thumbnail

Friday, January 29, 2016

Kehadapan...


Hari kelmarin aku dengan ibu-ibu taska duk tergelak-gelak baca ade surat cinta terjatuh dalam bilik salin lelaki..biler tanye dah tentu la sorg pun tak mengaku.

Tertulis "Kehadapan Sofea yang saya sukai.. saya amat menyukai awak sofea.." ada lagi panjang tak ingatlah pulak aku apa lagi yang tertulis, aku sekadar baca je la takde la bajet untuk anak aku. 1 sebab ejaan nama pun dah tentu lah bukan sebab nama dia ialah Sofea bukan SUFIYA, 2 sebab kat taska tu ramai nama Sofea.

Sekali semalam Syahmi cerita kat aku yang surat tu sebenar nyer untuk kakak! Hahaha..tergelak la aku tapi muka Eady berubah..eheemm..muka dia kalau dah lain aku tau la makne nyer ape, makne nyer dia tak suka. Aku anggap benda ni sekadar main-main jek tapi bagi Eady biase la anak dia kan, marah la dia lagipun dia cakap kakak baru darjah 1. Kamonnn bangg..main-main je kot..he..he..he..sepanjang jalan dalam kete dia tak nak dengar psl nie. Ok fine~

Mati aku kalau Syahmi tau aku letak gambar nie..ha..ha..ha..dia tak nak aku tunjuk orang gambar dia takde gigi..matilanak~

Later kalau ade surat tu lagi kat taska aku snap kan gambar okey! Cuma teringat mase ade budak perempuan bagi Syahmi no telefon mak ayah dia..hahaha..ade ke minta mama Syahmi call mama dia nak suruh bagitau yang dia suka Syahmi?? Ohmmmmmmggeeee...~

Nasib baiklah Sufiya ni pesyen gangster melebihi budak jantan..ade ke dia pegi cakap kat budak tu "saya tak suka awak pegi suka kat orang lain!!" hahaha..so sebijik macam mama ko laaaaa...tak reti nak caover perasaan orang..huhu..jujur sangat tuh nak~

Syahmi bagitau aku yang surat tu kakak budak tu yang tuliskan, si adik cakap si kakak tulis kan..so sweet..keh..keh..keh..

Haishhh..terus terasa tua mama korang ni biler anak dah start masuk alam sekolah nie. Jenuh nak adjust sana sini nak betulkan timing nak balancekan diri. Penat kot anak sekolah ni kan korang? Terkejar-kejar rase nyer macam tak cukup waktu.

Tu belum kire yang paling kecik asyik buat perangai sekarang nie, dah pandai tak nak pegi taska. Sibuk cakap "nak mama..nak mama..." padahal kat umah tak peduli pun dengan aku sebab dia kan manja maktok, sikit sikit mak tok sikit sikit maktok..aku kat umah tak laku okey dengan dia T_____________T

Budak terlebih bijak nie!

Tadi baru jumpe ustaz minta air penawar, ntah kenapa sejak pindah kelas ni asal nampak pintu taska je start meraung padahal dia la terpaling susah nak menangis..hmm...hmmm..harap lepas ni ok je lah.

So selamat bercuti panjang korang..ehh panjang ke? Aku macam biase setia di office ;)

12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Aduhai anak..anak... betul-betul zaman ini budak cepat cerdik/matang dalam hal-hal begini. Cuma nasib budak tu kurang baik tersuka kat budak tegas macam Sufiya haha...tertunduk agaknya bila Sufiya cakap macam tu:)

Ala.. en eady tak perlu bimbanglah Sufiya ni bukan tak tahu macamana.

Nurzakiah Hanum said...

happy family

Siti Rohaida Yusof said...

haishh..budak sekarang pandai benau!!

Nurhidayu said...

sufiya dah ada peminattttt

eima said...

amboi kecik2 dah gatai .. klu aku pun berubah muka kot ... huhu
biasa mak over protective ni

Jueliza Jamani said...

Alaaa benda kecik jer eady toksah la emo sgt aihhh..

aizamia3 said...

hehehe.. comel je situasi dak Sufiya tu..
psstt: Syahmi, mama awak letak gambar awak takde gigi dalam entry blog ler.. ;)
dak tecik tu memang buat kite geram tengoknya.. ;)
Moga takde apa2 yang mengganggu di taska hendakNYA.

Cik Kumbang said...

tergelak je baca entry ni
aduiiii

sabor aje la (^_^)

Qhaifa Nur said...

Tu la dia bdk2 skrg..kelakar oun ada

Aziela said...

Tak lama lagi dapat menantu, nok..

hainom OKje said...

Hihi....cepat betul budak budak sekarang baligh ye Izwa...Sufiya comel mestilah ramai peminat, kan Sufiya....

Kira Sakura said...

anak2 mama abah ensem cantik2 tu yang ramai peminat hihihihi. macam2 peel dorang ni. kecik2 dah pandai nak suka2 tapi takleh nak kata gak. pengaruh tv kuat sangat. mcm cite doraemon tu tgk si nobita kecik2 lagi dah gatai nak kawen dgn sizuka tu. padahal cite katun tuuuuuu untuk tontonan budak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang