thumbnail

Monday, April 18, 2016

TC Boy Tuna Dengan Tuna Terpilih, Ye Ke?


Pertama kali aku nak cuba TC Boy tuna nie, selama ni tau je jenama ni tapi rase memang tak pernah la. Pada awal nyer aku takut nak cuba sebab selalu sangat terdengar momokkan cakap bau hanyir la tak sedap la tapi kalau tak cuba kiter tak tau kan?

TC Boy Tuna Terpilih!

Seminggu lebih dah tersimpan kat dapur TC Boy Tuna nie, ntah kenapa macam tak nak rase jugak walaupun dah ade, tapi nak jadikan citer..semalam lapar..ha..ha..ha..gigih la masuk dapur cari ape benda boleh di makan! Konon diet kan tak nak la makan malam. 

Tengok kat dapur blink blink blink tin TC Boy ni macam menarik perasaan je mintak di makan! Almaklum nak masak malas so haruslah cari yang pantas dimakan. Baca produk TC Boy ni kat kotak ehhh tak perlu dimasak! Boleh makan begitu saja..wahhhh ini sudah bagus lah! Cepat-cepat amik roti keluarkan lemon & hiris cili padi. Perghh..

Teka yang mana pilihan aku?

Haruslah tuna dengan cili padi yang menjadi pilihan hati! Kata tekak mesti yang pedas-pedas kan maka tuna dengan cili padi adalah pilihan paling terbaik buat aku. Korang kalau pegi camping ke travel ke dah tak payah risau kalau makan tak pedas. Boleh je bawak TC Boy Tuna ni kemana-mana. Tin nampak je kecik tapi isi dalam dia mampu buat sandwich sebanyak 4 set! Selain dari Tuna dengan Cili Padi ada banyak lagi pilihan lain, so sangat sesuai untuk satu keluarga yang mana ada macam-macam tekak ;)

Bagi aku aku sukaaaaa sangattttt dengan TC Boy Tuna dengan Cili Padi nie! Aaaaaa..pedas-pedas weyy tapi jaga-jaga ade cili padi seketul dua dalam tin tu tau! Aku siap perah lemon sikit bagi penambah perisa sedap tu...aaaaa sedap nyerrrr~

Dah la makan share-share dengan Syakirah mok tu..sibuk je dia..sambil makan cakap das--dass--pastu minum air tapi mintak lagi. Ehh..kene buatkan lain! Cecepat buatkan sandwich TC Boy Tuna dengan pilihan Mayones Sebenar untuk dia!

Abis licin dia makan 1 set setengah sandwich tu.

Tak sangak pulak sandwich TC Boy tuna ni Syakirah nak makan sebab dia memang terkenal dengan tak suka roti. Kalau beli roti hotdog tu dia makan hotdog je roti dia bagi kat abang dia, tapi biler semalam aku buat sandwich TC Boy tuna dengan cili padi tu dia mintak pulak dah tu makan banyak! Ehhh pelik? Bermakna produk TC Boy ni adalah sangat menepati tekak kanak-kanak yang cerewet makan jugak nie. Bagus bagus.

Petang ni nak buat sandwich lain pulak sebab kebiasaan ini adalah makan Eady & Syahmi, nak buat jugak sebab semalam Eady dan dua kanak-kanak tu tak rase lagi. Nak testimoni dengan dia orang pulak ;) hihihihi~

Tempat buka nyer terbalik sebab tu tin tu terbalik ;)

Alah mesti ramai cakap makanan dalam tin tak bagus la tak segar la tak sedap la. Bagi aku tak cuba tak tau lagi! Lagipun kan, produk TC Boy ni tiada bahan pengawet & tiada tambahan MSG tau. Yang penting TC Boy Tuna ni diyakin HALAL tauuu..so jangan nak speku lebih. Makan je dengan bahagia ;)

TC Boy diasaskan sejak tahun 1991 lagi, selain Malaysia TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunie, China & Timur Tengah. TC Boy Tuna & Salmon kaya dengan Omega 3, Protein, Kalsium dan juga rendah lemak. So makan lagi banyak lagi bagus.

Antara pilihan tuna yang ade. Klik gambar untu klebih jelas.

Banyakkan pilihan yang ade? Mungkin ade yang tak nak pedas, mungkin ade yang nak bersama mayonis, mungkin nak yang ade dengan macam-macam lah! Ikut selera masing-masing la kan. Dengan TC Boy Tuna ni korang tak payah risau boleh beli semua untuk 1 keluarga! Paling best senang nak bawak kemana-mana sebab 1 tin ni tak memenuhkan ruang beg pun. 

Korang yang travel backpack aku sangat suggestkan bawak TC Boy Tuna ni sebab ia mudah buka-buka terus makan dengan roti atau pun nasi dah boleh sangat dah. Tak perlu nak kuali periuk bagai mase travel tu.

Kalau yang family tu pergi bercuti tepi pantai sungai haruslah cepat sangat lapar kan? Lagi bagus bawak ni takde nyer nak dengar anak-anak memekak lapar! Nah...buka je terus tepek kat roti jadi sandwich terus ;) So korang tahun ni nak balik raya jem lebih berbelas jam tu kan ha..TC Boy Tuna ni bagus disimpan dalam kete sebagai makan kecemasan. Bagus sangat produk nie. *tumbsup!*

Ini untuk mak-mak yang rajin

Pelbagai resepi disediakan untuk mak-mak yang rajin masak dengan menggunakan TC  Boy Tuna nie! Serius aku pun terperanjat biler tengok kat web : TC Boy Tuna ni penuh dengan resepi! Sapa sangka, 1 tin kecik tu macam-macam resepi boleh buat. Serius kagum! Tenganga-nganga baca resepi weyy...macam ehhh masak ni pun boleh dengan TC Boy ni?? Wahhhhh kejap! Nampak gaya aku pun nak kene start buat stok banyak-banyak kat rumah nie. Kalau lapar tengah malam dah tak risau sangat dah nie ;) Ehh...ni makanan diet la nie.

Oh ye selain dari tuna dan salmon,  TC Boy pun ade produk lain seperti Baked Bean, Sardin & Makarel juga buah seperti kelapa laut dengan madu pun ade! Banyak kan? Korang boleh selak-selak kat web TC Boy untuk lebih lanjut. SERIUS korang takkan jangka apa ade kat web tu! Aku pun terkejut.

8 comments:

safurara said...

laki ku diet, dia makan semua tuna tu. huaaa.

Julia Johari said...

Sedap kan kak izwa TC Boy ni....teruja makan yg ada cili padi tu...huwaaaaa teringat-ingat!

Pandai si kecik tu makan...mmmuah cikit

wahida said...

aku lagi sadis tak pernah dengar brand ni sebelum ni wei...huahuahua...

Kakzakie Purvit said...

Das.. dass tapi sedap kan sayang.
Untung jadi budak pandai. Pedas minum airlah:)

Kalau kakak suka buat roti gulung lepas tu celup telur, goreng. Buat bekal:)

Nooriah Abdullah said...

Anak2 kaknoor suka ni jenis mkanan cam ni idzwa tpi mama nya hmmmm tst lah haha selera org lama kan

hainom OKje said...

Jarang beli brand ni... tahan pedas ke si kecik tu ?

Azura Aziz said...

yup, kak Alycia pun suka TC Boy tuna ni sbb tak rasa hanyir..

Kira Sakura said...

pernah makan yang cili pedas berapi tu ohooiiiiii tatahan memang pedas betoi. tapi sedap!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang