thumbnail

Friday, March 18, 2016

Kisah Novel Boboiboy Sfera Kuasa Adaptasi Dari Filem Boboiboy


Novel Boboiboy Sfera Kuasa

Haish..asal rabu je nak bercerita panjang lebar..kekekeke..almaklum dah 2 hari otak tepu kan. Dah la tu kenapa eh nak buat tajuk entry mesti susah sangat nak fikir tajuk ape nak letak?? Takat nak membebel dalam entry takde hal tapi tang tajuk tu masyaALLAH susah nyerrrrrr nak letak tajuk ape! 

Ni nak cerita..pasal novel Boboiboy permintaan Syahmi. Dah seminggu lebih sebenar nyer dia mintak. Buku ni dia ternampak kat Popular Book Store di Tesco Ampang mase tengah sibuk beli barang untuk peperiksaan haritu. Dia mintak la nak beli kebetulan duit aku tak cukup mase tu, dah tu novel tu betul-betul tinggal satu dan ade budak dah capai dulu! So takde rezeki dia lah..

Aku janji la dengan dia nanti aku belikan, Syahmi pun siap cakap nanti Syahmi ganti duit mama nak beli buku tu. Takde la mahal sangat, RM19.90 je pun. Aku ni mencari la sana-sini buku ni sampai ke semua kedai buku di Jalan TAR ni la aku jejakkan kaki tapi salah aku jugak rupe nyer buku ni hanya di jual di Popular Book Store sahaja! Demmmm..penat okeh aku jalan sampai hujung Jalan TAR tuh. Then cari pulak dalam online..grrr takde tauuuuu..ohhh..mak is so sedih & stress. Ajak tok laki pegi beli balik keje tidak la dia nak..almaklum hari kerja kan..jalan MRR2 tu paham-paham je laaaaa jem macam hape. Jadi bertambah gundah la hati seorang mak nie..chewahhh...drama lebih!

Seminggu Mencari

Sudah nyer seminggu lebih la pencarian aku masih lagi tidak berjaya! Wayang citer Boboiboy pun tak pegi tengok lagi kemain cari novel nyer pulak..he..he..he..Syahmi sampai cakap "takpe tak pegi tengok wayang pun takpe kalau dah dapat buku tu..lagipun wayangkan mahal nanti duit mama abis" sobs! anak ni kan..pandai betul amik hati mama dia.

Last-last cari inisaitif PM Popular Book Store tu kat FB je lah. Itu pun lepas lompat sana sini cari baru jumpe page dia. Page dia pulak bukan guna nama Popular Book Store tau tapi guna nama Pilihan Popular Wadah Jiwa Bangsa, memang cari page Popular Book Store tak jumpa la..pfftt..siap pm dan komen kat gambar buku Boboiboy tu tanya kat mana nak cari area KL ni, tunggu punyer tunggu takde jawapan..sobs! 

Suddenly ahad pagi dapat notification dari FB yang PPWJB jawab dan bagitau kat Popular Book Store Ampang Point je ade itu pun tinggal SATU jek! Lantas pantas aku call sana suruh simpankan untuk aku!! Walaupun dia bagitau buku tu tak cantik sangat sebab tu buku display tapi aku tak kisah nak jugak..lagipun aku tau area Ampang Point tu orang tak ramai sangat ke sana. Jadi besar kemungkinan buku tu tak rosak teruk takde la buruk mane ;)

Nampak tak garis kat muka Boboiboy tu? Hanya kulit je rosak macam dah terkepak! 
Dalam semua cantik je ;)

Kecewa & Tersenyum

Dari pagi tak cakap pun dengan Syahmi pasal nie sebab dia terkecewa sebab jumaat malam tu aku lari kejap dengan Eady nak pegi tengok buku ni ade lagi ke tak kat Popular Tesco Ampang tapi nan hado..jadi malam tu dia kecewa buat kesekian kali! Ahad program penuh dari pagi kan, tusyen pastu kenduri then birthday party plak sampai pukul 6 petang, balik ajak Eady singgah ke Ampang Point. Aku turun pegi beli sorang jek. Bila dia orang tanye mama nak pegi mane? Aku cakap nak beli barang kejap, tunggu je dalam kete.

Dalam pada berjalan tu aku plak tersenyum-senyum lebih..ha..ha..ha..saiko punyer mak! Ye la lama kot dia nak buku nie dan merata kot aku mencari macam nak giler. Nak tunggu cetakan kali ke-2 keluar tak tau lagi biler..Penantian satu penyeksaan u know..kekekek..padahal hati mak dia yang tak menyabar tak menyempat! Naik ke Popular Ampang Point terus terjah ke kaunter! Tadaaaaa...siap dengan nama aku dia orang tampal. Hihiii..dia orang cakap "kak..sementara nak tunggu akak ni ade 7 orang tanya nak beli buku ni tau..hot betul buku nie!" Alhamdulilllah rezeki Syahmi ;)

Sempat jugak belikan Sufiya buku Anak Muslim, dalam tu ade bacaan 3 bahasa (BM, Arab, BI) kene fair la kan..sorang anak dapat takkan anak lain tak dapat. Untuk adik mok kan dah beli barang Boboiboy tu jadi petang tu memang tak belikan dia apa-apa :)

Masuk dalam kereta cepat-cepat keluarkan tunjuk kat Syahmi terus bercahaya muka dia! Tetiba adik mok plak bantai menangis..ha..ha..ha...drama okeyyy! Menangis terharu sebab ade buku Boboiboy! Padahal buku tu bukan untuk dia, pastu bergaduh ngaku buku tu dia punyer! Y___Y sabar je la aku. 

Isnin Pagi dan Pahala

Esok nyer, isnin pagi-pagi..

Tengok Syahmi tengah korek tabung. Biler tanya nak buat ape korek tabung nak beli ape?? Dia cakap "Syahmi nak ganti duit mama sebab belikan Syahmi buku Boboiboy tu!" Allah..
"Takyah la bang..simpan..mama belanje. Lepas ni belajar elok-elok, perangai elok-elok, jangan gaduh dengan kakak jek.." Terus dia cakap "terima kasih mama..terima kasih sangat.." banyak kali lah dia ucapkan terima kasih.

Pastu sambil-sambil aku tengah pakai tudung, nak pegi keje kan. Dia datang tengok je muka aku! "Dah kenapa tengok mama nie?? Nak kene lempang ke??" Ha..ha..ha...mak rimau kan..pagi-pagi mak busy okehh..so jangan kacau!

Syahmi cakap "ustazah cakap kalau kita tengok muka ibu bapa kita kita akan nampak syurga, kita akan dapat pahala...Syahmi tengok la muka mama..Syahmi nak pahala..." Ya Allahhhhhh..nak aje aku marahkan tapi muka jujur giler mase cakap tu..pagi-pagi serius aku adalah manusia busy okey..sudah nyer aku suruh dia pegi depan jek jangan kacau aku nak bersiap. Hi..hi..hi...

Belikan buku je kot! Tu belum belikan rumah macam dia nak. Lately ni dia selalu cakap "Syahmi nak bilik sendiri.." Aku selalu cakap "mama pun nak bang..setiap kali lepas solat  tu lah doa mama..nak ada rumah sendiri..abg doa kan lah mama abah dimurahkan rezeki supaya mama abah dapat belikan sebiji rumah untuk kita"  sedih tau hati nie..

Doa

Ye..itu lah antara doa yang aku minta kawan aku sampaikan di makam Nabi Muhammad SAW dan dihadapan Kaabah masa dia buat umrah hari tu. Serius aku dah masuk tahap nak jugak dapatkan rumah kami sendiri. Uhuks..tak nak masuk bab ni..nanti aku nangis. Sedih terkenang kisah dulu.

22 comments:

mama tisya said...

syahmi ni pnadai amik hati mamanye...tisya pn tk bw lg tgk cite boboiboy..dok tnye juga tu

Kak Nieyl said...

Nk tahu x akk...
nieyl klu baca entry akk tidak pernah sekerat jalan...
panjang pun panjang laaa...
sambil baca..sambil bayangkan situasi tu..hihi..
sebab itulah klu boleh x nak terlepas 1 entry pun okey..
(ok stop puji akk) nak komen pasal entry pulak..hihi...
Ya Allah..syukur Alhamdulillah...Allah mengurniakan akk seorang anak sulung yang sentiasa menjadi cermin dalam hidup kita..Kdg² kelakar jugak ayat² yg syahmi keluarkan tu...but okla,ayat dia kadang² memberi kita kesedaran dalam diri kita... :)

Kakcik Nur said...

Sweet sangat Syahmi ni....mak baca pun sampai bergenang airmata...

Jueliza Jamani said...

hahaha bukan main syahmi..

Blog Akak Kembang said...

permintaan anak mmg x sampai hati nak kecewakan kan...mst cari selagi boleh

Kakzakie Purvit said...

Eh... kenapa kakak rasa macam nak nangis pulak bila baca entri hari ini. Padalahl mula macam nak senyum bila adik mok nak buku abg Syahmi tu

Moga satu hari impian menjadi kenyataan. Simpan aje duit bebanyak utk deposit bila tiba masa rezeki rumah tu sampai. Amin.

aizamia3 said...

Anak2 akak pulak merengek dok ajak tengok filem tu.. siap tanda dekat calendar tarikh tayangan filem tu bila ditayangkan.. huhuhu..
Nasib baiklah en. hb bagi kerjasama baik teman tengok filem tu, kira surprise menjadilah utk anak2.. cuak je muka dorang sebab akak tak beratur beli tiket masa tu, terus beratur masuk je. Boleh bayangkan tak kecuakkan muka dorang.. nak masuk tapi takde tiket.. hahaha.. memang kelakar rasanya masa tu.

uncle gedek said...

uncle tengok muka kamu nampak tesko….

eh? hahaha

Julia Johari said...

Sedih baca...akak julia doakan sama2...aminnn semoga satu hari nanti kita sama2 dpt rumah sendiri ye sis...

Siqah Hussin said...

Syukur awak dikurniakan anak macam Syahmi. Insyallah, moga dimakbulkan doa beli rumah sendiri satu hari nanti.

mun said...

alahaiiiii comelnya syahmi....
aminn...mudah2han dapat rumah sendiri kan kak.... :)

sudipVSsenduk said...

bagus, kecik-kecik dah minat baca novel.

Moga Allah permudahkan segala urusan kamu sekeluarga.. Ameen

Norhayati Mohd Isa said...

Anak2 memang pandai amik hati kita izwa..
Kekadang boleh buat kita tersentuh..
Nak keluarkan airmata..

InshaAllah satu hari Izwa akan peroleh rumah sendiri..
Bersama-sama keluarga tercinta..

Nurmujahidah Ismail said...

Allah.. sweetnya la si anak.. terharu juga baca betapa maknya berusaha untuk tunaikan permintaan anak. semoga impian memiliki rumah sendiri tercapai ye.. :)

Othman Zan said...

Ibukan... macamana pun mesti cuba dapatkan spa yg anak hendak. Macam seduh je tdngok muka anak kalau tak dapatkan jugak.

Puteri Satu said...

anak akak tak berapa tengok boyboyboy ni... dia suka upin ipin... hehehe

Azian Elias said...

Alo..looo.. so suweet nak gantikan duit mama ye.. suka akak.

Nurhidayu said...

Sweetnya syahmi...

Qhaifa Nur said...

Ank yg bijak...alhamdulillah

Kamsiah Yusoff said...

insya ALLAH mudah2an doa dimakbulkan...teruskan berdoa serta memohon padaNYA..

JunAina said...

Akak kalau anak-anak sibuk urusan masing-masing atau bila panggil tak menyahut akak guna ayat yg sama tak nak pandang mama ke tak nak pahala tengok syurga ke...saiko depa...

Minggu lepas dah hangin si adik sebab tiket dah penuh nak tengok Boiboiboi jenuh carik yg ada ptg sangat dan malam terus cancel...

Kira Sakura said...

baca entry akak ni dalam sedih terharu pilu tergelak sampai gego2 adik baby dekat dalam hahaha. jenuh budak2 ni dapat mama rimau macam ni pepagi buta kihkihkih

tapi kan kadang bila dengar mulut dorang bercakap tu nak kata speechless pun ada geram pun ada hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang