thumbnail

Thursday, March 17, 2016

"Disney's The Lion Guard" Roars its Way to Disney Channels!


Yes..Disney Channel nak keluarkan cerita baru! Kesinambungan dari The Lion King tau. Korang tau berapa lama cerita Lion King tu?? 22 tahun okehhhh..sekarang waktu anak Simba dan Nala pulak mengambil alih kuasa dalam filem.

Tak sabar nak tengok tau! Ye laaa dulu kiter yang layan..ehh kiter? Hehehe..dulu aku la yang layan sekarang boleh layan sama anak-anak! Bestkan family movie, dia beranak aku pun ber-anak jugek..ha..ha..ha..

The Lion Guard - Return Of The Roar.

Kion - anak kepada Simba dan Nala

Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “PrideLands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard”.

“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. 

Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga, Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli dan Dusan Brown sebagai Beshte. Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”

Kawan baik Kion

Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai   oleh   singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan   melantik   rakan-rakannya yang secara amnya dianggap   tidak   layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga seekor “honeybadger” yang berani, Ono bangau yang bijak, Fuli harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte seekor badak yang  peramah dan sentiasa  bersikap positif. 

Kumpulan “LionGuard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulanini   akan   menggunakan   keunikan   masing-masing untuk   menghadapi   cabaran   bagi   mengekalkan keamanan di “Circle of Life”

Kion

So korang, kalau nak tau lebih lanjut kesinambungan cerita ni boleh tengok dengan anak-anak tau! “The Lion Guard: Return of the Roar” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac 2016, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Juga filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri "The Lion Guard" yang akan ditayangkan pada hari ini 17 April 2016, 8.30 pagi di saluran Disney. Tengok adik-adik jangan tak tengok tau ;)

Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia. Video mengaum yang  paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return Of The Roar". Jom adik-adik anak-anak join mengaum mana tau terpilih masuk tv ;)

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Memang tepat masa sekarang Izwa dan En Eady kena tengok fielm begini dgn anak-anak. Bila mereka dah besar tak ada peluang lagi tau. Sebab masa remaja lebih suka menonton dgn kawan dah masa tu.. (pengalaman kakaklah...)

Qhaifa Nur said...

Kami anak beranak layan gak citer ni..izwa
X sabor nk tgk lah

Kak Nieyl said...

hihihi..
ha...apa kata akak ajak anak² akk join...
mana tahu...ade rezeki...

Julia Johari said...

KION....wah kena kasi tau Qi ni...x sabar ye

Kira Sakura said...

alaaaa takde astro sobssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang