thumbnail

Monday, March 14, 2016

Review : Skin Refreshing Program | Laser Treatment di Premier Clinic


Sekarang baru sempat nak buat full entry pasal Laser Treatment yang aku buat kat Premier Clinic di TTDI haritu. Actually dapat jemputan dari Premier Clinic untuk cuba treatment ni ;) Teruja sangat! Tak tipu sebab tak pernah seumur hidup aku ni orang pegang muka, aku tak pernah pegi facial.

Premier Clinic di TTDI

Nampak tak kat gambar tu ade TV? Itu antara customer yang buat treatment kat situ. Di Premier Clinic ni bukan fokus untuk muka je tau tapi untuk keseluruhan badan pun ade pakej yang tersedia. Termasuk la nak hilangkan strech mark ke nak buang lemak ke. Pakej siap installment. 

Bilik-bilik rawatan pun adalah sangat private! Orang luar atau yang lalu-lalu kat luar bilik takkan nampak kiter kat dalam. Jadi tak risau bab buka tudung. Masa rawatan aku nak bermula ade 2 customer lelaki tau! So hilang terus rasa risau aku bab aurat tuh lah.

Sebelum rawatan bermula, kiter akan diminta untuk mengisi borang detail diri pastu akan dibawa berjumpe dengan doktor pakar untuk lihat ape permasalahan kita. Macam aku, aku minta dia fokus pada muka sebab muka aku kasar macam kertas pasir! Lagi-lagi kat hidung..ya ampunnnn kasar nyer sebab penuh dengan whitehead & blackhead! Grrr...


Dari atas ke bawah :

(Gambar no.1) Dr. Aarthi Maria sedang terangkan pada aku apa masalah kulit aku. Doktor Aarthi bagi tau aku mengalami masalah kulit kering yang teruk sebab selalu terdedah dengan matahari! Sebab tu pori aku membesar dan muka aku ade wrinkles (ala coklat-coklat kat muka macam mat saleh biase ade tu). Doktor Aarthi cakap biase benda tu terjadi adalah kerana faktor genetik & tak pakai sunburn bila berada kat luar rumah! Hu..hu..hu...hu..selain dari tu dia cakap kulit aku elok sihat.

Then, Doktor Aarthi Maria suggestkan aku untuk try Skin Refreshing Treatment yang mana rawatan tu akan mengurangkan / mencerahkan wrinkles dan membuang blackhead whitehead yang kasar tu. 

Bermula dengan muka akan dicuci dahulu (no. 2) , kemudian akan di sapu krim untuk kebas kan muka supaya tak rasa sakit masa di Laser (no.4), selepas 20 minit muka dah kebas muka di sapu dengan Charcoal selama 10 minit (no.3) : total masa kat sini dalam 45 minit sebelum Doktor Aatrhi Maria mulakan rawatan.

Dr. Aarthi Maria - Anti-Aging & Aesthetic Physician

Untuk laser tu mengambil masa dalam 10 minit untuk keseluruhan muka. Masa dia laser tu akan terdengar bunyi meletup-letup kecik macam mercun pop tu & berbau hangus..kekeke..bau macam belerang mercun bunga api yang besi tuh. Untuk permulaan doktor akan try 1-2 kali untuk kiter ready dan tak terperanjat sgt! Biler dah cakap okey baru doktor terus buat tanpa henti! Best weyyy dengar bunyi pop pop tu sebab itu lah whitehead & blackhead yang terbakar.. Nak tau bila whitehead & blackhead tu hilang? Haaaa masa bunyi pop dah takde! Bermakna muka dah bersih dia try try laser pun takde bunyi dah. Suka  sangattt... ;) 

Selepas laser, aku diberi rawatan Led untuk rehatkan muka selepas di laser, rawatan Led ni mengambil masa 10-15 minit. Selepas tu muka akan ditutup dengan tuala sejuk! Sejuk peti ais beku tu weyyy..kat sini Kay, pembantu Doktor Aarthi bagi tips lah, selepas buat facial sendiri kat rumah mesti tutup liang roma dengan tuala yang sejuk giler supaya pori muka tertutup! Tapi itu tertutup untuk sementara je jadi lepas dah lega muka ditutup dengan tuala sejuk sila sapu serum muka. Serum Hada Labo yang dia suggestkan kat aku untuk cuba. Serum dari Jepun. Tips lain, setiap malam pastikan cuci muka, sejukkan muka dan pakai mask. Nak cantik kene mahal kan?

Total masa untuk sekali treatment Skin Refreshing Program ni dalam 1 jam 45 minit kalau tak silap aku. Heaven sangat sebab dalam bilik dia pasang muzik ala-ala macam kat spa tu dengan lampu malap lagi..ehh..siap cakap kalau nak tido pun boleh. Aku tak tido la.

Atas sebelum rawatan, bawah selepas rawatan.

Doktor Aarthi Maria pun ada bagi tips kat aku, pakai sunburn yang PH dia 50 ke atas sebab muka aku penuh wrinkles, aku ni faktor keturunan memang dah ade pastu tambah plak memang setiap tengahari aku duduk luar office jadi memang mencari pasal la untuk menambah wrinkles tuh..sobs!~

Selain dari tu Doktor Aarthi jugak suruh aku stop pakai pencuci muka yang berasaskan foam sebab kulit aku terlalu kering & sangat tak sesuai pakai pencuci muka dari jenis foam. Doktor minta aku beli pencuci muka dari jenis gel tuh. Pencuci muka gel tu berasaskan air jadi muka tak bertambah kering la lepas cuci. Hu..hu..hu..selama ni belasah aje pakai pencuci muka sesuka hati khennn nah sekarang mendapat la kau Izwa! Air masak pun kene on banyak-banyak! kulit kering sangat doktor cakap dan doktor tambah lagi kalau kulit kering ni cepat berlaku kedutan di muka.. Sobs!~ tak nak kedut-kedut!

Oh ye untuk betul-betul bagi muka licin cantik, takde semua head cerahkan wrinkles tu memerlukan 5 rawatan laser lagi. Untuk sekali treatment ni tak hilang terus okey. Skin Refreshing Program nie sekali treatment berharga RM2400 jadi amik 5 pakej ni ade free 1 treatment. Untuk blogger ade diskaun 20% ;)

Aku dan Doktor Aarthi Maria selepas treatment.

Kat gambar atas tertulis semua rawatan yang disediakan atau boleh juga terjah ke web Premier Clinic untuk lebih lanjut. Call pun boleh jugak semua di hujung jari aje. ;)

16 comments:

mama tisya said...

dlu ms event kt DEMC pn ada tgk psl laser treatment utk skin ni...bole tahan juga harganya kn..rezeki izwa dpt merasa treatment ni

Zaza Abdul Latif said...

manarik ni weh.. semua canggih2.. Muka ko pun nampak cerah dengan sekali rawatan tu.
Aku nak gak try wehh.. tapi dah fobia lepas buat facial aritu.
but im sure kat sini very professional service. Harga pun boleh tahan.
Yang ko kata bleh instalment tu dengan harga RM2400 tu ke yang boleh buat instalment?

Akak Kembang said...

Bestnya dapat tadah muka utk dicuci ...
KOsnya agak mahal jugak...matilanakkk...hehehehe

Kakzakie Purvit said...

RM2400/- berbaloi kalau hasilnya memuaskan.
Nampak bezanya. Cuma satu dah buat treatment kena teruskan jaga.

Kak Nieyl said...

wahhh..teruja tgk muka akk lepas treatment tau...
boleh tahan jugak harga dia tuh..hihi..nieyl pun wat treatment kat umah je..hihihi.. :)

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Bestnya dapat buat treatment untuk muka.. ena nak sangat buat treatment tapi tunggu ongkosnya berkepuk2 mai.

HeNRieTTa JoSe said...

boleh tahan harganye yea...

aizamia3 said...

Nak kena ada duit banyak dulu kalau macam ni.. ;)

Aimaniman Ezaiza said...

seronoknya... zaman anak dara dulu manja2kan juga muka tapi setakat kat Fellisa je le... kalau yg mahal ribu riban ni, x sanggup dan mmg serius sekarang dah x da masa...tapi facial ni macam ketagih, klu dah buat, setiap bulan teringin nak buat...

wahida said...

berpinar mata aku tgk rega...hahaha...

Salma Tayo said...

Awak.. Saya rasa doctor tu maksudkan freckles, bukan wrinkles. And satu lagi, sunblock, bukan sunburn.. By the way, makin cerah muka lepas treatment.

Inani Hazwani said...

Bestnyaaaaa ! Mesti kulit rasa lain je lepas tu kan. Hehe :)

Julia Johari said...

Wowww memang beza lah sis sebelum selepas...best ye...juju dpt jemputan ke sini tapi tolak sebab kekangan masa...dpt tgk sis pi pun best sgt

Nooriah Abdullah said...

yang paling best dlm hidup ni dok tadah muka mcm tu Idzwa untung nya

LYAfrina said...

mmg nmpk lbh bersih

Mrs Puex said...

seronokkan dgr bunyi pop pop terbakar tu..dalam otak dh pikir rentung la muke aku lepas nih..hahahahaa...

tunggu pengalaman kite plak yee.. kite punye siap pipi kene cocok jarum lps tu die sodok jarum dlm pipi tu umpama sudip menggaul sambal ...hahahaha...

bak kata pepatah, beauty is pain kennnn!!!

such a wonderful experience!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang