thumbnail

Friday, March 18, 2016

Wet Toilet Tissue Kleenex Menyelamatkan "Hal-Hal" Kecemasan Aku!


Cakap bab public toilet ni apa yang terlintas kat kepala korang?? Kalau aku laju-laju je terlintas rasa loya! Serius loya terhamat. 

Aku adalah antara manusia kat Malaysia ni yang lebih sanggup tahan kencing dari pegi ke public toilet! Tak caya boleh tanya Eady tuh. Dia tahu aku adalah manusia paling cerewet bab nak pegi tandas awam nie. Aku sanggup suruh Eady stop dekat setiap petrol pam sampai aku puas hati baru la aku masuk ke toilet berkenaan. Buka je pintu depan kalau tengok lantai tandas lecak atau kotor je pun aku dah patah balik cakap tak nak! Punyer terukkkkk.. Serius, public toilet ni adalah satu masalah besar sangat bagi aku tau biler berada kat luar.

Aku lagi sanggup tahan berjam-jam dari masuk tandas kotor weh! Disebabkan tandas awam kotor la aku jaranggggggg sangat minum kalau berada kat luar rumah! Ha..ha..ha..sampaikan Syahmi selalu tanya, "Mama tak nak minum ke?? Mama memang tak minum ke?" Dia pun pelik setiap kali makan kat luar atau berjalan kat luar aku memang takkan order / minum air melainkan aku kehausan giler! Aku memang sampai tahap macam tu okeeeeeeyyyyyyy.

Kleenex sendiri telah membuat kajian, sebanyak 3 dari 5 rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk gunakan tandas awam (aku la antara manusia tuh!) Kenapa?? Mestilah sebab tandas tu sendiri yang sangat kotor, (60%) paip getah yang eeuwww nak pegang pun geli oiiii..dah la tu tambah pulak  takde tisu (37%) kalau ade tisu berbayar pun ya ampun kesat dan kasar nyerrrrr! Kadang air pun takde dah kenapaaaaa!? Haishhh...baca kajian pun kembang tekak... T______T 

Public Toilet Survival Kid

Sekarang ada nyer "Public Toilet Survival Kid" ni aku dah tak perlu risau sangat bab masuk ke toilet awam walaupun sebelum masuk toilet tu aku selalu doa banyakkk-banyakk jangan la mata aku ni terpandang pencemaran...aaaaaaa..tak suka nyer! Menaip ni pun dah TERbayang...terus kembanggggggg tekak!

Dengan slogan "Carry Your Home Clean Feeling Everywhere" dah mampu buat aku rasa selesa untuk menggunakan Wet Toilet Tissue dari Kleenex ni.

Wet Toilet Tissue yang sumpahhh lembut dan wangii giler!

Diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9 peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan. Wet tissue ni jugak lembut giler dan rasa halus je bila di lap pada kulit buat aku rasa lebih bersih dan segar bila guna! Ehhh aku suka sangat~ Dah la tu wangiiiiii je tangan bila pegang wet tissue tu. 

Selain dari tu, Wet Toilet Tissue ni adalah sangat selamat untuk di pam sebab ia nyer adalah hipoalergenik tau! Memang di buat khas selamat dipam dalam saluran tandas. Jadi takde masalah tandas tersumbat okey~

Jihan Muse sendiri ade masalah bab nak masuk public toilet ni tau!

Jadi jommmm korang sertai Kleenex dan Jihan Muse hari ini untuk menangani kesulitan mengguna tandas awam. Korang boleh apatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan tisu tandas basah Kleenex dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my

Korang juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag #KleenexSurvivalGuide

Jom..kita bersih-bersihkan public toilet kat Malaysia nie..serammm sangat macam nak masuk rumah hantu bila melangkah masuk ke public toilet kat Malaysia nie. Paling malu kalau orang luar datang melawat Malaysia tengok tandas awam kiter tahap negara lebih mundur dari mundur!

Anak-anak pun aku memang dah ajar untuk bawak Wet Tissue ni biler nak pegi public toilet. Lap dulu baru pakai toilet, tapi kalau toiet tu bersih tak perlu la guna. Aku pun nak didik dia orang bersihkan toilet setiap kali lepas guna sebab itu adalah toilet guna sama. 

Wet toilet tissue yang wajib ade dalam handbeg sekarang nie.

Wet Toilet Tissue Kleenex boleh didapati dalam 2 size - pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan di dalam beg (RM2.10), bungkusan nilai jimat 3 pek (RM5.80) dan pek dengan 40 helai (RM7.40). Boleh beli di pasaraya di seluruh negara. Murah, wangi dan bersih okey *2 tumbsup!*

Lebih lanjut boleh ke FB Kleenex.

14 comments:

Mohd Noor Shawal said...

bagus jugak, penyelamat betul nihhh... ^^

singgah + follow sini.. ^^ jemput join segmen shawal.. :D

http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

Zulkarnai Harun Ar Rashid said...

terus saya tersenyum....hehehehe

Fieza Sani said...

Sama macam saya..kalau keluar paling wisau nk gi toilet awam..snggup tahan minum air..agak2 dah nak balik rumah, tak de menyinggah ke mana2 baru minum air..

Bin Muhammad said...

Tidak dinafikan..public toilet memang tempat yg paling Cuba dielak kecuali betul 2 emergency. Bila ke luar negara, tak payah jauh...Thailand pun dah nampak beza akan kebersihan public toilet diaorang

Kakzakie Purvit said...

Saty kenyataan yg tak boleh dinafikan toilet awan negara kita masih tak menepati piawaian. Geli dan memalukan.

ain.ya.nun. said...

Ko tak boleh pergi melancong ke China ni Wa, mmg menahan kencing seminggu kalau ko pi sana :p

Julia Johari said...

Kita ada habit yg sama, jenis tak suka public toilet KECUALI, bilik air hotel dan stesen minyak yang kebersihannya sangat terjaga gituuu...bagus kleenex ni at least kita leh cegah masalah tu kalau terdesak...kalau tak julia pun kepit kak hahahha

Eye_nee said...

Sejibik perangai ko dgn akk ni beb...ko bygkan masa sikakak study kat Perlis nun..dari sg buloh...akk tak kencing2 sampailah ke hotel atau homestay yg akk sewa tu...jika tak tahan sgt pun Yana ataupun si Zati yg akan merisik toilet tu dulu...kalau depa kata line clear baru masuk...akk tak akan intai2...no..no..no...sbb nnt akk akan terbayang-bayang.....dan bayangan tu menghantui sehari dua...ohhh tak sanggup..

Blog Akak Kembang said...

hhehehe...hakak pun...tapi kadang2 kalu dah tak tahan hentam sajalah. Best juga ada benda ni...taklah rs geli lagik

hainom OKje said...

Kelako tgk demo Jihan kat Youtube pasal benda ni

Khir Khalid said...

Public toilet kita ada sesetengahnya mmg betul2 public hehee... masuk bayar tapi mcm tak de org yg selenggara... adehh...

el said...

kita geng lagi lah weii hahaha
mmg takan masuk toilet yg kotor..sanggup tahan kencing berak bagai
eeee geli la...
so bak sini sekotak kleenex tuk iols haha
kenalah share2 hihi

el said...

kita geng lagi lah weii hahaha
mmg takan masuk toilet yg kotor..sanggup tahan kencing berak bagai
eeee geli la...
so bak sini sekotak kleenex tuk iols haha
kenalah share2 hihi

Kira Sakura said...

kannn kadang heran jugak dengan pemikiran manusia dekat mesia ni. dah berak tak reti ke nak flush. tak reti ke buang tisu dalam tong sampah. gamaknya macam tu la kot tandas dekat rumah dorang sendiri =..=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang