thumbnail

Tuesday, April 26, 2016

TERKINI : Selepas 30 Hari Pakai Ephyra Serum.

Terbaru tak terbarulah..kalau ikutkan hari patut update 16.04.2016 sebab genap sebulan aku pakai ADVANCED REPAIR SERUM dari Ephyra tu. Paham-paham je lah kan..lately ni kerja kat office adalah super pening sampai malas nak mengadap blog. 

Nampak tak?

Sebenar nyer ade je lagi kawah-kawah & wrinkles tu tapi tak berapa nampak pulak kat gambar 16.04.2016 cuma beza nyer muka makin bertambah OKEY dari duluuuuu! Kalau dulu tak berani ... eh bukan tak berani tapi malu nak keluar rumah tanpa senipis bedak! Tapi sekarang ni dah berani sikit-sikit nak pegi kedai depan dengan muka polos. Wahhhh gitu.

Kalau ikutkan masih lagi dalam kategori muka tak licin lagi tau muka aku nie. Teringin sangat nak muka licin licau macam Memey tuh..serius cantik Memey kat luar! Dah la baik..ehh..tetibe citer pasal Memey plak. 

Sekarang aku tengah on serum botol ke-2 dah nie. Sempat beli sebotol je masa #SBB2016 sebab tengah diskaun giler-giler. Sebiji botol kecik memang ngam-ngam untuk 30 hari lah kalau ikut kiraan aku. Tu pun pakai siang malam tau..kalau kau jenis yang pakai sehari 2 kali mungkin lebih 30 hari la kot. Macam aku lepas subuh bawak ke lepas zohor bawak ke lepas asar pastu lepas isyak..ha..ha..ha..tak sabar nak flawless punyer pasal! 

Tak sabar nak dapat efek kilauan pada kulit wajah kata kau.

Untuk lebih lanjut boleh ke web Oceanlife. Kat sana testimoni pun ade, senarai produk pun ade. Selain tu boleh terjah IG rasmi Ephyra2u.

Puas hati sebab dapat hilangkan lubang-lubang dan blackhead whitehead dapat dikurangkan setelah lebih berpuluh tahun aku hadap benda nie. Macam-macam produk dah cuba, nampak gaya yang ini sangat serasi dengan aku. ADVANCED REPAIR SERUM dari #ephyra adalah SANGAT BEST!


Contest #selfie Bersama Mug Ephyra Special Edition 

Semalam aku cuti, dating dengan Eady. Dating kewww? Banyak urusan rasmi semalam ke hulu ke hilir tapi berdua lah..anak-anak sekolah dan taska.

Selepas #sepetangbersamablogger2016 yang lepas, #Ephyra adakan satu Selfie Mini-Contest bersama mug eksklusif #Ephyra. Aku ni gigih la masuk ade la terselit sekali gambar dak Syakirah sekeping.

tengok la tangan gebu tu!

Semalam tetibe dapat notification kat IG yang aku menang contest selfie tu, masalah nyer aku yang jenuh selfie tapi dak Syakirah yang menang..acanne? Hihihiii..tuah budak bertuah! Padahal minum air masak je tuhhh~ Alhamdulillah ;) hadiah nyer 1 Set Merhandise Eksklusif Ephyra & Sehelai t-shirt Ephyra. TQ Ephyra ! Terima kasih Oceanlife ! ;)

17 comments:

Cik Kumbang said...

wahhh alhamdulillah tahniah !!!

ini la rupanya rahsia kakak comelku semakin gojes (^_^)

Nieyl said...

nampak ketara juga perbezaan nya...
ini kalau pakai lagi lama nie...
mahu macam memey ni...:)teruskan usaha...
wahhh..tahniahh...ini baru betul anak bertuah.. :)

ain.ya.nun. said...

Memang nampak perubahannya wa!

Kakzakie Purvit said...

Ini yg buat kakak macam nak terjebak utk mencuba nai dik oiii!
Memang nampak kesannya.

hainom OKje said...

Terbukti berkesan tu Izwa.... mahal tak IZwa serum dia ni?

Khairul Bariah said...

sblm ni baca2 testimoni,biasa2 jer rasa
tp yg ni akak nmpk mmg ada perubahan lah
ada jer rasa nak mencuba ni...

tahniah, menang contest.

salam kenal

Khir Khalid said...

Wahh bagus... saya pun nak merawat kulit muka jugalah... dulu tak kisah pun nak jaga sgt huhu. Skrng dah mula kena rawat dan jaga juga sbb skrng bukan perempuan je yg prihatin ttg kulit muka, lelaki pun ramai dah ada kesedaran dah, termasuklah saya... :)

Norhayati Mohd Isa said...

Wah nampaklah perbezaannya tu Idzwa..
Macam teruja pulak akak nak mencuba..
Dah lah muka semakin kusam sekarang ni..

wahida said...

vavava...mmg nampak perubahannya tu...
kipidap!

Qhaifa Nur said...

guna serum ni gak...dh 19 hari gitu
moga ada perubahan...
tahniah...rezeki si kecil tu

Inani Hazwani said...

Kaaaan best sangat guna ephyra ni. Hihi. Tahniah kak menang :)

♥TheOnlyFarah♥ said...

Serius mmg dh nampak beza dah.. Kalau dh serasi maintain yer..hehehe.. Mmg rezeki budak bertuah..maknya pn bertuah menang hamper besar jugak dari ephyra kan..hehehe

adianiez AIDA said...

makin gojes la pas ni :)

LYAfrina said...

waa..glowing..pori2 dh x kelihatan

el said...

dah leh ganti memey ke belum ni
larikkkkkkkkkkkkkkkk haha

nadiah izzaty said...

congratz ... =) ...selalu jugak dengar pasal ephyra nie . kata orang effective . bila baca entry awak dan awak buat testimoni . makin lawa kulit ...nice sharing . boleh la try jugak lepas nie . =)

Kira Sakura said...

memang nampak perubahan kak. teringin nak pakai. tapi tula. kena melabur sikit tuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang