thumbnail

Tuesday, April 05, 2016

Best Sangat Ke Jadi Blogger Ni??


Masalah 

1st sekali nak letak tajuk entry pun dah jadi 1 masalah besar buat blogger. Hah! Nak letak tajuk gempak pun payah kot nak fikir. Last-last letak je la tajuk yang sepanjang karangan. Ha..ha..ha..

So, best ke jadi blogger? 

Ntah..best la jugak! Boleh pegi event sana sini boleh bawak anak-anak sekali. Kalau dulu aku jarang dapat mana-mana invitation tapi sejak biler eh aku lupa dah sejak tu la sikit-sikit datang invitation. Ada yang berbayar ade yang free. Tu belum kire produk yang dapat untuk direview. Paling best pasal blogger ni ialah komuniti blogger sangat baik! Latesay kalau event ni tak dapat join, blogger lain akan pas kat kawan lain. Tak tau la kalau ade yang tamak kan, kalau dia tak dapat pegi dia diam jek..tu aku tak tau, tapi dalam komuniti blogger ni pun ade jugak puak-puak nyer..yang ni tak nak komen sebab aku pun takde puak. He..he..he..

Kawan-kawan blogger best oiii..kadang 1st time jumpa pun macam dah puluh tahun kenal! Tapi ade jugak yang awkward..hehehe..tak reti la nak mulakan bercakap. So far setakat ni yang aku jumpe dan kenal memang tak sombong punyer oranggggggg ;) best best best.

Semalam, masa perasmian majlis dengan PM ade la tegur "ehh..baru baca entry awak pegi event movie tu..best kan jadi blogger ni banyak dapat benda free kan?" Aku like.."ehh..??" Ehhh je la sebab speechless! Sinonim kan..orang akan cakap blogger & benda free tak dapat dipisahkan! Tapi cuba jujur dengan aku, sapa tak suka benda free?? Jawab cepat. Takde kan?

Aku dulu start berblog sebab boring je..serius sebab takde buat ape dah tu aku ni jenis suka bercakap, dah takde sangat kawan nak bercakap so aku menulis la pulak. Tulis apa saja yang ade dalam otak nie. Pastu sekarang ni biler baca balik rase haaa..bodoh nyer aku masa nie!

Ha..ha..ha..kenyataan okey! Macam kelakar sangat pun hade, dan yang jadi masalah biler ada manusia dari keluarga sendiri baca tapi tak boleh nak terima kenyataan sampai jadi bergaduh & jadi bahan ungkitan sampai la hari nie! Huh..padahal dah lebih 5 tahun kot tapi masih lagi disebut-sebut.. Sori la, sejak tu memang aku tak cakap pasal keluarga sangat & pasal kerja pun aku tak cerita dalam nie.

Sejak tu aku istyiharkan adik beradik aku 3 orang je dalam blog nie. Lain-lain aku jaranggggg sangat cerita sebab hanya adik dan kakak aku je yang paham aku ni macam mana. Dia orang je adik beradik sejati aku. Pasal kerja pulak memang aku tak suka nak cerita. Ntah kenapa ntah..

Parenting Blogger? Personal Blogger? Lifestyle Blogger?

Hello im Personal, Parenting & Lifestyle Blogger..kot? Yang buntu otak harini..hihihi..

Jujur cakap aku pun tak sure ape niche blog nie! Kalau dulu personal blogger je tapi lately ni banyakkkk sangat invitation yang berkaitan dengan anak! Hah..yang ni aku suka, so nak kene mengaku aku ni Parenting Blogger ke? Ha..ha..ha..aku pun confius gak nie. Tengok dalam blog pun takde tips berkaitan anak pun. Yang ade cerita pasal anak-anak sendiri bersepah la.

Mungkin aku kene letak : Personal, Parenting & Lifestyle Blogger lah..wahhh gitu! I loike ;) so say hello to me now! Ahaks~ tapi food blogger pun cara gak nie! Ha..ha..ha..kata suka makan khennnn.. ;)

Best la wey..kalau ade payment invitation lepas la duit dapur sebulan! Hah..duit dapur seminggu pun dah dekat RM300 so banyangkan berapa dapat kalau lepas duit dapur sebulan. Ade tu free jek tapi diberi pulak semua kemudahan yang ade bersama gift yang best! Ha..sapa tak suka wey! Free kot~

Ade tu event food review pun syok gak sebab makan dengan kawan-kawan kot! Giler tak best makan sedap sambil gelak-gelak borak-borak tapi abis masa memang kene buat keje secara serius lah! Hah..ni bab satu lagi ingat nak jadi blogger ni senang ke?? Kalau nak buat entry review kene jujur tau! Di ulang sekali lagi REVIEW KENE JUJUR sebab kalau tipu tanggung la dosa! Hah hamik kau...ingat senang ke?? Dah tu kalau review tak best pun ko kene hentam gak..

Memang la ade entry tu dibayar tapi bagi aku la kan (kalau korang aku tak tahu la!) walaupun benda tu berbayar aku akan review sejujur habis, kalau produk tu tak bagus aku akan pm personal cakap aku tak nak buat. Aku tak berani nak terima duit tu sebab nanti tak berkat. Giler kau aku paling takut bab tak berkat ni sebab semua berkait dengan anak oiii..seram okeyyyyyy!

Macam food review, kalau tak best aku takkan review dalam blog. Kalau best je aku share. Sama jugak kalau tempat bercuti ke hotel ke if okey aku share if tak okey aku akan review biase, ending aku akan cakap itu adalah pengalaman aku sendiri mungkin masa aku kene tu memang tak best, mungkin masa korang pegi tu okey. Ha...gitu. Aku tak reti nak pung pang pung pang best oiii best oiii padahal benda takde ape pun..giler nak tipu orang?? Nak masuk api neraka?? <== ayat macam Syahmi! HAHAHAHA..tipu dosa masuk api neraka! LOL~

Apa yang cuba aku sampaikan ni??

Ntah aku pun tak tau sebenar nyer apa yang aku bebelkan tapi benda ni asyik bermain dalam otak aku je dari semalam. Benda free memang sinonim dengan blogger ke??? 

Memang laaaa weyyy..dapatkan dulu produk baru review. Dah tu kau nak ke bayar dulu produk tu pastu bajet bajet baik review free? Ade ke benda free lagi dalam dunia ni?? Hoiii masuk toilet pun dah 50 sen okehhhh. So win-win situation kot. Kau kene ingat...nak review ni bukan senang! Kau kene cuba dulu produk tu..kau ingat senang? Mana ntah tetibe kene cerry berry ke? Mana tetibe kene kulit sensitif ke?? Huh..kalau pegi sana sini minyak tol dan penat lagi! Hekk..ingat senangggggggg ke?? Tu belum kire nak seret anak lagi..ha..ha..ha.. Kekeringan idea pun nak kene amik kire oiii...

Orang nampak senang, best-best tapi sebenar nyer susah. Yang penting kene enjoy apa kiter suka buat maka semua akan jadi mudah ;) Blogger buat kerja dia, produk pun dapat diceritakan dan maklumat pun dapat disampaikan. Kadang aku buat je review free sebab aku rasa best kalau dapat sharekan benda baik dekat orang lain. Contoh macam ehhh makan kat sini best giler hah nak kene share ni biar orang lain pegi makan gak! 

Atleast berguna jugak kau jadi seorang blogger walaupun kau membebel sensorang dalam blog tu. Huahuahua..aku la tuuuuwwww~

Ha...gitu. Sama la macam benda-benda lain. Share benda baik tak rugi pun ;) Benda yang tak best je aku tak share kan walaupun akan ade yang cakap "ehh kene bagitau jugak la sebab takde la orang lain terkena!" Aku tak berani wey sebab semua benda ni subjektif. Mungkin aku pegi tempat tu rase tak best tapi mungkin masa kau pegi best giler..so pendapat aku kau kene alami sendiri baru boleh rasa.


Penutup

Hah..penutup pun jadi satu masalah gak kat aku! Ha..ha..ha..pandai membebel tapi tak pandai nak habis! Sebenar nyer aku tengah cari idea nak buat entry pasal event sabtu lepas. Hu..hu..hu..sampai ke sudah idea nak mengolah nyer tak dapat. Maklumat dah ade, e-mail dari PR dah dapat, gambar banyak nak share, cerita pasal event pun best giler cuma idea nak mengarang je tak tibe. Dah canne?

Help! Biler nak mula??


27 comments:

Kakzakie Purvit said...

Itulah dunia blog. Macam-macam niche tapi pada kakak terpulang pada empunya blog nak create macamana sekalipun. Janji tidak melanggar etika.

Nak puaskan semua org rasanya satu yg mustahil.

Kak Nieyl said...

Peh!pagi ni nieyl baca ringkasan karangan :)
siap ade penutup lagi tu...
last week,my second bos tetiba tanya "eh..muka awak nie mcm seorang blogger tu laaa" muka nieyl dah cuak dah weii...mampu jawab...Ooo..yeke?? terus tukar topik..hahaha

Farahain ZFA said...

best kan jadi blogger,

Umie Adli said...

dlm blog memang tak nak cerita pasal keluarga besar dan kerja. byk cerita pasal family sendiri je. blog ni pun tak nak org ofis tau.

wahida said...

Alhamdulillah...rezeki ko nok...aku pulak mmg tak nak buat review, bukan takde, tapi aku rasa aku tak mampu nak buat...ada banyak faktor membuatkan aku tolak...

sedangkan kawan2 ofis mintak tolong promote produk dorang pun aku terpaksa tolak walaupun berbayar ni kan pulak kalau dapat invitation...takpe lah, aku bagi kat orang lain je la yang lagi sesuai untuk buat review...sebab aku takut aku tak mampu berlaku jujur...eh bukan faktor jujur je, faktor masa pun ye jugak...haha...

sebab tu apa yang aku review baik hotel, makan atau apa je itu ada lah kerelaan aku sendiri...takde paksaan gitu...ekekek...baik aku tulis, buruk pun aku tulis...
kalau duit income nuffnang aku tak jalan, yang itu iya aku risau...kahkah...

anyway, lain orang lain caranya...tapi yang best bila ko dapat bawak anak2 ikut serta event...kan best tu...

teruskan berblogging okehh...

JMR said...

UNTUNGLA JADI BLOGGERRR HAHA

Fiza Rahman said...

Panjang karanfan ko nyah. Sampai titik terakhir maktang baca. Bestkan jadi blogger. Tapi bab mengarang utk entry event ni memang bley pecah pala nak karang ayat.

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown perasan yg akk selalu dpt jmputan event...mcm mcm, bestnyee...hehehe....

Suriaamanda said...

wah...padat entry ni...best kan jadi blogger..dapat kepuasan..hehehe..well akak tak sombong kan?

MG schmidt said...

Untung jdi blogger ni sbb kdg2 rezeki dtg senyap2 ..hihi

Cik Puan Eka said...

hehe bets kan jd blogger. Tapi saye tak pernah lagi dapat jemputan event berkaitan anak.

Dha lama kot tak dapat invitation event. Last taun 2013 tak silap. tujela

• Ain Cho'in • said...

Best ker jadi BLOGGER niy? Ehhhh. Hihihi. Boleh la kaaan sebab boleh sharing life kita dengan semua orang. Seronok apa kan? :)

Best nya dapat invitation sebab kita tak pernah dapat invitation event. Ker tak perasan erk? Hihi !

Rezeki BLOGGER ni luas kan. Alhamdulillah syukur selalu. :)

Julia Johari said...

aah pasal kerja pun julia tak suka story dalam blog...bukan makanan julia juga....alhamdulilah rezeki mencurah2 kak izwa, syabas!

Fieza Sani said...

Baru je start bjinak2 attend event tapi tak layak lagi dpt yg berbayor..hehe..

SYANI said...

Ok la tu Izwa, rezeki anak2....

Tapi bab membebel sorang2 dalam blog tu, aku la salah sorang tu...hahahaha

LYAfrina said...

apa2 pon lya sgt rindukan era berblog tahun 2009-2012... rindu kwn2 blogger y aktif zaman tu..mcm bestfriend sgt walau pon hanya knl di alam maya..

best jd blogger, sbb leh knl n selami pelbagai kisah sahabat2 maya.. kdg2 ank2 blogger ra sperti mbesar dpn mata..tgk dr baby, smpai k dh sekolah..

blh join event tu satu kelebihan utk y bpluang n mudah nk join .. rezeki jgk tu..

tp bg lya, menulis blog ibarat myimpan diari..esp kisah n knangan ank2 dr waktu dia org kecil hingga skarang.. skarang klo baca balik kisah ank time kecik beberapa thn lps, kdg2 ketawa n mngis sorang2.. haha

NUNU EERA said...

gigh iols baca entry akk ni.. kite blogger skdar dipinggiran.. :)

Jueliza Jamani said...

aku lately mcm nak stop kejap jer.. nak muntah dah tengok blog.. nak duk depan pc pun tak hingin dah ni.. sindrom preggy kot.. tp ada jugak benda viral depa duk update kat blog sebab nak tarik traffic.. mcm2 ler orang ni.. bab2 makan so far sedapp.. yangtak sedap yg aku citer haritu lah sebab tekak aku tgh tak selera kot.. hahahaha

Nad MamaZN said...

berblog buat saya ramai kawan. walau x penah jumpa tp mcm dah kenal lama. almaklum, dok umah je kan, celah mana plak nak bersembang selain dgn anak2? mmg dengan berblog la saya bercerita. bajet ada org nak baca haha! bab event ke, review apa2 ke mmg tak penah. almaklum, x glemer haha!

Qhaifa Nur said...

Blog utk diri sndiri...tp dh kenal rakan d alam maya...dpt berkongsi ilmu...rasa seronok berblog kini

Apa yg kita terima itu rezeki kannn

sudipVSsenduk said...

kipidap! dongibap! ucanduit!

Inani Hazwani said...

Bila kita nak jumpa ni kak? Hahahaha ! Kann macam2 dalam dunia blog ni :)

Hanafi Abdullah said...

saya jadi blogger sebab seronok menulis...

bab duit...jarang dapat

bab kepuasan tetap ada bila ada orang komen walaupun seorang dua

nieda said...

Dah lama x menulis dlm blog..kdg2 rindu juga.

hainom OKje said...

Udah kenapa serba serbi masalah ni Izwa hihi....
Tak pe, masalah masalah pun 3 kertas kajang dah siap! Tahniah yer

Falsya said...

Gigih baca entey akak dari masalah smp ke penutup..kite pun ade dpt invitation tapi biasalahdh kalau jarang check email, mmg berkubur la invitation tuh kat situ..kalau kite jenis check email and alert psl bende2 gini, mesti kite boleh jmp kan..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahahha...sy blogger syok sendiri je..tak pe ada yang sudi baca ada yang sudi singgah pun thanks sgt dah....kalau tak de pun tak pe saya tulis je ikut sesedap rasa ..eekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang