thumbnail

Wednesday, March 30, 2016

Ini Yang Terjadi Pada Aku Selepas 14 Hari Pakai EPHYRA Skin Nano Advanced Repair Serum!


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

EPHYRA Skin Nano Advanced Repair Serum

INFO PRODUK 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT 

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit : 

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

Okey itu intro gah pung pang pung pang dari Ephyra kan, sekarang intro dari aku pulak.

Lepas aku buat laser haritu aku memang tercari-cari serum untuk repair kulit aku yang penuh dengan Whitehead & Blackhead nie! (sebenar nyer dah lama cari serum untuk repair muka tapi duk tangguh beli atas dasar duit, tak pasti, tak berani cuba, tak yakin nak guna..etc) Lepas seminggu laser elok je whitehead & blackhead ni naik balik meriah kemain macam kenduri kendara. Sakit hati sangat, naik balik bukan sebab laser tu tapi sebab memang azali nyer muka aku dipenuhi segala head jahat nie! Grrr...

Muka aku ni takde masalah besar sangat, jerawat pun malu nak singgah kat muka. Cuma muka aku ni bermasalah dengan kulit terlalu kering, wrinkles, blackhead & whitehead yang teruk jek.

Mase nak laser tu pun doktor tu ade cakap "hidung U kasar sangat ye Izwa!". Aku jawab "yup Doktor like kertas pasir!"Dia tanye aku apa cara aku hilangkan whitehead & blackhead aku tu. Aku cuma cakap selang sehari atau ikut kerajinan, aku akan pakai ape tuh yang tampal kat hidung pastu biar dia melekat then kita tarik kekonon semua whitehead tu akan melekat tercabut sekali tu.

Doktor ada suggestkan aku pakai serum lepas pakai pelekat tu, dia suggestkan lah ade 1 jenama ni ade jual kat farmasi tapi biler pegi tengok produk tu sekali semua tulisan jepun! Aduhhh macam mana aku nak pakai kalau aku tak tau apa isi kandungan nyer?? Buat nyer ade lemak babi dah jadi satu hal pulak, jadi dari aku was-was baik aku takyah beli. 

So pencarian aku berterusan sampailah 2 minggu lama nyer, cari ade je tak berkenan, tak berani nak cuba la, last sekali pasal harga! Semua nyer mahal sangat~ then pada 16.03.2016 aku terima produk Ephyra Advanced Repair Serum, aku kira memang tepat pada masa nyer benda ni sampai! Tak sabar nak cuba nak hilangkan "kertas pasir" kat hidung dan muka. Bukan setahun dua muka aku penuh whitehead blackhead tapi dekat puluh tahun! Kerja aku selain cabut satu per satu aku pakai pelekat tu jek. Benda lain tak pernah cuba lagi selain laser sekali tu je.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Yes..malam tu aku terus pakai! Start 16.03.2016 tu jugak aku STOP pakai semua produk lain. Lepas cuci-cuci muka sebelum tido terus tap tap sapu kat muka! Aeergghh..heaven je rase sebab Ephyra Advanced Repair Serum ni senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan langsung tak berminyak. 

Serius sangat terbukti tak berminyak dan terus macam masuk kat dalam kulit! Sampai diri sendiri pun duk teraba-raba muka macam tak pakai ape-ape "ehh aku pakai ke tak nie?? ehhh kenapa tak rase ape-ape??" Punyer la kecik & ringan je dia punyer molukel sampai yang kat tangan pun tak rasa serum tu. *kagum!*

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah 

Nampak yang aku merahkan tu? Tu lah tujuan utama aku pakai serum nie walaupun dalam berani tak berani nak cuba laaaa..takut kene tipu dengan produk nie! Ending nanti aku jugak yang frust. Hu..hu..hu...tapi demi rasa tak tahan sangat sakit hati aku dengan whitehead & blackhead sendiri tu aku kuatkan jugak la semangat untuk cuba. Serius tak serius sakit hati punyer pasal sampai tahap aku pakai cc cream tebal dan tutup pulak dengan bedak kompak sikit dekat part yang ade head-head! Tahukah anda bahawa CC Cream adalah sangat mahal? Pfttt~ 

Ye laaa..aku kan keje jumpa peminjam, sometime duty jaga kaunter. Setiap kali jumpa orang aku akan terasa macam dia orang pandang hidung aku! Huarghh..mainan perasaan sangat tau sampai buat aku rasa tak yakin nak angkat muka pandang orang. Aku rasa kulit muka aku ni hodoh sangat.

Dalam pada hari-hari pakai hati tetap tak sabar jugak..kalau boleh nak pakai hari ni esok terus hilang whitehead balckhead nie. Kan giler tu? Setiap kali mandi gigih mandi duduk depan cermin nak tengok muka dah licin ke tak? Ha..ha..ha..giler sangat nie. Dalam pada hari-hari pakai setiap hari doa sambil tepek-tepek kat muka "cepat la licin cepat la licin" ha..ha..ha..saiko giler~

Kene Ingat

Tapi korang kene ingat..pakai la ape sekali pun kalau makan semua tak jaga tak menjadi jugak la. Kene jaga semua luar & dalaman. Minum air masak banyak (ni aku la nie..dah start minum air masak banyak-banyak demi untuk nak cantikkan kulit), bab sayur je tak menjadi lagi..kofkofkof.. Dalam pada tu aku makan Inteemor keluaran Ephyra untuk penjagaan dalaman. Jangan la kau pakai serum ni pastu yang lain tak jaga then letak harapan tinggi menggunung nak serum ni jadi ajaib terus..memang tak lah. Pendek kata semua kene seimbang.

Selepas 15 hari ini yang terjadi pada aku!


takut nak letak gambar ni dalam saiz LARGE!

Hari ni 30.03.2016 ngam-ngam 15 hari setengah tempoh percubaan bukan nak kata apa la..berani jugak la keluar rumah tanpa bedak! Rasa macam yakin je like "ehh tengok la muka aku pandang la muka akuuuu" punyer saiko! Lembut je muka. Tangan tu gatal sangat kejap-kejap nak sentuh hidung..kejap-kejap nak tengok cermin sebab pori kat pipi dah makin kecik & ade yang dah hilang. Ehhhh..suka sangat! Saiko pun saiko lahhh..janji aku bahagia. He..he..he...

Tapi kat office still pakai make up la..hiuhiuhiu..macam pelik plak biler tak make-up walaupun sikit.


muka tak make-up!

Nak nampak efek lagi cepat dan berkesan sila cuci muka pakai sabun pencuci muka Ephyra dan pakai Ephyra Advanced Repair Serum ni siang dan malam tau. Macam aku memang giler jadi aku pakai setiap masa! Dari pagi nak pegi keje, pastu pakai lagi lepas cuci muka untuk solat zohor pastu cuci muka lagi untuk solat asar pakai lagi lepas solat pastu balik rumah pakai lagi lepas solat Isyak. Gigih sangat sebab tak sabar nak hilangkan benda yang menyakitkan hati dan mata aku selama ini.

Jangan risau kalau cepat abis, sebab sebotol serum ni mampu tahan sehingga lebih 15 hari atau lebih ikut penggunaan (Ephyra serum aku ade lagi separuh botol walaupun dah lebih 15 hari pakai). Sekali pakai jangan la tepek banyak sangat! Sekadar layang-layang tap tap kat muka terus ia serappppp...syokkk sangat! Kalau sekali pakai terus sebotol memang tak jimat mana lah. He..he..he...

Jimat, murah dan tanpa was-was

Selain dari jimat duit beli bedak dan cc cream, ia menjimatkan masa aku bersiap pagi-pagi buta yang macam lipas kudung! Kalau dulu punyer banyak step aku nak bersiap dari cuci muka, tepek cc cream, pastu pakai bedak pulak baru la start pakai celak, maskara, lipstik, sekarang lepas solat subuh terus sapu Ephyra Advanced Repair Serum pastu terus pakai celak, maskara dan lipstik! Tadaaa..dah siappp~


Ephyra Advanced Repair Serum

Pendapat aku semua perempuan kat luar sana elok mula pakai Ephyra Advanced Repair Serum ni. Dah la murah berbanding dengan serum lain (serum lain dah la botol kecik harga pulak mencekik leher, ini antara sebab aku tak terbeli lagi serum!). Lagipun produk ni diyakini halal dan boleh dipakai tanpa was-was (ia tidak diuji pada haiwan tau). Sangat sesuai dengan kulit orang asia. Jimat banyak lah sejak pakai serum nie. Bedak foundation dah tak payah beli pastu serum ni pun murah mampu poket

Kalau Ephyra keluarkan serum ni dalam tiub macam sample tu lagi best sebab tiub kecik tu senang nak bawa kemana-mana. Tiub tu getah, jatuh tak pecah dan sangat kecik comel, 1 tiub boleh pakai lebih seminggu. Botol tu kene extra care sikit lagi pun agak payah nak bawak pegi jalan-jalan.

Ntah la..aku ni jarang suka kat satu-satu produk tapi dengan Ephyra Advanced Repair Serum ni aku dah JATUH CINTA sangat-sangat! 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Instagram : @ephyra2u 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 15ml

Harga: 

RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 

RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit. 

24 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

SYANI said...

Wah.. makin jelita la ko pasni Izwa..

Kakzakie Purvit said...

Impressive!
Kalau kakak beli bagi anak sulung akak bagus ni.

Yana MIB said...

ehh kulit kita samaaaa..kering and penuh mak nenek head! grr tgh pakai serum ephyra skrg...minggu ni br start konsisten pakai hari²...tp pagi je pakai...nk buat cam akak lah pakai tiap kali lps cuci muka...ngeee

Kakcik Nur said...

Dah bersara dan asyik berkurung dalam rumah ni, mak dah tak peduli lagi dengan wajah sendiri... sedih! :(

Eh... kalau dapat set ephyra masa SBB nanti, kan best? hihihi

Julia Johari said...

Wowww, pori2 muka akak dah mengecil tau, flawless...mmg serum ni terbaik! Best sgt2 guna tak kira masa, lagi satu cepat meresap kan kak yeyyyy

Ratu Hatiku said...

Wahh.... nk cubalah..mmg tgh mencari serum yg sesuai pun skrg nie.. Tq sharing..

Bitt (double IS) said...

wahh bagus ya, i tengah riki clarins...boleh test dulu yg ni

wahida said...

good review...boleh try ni..muka aku pun dah naik seram aku tengok ni...

Falsya said...

Phewittt..dh cantik lg cantik jadinye..;)

Siqah Hussin said...

Serius kak, nampak berkesan produk ni. Dah berubah kulit muka akak..

Chekgu Azrine said...

macam terjatuh cinta jugak nih...hahahahaha....wahhh...syioknya serum nih

aizamia3 said...

wah.. teruja kite tengok.. ;)
nanti nak gedik2 dekat hb mintak belikan untuk anak dara akakler.. hehehe..

JMR said...

laki boleh pakai tak?:-p

Noriza Rahman Momma Vogue said...

memang nampak terserlah perbezaan muka tu, lepas ni pasti ramai yang tertumpu kat hidung tu sebab terlalu licin sangat..hiuhiuhiu

Inani Hazwani said...

Pewwwit, makin lawa kak idzwa ni :)

HeNRieTTa JoSe said...

makin cun melecun....nnti klu rajin nk cuba la....rietta jenis yang xkonsisten...pkai ikut suka ht je...

- dieyana - said...

ha..akak baru 3 hari guna, rs best..parut semakin menghilang, haisy...nk tgk hasil dlm 7 hari nih..

Raihanah Ahmad said...

wah hebat tu

hainom OKje said...

Sementara masih muda eloklah jaga muka tu Izwa.....nanti dah terlanjur kilauan mcm mak dah terlambat haha

Azian Elias said...

one getting old, bit worried dgn muka akak ..saggy here n there,,, puffy gak.. nnt bole hot cuba this product.

Miss Layaleya said...

wow, hebat! dulu saya minum ephyra, mmg sgt bagus.. pastu stop.. skg ni rasa nk try pulak serum ni sbb muka sy pn byk mslh dgn blackhead..

Kira Sakura said...

kebanyakkan produk epyhra ni memang bagus kannnn

LYAfrina said...

cantik..dh xde liang-liang roma pd kulit muka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang