thumbnail

Thursday, December 31, 2015

Sufiya Irdina Darjah 1


Lambat bersiaran harini, baru sudah setel semua pasal sekolah Sufiya. Yup dah nak masuk darjah 1 dah isnin nie...kejap je mase berlalu! Sufiya masih lagi rase dia kat taska okey..main aje lahhhh..pening mak engkau nie!

Makwe abah dah nak sekolah.

Semalam orentasi sekolah agama, harini sekolah kebangsaan tapi takde pulak gambar sekolah kebangsaan. Abah dia macam syahdu jek anak nak sekolah nie..hehehe..mak dia takde nyer..dari bangun tido ade je benda nak dibebelkan dengan anak yang berperangai sesukahatiakulah.. T__T

Serius Sufiya ni perangai lantak lah ape nak jadi..ha gitu~ elok baru pakai baju sekolah dia melompat kat dapur pastu jatuh..grrr..belum pegi sekolah kot baju dah kotor T__T pitam oiii anak! Dia tak sama macam Syahmi tau..huhuu..biase la kan anak no.2 ni khennnn special skit!~

alah suci nyer~

Jangan tertipu lah dengan muka suci murni ni ni..ha..ha..ha..akal dia ni keberanian dia ni tak terjangkau dek akal aku okeh~ 

Kau boleh dah masuk je dalam dewan dia nak masuk kelas dia cakap "mama pegi la keje!" ko dah kenapaaa..?? Mama nak teman kot! Syahdu tau kene halau..ha..ha..ha..kalau Syahmi dulu seminggu kot aku teman bertugu tangga kat sekolah! Siap pegi jumpe cikgu yang Syahmi takut tau semata tak nak anak menangis masuk sekolah..yang ini..ermmm...ehh suruh aku balik kot~ Grrr... sabar je lah.

Semalam setel semua urusan pagi, aku amik dia orang awal dari taska bawak pegi mandi kat KLCC. Abah dia cakap last sebelum sekolah start. Yang paling seronok dah tentu lah adik mok! Dari haritu nak "andi aut nak andi aut" nak mandi kolam pun bolehhhhhhh..

tengok aksi pun tau khenn!

buat aku tersenyum tau!

Kire nyer ni penutup anak-anak berseronok la kot. Lepas ni nak fokus sekolah. Lagi pun aku suka sekolah yang Sufiya masuk nie. Sekolah kebangsaan tapi lebih fokus kepada islamiah. Sekolah yang pentingkan mengaji, kenal al-quran..sekolah nak didik anak-anak lebih terbimbing ke arah keagamaan seiring dengan akademik. Siap ade aturan untuk kelas mengaji, kelas quran, kem solat..wahhh suka lah!

Sekolah agama takyah cakap la..dah tentu la kan islamiah dan aku terus masukkan nama Syahmi Sufiya untuk mengaji dengan ustazah. BTW, sekolah kebangsaan je asing-asing ikut sekolah lelaki dan sekolah perempuan, sekolah agama je sama dua beradik nie. Memang setiap hari mengaji dengan Eady tapi dengan ustazah ni lagi bagus dari segi hukum hakam ye dak. Eh suka lah! Hari ni senyum je balik dari sekolah ;)

Oh ye..tak sabar nak masuk ke tahun 2016 sebab nak buka semua buku baru dengan diri baru. Tak sabar nyer nak tido malam nie..eh!

Tuesday, December 29, 2015

TIPS Bercuti Dengan Cara Aku


Wahh..tips sangat tau, padahal cuti pun dah nak habis dah nie! Aku nak share sebab sekarang aku sibuk merancang untuk bercuti di Tahun 2016. Nampak? Nampak tak kemain semangat nyer aku! Korang jangan tak tahu aku ni kalau bercuti merancang nyer kemain lama. Maksud aku berbulan punyer perancangan. Ye lah aku bukan kaya tetibe rase nak ke Koh Samui terus book tiket pack baju dan fly! Tak mampu mak noks.

Saja nak share sebab orang asyik cakap "ko ni asyik bercuti jek...!" "Untung laaa asyik bercuti jek!" Oiii bunyi nyer macam aku ni banyak duit je kan (tapi..aku aamiin kan je biler orang cakap aku banyak duit..he..he..he...aamiinnnnn~) Silalah cakap aku banyak duit lagi tau~

1. Lokasi

 Nak bercuti pun kene tengok lokasi sebab dari situ kita boleh start merancang kira-kiraan duit. Contoh : tahun ni rancang nak ke Legoland, zassss list goes down A-Z tersenarai dalam kepala. So dari sini kita boleh ke web Legoland untuk tengok offer, kene kerap melawat web Legoland lah kalau nak tau offer murah dari masa ke semasa. Kalau dapat grad offer dah jimat banyak betul tak? Biase Legoland ade offer malam ke-2 atau ke-3 dapat diskaun tau.

Tu contoh! Aku tau pun sebab aku selalu skodeng web Legoland tapi masih lagi tak dapat nak pegi sebab masih lagi belum cukup uwang! Ha..ha..ha..tapi sekali sekala tertengok ke USS pulak dah.

2. List-DO

Ini feveret aku! List to aku or what i want aku adalah sangat banyak! Dari list hotel, list bajet hotel, list makan kat mana, list bajet minyak tol..ehhh banyak lah~ banyak ko sampai kalau korang tengok korang bakal mendapat stress ya hamat! Sebab tu Eady tak nak tengok. Ha..ha..ha..aku memang macam ni so apa nak buat..layankan aje!

Tapi in the end off the day dah sampai masa pegi list pun ntah kemana..ha..ha..ha..meraban-raban.

3. Bajet (Kewangan)

Hah kesukaan aku jugak ni! Main dengan kira-kira adalah buat aku semangat lain macam nak kerja korang tau~ ni tips yang paling paling paling memainkan peranan dalam perancangan bercuti aku.

 : Main kutu - yup setiap tahun aku memang main kutu kat 2 / 3 group. Aku paling suka main kutu sebab ade orang jagakan duit! Nak harap aku main kutu dengan diri sendiri selalu nyer berakhir dengan makan ntah kat mane-mane..ha..ha..ha..susah weh nak percayakan diri sendiri simpan duit! Duit kutu aku ade bahagi-bahagi jugak hokeyyy..kutu 1 (hotel) kutu 2 (makan) kutu 3 (minyak tol) kutu 4 (emergency)

 : Overtime - alhamdulillah tempat kerja aku yang baru ni ade OT, so aku boleh buat overtime dan aku suka kumpul overtime aku tu 2 atau 3 bulan sekali baru claim. Biase aku claim untuk kegunaan berjalan bercuti ni lah! 

: Agoda /Booking.com - yang ni bagus korang pakai if nak merancang pegi bercuti. Aku adalah orang yang takde kad kredit! Seumur hidup memang tak pernah pakai kad kredit. Jadi dengan ada nyer Agoda/Booking.com ni paling memudahkan hidup aku. Dah la booking kat sini murah, pastu tak payah bayar awal. Bayar mase nak pegi atau pun mase dah sampai sana (hotel yang ditempah), satu lagi paling senang sebab dengan duit OT aku tu aku boleh debitkan terus untuk bayar hotel! Murah dan mudah~ If aku tak pakai Agoda/Booking.com ni aku akan call hotel untuk reserve dan walk-in, mintak diskaun orang goverment..kof..kof..kof..so pakai la duit kutu 1 tu.

: Matta Fair - selain dari Agoda / Booking.com tu korang boleh jugak ke Matta Fair yang biase dibuat setiap tahun, lokasi Matta Fair korang boleh semak kat google. Kalau kat KL ni biase buat kat PWTC setiap tahun. Ade orang kata Matta Fair sama jek harga dengan luar, betul ada jugak yang sama so berbalik pada lokasi korang nak pergi. Kadang-kadang offer Matta Fair adalah tersangat murah dengan kenikmatan lain. Offer datang dengan baucer makan, offer datang dengan penginapan ke-3 percuma, offer dengan kanak-kanak tak perlu bayar. Hah banyak untungkan kat situ? 

Yang penting kene rajin uolls! Kene rajin check sana sini comparekan mana yang termurah terjimat korang boleh dapat. Kalau kaya takyah citer kat sini lah!

: Kawan - hah ni pun penting gak nie, kalau ade kawan-kawan yang boleh tolong dapatkan tiket diskaun ke adalah sangat bagus untuk ekonomi keluarga bukanlah makna amik kesempatan tapi alang-alang dah boleh bantu kita minta tolong jek. Tapi aku tak pernah guna lagi sebab malu lah..hi..hi..hi..

Tu antara cara aku nak bercuti ke satu-satu tempat, tapi perancangan bercuti termega ni biase aku buat untuk bercuti dihari-hari istimewa jek! Setahun sekali mesti bercuti termega nie..phuii..suka hati aku lah~ Kalau setakat tetibe ehh boring la, nanti kiter pegi Genting nak tak? Okey tengok wallet duit cukup, jom jalan terus..gitu sempoi~ Takde duit meh kiter mereput buat kerja separuh mati. Hidup jangan ikut aturan sangat, sekali sekala buat keje giler best tau..he..he..he..

Ya aku memang kaki bercuti, nak kata kaki berjalan tu macam tak jek sebab setiap kali bercuti aku feeling diva tak nak ke mana-mana..ha..ha..ha..kalau boleh check-in hotel pastu campak anak mandi pool aku lepak tepi macam mem besar..kah..kah..kah..serius aku tak rajin nak berjalan merata. Sesungguhnya definasi bercuti aku adalah tido kat tilam hotel, bagi anak mandi pool puas-puas, malam pegi makan sedap balik tido kat katil empuk..gitu! Sebab tu biase kalau bercuti termega ni aku amik hotel mahal sikit dengan pool yang best untuk anak-anak. Baca kat sini "setahun sekali jek!


Tips lain : 

Bekalan makanan - boleh je kalau nak bawak meggi ke biskut ke coco krunch ke periuk ajaib ke, aku bawak jugak kalau pergi bercuti sebab waktu bercuti dengan anak-anak yang masih kecik nie aku sentiasa kene readykan benda boleh dikunyah untuk nak jaga mood dia orang~ Hoiii sedangkan kita yang besar-besar ni pun kalau lapar boleh jadi singa bayangkanlah kalau askar kecik ni lapar sentiasa? Cranky payah nak bela nanti! Asyik berzikir mama lapar mama lapar aku pun hangin jugak..

Bekalan adalah untuk waktu-waktu tertentu jek. Lagi pun nak keluar makan nak keluar jalan kene tengok jugak waktu tido anak yang paling kecik. Semua tu nak kene jaga nak kene ikut. Jangan lah kau sesukahati jek..pastu bila anak melalak ko nak bengang plak..dengan orang meja makan sebelah pun boleh tumpang bengang sekali..ha..ha..ha..

Timing anak-anak - Lucky me, waktu bercuti memang aku jaga timing, ikut waktu anak-anak supaya semua boleh bergembira sama, dan paling bertuah yang paling kecik tu bukan penangis orang nyer sebab tu aku berani bawak dia berjalan sampai ke kaki Gunung Kinabalu mase dia 4-5 bulan macam tu..haa..nak tergelak okey sebab time ni kene kutuk kaw-kaw sebab ade orang buruk sangka kata aku bawak anak ke Sabah mase dalam pantang! Ha..ha..ha..sapa bodoh sangat ntah cakap macam tu, dah la kuat mengata..amik la kau dosa sila pegi mati~

Chopp chopp..mesti ade yang cakap laaa abis laki ko buat ape? Kesian dowhh laki dia tak buat ape pun..hah..kat situ dah salah sama sekali! Meh sini nak lempang muka tu berkali-kali. Kalau tak tau pasal hal orang jangan nak berkata-kata sangat. Nanti dosa dapat lempang pun dapat.

Aku yang suka bercuti, aku yang suka uruskan semua ni, aku yang suka merancang sendiri so kenapa pulak aku nak susahkan suami? Ceh..nama pun suami, dia ade tanggungjawab yang lebih besar lagi yang perlu ditanggung selain dari kene tanggung kerenah isteri yang senget nie..ha..ha..ha..hidup ni tak payah nak susahkan hidup orang lain la lagi-lagi orang yang kita sayang. Apa salah nyer kita bahagiakan orang lain dan bila pusingan tu berpusing ko sendiri yang akan bahagia..sapa untung? Diri sendiri jugek~

Aku bukan jenis yang mintak hanbeg Prada kasut Gucci bagai, sori tu memang bukan aku lah~ Yang branded pun aku tak heran ini kan pulak tak branded aku layan jek. Aku bukan jenis nak itu nak ini nak beli tu nak beli nie..hah tu bukan jiwa lah! Kalau bercuti je aku laju..ha..ha..ha..


Bahagialah anda bersama keluarga anda sendiri.

Nah ko..dari entry tips sampai dah jadi entry ape ntah..ha..ha..ha..bab membebel serah kat aku! 8 kajang pun boleh menaip, tapi jangan suruh aku menulis waktu aku buntu huruf ape pun aku tak tahu nak tekan! Haru~

Aku dengan cara aku, so pandai-pandailah korang merancang percutian korang sendiri ye. Nak backpack ke, nak bawak almari ke, nak bawak periuk belanga ke yang penting hujung-hujung semua orang gembira masa bercuti baru sampai maksudnya ye dak..lagipun setahun sekali jek bukan berkali-kali pun bercuti mega nieh..wiwiwi..tak sabar nak bercuti tahun depan sebab nak sambut anniversary ke-10~ Lokasi takde lagi, yang penting semangat dah hade! Ha..ha..ha..

Tapi aku nak pesan kalau nak bawak diri, anak-anak bercuti tolong la jangan kedekut! HUARGHH..kat mana nikmat nyer kalau pegi bercuti tapi semua benda ko nak berkira?? ~ Takde nikmat hoi kalau kedekut dengan diri sendiri dan anak. Kerja teruk-teruk pastu kedekut dengan diri dan anak? Cannot brain..huh..

Okey kene stop kalau tak lagi banyak mengarut! Harap baca yang atas je dan abaikan yang bawah-bawah nie..ha..ha..ha..aku kan senget~ tengok dari gambar pun dah tau aku senget..mihmihmih..

Peluang Menjelajah ke Manchester UK Bersama Dashing MCFC Untuk Jejaka-Jejaka Aktif!


Nah sekarang ni lelaki-lelaki di luar sana pun dah setaraf dengan kita tau wahai orang perempuan! Tak kalah dah dalam bab penjagaan kecantikkan muka. Actually dalam kebersihan muka. Lagi-lagi untuk lelaki-lelaki aktif bersukan yang perlukan penjagaan kebersihan nie. 

Sekarang Dashing ada memperkenalkan produk terbaru penjagaan muka yang seusai untuk semua lelaki-lelaki aktif di luar sana. Memperkenalkan Dashing MCFC New Facial Cleanser "Strong in action, Gentle on your face"Didatangkan dengan pack ekslusif bersama pouch bag travel.

1 pack untuk semua jenis kulit.

5 pilihan hati untuk suami tersayang..ehh terpulang la untuk ayah tersayang ke..tunang tersayang ke pakwe terabadi ke..gituh~

ACNE FREE : Hapuskan acne bersama Dashing Acne Free yang mengandungi Zink & Clay.

OIL CLEAR : Mengandungi Bamboo Charcoal (arang buluh) bagi menyingkirkan kotoran dan minyak dimuka. 

ICY FRESH : Segarkan muka yang kering dengan Ice Glasier Water bagi kesegaran berpanjangan.

EXTRA WHITE : Dengan Swiss Alpine Plants mampu mencerahkan kulit muka juga memberi warna muka sekata.

WHITENING SCRUB : Ia mengandungi garam laut untuk membersihkan kotoran bintik hitam & putih dimuka.

Untuk Eady dah tentu lah aku minta dia pakai semua! Hah..tamak~ Bukan tamak tapi kalau ikutkan muka Eady semua kene pakai kot! Semua masalah kulit muka ade..acne ade, kadang-kadang berminyak walaupun selalu nyer muka dia jenis kering sebab seharian duduk dalam office beraircond kan. Untuk putihkan muka ofkos la wajib aku suruh pakai! Actualy bukan untuk putihkan sangat muka dia tapi lebih kepada nak cerahkan muka yang nampak kusam-kusam skit tu. Whitening scrub tu Eady pakai seminggu 2 kali untuk buang blackhead.

Harga Dashing MCFC New Facial Cleanser RM 6.90 bagi 50g & RM10.90 bagi 100g. Murah kan? Harga masih mampu untuk penjagaan muka yang terpenting bagi kita betul tak? Ehh..bagi semua sebab muka yang pertama sekali orang pandang kan.

Sekarang berita baik yang nak dikongsi bersama adalahhhhh....tara~ Dashing sedang mengadakan peraduan SMS diseluruh negara untuk bagi peluang korang ke Manchester UK. Best nyer! Untuk menyertai peraduan ni pun sangat mudah! Beli mana-mana produk Dashing atau Elite dan SMS. Satu resit satu penyertaan.

11 pemenang bertuah akan menikmati jelajah 6H5M ke Manchester UK secara percuma! Berpeluang untuk merasai pengalaman 3 hari di kem latihan City Football Academy, juga berpeluang menjelajah di Etihad Stadium dan kemuncak peluang keemasan untuk semua pemenang ialah memenangi tiket VIP menonton perlawanan secara live di antara MC & MU pada 19 Mac 2016 nanti! Perghh...best giler!~

Jadi apa kata kita hadiahkan suami tersayang dengan pencuci muka Dashing MCFC New Facial Cleanser ni mane tahukan boleh suprisekan suami dengan peluang menjelajah Mancehster UK!

Untuk lebih lanjut : FB Dashing / IG Dashing / Web Dashing.

Monday, December 28, 2015

Aktiviti Di Wilayah Persekutuan Labuan


Ha ko..tetibe cerita balik pasal Labuan. Huahuahua...ehh ramai ke cuti minggu ni? Aku pun sama bakal bercuti dari rabu nie sampai isnin or selasa kot. Almaklum si kakak tu kan nak masuk darjah 1.

Alang-alang tuh meh sini nak bagi tau yang Labuan bukan Sabah ye. Selalu laaa orang tanya aku balik Sabah ke? Aku like..heh kenapa plak nak balik Sabah? Tu Labuan tu..waduh mak waduh pak..dah berkurun dah Labuan tu diisytiharkan menjadi Wilayah Persekutuan Labuan donggg..jadi biler orang tanye aku balik Sabah ke aku terus cakap TAK! pastu buat muka selambe jek..ha..ha..ha..kejam giler..

Ye laaa bukan semua orang tahu semua benda ye dak? So meh la ahkak nak bagitau sekali lagi Labuan bukan Sabah sayang..ok tamat.

Sekarang nak cerita pasal aktiviti aku kat Labuan tak lain tak bukan ialah membesarkan badan je lahhhhhhh..ha..ha..ha..ape nak buat weh! Balik kampung bercuti memang bercuti sungguh laaaa..tolak ke Beaufort, Kota Kinabali & Kundasang 5 hari tu aku lepak Labuan ade la 9 hari..total cuti adelah 15 hari straight okehhh...tolak la sehari perjalanan KL-Labuan-KL tuh..fuuuhhh..kali ni memang cuti terpaling lama lah.

Selain dari tu memang takde buat ape pun kat Labuan..merayau meronda bawak anak-anak dan anak buah pusing Labuan jek. Makan-makan la..pegi taman la..pegi taman burung la..mandi pool..mandi pantai la..

Gambar molek ni ade la hari-hari permulaan jek..pastu lantak ko la situ..ha..ha..ha..yang paling aku suka tentang Labuan ni ialah AWAN LABUAN CANTIK SANGAT! Serius awan labuan ni macam selimut..

ehem..

Panas tapi tahan la ko situ semata nak bergambar!

Okey bagus adik mok pun bagi kerjasama..ha..ha..ha..

Walaupun panas nak mati!

Nasib aku baik..sebab kali ni balik Labuan hujan cuma waktu malam jek. Siang alhamdulillah! Labuan bukan besar mane pun, ade la separuh Langkawi jek. Pusing-pusing dah habis dah pun. Panas, ya panas sangat jadi kami memang tak kemana waktu tengahari. Kalau keluar pun pagi dan betul-betul petang! Panas berdeting..almaklum la dikelilingi laut dan pantai kan.

Macam paham.

pish pish..!

yang bagus asal selfie ke wefie ke semua bijak bagi kerjasama..ha..ha..ha..

peluh pun comel dik!

Muzium Marin Labuan, antara tempat wajib kami pergi setiap tahun dan setiap hari kalau kesana. Masuk free je, tempat tak besar mane pun. 2 tingkat ye Muzium Marin Labuan nie. Tingkat atas ade tulang-tulang kehidupan laut lain.

Tulang Ikan Paus

antara yang terpamer.

Seterus nyer aktiviti berjalan dengan anak-anak dan anak-anak buah. Melepak kat tepi pantai.



sibuk jugak nie!

Main kat padang pun belasah aje lah.


taman luar di Muzium Marin

mase ni minum-minum kat airport

ni waktu diaorang jalan dgn mokde diaorg.

gambar dari biras aku ni.

Mandi pool berbayar kat Billion Pavillion Hotel.

semua pun bahagia. alhadmulillah~

anak-anak terbahagia.

Mak yang feling diva tak nak mandi pool.

Overall, Labuan adalah bercuti melepak untuk ketengangan. Tempat tak crowded, barang pun takde lah mahal sangat, yang bapak murah adalah seafood la ofkos! Gambar semua pakai kamera hp je tau! Takde edit edit punyer gambar! Aku adalah manusia paling malas nak edit gambar..lantak ko situ. 

video


Nah korang layan anak-anak karaoke dalam kereta termasuk adik moq!! Hahaha..lagu awie okeyyyyyy~ OKEY ABIS CITER LABUAN.

Wednesday, December 23, 2015

Aktiviti Hari Cuti Mereput Dirumah.


Ha..ha..ha..nak gelak dulu! Tetibe sangat kan citer pasal benda lain padahal citer pasal Labuan tak abis lagik! Aduhhhh korang..mase-mase mood tengah carca merba elok sangat cuci mata dan jiwa dengan citer pasal anak-anak..eh tu aku la..korang aku tak tau la. Bab anak ni laju je mengundang senyuman okeh~

So, hari ahad lepas memang mereput habis duduk rumah..masak makan tengok tv masak makan lagi tengok tv lagi, sampai ke malam. Gambar masak malas nak masukkan..masak pun biase jek, sotong masak campak campak..ikan bilis goreng cili padi campur gula secubit, ape ntah lagi lupa dah.

Tapi yang paling best ialah makan aiskrim homemade argh..kecoh je budak-budak tu nak buat ais krim laaa jenuh la aku balik OT malam-malam singgah DIY beli bekas aiskrim segera tu. Balik tak menyabar masing-masing nak buat sendiri nak tuang la..hmm..tumpah lagi banyak dari tuang la kan..macam biase lahhhh budak! 

Yang paling tak tahan baru letak 5 minit dalam peti ais dah mintak..ko dah kenapa..esok pagi-pagi buta pun mintak, memang tak lah! Tunggu tengahari okehh..macam biase mak kejam anak kene ikut je la..ha..ha..ha..

3 budak sihat..alhamdulillah!

sharing is caring, sharing is loving

Ais Krim perisa Manggo utk abam kakak, adik mok ais krim susu dutch lady.

Rase dah lama tak duduk rumah...ha..ha..ha..cuti meraban sampai Sabah sana pastu lepak Labuan plak..dah habis cuti kerja plak macam orang giler, OT lagi setiap sabtu..ahad ade plak kenduri la hape la..ehh bila duduk rumah nie. Rumah pun dah rindu kot dengan aku.

Cuti khamis jumaat sabtu ni pun aku OT, hu..hu..hu..bukan giler kerja tapi dari tak buat ape tak kemana baik kerja lagi pun kerja memang tengah berlambak. Syahmi Sufiya mungkin duduk tido rumah kakak aku sebab kakak aku ade masukkan dia orang aktiviti kat Masjid dekat rumah dia. Kalau OT pun adik mok je la ikut. 

Selain dari makan tido main gelak gaduh ade jugak benda yang wajib kene buat!


Solat dah tentu la wajib!

Nak marah pun ade nak gelak pun ade kat budak yang pakai baju takde lengan tuh!! Ha..ha..ha...sakit hati kita wak dengan awak! Suruh pakai telekung tak nak, nak pakai kopiah! Biler abam tak pakai kopiah dan dan tak nak pakai kopiah plak pastu nak tudung tapi awak tak nak tutup kepala..ggggrrr..geget awak nak tak?? Sejadah pun terbalik dia letak..kita cuma luruskan jek..dia tak bagi kiter betul kan!! Grrrr...geget budakkkk~

Gambar isnin lepas balik keje.

Life alhamdulillah tak lebih tak kurang..cukup-cukup alhamdulillah. Anak-anak pun sihat sihat je buat mase nie..syukur..tu doa aku setiap hari. Biar semua sihat diberikan kesihatan yang baik selalu, dipanjangkan usia dan jugak diberikan rezeki yang banyak dan berkat.

Nak mintak lebih malu pada Dia, sebab rase macam tak layak pulak nak mintak macam-macam dengan apa yang dah dapat nie. Okey happy wednesday uolls! Selamat bercuti panjang~ aku kerja esok lusa tulat ;)

Tuesday, December 22, 2015

UTC Labuan atau Lebih Dikenali Pasar Besar Labuan.


Tetibe sangat kan cerita balik pasal Labuan! Hahaha..yang mana terlepas pepandai la klik kat Labuan punyer entry eh. Kalau malas tak dapat nak tolong ar..

Ni tempat kegemaran aku kat Labuan, Pasar Besar Labuan uolls~ Ntah kenapa aku memang suka pegi pasar walaupun tak membeli..ha..ha..ha..rasa teruja giler ntah hap-hape. Kerlas uolls Pasar Besar Labuan dalam UTC, korang hado?? Takdo khenn..sini hado.

UTC Labuan

UTC Labuan yang lebih dikenali sebagai Pasar Besar Labuan, ade bahagian basah kering dan buah-buahan. Apa yang aku boleh katakan Pasar Besar Labuan ni besar dan bersih! Serius bersih dan takde bau busuk pun!

Tak caya?? Percayalahhhh~

tengok lantai.

Buah Mentega, kenal tak?

org kedai tu cakap adik beradik todak..tapi aku lupa dah nama dia.

Yu yu yu..bukan yuyu tuh la.

Pari masak asam pedas.

Ikan hape nie? Tuna ke? Korang kenal tak?

Tak kenal jugak..ha..ha..ha..

500 gram baru RM7.50 okeh!

Setiap bahagian basah kering tu semua bersebelahan je pun sebab tu nampak UTC Labuan ni besar. Tingkat atas adalah tempat bershopping gelang baju bajan kerongsang tuh.

Actually Pasar Besar Labuan ni dikire baru lagi. Tahun lepas aku pegi baru separuh siap, tahun ni tengok dah siap bersih dan besar. Atas penuh aircond, pengudaraan pun agak smart. Sebab tu tak berbau kot pasar nie.

Cuma kecewa time ni sebab sotong takdeeee...bukan musim orang pasar cakap! Huwaa..terlepas nak buat sotong telur asin! Kemahin cita-cita nak buat sotong telur asin sebab sana murah last-last asyik makan yang mak mertua masak jek! Masak pun tidak makan je lebihhh..ha..ha..ha..menantu hantu betul~

Monday, December 21, 2015

Kidzania KL : Dunia Keriangan Alam Perkerjaan Kanak-Kanak! Tapi....Hmmmm....


Ha baru nak update cerita pasal Kidzania. Punyer la lama..uhuks..sambungan dari Talk Positive Parenting tu kami berkesempatan explore Kidzania sampai tutup! Kepenatan aku dengan Eady nak tunggu budak-budak ni penat..ya allah hazabaedah betul dari pukul 10 pagi sampai 10 malam baru sampai rumah..memang duduk dalam Kidzania je seharian!

Tapi nak cakap masuk kat sini TERsangat best buat budak umur 6 tahun keatas jek! Sangat best sampai ade jugak banyak tempat tak dapat cuba. Berrrrrr..nak datang lagi kene pikir 40 kali kot! Hek kenapa?Kenapa? Haaa tunggu laaaaa entry ni sampai habis!~

Sebelum anak hilang ntah kemana-mana marilah kita bergambar dulu.

Map Kidzania 

Tapi tak berguna map ni sebab anak main ikut suka hati dia orang je nak singgah atau lalu kat mana. Tak paham Kidzania ni macam mane? Dia ala-ala kedai-kedai berkaca tapi dalam tu anak-anak je boleh masuk, mak bapak kene duduk dilaluan luar atau duduk la kat cafe-cafe yang hade~

Kat dalam ni tak payah risau anak hilang sebab sorang satu anak akan dipakaikan gelang yang berkod! Kod anak-anak mesti sama dengan mak bapak. Means kalau nak bawak keluar anak, if dia scan kat tangan mak bapak tu tak sama siap la korangggg..ha...gitu punyer tahap keselamatan!

Eady punyer tak risau siap pegi tido kat kerusi yang tersorok sikit..ha..ha..ha...penat wehhhh dah la bangun pagi buta dah tu seharian takde buat ape kat dalam Kidzania nih..bagi mak bapak adalah sangat giler kot. Lenguh kaki sakit badan menunggu.

Apa pun, sebelum anak-anak kene bekerja kene pegi buka buku bank dulu kekonon nanti gaji yang dapat banyak-banyak tu boleh la di bank in kat bank. Kalau tak nak bank-in boleh la pegi bershopping sakan kat kedai cenderamata Kidzania tapi hmmmm..hmmm..hmmm..nanti la citer!

Sebelum tu meh la cuci mata tengok gambar anak-anak terbahagia di hari kejadian. Oh ye..gambar maha banyak okehhhhh...sebab biase la kala ujadi mak-mak ni semua tempat smeua benda berkenaan nak amik gambar! Ha..ha..ha..

Cimb Bank

Dah ade akaun bank baru boleh cari keje! Kat bawah ni antara kerja-kerja yang dapat gaji cash. Kat sana duit Kidzania dipanggil Kidzo.

Jadi posmen

Jadi buruh

Ha kerja la wahai buruh..kerja rajin rajin tau~

Pengutip surat kabar

Dalam Kidzania nie, semua pekerjaan bermula dengan anak berusia 4 tahun, sebab tu aku cakap adalah sangat best kalau anak dah besar-besar sikit pegi ke sini. Bawah 4 tahun tak paham sangat. Sebab tu adik mok duduk je dalam stroller tu, nasib baik adi mok ni jenis tak meragam walaupun boring. Dari pagi sampai ke malam langsung tak meragam sebab setiap mase setiap minit ade makanan kat tangan dia..senang keje mak ko nak~

Kat Kidzania ni yang best semua staff dia adalah budak-budak muda, berbahasa inggeris dan sangat-sangat friendly! Setiap masa setiap ceruk ade staff Kidzania untuk membantu anak-anak.

Doktor gigi

Dentist

DR. Sufiya Irdina Suhaidi

Ehh jadi buruh balik plak..lantak la malas nak susun dah.

Ade video ni nanti aku try upload.

Bomba paling comel. Ade vidoe jugak nanti la ye..

Pembeli dan penjaga kaunter.

Gambar terakhir sebelum balik dan sebelum semua orang pengsan dalam kete sebab kepenatan. Adik mok pun tak tau penat! Seharian dia tak tido tau harituh~

Overall anak-anak dapat duit Kidzo sebanyak 200 ringgit lebih kalo tak silap, lepas tu ade pasangan cina bagi kami lagi 40 Kidzo plak..he..he..he..rezeki adik mok! Dengan duit tu dapat la rembat 1 spek hitam kanak-kanak yang ade UV protection dan spek tu skrg kepunyaan adik mok!

kemahinn malam buta pun pakai spek!

Tapi kecewa jugak la sebab barangan cenderamata yang anak-anak kene tebus adalah sangat mahal. Phieww keje dapat belas ringgit je tapi barangan yang nak kene tebus atau beli berharga ratus ringgit (lebih kurang point la..kalau tak tebus boleh simpan dalam Cimb Bank tu, nanti nextime datang balik boleh guna duit simpanan tu..gitu konsep nyer..tapi..emmm...hmmm...)

Tu antara yang tak best dan yang terpaling tak best berkenaan Kidzania nie adalah..hmmm..

Bagi aku, perkara yang paling membuat mak bapak TERPALING PENING SAMPAI NAK PITAM adalah harga makan! Ya allah kenapakah harga makan TERMAHAL kat sini. Bayangkan nasi lemak bodoh-bodoh yang kat luar biase RM1.00 atau RM1.20 kat Kidzania ni jadi RM5.60! Bayangkan kalau kami berlima ni beli? Makan nasi lemak je dah berapa?? Air lagi?? Hotdog sampai 5 hengget?? Sepinggan nasi letak sayur, ayam goreng kuah RM17?? 

Tak termasuk air tau RM17 ni! Nangis-nangis la ko makan dengan pinggan polistren tuh.Errmm...memang mahal sangat mahal dan termahal! Kalau mamak kat genting pun tak semahal ni tau! Memang giler arr..nasib baik waktu tu aku bawak makan sikit-sikit jadi takde la terasa sangat walaupun makan tengahari terasa teramat sangat!  Tak terjangkau dek akal aku nasi lemak sampai 5 hengget lebih?? Nasi putih letak ayam goreng letak sayur sikit RM17? Hmmmm... Y_______Y

Ade satu parent tu nampak bergaya sangat pun komplen apatah aku lagi yang marhean nie..perghh..abg tu dengan jam rolex dia dengan kasut mahal dia pun cakap "kiter kene makan dengan surat kabar sekali ni sebab mahal sangat ni..!" hahaha..gelak gelak nangis la ko kat situ kalau tak bawak bekal.

Cadangan aku pada Kidzania la kan (bajet orang Kidzania baca la kan entry ko nie kan..hek~) mungkin boleh kurangkan harga makanan tu sebab makanan pun biase-biase jek..setakat samosa kecik 3 ketul RM6, nasi lemak kecik RM5 lebih agak melampau pada parent yang ade anak lebih dari 2 orang. Dengan harga tiket Kidzania yang bagi aku agak mahal tapi sangat berbaloi takde salah nyer kalau kurangkan harga makanan. Lagi pun anak-anak nak membesar ni kuat makan dan kuat minum tau! Nak datang lagi? Hmmmm..kene pikir panjang la kot, tapi kalau orang jemput ke sini lagi tak pikir panjang dah datang terus..ha..ha..ha..sebab Kidzania ni best giler weyyy...

Korang kalau nak pegi Kidzania boleh aje tapi bawak la bekal siap-siap! Ehhh aku tak tau bekal boleh bawak ke tak..ha..ha..ha..sebab haritu aku ade event so lepas la bawak makan. Alah biskut je kot dgn air masak. Aku takde la cakap Kidzania ni tak best, best woiiii best giler kalau tak takkan aku melepak mereput kat situ sampai Kidzania nak tutup dah! Anak-anak lah yang paling happy kat sini dihari kejadian ;)

Harga tiket boleh semak kat sini, boleh beli online atau pun walk-in (biase walk-in ade discount pemegang kad bank tertentu, boleh check kat sini) . 


Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

T 1 300 88 KIDZ (5439) / +603 2203 9666 – Outside Malaysia
F + 603 7839 9488
E contact@kidzania.com.my

Boleh pun upload video!

video

video


Berkerja bersungguh-sungguh la anak ku! Hehehe..video jadi bomba je tak lepas nak hapload! Tapi yang ade pun cukup la kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang