thumbnail

Friday, March 18, 2016

Blogger, Rezeki, Anak-Anak Dan Idola


Blogger

Dah jumaat dah..rasa nak sembang-sembang je la. Almaklum tengah free ade waktu senggang. Hmm..nak menaip ni nak kene idea. Masalah nyer biler waktu buat benda lain contoh macam tengah mandi ke tengah masak ke ewahh kemain mencurah-curah idea nak menulis kekonon nak mencurah dalam entry tapi buka je blog terus blur...brrrr..ape pun tak boleh! Nak start dari tajuk pun dah masalah besar. Huhuu..ingat senang ke nak jadi blogger walaupun sekadar blogger picisan? Pandai la cakap..ala blogger taip je publish dah siap. Susah weh..macam cikgu suruh buat karangan 3 muka surat. Ntah ape nak di gorengkan pun tak tau.

Lately ni yang aku perasan, aku banyak dapat invitation yang melibatkan anak-anak. Start dari event Familyday Out With Abg BrianDisney Junior, Play-Doh, Nicklodeon seterus nyer event di Kidzania ade lagi tapi aku dah lupa dah..pagi tadi dapat e-mail dari Disney Channel pulak invitation untuk screening filem terbaru dia orang. Tau kan kalau Disney Channel memang khas untuk kiddos la ;) dan yang paling best dengan event Disney or Nicklodeon ialah goodie pack dia biase paling awesome.

Anak Syurga

Rezeki, Niat & Restu

Alhamdulillah..rezeki untuk anak-anak. Aku selalu niat buat semua untuk anak-anak happy jek. Walaupun setakat pegi tengok movie, pegi review makan-makan then balik kene buat review kat entry dalam blog pulak tapi dipenghujung hari kiddos yang paling happy sebab dapat macam-macam goodie pack, dapat tengok movie, dapat makan sedap-sedap. Budak bukan faham ape dapat stiker 2 hengget pun dah happy semacam..ha..ha..ha..atleast ade la dari takde kan? Kalau dulu Eady cukup tak suka aku terlibat dengan event atau mana-mana invitation tau, ye lah dia la yang kene bawak aku ke tempat-tempat event tu tapi lepas aku cakap aku buat semua tu semata nak anak-anak happy je baru lah dia okey pastu kene pulak tahun lepas asyik dapat review makan-makan lagi la dia suka walaupun dia komplen abang dah gemuk sebab b! Ha..ha..ha..

Yang penting nak buat satu benda kene dapat restu dari suami dan pasang niat buat semua tu hanya untuk menggembirakan anak-anak. Insya ALLAH akan datang satu persatu rezeki tu walaupun sikit walaupun tak sehebat tak selebat blogger lain. Ye aku blogger biase tapi jiwa aku besar.

Anak-anak

Syahmi Sufiya pun dah besar, banyak benda dia orang dah boleh ingat. Kalau waktu sembang-sembang dia orang biase akan "mama ingat tak masa kiter pegi tengok citer tu..mama ingat tak masa kita pegi makan kat sini.." Nampak tak? Bagi aku dia orang ingat tu pun dah besar rahmat sebab aku nak create satu memori untuk dia orang yang walaupun mama abah tak mampu mewahkan atau tak mampu belikan macam-macam benda, sekurang-kurang nyer aku nak dia orang nampak aku dan abah dia orang cuba untuk membahagiakan dia orang.

Aku nak dia orang tahu yang hidup dia orang ni gembira bahagia walaupun aku dan Eady terpaksa harung macam-macam benda. Disebalik cuba gembirakan dia orang aku juga tak lupa untuk libatkan dia orang dalam event charity macam program Back2School untuk anak-anak fakir miskin dulu. Aku tak nak dia orang lupa bahawa ada lagi orang yang masih susah dari kita dan mereka perlukan pertolongan kita yang mampu.

Idola

Idola aku buat masa ni ialah Pinky Momma, serius bagi aku dia hebat! PJJ dengan suami tapi mampu handle 4 hulubalang mase event? Perghhhh..memang hebat giler! Kagum..kalau korang jumpe Pinky Momma ni macam orang takde masalah. Keje dia asyik la gelak jek, sampai sakit rahang la kalau jumpa dia! Tak sombong tu lagi hebat. Aku nak jadi macam dia. Aku nak bawak anak-anak pegi Legoland macam dia. He..he..he.. 

Ye aku nak jadi macam dia, aku nak jadi macam dia yang mampu gembirakan hati anak-anak sentiasa.

Sembang Jumaat

Entah ke mana arah tujuan aku nak sembang ni pun aku sendiri dah lost. Ha..ha..ha..

Sebenar nyer aku tengah tunggu Eady balas whatsapp pasal e-mail Disney Channel tu, aku tanye dia boleh ke tak pegi Sabtu lagi 2 minggu. Yang aku ni bengong macam la tak tau laki tu busy, macam tak biase pulak whatsapp pagi akan di jawab dalam kete waktu petang nanti! He..he..he..lagi mengada nak tunggu! 

Sambil-sambil tu belek pulak Serum dari Ephyra untuk direview nanti. Teruja kot nak try sebab kulit muka aku memang macam kertas pasir. Laser tu sekejap je hilang segala head lepas 2 minggu naik balik. 

Yo lah nak continue laser memang matilapoketmak, kene pulak memang aku tengah gigih mencari serum untuk repair kulit muka aku nie. Muka aku nampak okey je kan? Sebenar nyer tak..penuh whitehead & blackhead dan lubang-lubang pori tu. Cuma tak nampak sangat sebab aku biase pakai foundation okehhhhh!

Ade tengok jenama Hada Labo tapi macam mahal dah tu tulisan nyer dalam bahasa Jepun macam was-was je nak beli, mana tau ade vavi ke dalam tu kang licin licau pink-pink muka aku macam kulit vavi dah canne? Ha..ha..ha..terus tak jadi beli lagi walaupun doktor yang suggestkan.

Kira Serum Ephyra ni sampai tepat pada waktu nyer untuk aku cuba maka malam tadi terus on serum tu, so kene tunggu lagi 2 minggu untuk tengok berkesan ke tak. Kalau okey aku memang nak on terus sebab yang ni diyakini halal. Tengok lah macam mana nanti. Kemudian aku review okey.

Masalah

Satu je masalah aku, biler nak pikir tajuk ape nak letak kat permulaan entry dan macam mana cara nak tamatkan entry. Ha..ha..ha..maka bertabahlah korang baca sampai habis! Kalau habis sila tepuk bahu sendiri kalau skip sila ....... tambah la sendiri..kekekeke...

19 comments:

Kak Nieyl said...

Peh!!nieyl rasa ini adalah entry akk yg paling WIN laaa...paling panjang..
lepas tu ade 3 cerita...hihi..
Alhamdulillah...rezeki anak²...
nnt jangan lupa buat testimoni sebelum n selepas tau..tau...
nieyl pun sama kak..kdg² buntu nak tulis tajuk apa...

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak tulis aje tajuk Syahmi Sufiya dan adik mok (eh... marah nanti dia kata adik mok hihi...) Itulah sudah dikatakan setiap anak ada rezekinya. Dari kisah ini pun kita boleh nampak.

Jueliza Jamani said...

wess aku since peknen ni jerawat naik mcm cendawan kat dagu.. stress giler.. tgk dagu2 aku sebelum ni licin jer.. skrg smpai bernanah2 sakit wehhh.. huwaaaa

mama tisya said...

rezeki di kongsi bersama family tercinta kn...pernh jumpa pinky momma ms event court...tp ms tu die bw sorg je ank...

Inani Hazwani said...

Seronok kan kak bila kita dapat gembirakan orang2 yang kita sayang. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki akak dalam dunia blogging :)

Kakcik Nur said...

Syukurlah ada juga rezeki dari berblog. Mak cuma dapat sesen dua dari Nuffnang je...

Eh! dah daftar ke belum untuk SBB2016? :)

Suriaamanda said...

kita mengalami masalah yang sama..dh jumpa pinky momma..she is nice..kelakar..comel..

ztie said...

kalu dah dpt invitation tmpt macam tu mak ikut sekali lah kan. join sekali. syok nya haha

safurara said...

niat baik akan dtg lg benda yg baik baik kan kak. insyaAllah!

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Mrs Puex said...

very the detailss...i loikee!!!!


kite pon adore kt kak fink tuh..
kite tak gagah nak bawak hulu balang mcm die walaupun anak ade 2 ketul je.. baiklah tinggal ngn papa die or opah kt ceras... dasar mak pemalas nak layan anak..

kecuali event mmg khas utk anak2 mcm kidzania.. alhamdulillah dpt pegi 2x ditaja penuh.. syukurrr dengan rezeki dari blog.. nak pegi sendiri mmg koyakpoketmaknakk!! dengan makanan superr mahal.. nasi ayam bodoh2 RM15.90 apekahh!!!

haaa kan dah panjang berkajang dah komen i...kekekee...

LZ - The Blog Owner said...

Mula2 mmg xde idea, bila start menaip tetiba idea dtg mencurah-curah, rezeki kami sbg pembaca.. :-)

ayu Ismail said...

wah bestnya..rezeki anak2 kan idwa

Bin Muhammad said...

Sikit 2 pun ada tak masuk tu... Parenting blogger ni senang dapat advertorial kan. Alhamdulillah...murah rezeki

Julia Johari said...

Alhamdulilah...semoga Allah melapangkan rezeki utk anak2 kita semua kan sis mmmuah

hainom OKje said...

Seronok jugak tu ....Kiranya berbaloi jugaklah berblog. Yg penting anak dan suami pun happy

Khir Khalid said...

Alhamdulillah... blog ni mmg bnyk dtg rezeki yg tak disangka. Memang benarlah, berkongsi ilmu dan menjalin silaturrahim tu ada hikmahnya... ni salah satunya kan... :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.rezeki anak anak, kan .
semoga dilapangkan lagi rezeki utk akak sekeluarga. aamiin

Kira Sakura said...

rezeki anak2 kan kak. kita ni nak buat ape pun banyak niat demi anak2. sebab kalau tidak perasaan malas selaluuuuu je bertandang dalam sanubari hati nan indah ni haaaaaaa. kalau sebut je perkataan anak terus semangat tu lain macam.

moga dimurahkan lagi rezeki akak sekeluarga aminnn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang