thumbnail

Friday, April 08, 2016

Sparkling Ribena Baru Penuh Dengan Kebaikan Vitamen C Semulajadi!


Jelajah Mini Cooper Ribena - jadual jelajah (klik)

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya memperkenalkan Sparkling Ribena Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum! Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang disyorkan, Sparkling Ribena adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia tanpa mengira usia!   

Sparkling Ribena Can

Tentang Ribena

Ribena telah dicipta oleh Dr. Vernon Charley pada tahun 1938. Namanya diperoleh daripada nama botani anggur hitam – Ribes Nigrum. Pada tahun 1955, Ribena menembusi Malaysia dan tidak lama kemudian menjadi minuman kegemaran kanak-kanak & orang dewasa di Malaysia serta menjadi jenama popular sebutan ramai dalam kalangan pengguna Malaysia. 

Diperbuat daripada buah anggur hitam yang diperoleh dari ladang-ladang di New Zealand kerana warna ungu pekatnya, Ribena terkenal dengan khasiat kebaikan semula jadinya dan rasa yang enak, diperbuat tanpa pewarna tiruan. Ribena boleh didapati dalam bentuk kordial dan sedia diminum.  


Sape suka Ribena? 

Angkat tangan! Hey..sedap kot minum Ribena sejuk-sejuk waktu panas macam sekarang nie~ Kalau korang nak tau sekarang Ribena ade yang baru - Sparkling Ribena Can ! Dari jauh dah nampak menarik giler Ribena baru nie. Oh ye, korang tau tak jenama Ribena ni sebenar nyer dah 75 tahun bertapak dalam industri minuman! Wahhh..*tenganga* (padahal aku pun baru tau nie..he..he..he..!)

Jadi bertepatan dengan dah lama sangat tu maka Ribena sentiasa mengolah semula rasa mengikut citarasa orang ramai yang berbeza! Ye lah ade orang suka yang original, ade orang suka yang ade perasa lain. Kalau korang perasan kat pasaraya sekarang ni pun dah macam-macam perasa Ribena ni kan? Ada yang campuran perasa peach, lemon, strawberry..ehh banyak la..ikut tekak masing-masing suka yang mana.

Dengan Sparkling Ribena Can baru ni, pengguna boleh menikmati keenakan dalam cara baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat dan menyegarkan. Apa yang lain? Yang biase tak berkarbonat.


Keenakan rasa buah terbaik!

Ha..risau anak minum Ribena banyak-banyak sebab ade perasa?? Pemanis tiruan??  Aku pun risau jugak sebenar nyer tau..hiuhiuhiu..takut gigi anak rosak biler minum air manis banyak-banyak nie tapi rupa nyer aku & kiter salah sebenar nyer! 

Kalau korang nak tau prinsip syarikat Ribena ni adalah membekalkan keenakan rasa buah terbaik dan bebas dari perasa, pewarna & pemanis tiruan tau! Jadi sekarang kiter dah boleh tak risau kalau anak nak minum Ribena atau lagi-lagi Sparkling Ribena baru nie! Takde perasa pewarna pemanis tiruan uolls~

Sparkling Ribena Can juga bebas kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa! 

Sparkling Ribena Can

Sparkling Ribena Can dijual pada harga RM2.00 sahaja dan boleh didapati di semua pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, sila klik “LIKE” Di Laman FB Ribena Malaysia atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin-Jumaat : 9 pagi - 5 petang). #AlwaysGood!
 

13 comments:

wahida said...

aku suka ribena! tapi laki aku x gemar sangattt...kalau beli mmg aku ngan anak2 je yg minum...

aizamia3 said...

feveret mak budak jugak.. sampaikan kalau buat open house, tetamu pun kena minum ribena.. wakakaka..

yaya cendana said...

alamakk...yaya memang suka ribenaaa

Falsya said...

Kite dh minum dh kak..sedap oiii..ehh alamak kantoi minum ribena time dlm pantang..larikkkk..;)))

Kamsiah Yusoff said...

nak jugakkk..nak jugak..musim2 panas ni..mmg umphh..

Khir Khalid said...

Wahh bestnya... saya memang dari kecik gemar minum ribena. Tak pernah tru lagi can drink tu... nk beli nanti. Maklumlah saya pun kanak2 ribena sampai dah jadi bapak budak hehee.. Thanks sharing Izwa... :)

el said...

ribena ni mmg femes time bulan puasa nak raya hahaha

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun suka ribena dari dulu2 hingga sekarang ni masih ada stok kt rumah ..

Norhayati Mohd Isa said...

Kegemaran anak2 ribena ni Izwa..
Tapi tu lah..
Abahnya dah tak kasi pula minum..
Suruh tukar jus campuran sunnah..

adianiez AIDA said...

kalu anak2 aida jumpa kereta ribena besar tu, mesti diorang berlari kejar.
dgn ibu skali akan kejar!

LYAfrina said...

waa..ade ribena bru rupanya..mrh je tu

Kira Sakura said...

mesti lagi sedap sebab ada bikarbonat tu. tapi selalu beli cordial je. jimat. boleh ulang minum byk kali ekekekeek

hainom OKje said...

Lama tak minum tp kalau ada depan mata minum jerrr hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang