thumbnail

Monday, February 29, 2016

5 THINGS I HATE MOST | 5 BENDA YANG PALING AKU BENCI



Tag dari Dak Nieyl yang tak jemu-jemu singgah sini siang malam ribut taufan..hihii..muahciked dik~



RULES: 

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.  


Okey lah meh la aku share apa 5 benda yang paling aku benci.


1.Benci sangat binatang/serangga yang kecil : ha yang ni sama dengan dak Nieyl tu. Sumpah aku geli plus benci dengan binatang kecik lembik bluerkk nak sebut pun nak muntah! Lipan lintah CACING ular ulat kecik-kecik macam ulat sampah ke hape ke memang..aaaaa....geli nak mati! Siapa main-main nak bagi atau nak baling kat aku, aku sanggup buka kasut baling kat orang tu atau pun aku akan marah-semarah nyer sampai tak bercakap dah dengan orang berkenaan. Jangan memain. Aku tak suka sangat. Benci giler. Trauma.

2.Benci orang yang tak reti ucapkan maaf atau pun terima kasih. : Helloo..susah sangat ke nak ucapkan terima kasih atau maaf? Tak belajar adab ke? Heh? Kau tahu tak..dengan ucapkan terima kasih atau maaf kat makcik cleaner sekali pun tak mampu menjatuhkan ego atau maruah kau lah! Yang takde maruah tu ialah kau yang tak reti say TQ or SORI.

3.Benci pada orang suka mencarut/cakap kotorAlah..kalau jumpe orang macam ni aku rase nak lempang jek tapi biase aku angkat kaki blah! Melucah la kau sensorang kat situ. He..he..he..

4.Benci sangat orang makan berbunyi! : Hallaaa please la..benca ni common kot. Takde sape nak dengar kau mengunyah berbunyi-bunyi tahap macam nak mintak sodok mulut kau tu dengan sudu! Haish...aku benda-benda macam ni la ajar anak. Sapa makan mulut berbunyi meh sini mama lempang. Serius cannot brain la dengan orang makan berbunyi-bunyi ni siap bercakap mulut penuh..huarghh..rase nak pindah meja jek sebab hilang selera lah..

5.Bila tudung tak menjadi dari waktu pagi : Ha..ha..ha..sama lagi dengan dak Nieyl! Serius wehh..kalau dulu siap rase nak balik rumah tukar tudung. Mood pun rase spoil jek setiap hari. Kalau dulu okey lagi sebab tak jumpe peminjam tapi sekarang ni agak stress sebab kerja aku adalah jumpe peminjam dan ade duty jaga kaunter.

Alaaa..5 je ke? Ha..ha..ha..last sebelum habis..kalau dulu aku PALING BENCI pada diri sendiri kalau lapar tak makan seharian! Time tu rase semua benda diamukan (Eady pun dah tau sangat dah) ha..ha..ha..kalau dulu asal nak amukan je orang tu ajak pegi makan, tapi disebabkan sekarang ni dah tua malas dah mengamuk kene pulak Eady duty tak bleh tinggal kerja maka paling tidak pun duk wasap 80 juta kali kat Eady.."abg b lapar..b lapar..b lapar..b lapar.." pastu dia read je malas nak layan bini senget dia nie..kekeke...~

Ala tak tau nak tag sape. Aci tak Nieyl? Ampunnnnn ;)

11 comments:

Kak Nieyl said...

yeay....thanks kak wa...sporting..
akk pun sama x kira ribut taufan...rajin singgah gak..:)
nieyl tadi pun tgh seronok taip..eh...5 je??haha...nak tulis lelebih pulak..haha

ain.ya.nun. said...

Bab tudung tak menjadi tu, memang boleh spoil mood sampai ke petang.

che mid said...

Teringat anak Che Mid si Faris.. binatang exotic macam ular, spider ke ok jek.. iguana pun suka. siap bela lagi..tapi bila nampak lipas mencicit menjerit minta tolong abahnya.. ha ha..pelik tapi benar..

Daddy Ziyyad said...

Matiklah org kalau makan keropok garing nak mengunyah dengan awak Izwa oiii....hahahahha

Nabila Syifa said...

sy x suka org makan berbunyi..haha

Qhaifa Nur said...

Bila tudung x menjadi waktu pg...paling x suka haaa

el said...

sbb tu iols suka pakai shawl..hahaha

Inani Hazwani said...

Nombor lima tu haihhh memang lah. Boleh rosak mood satu hari. Hahahaha

hainom OKje said...

Barulah tau ko mmg garang Izwa hihi....

adianiez AIDA said...

no 4 tu, kita serupa.
sakit tinga kita mendgr nyer!

Kira Sakura said...

Semua diatas tu kita sama kak hahahahaha.mmg pling benci org makan bunyi2 ni. Adik selalu kena "ko xboleh makan senyap2 ke??????"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang