Hah sapa-sapa mak malas masak tapi teringin nak masak sedap meh ikut resepi aku..keh..keh..keh..mak mak rajin takyah follow sangat la resepi aku nie. Aku ni mane reti masak sedap-sedap wey..takat lepas perut tekak Eady dengan anak-anak jek, nak bagi orang lain makan atau rase memang tak berani la..serammmms sangat :D
Resepi goreng Makaroni biase-biase je boleh la nak share...khenn..resepi lain tu kire lain kali la..ha.ha..ha..
Mac & Cheese
Bahan asas :
> Macaroni, hotdog cheese, sos prego asli, daging hancur, telur 2 biji.
> Tumbuk bawang merah, bawang putih & ikan bilis sikit
> Cili boh sesudu dua
Cara masak :
1. Goreng hotdog tu kecik-kecik (potong ikut suka la nak serong ke nak bulat ke)
2. Sambil goreng tu boleh la rebus makaroni tu (letak minyak masak & garam sikit dalam air rebusan)
3. Tumis bawang putih merah ikan bilis yang dah ditumbuk tadi, dah naik bau masukkan cili boh sesudu dua tu tadi. Tumis sampai masak cili tu.
4. Masukkan daging hancur (ikut suka nak banyak ke sikit ke, aku suka pakai banyak-banyak daging hancur) tumis sampai daging tu masak.
5. Masukkan sos prego 1 tin sedang macam kat gambar tu..tumis sampai meletup-letup, masukkan air rebusan makaroni tu 2 senduk besar (nak bagi sedap sikit sos)
6. Dah sebati masukkan makaroni tadi, dengan hotdog yang dah digoreng tu.
7. Gaul-gaul sampai sebati pecahkan telur 2 biji. Gaul dah sebati tutup lah api tuh~
8. Ohye, garam aku masukkan last sekali! Sebab mase dah pecah telur la sebenar nyer boleh tau ape rase dia..masin ke tawar ke.
Nah ni la hasil nyer!
Sedap tak sedap pagi tadi Syahmi makan 2 mangkuk sebelum pegi sekolah! Dia dengan Sufiya kalau aku masak makaroni goreng ni makan banyak macam makan nasi laaaaaaa~ takyah makan benda lain pun takpe, asyik la ulang-ulang.
Pagi tadi bagi Eady bekal ni sekali, bagi banyak gilerrr kekonon untuk pagi dan tengahari sekali...alih-alih dia whatsappa cakap " sori la abang terpaksa abiskan makaroni ni semua...tak cukup.." uhuks..koranggggg makaroni pack besar okeyyy aku beli pun tak cukup T__T Bukan sedap sangat, mungkin sebab jaga hati aku kot..keh..keh..keh..
Mana mak-mak yang tak sempat rebus pagi, sila la rebus makaroni ni malam tau, sebelum simpan gaul dulu dengan minyak masak supaya dia tak melekat-lekat. Petua ni aku minta dari akak yang juga kawan aku kat FB tu, dia mentor aku bab bekal anak nie :)
Oh ye lagi, masak yang ni lagi express dari resepi aku yang dulu tuh!! Yang dulu tu siap ade cheese keping la ade susu cair la..kali ni tak payah dah semua tu..nak cepat tapi sedap kan nahhhhh sila cuba resepi nie!
Selamat mencuba korang~
26 comments:
Sedap and simple..
Boleh try nie.. tq share resepi..
Habis sbb sedap sgt lettew ☺
sedap tu....
sedapnyaaaaaaa... faveret anak-anak jugak ni...
ok masuk dlm list.. hotdog cheese tu kene cari yg xde cheese kot..hihi..
tenkiu makcik!
Harus cuba ni.. aku pun suka yg express2 je sebab aku x suka masak..
Sedapnya. Lama tak makan macaroni :)
yummy...naseb baek dah selamat makan tengah hari...hehehehe....
sedap ni, nanti nak cubalah, thanks sis
ok boleh try! tq!
hampir sama ngan resepi aku cuma aku tak letak telur
utk sayur plak aku letak ... capsium 2 kaler dan karot dadu halus ....
aku dadu bawang putih dan holland ....
nanti boleh letak telur plak
selalunya kalau makaroni saya masak macam goreng mee tu je..tekak melayu la katakan..ahha
ya lah nanti aku try!
kot laaa nk bagi ida semangkuk dua buat rasa! hihihi
Sedap la tuh kak kalau nantu mommy makan smp 2mangkuk..hahahaha..dh lama xmasak2 nie..cuti smp pas abis pantang..heheh..
As-salam izwa..
nampak pun dah sedap.. telan2 liur akak dibuatnya.. in sya ALLAH.. kalau rajin nanti bolehlah akak try juga.. TQ izwa :)
Bagus ada mak macam ni rajin ke dapur masak pagi2 utk anak2 pi school...bak mai semangkuk kak izwa hahahha sedappppppppppppp tu
nampak sedap.
saya selama hidup, belum penah masak menatang ni...haha
fakta tu, bukan auta
semalam baru je buat. tapi tak buh sosej dengan telur tu. suami tak kasi makan sosej banyak2 sobssss
eh lieya suke versi ni wa..senang dan mudah...mmg leh masuk list bento budak2 ni lah....tq2 share resepi mudah lagi ringkas nieh...
Lama tak goreng macaroni....teringinlah pulak mak Izwa.
Makan bertambah tak menghingat tu maksudnya sedap sangatlah tu..
lama tak masak macaroni...skrg malas nak rebus tuu..hahahah
simpan resepi utk hari kemudian....hehehe
Nk cuba la
▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
Sedapnye..bleh try ni.
Share resepi ye...thanks
Post a Comment