thumbnail

Wednesday, February 17, 2016

Umur Berapa Wajib Hantar Anak Ke Tusyen??


Kalau ikut tajuk aku sendiri tak pasti di umur berapa anak wajid ke harus ke dimasukkan ke tusyen. Serius aku dulu mane ade tusyen-tusyen nie. Jadi bila aku postkan gambar buku tusyen Syahmi kat FB ade yang komen cakap awal nyer masukkan anak kat tusyen pulak tu ade yang cakap ehh lambat nyer tusyen.. Aku macam ehh ye ke awal ke dah lambat ke mcm mane? Huhuu..sendiri pun konfius sebenar nyer..

Buku tusyen Syahmi yang cikgu belikan.

Sebenar nyer dari tahun lepas lagi Syahmi dah mintak nak tusyen nak tusyen sebab ade sorang kawan dia dah pegi tusyen. Bagi aku dengan Eady macam awal lagi jek..baru darjah 2 kot tahun lepas. Tapi tahun ni kene masukkan jugak sebab nyer Syahmi macam tak puas hati kenapa dia tak tusyen (macam ni punyer orang pun ade) Y__Y

Tusyen dengan cikgu sekolah dia sendiri jek sebenar nyer, cikgu tu ajar anak dia dengan ade sorang kawan Syahmi so macam side income dia sikit-sikit. Bayar pun bapak la murahhhhh! Murah sangat la untuk 4 mata pelajaran yang core, so Eady cakap tusyen je laa dah dia yang nak. Tusyen setiap jumaat tengahari dari pukul 12-1 jek. Sabtu ade kat rumah cikgu tapi tak la aku hantar sebab rumah cikgu jauh dan tak sejalan dari rumah aku.

Cikgu pun cakap Syahmi takde masalah belajar sangat pun cuma nak kene rajin ulangkaji bagi ingat tak lupa kaedah-kaedah. Lagi pun aku tengok sistem pembelajaran sekarang ni SO SCARYYYYY U KNOW! Haishhhh...giler susah! Darjah 1 pun dah belajar sempua okehhhh..aku dulu darjah 1 main lagi tau..hua..hua..hua..zaman sekarang ni sapa tak belajar dia lah tercicir..takuit tau~ Nak mengajar pun kau sebagai mak bapak kene belajar sama kaedah yang cikgu ajar, takde de nak mengajar macam kaedah zaman dolu dolu tuh. Lain sama sekalik!

Yang merisaukan aku sekarang ni Sufiya laaaa...BI dia macam tak berapa jek :( sebutan pun salah lagi, main banyak, kerja sekolah tak nak buat. Lain laaaaaa dari Syahmi. Sufiya ni very the BIG M okeyh~ hu..hu..hu..nak bagi tusyen sama Syahmi takut dia yang penat sangat terkejar-kejar nak ke sekolah abang untuk tusyen pastu nak patah balik ke taska untuk mandi makan..haishhh..pengsan plak budak tuh. Nak tunggu kiter yang mengajar mane dia nak dengar T___T anak 2 khennn..sesukahatiakulahnakbuatape gitu stail nyer.

Hari-hari tanya kerja sekolah selambe je cakap takde! Biler buka buku banyak yang nak kene buat, kalau cikgu tak whatsapp kat group bagitau kerja sekolah ape memang tengok tivi je la budak tu..aduhaiiii...susah hati mak kau nie!

Korangggg..anak ade tusyen tak?? Ke macam mana kaedah korang mengajar nak bagi anak ni rajin sikit..hu..hu..hu...help me please~

11 comments:

el said...

anak no. 2 darjah 1 dah antar tuisyen..sbb dia ada mslh pembacaan sbb masuk darjah 1 setahun awai..so alhamdulilah dh bg tuisyen ni elok lah..nk harap mak pak..mak pak pun x larat 24jam bekerja je..so at least anto tuisyen depa ada bonus lah nak achieve dlm pelajaran..

nak ajo anak ni ada teknik..kalo mak dia jenis garang baik x yah ajo anak..kang mcm2 kuar dr mulut..hahahaha

SYANI said...

Depends pada budak ok.. kalau performance dia ok tanpa tuisyen, tak perlu tuisyen. Macam anak aku darjah 5 baru aku hantar tuisyen. Itupun sebab nak UPSR tahun depan.

Suriaamanda said...

Dania start darjah 5 baru hantar tusyen sebab silibus darjah 5 ari tu sangat susah..lagipun tahun ni turn dia jadi bahan eksperimen untuk UPSR baru...giler makin susah zaman sekarang..tak tau la nanti apa nasib anak- anak kita

wahida said...

anak2 aku tak hantar tuisyen pun...
tapi aku ada plan nak hantar abang KUMON...
bg dia practice lebih lagi kat Math tu..
nak pulak tahun depan abang dah UPSR...aku yang seriau...huhu...

Saniah Ahmad said...

saya dari tahun lepas dah hantar anak tuisyen,, masa dia darjah dua lagi,, masuk tuisyen pun sebab anak tak pandai membaca,, sekarang alhamdulillah dah pandai membaca ^_^,, depend pada parent juga lah,, klau rasa2 anak tu perlukan sokongan tuisyen apa salahnya kan,,

Kira Sakura said...

tapi kan kak. Sufiyya ni besok bila result exam mesti mengejutkan mama abah. ramai budak2 yang macam tak berapa kisah pelajaran dia tapi bila sekali exammmm. cemerlang gemilang terbilang!!!

kita takde anak tuisyen lagi. tatau nk bagi pendapat huuuu

- dieyana - said...

pendapat kak, tengok keperluan anak-anak, kalau nmpk dia 'kurang' kat mana2 subjek, bolehlah hantar. ermm..sebenarnya ank kak yang drjh dua tu pun 'kurang' BI, pernah bincng dgn suami nk hntr tuisyen, tp belum hantar lagi, camno tu..hahhah

(zaman kak dulu drjh 6 pergi tuisyen, lps tu ting 3, lps tu ting 5 - tahun periksa besar mesti ayah hntr tuisyen...tapi result tetap hampeh, dasar malas nk study..hahha, kesian mak ayah akak..huuhu...)

Nurhidayu said...

Thn lps hantar hariz & danial tusyen BI je kat smart reader. So far ok la...hariz memang ok dlm subjek bi tp danial byk main je..pi tusyen pun boleh tido jap..😂😂😂

Thn ni tak masukkan dah sbb diaorg nak masuk kelas taekwando plak..

So tgk nnt periksa pertengahan mcm mana..

Aziela said...

Pengalaman akak, ikut pada anak. Satu..dia perlu tak. Kalau dah cuba sendiri kurang berjaya, cubalah hantar. Kedua, mcm Syahmi. Dia yang nak. So, bagi lah. Bukan dia nak buat apa...dia nak belajar jer.
Adam pula request tuisyen sejak darjah 1. Akk bagi jer. Dia nak belajar seronok dgn kawan2. Kat rumah, dia x der geng. As time goes by, kami discus bersama. Dia tau mana yg dia lemah, mana yg dia boleh struggle sendiri. Itupun, tak pernah lagi ada cikgu tuisyen yg komplin pasal dia. Semua kata tak tuisyen pun dia ok. Tapi, kita ni manusia biasa. Kita cuma berusaha. End result doesn't mean it end of the world.

So, dlm perkembangan dunia pendidikan sekarang, you will be surprised at how much burden our children are having. Give them chance to choose.

mama tisya said...

silibus ank2 skarang mmg scary kn..sian ank2 kita kena struggle lebih....syahmi baya tisya tp kita tk antar pn tusyen sbb rs mcm terlalu awal tp tkpe syahmi sbb die yg nk lgpn murah je kata yuran tu kn....cousin tisya ada yg tadika lg dh antar kelas tusyen...kita tk paksa sgt sbb takut tk terkejar...sek kebangsaan lg...ngaji lg...so kita go with flow...

hainom OKje said...

Kalau dia nak eloklah hantar Izwa. Bagus apa tuisyen ni, cikgu sendiri pulak tu.

Mak pun tak sure umur bape eloknya budak tuisyen ni. Eloknya ikut kemahuan budak dan kewangan kitalah kot....lebih cepat tuisyen, lebih paham...Tak gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang