thumbnail

Wednesday, February 03, 2016

Supplement Kami Sekeluarga


Entry semalam tu mane ade aku marah orang yang tanye tu la, tu pertanyaan random je tapi kalau dah selalu tanye aku kene terangkan jugak. Relax la korang..sayang korang kan ;) thanx.

Ni nak citer lagi pasal anak..ha..ha..ha..gelak dulu! >_< Udah macam blog parenting la pulak! Nak mengaku diri ni blogger parenting tu macam malu la pulak walaupun anak dah 3 orang sebab bagi aku nak jadi parent ni kene belajar sendiri, kene hadap sendiri, kene rase sendiri..kata nak mengaku "aku lah blogger parenting" rase macam tak gamak pulak. 

Lebih kurang macam travel blogger laaa...baru travel 2-3 negeri/negara tak yah la berani mengaku diri tu travel blogger melainkan kau memang fulltime travel 1 donia. Gitu. Ini pendapat aku okey..takyah nak kecam takyah nak terasa sangat~ Ok tutup bab ni sebab isu ni sangat sensitif ;)

Okey back to cerita sebenar yang nak disampaikan. 2-3 bulan nie aku selalu usha CALIPH SUPPLEMENT kat IG Fynn Jamal. Macam tertarik pulak nak bagi kat SyahmiSufiyaSyakirah

Tertarik dengan CALIPH SUPPLEMENT sebab ia nyer dari semua makanan sunnah.

Bukan nak bagi untuk apa pun cuma nak betulkan selera makan SyahmiSufiya je dan jugak nak bagi dia orang lebih cergas, sebab lately ni yang aku perasan la sejak Sufiya start sekolah dia cepat letih dan kurang selera makan! Sampai bergaduh-gaduh nak suruh makan, bergaduh-gaduh nak suruh abiskan makan. Dah jadi 1 keje pulak aku nak kene masak try & error nak tengok apa selera dia. Ade la 1 nasi goreng sotong yang biase aku buat tu memang kegemaran Sufiya sangat-sangat tapi daya ke ko hari-hari nak makan nasi goreng sotong?? Mau gout 1 rumah nanti! Ha..ha..ha..

Bab letih jangan cakap lah, orang baru 1st time masuk alam sekolah..nak buat kerja sekolah pun siap menangis dulu sebab dah penat dia tau nak tido jek! Haiisshh..so nak tak nak aku kene buat sesuatu. Bagi aku alam sekolah ni bukan waktu main-main macam taska, so kelmarin aku ade order CALIPH SUPPLEMENT kat IG & semalam 1st time bagi dia orang makan. Tengok la nanti macam mana hasil nyer ;) harap-harap berkesan lah~

Later aku nak try bagi G-KIDS pulak untuk dia orang. CALIPH SUPPLEMENT ni dalam bentuk air, G-KIDS pulak dalam bentuk gula-gula. G-KIDS ni nak order dengan kak Aleen tapi kene tunggu gaji bulan ni ;)

Dalam pada sibuk bagi supplement kat anak, aku pun ade jugak bedal ape ntah..aku pun tak tau sangat sebab orang kedai yang suggest kan nie..cakap bagus la elok la bla bla bla..so beli je la.

D'SUCI

Setakat ni dah nak habis 1 botol. Hasil nyer? Ntah...yang aku perasan aku lambat penat & lambat mengantuk je lah. Selera makan jangan la tanye! Tetap lah boleh telan gajah sekor..ha..ha..ha... Untuk Eady biase aku belikan BARAKA (google sendiri okeyyy..) pil dari habbatus sauda. 

Dah tua-tua nie (ehemmm..terpaksa mengaku tua..hahahaa..!) baru lah nak makan supplement untuk sihatkan badan jek, almaklum waktu anak-anak sekolah ni perlukan tenaga lebih dari biase, sebab badan aku bekerja dari 5 pagi sampai 11 malam. Giler takde tenaga sapa nak uruskan dia orang. Tu belum kira tenaga yang diperlukan kat office, tak kuasa la pulak aku nak jumpa peminjam dengan muka selenge! Ehh tau ke tak selenge tu ape? ;)

17 comments:

Julia Johari said...

Caliph tu Qaiser ilman guna sis, bagus lah, leh tgk beza dan sebelum dari segi kesihatan dia jarang nak demam dan selsema...rekemen

Norhayati Mohd Isa said...

Terima kasih Idzwa kenalkan suplement Qaliph tu..
Sebenarnya akak tengah mencari ni..
Anak-anak akak ni nampak sangat tak bertenaga..
Cikgu kata kekadang tertido dalam kelas..
Macam anak akak yg nak ambil UPSR tu..
Siang pagi petang sekolah..
Malam pulak gi tuisyen ..
Mahu tak tertido dlm kelas esoknya..

Siti Rohaida Yusof said...

ingat nak belikan anak akak caliph tu jugak..tapi dia kuat makan..kang makan caliph lgi la banyak makan...hehehe

babYpose said...

Assalamualaikum, baru ni cari dekat kedai, cuma nampak coklat pintar, nak cuba jugak la.

Nurzakiah Hanum said...

bagus amalan nie

lieyalatif said...

tu la izwa..skrang ni mcm2 supliment ade kan....nak tanak jek try...tapi ape2 pun make sure ade kelulusan kkm....

lieya pun bagi anak2 mkn suppliment tambahan....utk bagi mereka cerdas dlm pelajaran...ye laa mak pak mane tak mo anak berjayakan...selagi boleh usaha kite usahakan....selebihnye tawakal pada Allah taala....

safurara said...

hahahahaha bab niche blog tu mmg betol kak. sy pon x gamak nk ckp sy travel blogger, baru g oversea 2 3 kali, dh mengaku. maluuu wehhh! lain lah mcm ida baharum, #ehh. hehehe. ramai gak org pakai chalips ni. nak beli gak lah nt.

Kakzakie Purvit said...

Ramai yg consume supplement ini bagi testimoni yg baik. Harap-harap 3S buahati Izwa/eady pun mendapat kebaikannya. Bukan aje badan ceras/sihat tapi otak pintar/cerdas. Cuma adik mok tu kalau consume juga memang akan terlebih bijaklah hihi...

Kak Nieyl said...

kalau bukan ibu yang menjaga kesihatan anak² siapa lg kan...
begitu jugak suami...siapa lagi klu bukan isteri tercinta :)

Nurhidayu said...

Ok ye...mcm nak try juga la nanti

Mia Kassim said...

Dah abis sebotol caliph ni anak2 minum, sekarang dah masuk botol yg kedua. Ok lah nampak anak2 lebih bertenaga

eima said...

anak2 aku pun amik caliph ni ... harga aku dpt mmgt besh gile .. roger aku klu nk tau ... hehehe

Fiza Rahman said...

Bukan makpak jer kena makan suppliment. Anak2 pon sama gak. Menarik gak baca testimoni caliphs nih.

Qhaifa Nur said...

Ank2 pun ambil jus caliph ni..moga makin cerdik hendaknya..

Kira Sakura said...

nanti nak tunggu review akak pasal caliph tu pulak. tapi uwais kekal bertenaga je takut kang bagi supp lagi jadi lagi bertenaga matilamakkkk nak mengejar dia lagi hahahahaha

el said...

dah try bg caliph kat anak
ok jugak tp sekali tu je lah beli
xmmpu kot harga mahal sgt

aku la ni mkn jamu kencur homemade indon taw
wow superBBB kahkahkah kbai

adianiez AIDA said...

alhamdulillah. kesihatan mesti diutamakan.
tu la amanah Allah yg kita kena jaga kan ~ anak2.
anak2 aida teruskan qaseh junior setelah sekian lama.
tak tuko la kot, serasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang