thumbnail

Saturday, January 30, 2016

Sabtu Pun Update?


Free pulak nak update hari ni walaupun tahu tak ramai yang baca ;) tapi takpe blog sendiri so syok sendiri pun okey jek..kekekeke..

Harini macam hari minggu biase, tetap OT. Nak duduk rumah pun sama jugak kot budak-budak ni bukan diam pun, jadi bawak la datang office sekali buat teman. Dia orang dah paham sangat kalau mama kerja sorang pun tak boleh kacau. Yang penting bagi makan cukup (OT pun bawak bekal okey) bagi sorang 1 buku kerja sekolah (buku latih tubi) cukup time baru boleh main/tengok Ipad. 

Adik mok tu tak tido ok, so jangan nak kecam sangat anak tido kat bawah.

Adik mok biase tido dalam stroller atau kat tempat lebih selesa dari tu ;) ini main snap je waktu budak-budak ni tengah bertenang. Kat office ni ade meja bincang, meja tu tempat dia orang buat kerja latih tubi tu. Petang abis OT bawak pegi main taman kat Titiwangsa pulak. So win-win situation. Kalau duduk rumah tak dapat pegi taman sebab taman bapak jauh dari rumah. ;) dari office tak sampai 10 minit jek.

Main sama-sama pun senang nak control biler duduk kat situ.

Pantau dari balik fail menimbun ;)

Kat taman la belanje ais krim ke whatsoever untuk dia orang pulak. Hidup kat bandar semua nak kene balance, hidup..keluarga..anak-anak..yang penting diri sendiri paling terakhir sekali. Sobs~ Letih? tu biase dah..dah lali kot. Sampai rase tak letih pun ade. 

Boleh je tak nak OT tapi biler datang kerja kene lebih struggle dari biase lah. So malas, hari minggu sedap sikit buat keje takde gangguan..takde peminjam datang, takde gangguan panggilan telefon dari peminjam ;) mase bertenang ni la boleh setelkan fail beratus-ratus nie.

9 comments:

Aziela said...

Dan boleh lebih fokus.

Akk pun rajin plak update hari sabtu lately....

Qhaifa Nur said...

Baiknya diaorang...
Lps ni mama belanja ais kerim tau..

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

QasehnyaRania said...

sabtu pon boleh kakk nk update. kikiki
alhamdulillah kan semuanya terhibur. walaupon kena teman ibu ke ofis..

hainom OKje said...

Mmg pun. Kerja masa cuti mmg best. Tenang gitu. Anak anak Izwa dengar kata, rajin pulak tu, so mmg tak de masalahlah nak lepak ofis mama pun kan

ujie othman said...

Bagusnya anak2 Izwa! Mmg patut bg reward.

Inani Hazwani said...

Behave nyaa anak anak syurga ni :)

Kakzakie Purvit said...

Kalau yg sulung boleh behave adik-adik mesti ikut
Bagus dpt pantau depan mata.

Kira Sakura said...

dorang paham mama hihihi sonok jugak ada OT selain boleh tambah duit, kerja pun boleh siap. sini takde OT huuuuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang