thumbnail

Wednesday, February 10, 2016

Teguran Dari-NYA


Cuti 4 hari takde buat ape, habiskan mase dengan anak-anak jek..lagi-lagi terkena "masalah" yang agak hmmmm...hmmmm...jadi dia orang je penghibur hati aku ;) alhamdulillah, "masalah" tu pun orang tak berapa nak percaya walaupun tercalar jugak lah hati aku nie..

Penglipur lara dikala jiwa sedang terluka.

Penghibur hati aku.

Kebahagiaan aku.

Penenang jiwa aku walaupun selalunya dia tak bersuara ;)

Apa pun aku doakan orang tu dirahmati & dimaafkan oleh Yang Maha Pengampun, apa sekalipun niat dia terhadap aku, aku maafkan dunia akhirat. Aku anggap ini adalah dugaan kecil yang ALLAH SWT hantarkan pada aku untuk aku baiki lagi diri aku dimasa akan datang. Aku, manusia biase..terusik jugak dengan "benda" tu tapi sekarang aku mampu hadapi nyer dengan tenang.

Ramai berpihak pada aku dan ramai juga tahu aku ini sebagaimana orang nyer. Syukur alhamdulillah~ Aku paling jaga amanah (kerja) aku sekarang ni sebab dengan amanah ni la sedikit sebanyak aku dapat bagi 3 amanah lagi tu makan, dan kerap kali malah berulang kali aku diingatkan oleh abah aku supaya menjaga amanah ini sebaik mungkin selain menjaga solat yang paling wajib. Jadi, mana mungkin aku akan merosakkan benda yang aku suka?

26 comments:

Kakcik Nur said...

Apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Betapa Allah SWT menyayangi hambaNya. :)

Hanis Azla said...

As-salam izwa..

Semoga segalannya akan terus baik-baik saja buat izwa dan keluarga.. take care dik..

Julia Johari said...

Hai kak izwa tersayang, julia tetap doakan kawan2 julia dipermudahkan dalam handle masalah, dipermudahkan bahagia selalu...julia harap bila kita doakan kawan-kawan kita ni Allah timbal balas balik doa tu pada kita sekali...aminnn....

Raihanah Ahmad said...

hai izwah, semoga dipermudahkan urusan.

ujie othman said...

Bunyi mcm berat je masalah tu izwa. Tapi betullah..tiap yg jadi tu pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk atau beri kat kita. Keep strong!

Falsya said...

biasalah kak..itulah namanye lumrah kehidupan..mcm2 ragam perangai manusia nie..

Mrs Puex said...

just be strong, beauty!


Eye_nee said...

Ujian dan dugaan itulah membuatkan kita jadi lebih tabah..
keep strong beb...

mun said...

pastinya ada hikmah disetiap yg berlaku..

biar org buat kita..jgn kita membalasnya dah la kan..kan.. :)

Kak Nieyl said...

Janganlah bersedih wahai kakakku...
Percaya kepada-Nya,Sabar dan hadapi ujian ini dengan kekuat²nya..
Ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin kita tidak tahu..
Yakin bahawa Allah sentiasa bersamamu kak..

Kakzakie Purvit said...

Bila hati terbuka utk memaafkan ada sedikit kesembuhan atas apa yg tercalar
Percayalah malaikat Allah tak pernah leka

Inani Hazwani said...

Semoga akak kuat melalui ujian yang mendatang. Comel2 anak syurga :)

aizamia3 said...

Keluarga adalah kekuatan diri.. ;)
Moga Idzwa kuat dan tabah hendakNYA dengan dugaan yang diterima.

Yana MIB said...

sy pn klu ada mslh mmg nk tgk muka anak² je..senyuman dorg tu ya ampun penawar paling mujarab! chill kak! ^_^

Nooriah Abdullah said...

banyakkan bersabar ya idzwa insya Allah akan ada kemanisan nnt di ujungnya percaya lah

sudipVSsenduk said...

kerja itu tanggungjawab,
anak itu amanah &
sabar itu indah...

u go girl!

Akak Kembang said...

Apakah? Tp biasalah...ada org jenis takleh tgk kt bahagia...dia kurang kasih sayang tu

Nurhidayu said...

Moga dipermudahkan urusa

Aziela said...

Ikut juga terasa. I've been there. Let it be, Idzwa. Yg penting, kita percaya pada Allah. Betullah apa yg abah cakap tu. Jaga solat. Kalau tak diduga, manalah kita nak tau prestasi kita kan.

Qhaifa Nur said...

Ujian Allah berperingkat..
Moga di permudahkn

Fiza Rahman said...

La Tahzan. Apa pon dugaan yang datang. Itu tanda kasih dan peringatanNYA pada kita. Smoga terus kuat untuk menempuh apa saja dugaan yg datang.

Melissa Muklis said...

huhu sabar, kak.. dugaan tu tanda Allah sayang :D

adianiez AIDA said...

moga pe pun, ditgni dgn penuh kebijaksanaan ekk.
in shaa Allah :)

LYAfrina said...

apapun ujian y terjadi..semua tu ada hikmahnya...
sabar n bertabahlah..
berani kerana benar..

Zaza Abdul Latif said...

Bertabahlah nak..
kau masih ada orang2 yang memerlukan disekeliling kau..

Kira Sakura said...

moga akak terus kuat kuat dan kuat.... doa orang teraniaya ni insyaAllah dimakbul Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang