thumbnail

Tuesday, January 12, 2016

Sampai Bila Nak Jadi Syaitan Dunia?


Penat kot donia zaman sekarang nie..sana sini bergaduh sana sini sindir menyindir sana sini asyik nak sakit hati sendiri sana sini nak sakit jiwa dah kenapa? Perlu ke masalah nyer...haih laaa korang..dunia ni makin tenat dah kot, makin dah nak kiamat ni semua berlumba-lumba nak jadi hantu kat dunia.

Tegur sikit marah, cakap sikit sentap tapi biler diri sendiri buat orang ehh boleh pulak? Hmmm...rupe nyer susah zaman teknologi ni ye. Semua nak jadi yang "bagus-bagus" sangat sampai ehh lantak la orang lain. Errmmm...rindu nyer zaman dulu yang mana mase tu takde istilah hasad dengki busuk hati jahat mulut..takde zaman viral viral bagai nie..tak penat ke dengan dosa sambung menyambung? Dah la pahala pun berapa kerat jek..

Tak boleh ke duduk tenangkan diri, tenangkan jiwa buat keje sendiri tanpa perlu ade perasaan yang tak enak tu? Ehh..cepat sangat nak melompat bersilat berparang bagai kat medan sosial tu. Sudah-sudah la kot..tak berkesudahan kisah yang benar tapi dijalan yang salah. Sampai bila pun tetap salah tak menghalalkan cara pun. Simpan-simpan la gunung-ganang tu..(eh??)

Semak pulak rase nyer sehari dua nie. Sana sini pun nak bersuara menegak kan ape pun aku tak tau. Padan la Eady banyak kali bising dengan aku pasal medan sosial ni tapi biase la aku mane boleh buang medan sosial dari hidup aku sebab aku masih lagi terikat dengan job blog yang tak seberapa nie.

Dah la korang..cuba step back sekejap tengok diri tu sendiri kat mana salah? Aku pun banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat salah, banyakkkkkkkkkkkkk lagi benda tak betul kat diri nie sebab tu sekarang aku dah kurangkan berkawan dengan orang-orang yang tak berkenaan yang mendatangkan keburukkan dalam hati aku sendiri (nampak tak aku yang buruk sebenar nyer? sebab tu aku yang jauhkan diri dari orang, aku tak cakap korang buruk tapi aku cakap diri aku sendiri yang buruk). Aku sendiri yang tarik diri dari orang sebab aku serik. Serius serik sangat dengan permainan duniawi nie. Yang tinggal kawan-kawan yang ade nie je, itu pun kawan-kawan yang aku selalu bagi aku aura positif dan semangat juga yang selalu bagi aku nasihat ke syurga. Aku bukan alim, jauh sekali ustazah tapi aku tau kat mana baik nyer kat mana buruk nyer. 

Aku nak hidup tenang-tenang, tua dengan Eady, bergembira dengan anak-anak, doa selalu untuk mak abah ibu abah..ye fokus aku sekarang ni lebih kepada keluarga sendiri. Fokus pada kerja, tenangkan hati tenangkan jiwa. 

Takkan selama-lama nyer nak jadi syaitan dunia? Perasaan hasad, perasaan dengki, perasaan benci tak bawak diri tu kemana-mana kecuali ke NERAKA je.

13 comments:

Zaza Abdul Latif said...

adoi.. aku pun kawan ko yang bakal di buang jauh2 lah kot..
sabar lah dik.. apa yang baik dijadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.. nampak tak Doktor falsafah dah bagi nasihat!! haha

Fiza Rahman said...

People nowadays.

Inani Hazwani said...

Kaaan macam macam sekarang ni. Tak pe lah kak, kita doa yang baik moga2 yang datang dekat kita dan sekeliling kita yang baik baik juga. Allahumma amin :)

Akak Kembang said...

Jngan difikirkan kisah org lain memang menyakitkan...yg penting kita bahagia selagi bahagia...hehehehe

Kak Nieyl said...

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Biar lantak p la depa kak..
kita dengan hidup kita jaa..:)

Nurzakiah Hanum said...

susah kan

Daus Redscarz said...

Sabo-sabo... dunia mmg dah makin tenat..

safurara said...

kdg2 sampai mls nk layan, jdkan ianya sebgai hiburan je kak.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Abaikan aje jika yang pelik-pelik tu.

Kira Sakura said...

kadang memang rasa macam penat dengan dunia ni. bukak pesbuk pun bila bosan dekat office je. balik rumah, time cuti. ngadap laki, ngadap anak, ngadap kerja2 rumah. lagi best.

hainom OKje said...

Apa kisahnya ni Izwa....
Alah chill jer lah...sepatah kata artis, nak jaga hati semua org bukan senang so buatlah apa kita rasa patut dan tidak melanggar batas sebagai hambanya.

Osman raheem said...


I am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information

Your Full Details:
Full Name :………
Country :………….
state:………….
Sex :………….
Address............
Tel :………….
Occupation :……..
Amount Required :…………
Purpose of the Loan :……..
Loan Duration :…………
Phone Number :………
Mobile Number: +919910768937
Contact Email osmanloanserves@gmail.com

Ashwin S said...

Thank you so much... your blog is giving very useful knowledge for all.i didn’t have the knowledge in this now i get an idea about this..
thks a lot:-)To know more credit card to cash

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang