (beg sekolah) : RM 974.90 sorang anggaran kasar. Jadi sekarang kali 2 sebab anak ade 2 ;) ala baru RM 1949.80 ! Kalau kali 5 confirm aku pitam~

Tu belum kira lagi bab tambang bas/van sekolah yang tetiap tahun naik dengan alasan minyak tol naik..pftt..transit taska lagi..bayar cikgu amik dari sekolah lagi..baju kadet bomba la tunas puteri la..*pening*

Ha..ha..ha..watlek watpes arr..biase hujung tahun kan PM kesayangan kita *sangat* bagi orang gomen duit poket khennn...ala duit celah-celah gigi jek lagi-lagi yang kerani bape sen je dapat, ye dak? Pastu beluuuum lagi duit tuh masuk dalam bank semua benda naik 3 kali ganda dari yang bakal dapat..ceh...pusing-pusing rakyat gak sakit! Orang swasta? No komen..tak berani nak komen. Takut bakal dapat maki.hu..hu..hu..

Ko hape tau? Makan kat meeting free, minyak tol semua kami yang tanggung..jem pun tak pernah redah..pengangkutan awam lagi la tak payah citer silap-silap korang tak kenal Rapid Bas tu yang mane! Pandai cakap tapi tak pandai tunaikan..shame on u, hidup rakyat yang tanggung! Phuiii~ Eh termarah pulak..ha..ha..ha..

Alaa..jangan la cakap setiap anak ade rezeki dia nanti..yeye aku tau tu cuma ini cara aku buat kire-kire, bajet sana sini supaya tak terlebih, mana boleh jimat aku jimatkan mane tak boleh jimat aku layankan aje ;) Percayalah nak pegi bercuti pun aku rancang kemain berbulan buat kire-kire siap main duit kutu lagi sebab aku niatkan semua yang aku buat adalah untuk gembira dan bahagiakan anak-anak.

Sampaikan Eady pun dah masak dengan perangai aku bab ni. Dia tak pernah tanya mana pegi duit yang dia bagi dan mana pegi duit aku. Malah dia sendiri dah tahu kalau aku ajak pegi bercuti makne nyer semua dah cukup tersedia dah untuk dia terus jalan bawak aku ke bulan..eh? keh..keh..keh.. ;) 

Tips : Petua Putihkan Baju Sekolah


Meh nak share petua untuk mak-mak! Ke korang dah tau ni?? Ke aku yang ketinggalan? He..he..he..takpe lah nak share kan jugak untuk orang yang tak tahu lagi ;)

Tengok kat siku baju sekolah agama & leher baju sekolah kebangsaan. Putih bak hangggg~
Ok fine, petua ni takde lah sampai putihkan balik baju sekolah macam baru beli tuh tapi serius cakap baju jadi cerah dari warna putih kusam ala-ala coklat siku dan lutut hitam tu la! Hitam keladak kat siku, tengkuk & lutut tu hilang bak hang!

Senang je dengan rendamkan baju sekolah/baju putih/kasut sekolah dengan PERAHAN LEMON selama 10 minit. Yup seploh minit jek tau. Lemon pakai setengah biji atau kalau baju tu ade lebih dalam baldi pakai la sebijik lemon. Perah kuat-kuat lemon dalam air paras baju, pastu campak sekali lemon tadi dalam baldi tuh, tapi kene INGAT jangan lebih 10 minit tau! Nanti baju ade tompokan hitam dari lemon tuh. Setkan jam mase buat okey~

Dah seploh minit, buang air tu semua tadi pastu basuh je baju dalam washing machine macam biase.

Putih wey baju anak! Ibu aku siap cuba kat t-shirt putih baju bengkel adik aku, memang putih! Baju korporat aku yang warna cream tu ade hitam-hitam tang ketiak sebab deodorant pun dah hilanggggggggg! Saya suka! Saya suka! :)

Alaaaa..lemon mahal?? Memang laaaaa..barang elok kan biase nyer memang mahal sikit. Bukanlah bermakna kene buat setiap hari rendaman tu, seminggu 2 kali atau seminggu sekali dah cukup! 6 biji lemon tak sampai seploh hengget kat Tesco. Tips lain, lemon yang dah dipotong pun boleh mewangikan peti ais dan menghalau cicak dengan letak sedikit potongan lemon kat atas meja.
Okey mak-mak selamat mencuba! Dan ingat...jangan rendam baju pastu pegi tido atau pun pegi jalan plak memang confirm la baju ade tompokan hitam! Oh ye..boleh dicuba pada baju lain yang putih atau pun telekung pun boleh jek asalkan berwarna putih ok!
Selamat mencuba! ;)

Saki Baki Cerita Swiss Garden Edisi Photogedix


Takde nak saki baki sangat lah..sekadar nak share gambar fotogedix kami jek..he..he..he..korang layannnnnn je lah aku ni ye ;)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12


Tengok mane ade sebenar nyer semua gambar cantik, lagi-lagi melibatkan budak kecik tuh..sesukahatidialah nak pandang mane..he..he..he..gambar semua adalah sebelum check-out. Ok ok lasttt sekali! Nahhhh..


Haruslah ade gambar cintan cintun ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang