thumbnail

Monday, February 22, 2016

Sebab Isnin Kan!


Bangun! Bangun! Gosok mata tu..senaman ringan sikit! He..he..he..penat wehhh...keluar rumah dari pagi semalam pastu tengah malam baru masuk umah balik! Sambung pulak Syakirah buat perangai menangis tak tentu hala nak berdukung jek..take turn dengan Eady. Eady dukung dia pukul 12 tu sampai ntah pukul berapa lepas tu pukul 4 pagi dia buat perangai lagi! Nak tido atas paha mama..udah kene beriba pulak..sakit pinggang oiiii~

Takpelah asalkan masuk taska tadi tak nangis! Itu satu kelegaan buat aku dengan Eady~ Tak suka la hantar ke taska menangis sebab rasa menyusahkan ibu-ibu  taska pulak..hu..hu..hu..spoil mood orang pagi-pagi adelah tak syok okeyyy...mood aku pun tak syok kalau hantar anak menangis kat taska.

Uhhhh...panjang nyer mukhadimah. Semalam pagi ke Taman Sri Gombak (dari Cheras nie) sebab Syahmi Sufiya tusyen kat rumah cikgu, then ke kenduri kawin kat Nilai, balik ke Ampang singgah rumah kakak aku untuk mandi solat, lepas maghrib ke Kg Melayu Subang pulak sebab Syahmi & Eady pegi urut..abah aku bawak. Masuk rumah pukul 11.30 malam kot. Al fenattttt giler..pagi ni ade taklimat plak..waduuhhh..ngantuks!~ Ehh..tak ngantuk, tapi penat sikit.

So nak bagi mata korang segar meh la cuci mata dengan 3 budak sihat (syukur alhamdulillah~)






Nak caption ape kat gambar pun tak tau. Hu..hu..hu..yang penting senyuman dik mok dapat mengundang senyum kat muka nie ;) korang senyum jugak tak? ;)

Gambar dengan pengantin nan hado sebab kami sampai dah lepas pukul 2 then lepak-lepak tunggu pengantin berjalan kesana kemari salam-salam dengan orang lain. Kami sembang-sembang sampai pengantin nak gerak shoot outdoor, lepas pukul 4 baru gerak balik Cheras.

Oh ye..kenduri kat dalam masjid uolls! Seronok tau kenduri dalam masjid ni! Dah la tak payah pakai kasut, lantai sejuk, ade aircond lepas tu anak lepas bebas main kat perkarangan masjid tu..ehhh seronok giler okehhh...best best best.

 Okey, dah dah..jom kerja..jumaat nak cuti! Nak dating dengan tok laki..ehemmmm..

19 comments:

Kak Nieyl said...

Selamat pagi..morning kak...
memang nieyl tersenyum tgk gambar senyum keluarga kecik akk nie...
bestnya cutiiiiii.....
esok ngan lusa nieyl kena pegi kursus kat INTAN bukit kiara...
so,mood minggu nie kelaut je....

lieyalatif said...

betul sgt tu wa...tak suke jugak pagi2 anta anak nangis kat taska...spoil mood kan...tapi tu laa nak buat camne, mood budak2 ni tak diduga....

senyuman manis anak2 syurga..... suke tgk....penyeri kehidupan kite...

Zaza Abdul Latif said...

Aku tengok yang over dalam gambar2 atas tu si adik mok sorang yang comel tu.. dah kenapa ambik gambar muka gedix2 mcm tu? hahahhaa

Kakzakie Purvit said...

Betullah... siapa pun kalau tengok adik tak hilang stress memang tak peracayalah.. Ada aje keletah dia nak buat org senyum.

Kakcik Nur said...

Sejuk hati melihata senyuman anak=anak syurga dan semoga kesejukan itu berpanjangan hingga bila-bila...

Julia Johari said...

Yang tecik sekaliiiii tu kalu bergambar mesti juju automatik nak ketawa je hahhahaha...comel sgt2...bestttt la sis jadual padat je...

Eye_nee said...

Anak2 beb...sepanjang membesarkan mereka nak berakal penuh...mcm2 perangai tak terduga kita diujinya...tp bila lihat senyum dik mok ni...ilang semua rasa sakit pinggang ko kan...

Daddy Ziyyad said...

Aik, Syahmi pegi urut kenapa plak?

Inani Hazwani said...

Happy Working kak ! Wahh banyak tempat yang diterjah hujung minggu baru ni :)

Inani Hazwani said...

Happy Working kak ! Wahh banyak tempat yang diterjah hujung minggu baru ni :)

Norhayati Mohd Isa said...

Tengok gambar pun akak tumpang senyum Idzwa..
Monday yg blues kann..
Anak2 pun ikut sama nak ke tadika pun mood takde..

eima said...

aku mlas nk dtg kerja juga ..layankan juga sbb cuti sekolah bulan 3 ni cuti seminggu ..kena paksa rajin mai kerja jg ....

Akak Kembang said...

malas ni .... nak cuti lagi ...hehehehehe

wahida said...

si kecik ko tu sama perangai ngan anak aku si junior...cheeky sangattt...tu yang buat selalu rindu je kan...

Fiza Rahman said...

Penuh aktiviti weekend yerp. Dikmok penat sangat kot. Tu yg meragam ☺☺

hainom OKje said...

Dik Mok pandai betul posing depan kamera, siap ketawa mcm ada org buat kelako tau.

Mak baca pun mcm penat Izwa, mak yg tak kerja ni kalau mlm baru balik jalan esoknya mesti ngantuk.

el said...

geram hat kecik tu
meh sini nak kokak hahaha

adianiez AIDA said...

padat jadual!
yes betul betul betul.
kalau anta taska dgn tangisan, kita sedih.
takut plak nanti dia buat pe'el dgn cikgu kan.
hu hu hu...

Kira Sakura said...

Adik mok meragam sebab penat tapi takleh nak tido ke tu? Mcm kira bila dah penat sgt mmg xboleh nk tido huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang