thumbnail

Friday, February 12, 2016

Butik Berkonsepkan 3 In 1 Hanya di IkeS Vendor Boutique!


IkeS Vendor Boutique lain dari yang lain! Kenapa aku cakap lain? Ha teruskan baca dengan bersungguh-sungguh okey~


1st sekali IkeS Vendor Boutique ini diusahakan oleh adik-beradik yang nama pengkalan nyer semua IKE (unik kan? oh ye cuma yang sulung je nama Aike..hihii..). Pendek kata butik ini berkonsepkan keluarga. Actually IkeS Vendor Boutique ni baru sangat lagi bertapak di medan perniagaan dan vendor.

Terciptanya IkeS Vendor Boutique ni adalah dari inspirasi arwah emak mereka yang suka sangat berniaga (al-fatihah~). Jadi berbekalkan semangat yang ade juga minat yang mendalam dalam bidang ini yang membuatkan mereka berani mengambil melangkah dan membuka butik yang berkonsepkan lain dari yang lain. 

Ike's Family :) gambar credit to Safurara.com

IkeS Vendor Boutique berkonsepkan 3 in 1 iaitu Butik Cafe, Mini Library & Event Space

layan coffee sambil baca buku cara gak kan?

Butik Cafe & Mini Library - sangat best okeyyy sambil layan coffee sambil sembang-sembang korang boleh jugak baca buku secara santai dalam masa yang sama boleh cuci mata okey! Eh ini bukan library yang kene duduk diam-diam tak bleh berbunyi tau..ha..ha..ha..ini boleh jek sembang-sembang chill chill~ ;) Kat IkeS Vendor Boutique ni jugak semua barangan ada dijual dari sekecik baby punyer sampai la barangan mak ayah~ Best..semua di satu tempat jek! 

Antara barangan yang di-vendor-kan kat sini ;)

Pada sapa-sapa yang nak vendorkan barang kat butik IkeS ni adalah sangat-sangat dialukan! Harga pun lebih dari mampu sangat. Semurah RM50 hingga ke RM150 mengikut produk~ lagi-lagi pada sesiapa yang ade produk homemade lagilah dipersilakan sebab nyer IkeS Vendor Boutique ni sangat berkonsepkan family so homemade adalah sangat sesuai diperkenalkan melalui IkeS Vendor Boutique~

Birthday Event

Event Space - kalau nak buat birthday event atau apa saja mini event boleh jugak book space kat IkeS Vendor Boutique! Sewaan event space ni termasuk projektor, whiteboard, power extansion, mini pantry, air conditioner dan yang paling penting kat sini tak payah risau bab bilik air dan surau! Hah..ade dan wajib disediakan kot~ Kata tempat family berkumpul haruslah buat butik macam rumah kita jugak kan? Gitulah konsep istimewa yang disediakan oleh IkeS Vendor Boutique nie~ Best kannnnnn? Semua benda tak payah nak risau dah!

Study Group

Harga untuk sewaan Event Space pun sangat-sangat berpatutan, dari RM50 untuk 1 jam dan minimum adalah 3 jam tau. Kalau-kalau nak sewa 1 hari (8 jam) boleh dapat diskaun lagi tau. Best best best.. ;) dah la semua fasilitis ade pastu ade diskaun plak~ Apa yang penting book awal tau jangan la esok nak buat event hari ni baru nak book! 

Panjang plak cerita lepas tu lupa nak bagitau IkeS Vendor Boutique ni kat mane..hiuhiuhiu~


IkeS Vendor Boutique berada di Nilai.
No.37A, Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka,
Putra Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, N9

E-mail : ikesboutique@gmail.com 
Call : 019-2401510

Tutup setiap Isnin. Buka 11 am- 9 pm.

16 comments:

Melissa Muklis said...

bestnyaaa tempat ni! sangat convenient! :D

el said...

teringin nak bukak butik cafe mcm ni
haii doa2kan lah ye amin

Norhayati Mohd Isa said...

Baguslah idea mereka ini idzwa..
Semoga terus suksess..

Falsya said...

bgsnye tmpt nie..mcm2 ada haaaa...xtertumpu pada satu bende..

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Bestnyaaa siap boleh baca buku sambil layan makanan lagi.. Nanti boleh terjah nanti

adianiez AIDA said...

wow terbaik.
moga diorang sukses!

Aziela said...

Wah, dekat Cempaka jer. Malam ni akak try terjah.

Kakzakie Purvit said...

Kalau betul-betul kakak percaya mereka boleh berjaya
Konsep yg ditonjolkan menarik.

safurara said...

terbaek~

wahida said...

mmg tgh in vendor butik mcm ni kan...banyak dah butik tumbuh bagaikan cendawan...
tapi yg ni lain sikit la..sbb boleh sewa space lagi...good!

Julia Johari said...

Wahh team adik beradik bukak butik terbaiklah....cantik2 tuuuu

LYAfrina said...

menarik..
esp tang tmpat lepak tu...seronok & selesa

Nurhidayu said...

Menarik

Zaza Abdul Latif said...

menarik gak kalau nak buat event or meeting kecik2

hainom OKje said...

Bestnya kalau ada butik sendiri mcm tu ek...

Kira Sakura said...

best best semua ada dalam satu tempat kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang