thumbnail

Wednesday, April 06, 2016

Movie Screening The Lion Guard hanya di Disney Channel!


Full update dari post kelmarin kelmarinBertempat di Marmalade Cafe kat Bangsar Village sabtu lepas (02.04.2016) kami pegi ke event yang telah dijemput dari bulan 3 lagi. Wahhh kau ayat skema nak mati oi! Ha..ha..ha..kejap kejap..ehemmm betulkan sikit idea & otak ;)


Marmalade Cafe Bangsar Village

Kion & The Geng

Sabtu lepas kami dijemput untuk menonton siri televisyen The Lion Guard yang akan ditayangkan di Saluran Disney (Saluran 615) di Malaysia. Jemputan di buat dari bulan lepas lagi! Kemain baik Sophie & Jessica siap e-mailkan aku warm reminder takut-takut terlupa kata nyer..hehehe..jarang risau Sophie, event best macam ni biase dah mark dalam kalender tau ;) eh semua jemputan semua event la aku mark dalam kalender sebab takut terlupa!

BTW..orang kuat event ni Sophie Lee dan big boss Jessica Tan tu kemain baik dan humble giler! Actually ini 2nd time aku jumpa dia orang. Dulu event kat Petrosains KLCC, tapi sayang nyer takde plak gambar sama-sama. Uhuks..nextime kita selfie-selfie ya Sophie & Jessica ;)

Antara aktiviti yang diadakan untuk anak-anak & bapak! hahahaha..

Macam-macam aktiviti disediakan untuk anak-anak seperti menggunting topeng muka, mewarna. Aktiviti yang buat anak-anak leka dan tak buat perangai sementara menunggu waktu tayangan. Masalah nyer dengan mak bapak pun leka! Ha..ha..ha..sebab seronok kot aktivit yang melibatkan 1 keluarga nie ;)

Makanan untuk anak-anak

Makan untuk mama..ehh? Hehehe..lunch disediakan untuk semua uolls.

Makanan disediakan dan paling best makanan khas beserta bekas khas untuk anak-anak pun disediakan! Seronok dia orang makan dengan plate kanak-kanak ;) sesetengah tempat tak nampak benda ni sedangkan anak-anak pun sama nak rasa dihargai. Atleast dia orang rasa dia orang pun terlibat sama dengan event tu.

Wefie dulu sementara menunggu detik tayangan.

Tayangan dah bermula! Hah ralit masing-masing.



“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. 

Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga, Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli dan Dusan Brown sebagai Beshte. Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”

“The Lion Guard”

Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai   oleh   singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan   melantik   rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga seekor “honeybadger” yang berani, Ono bangau yang bijak, Fuli harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte seekor badak yang  peramah dan sentiasa  bersikap positif. 

Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulanini   akan   menggunakan   keunikan   masing-masing untuk   menghadapi   cabaran   bagi   mengekalkan keamanan di “Circle of Life”

So kalau nak tahu kene la tengok nanti siri pertama yang akan bermula pada 17 April 2016, 8.30 pagi di Saluran Disney (Saluran 615) Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala yang menyandang gelaran ketua "The Lion Guard" iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan "Pride Lands". Kalau korang ingat filem "The Lion King" ni lah kesinambungan nyer tau setelah 22 tahun filem itu di moviekan.

Ngauman singa paling kuat pun ade ;)

Sesi kuiz!

Selepas tayangan 2 siri episod 3 & 4 tu ada sesi soal jawab ala-ala kuiz sapa cepat dia la dapat hadiah! Hah..aku dengan Syahmi dari awal dah aim nak Fuli - harimau bintang tu untuk Syakirah. Dari awal Sophie tanya soalan kene ready angkat tangan laju-laju. Dah la kita orang duduk belakang sekali memang payah la nak nampak tangan Syahmi tu. Last-last tak sangka pulak memang part hadiah tu dapat sungguh patung Fuli yang kita orang aim tu! HE..HE..HE..

Masa dapat hadiah tu Syahmi pandang aku aku pandang Syahmi! Masa ni Syakirah takde sebab Eady bawak pegi mana ntah. Biler dia datang kemain bulat mata dia nampak patung Fuli tu! 

Budak paling untung!

Antara pemenang kuiz. Ehh..salah pemenang yang pegang Fuli tu..patut nyer abang!

Antara perkara paling best dengan event Disney ni ialah goodie pack dia! Hehehe..bukan anak yang teruja tapi mak dia orang sebenar nyer ;)

Best kan? Cepat cakap best!

Oh ye, sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia. Video mengaum yang  paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return Of The Roar". Jom adik-adik anak-anak join mengaum mana tau terpilih masuk tv ;)

Anak-anak terbahagia!

Keluarga terbahagia ;)

Terima kasih Disney Channel, dan korang jangan lupa tau tengok siri pertama "The Lion Guard" yang akan di tayangkan pada 17 April 2016 8.30 pagi. Kalau tak, rekod awal-awal supaya tak tertinggal siri tu ;) aku tak sabar nak tengok dengan anak-anak sebab citer ni best! Kalau tak best takkan ralit 3 ketul SI tu tengok tayangan yang disiarkan kat cafe tu.

Siri "The Lion Guard" akan turut di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini jugak.

14 comments:

Kakcik Nur said...

Anak2 seronok, makpak pun seronok... :)

Ummi Khalif said...

Wahh!!! Bestnyaaa!! Nampak sangat keseronokan kat situ

Kakzakie Purvit said...

Apa yg kakak suka Syahmi selalu ikut serta dan tangkas menjawab
Yg untung adik-adik. Sorang jadi wakil bergambar dgn hadiah, sorang dpt main hadiahnya..

Untunglah awak Sufiya dan Shakira ada abang Syahmi kan:)

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaa

Falsya said...

Nie mcm mama iye yg lg seronok nie..hahaha..

Julia Johari said...

Syok event mesra family...anak dan mak ayah boleh join buat art work! Yeyy banyaknya belon best tau kak izwa...okey nanti nak tgk citer ni nanti

Norhayati Mohd Isa said...

Memang seronok lah anak2 ni izwa..
Dapat main lagi, makan lagi, tengok movie lagi..
pastu dapat hadiah .. banyak syokkkkk aaaa :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

aaaa....arrrrrr comelnya tiger tu ..aummmm

aizamia3 said...

Anak patung tu cute.. kalau dapat semua.. super duper cute kan.. ;)

E'in said...

bestnye! bdk2 mmg suke laa..

lieyalatif said...

wahhh best2....dpt goody pun best hah...

bile tgk2 kan baru lieya perasan tau izwa, katun ni laa anak2 lieya dok gile tgk skrang .... dieorg sebut tau tak cam sgt, bile tgk pic anak lion tu baru lee cam hahahaahahah

LYAfrina said...

bestnya...untung anak2

Kira Sakura said...

arghhhhh berutungnya anak2!!!! memang comel sgt si Fuli tu. nasib kakak tak mengamuk nak sama hihihi

yaya cendana said...

alaa...seronoknyaa..tak ajak..huwaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang