thumbnail

Tuesday, May 31, 2016

Ini Kejutan Yang Sangat Mengejutkan !!


Hari jumaat kalau tak silap aku cikgu Syahmi ade post video kat whatsapps group kelas Syahmi. Aku takde la download video tu sebab aku busy giler jumaat lepas. Baca pun sekadar sepintas lalu, yang aku baca cikgu post video untuk mohon sumbangan PIBG nak cari dana beli ukelele untuk coral speaking sekolah. Nak masuk perlawanan antara sekolah-sekolah kot. Baru nak cuba nasib gituh.

Anak aku?

Dah petang-petang dah free baru aku download tengok ape mondo yang video yang cikgu post ! Alih-alih haaaaa anak aku ke tuh yang main ukelele?? Serius?? Sebab cikgu cakap tu pertama kali dia main ukelele dan memang ye pun ! Seumur hidup dia tak pernah pun main bende-bende tu termasuk gitar. Tanjat gilos aku dengan Eady tengok video nih ! Like seriously anak aku??? Wahhhh..tenganga !

Aku ni membesar mane ade alat muzik bagai, abah aku cakap mainan syaitan tapi tak main alat muzik pun anak dia agak serupa macam setan gak..kofkofkof..tapi itu dulu laaaaaaaaaaaaa...sekarang tak lagi. Ngeee~ jadi anak-anak aku mane ade membesar main alat muzik nie, takde pendedahan langsung pada alat muzik. So biler cikgu post video ni adalah sangat mengejutkan !

Semalam, dia praktis dengan cikgu kat sekolah.


Cikgu tengah uji bakat sorang-sorang anak murid untuk tengok sapa yang pandai main pastu nak buat pemilihan. Coral speaking biase tu kan tanpa muzik. Pagi sabtu aku ade whatsapp cikgu tanya mana nak beli ukelele sebab biler kau post video ni kat FB ramai cakap asah la bakat dia ! Sebab nampak pandaiiiiiiii sangat dia main. Oh ye korang tau  tak Ukelele ni mahal? Aku pun baru tahu..hu..hu..hu..seketul ukelele lebih kurang 200 lebih yang elok punyer..perghh..telan air liur dengar harga dia !

Eady cakap tak salah nak main muzik sebab yang lain bukan kita tak ajar pun. Kelas hafazan/tahfiz tak jumpa lagi ni oii. Periksa dengar-dengar macam Syahmi dapat no.1, biler tanye nak hadiah ape dia jawab nak SAHIBBA. Tak tau nak gelak ke nak nangis dengar jawapan dia. Macam boring je nak oiii..ha..ha..ha..

Monday, May 30, 2016

Krim Ajaib Izeara Xtravaganza Yang Dikatakan TAK PANAS Tuh??

Krim Ajaib Izeara Xtravaganza Yang Dikatakan Tak Panas tuh??


Izeara Xtravaganza

Ape tuh Krim Izeara Xtravaganza??

Jujur cakap aku pun sebenar nyer tak tahu pasal serum ajaib ni sampailah benda ni jadi viral disebabkan katanya KRIM NI TAK PANAS ! Siap mengamuk buat video dan report polis okeh ! Hu..hu..hu..machiam machiam. Dah viral baru aku kenal ape itu Krim Izeara Xtravaganza. Ngeeee~

Tapi disebabkan aku ni memang ade lemak-lemak tersorok (paha, bawah dagu, bontot & perut dah tentu lah kan!) maka rentetan kes viral tuh tertarik jugak laaaaaa nak cuba betul ke berkesan dengan keadaan dia TAK PANAS tuh, tapi sebelum cuba gigih la baca segala testimoni Izeara Xtravaganza kat IG & FB Izeara Xtraganza. 

Memang semua patut dimulakan dengan Bismillah kan?

Antara Kelebihan Serum Izeara Extravaganza ialah : 

> Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!

> Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C. Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit.

> Lemak tertanggal dan terhapus dalam masa 48 jam di mana korang akan kehilangan 6 inci dalam masa 48 jam tuh.

> Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni. Hilangkan stretchmark lama/baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari.

> Lemak-lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Tak panas, tak melekit & wangi !

Tak Panas, Tak Melekit & Wangi !

Dah seminggu lebih kot aku try rase jugak la paha dah tak bergesel biler berjalan..hu..hu..hu..aku ni senang je nak tau biler berat badan dah naik, paling cepat ketara tang paha perut tuuuuuu..serius cakap berat aku ni macam yoyo..cepat naik cepat turun cepat naik kadang susah nak turun..aku pun tak paham dengan berat aku nie. Cuma lately ni berat aku makin naik mendadak lepas aku stop susukan Syakirah. Huwaaa..naik mencanak-canak pastu tak nak turun..dah kenapa kauuuuuuu tak turun?? Sakit jiwa biler orang asyik tegur "Ehhh dah gemuk la sekarang..eh dah berisi laaaa sekarang..!" tu belum adik aku tegur lagi "Ni lengan ke paha?? Macam sama je lengan dengan paha!" huarghh...mak is so stress u know!

Sejak seminggu lebih mendapat kerajinan sapu krim Izeara Xtravagnza ni dapat la rase paha dah tak bergesel biler berjalan ! Hu..hu..hu..sebenar nyer nak citer pun malu tapi tu lah hakikat nyer. Sejuk-sejuk nyaman jek biler sapu-sapu krim Izeara Xtravaganza ni kat lemak degil, sebab nyer 1 memang lah sejuk 1 lagi bau dia wangi sangat ! Ade orang kata bau dia macam lemon tapi hidung aku asyik terbau dia lebih kepada bau ros ;) 

Jadi takde lah nak risau kalau nak sapu sebelum pegi keje atau sebelum pegi dating tuh. Takde bau pelik-pelik tau..lagipun nyaman jek sambil dating dia bakar lemak kauuu dalam diam..ha..ha..ha..

Jimat okeh duit dari amik treatment laser-laser lemak kat luar sana sebab harga dia mampu milik sangat ! Tapi jangan lupa makan dan senaman kene jaga gak. Jangan ar kau sapu pastu kau makan macam seminggu punyer makan..memang tak kurus la jawab nyer.

Kandungan Bahan Izeara Xtravaganza :

> Stem Cell Formula
> 100% bebas bahan kimia
> 100% bebas paraben
> 100% terjamin keberkesanannya menurunkan berat

Order : 013-777 3617

Testimoni / Lebih Lanjut :

Instagram Izeara Xtravaganza
Facebook Izeara Xtravaganza

Saturday, May 28, 2016

Jom Tempah Name Kad Baru Dengan Flyers Murah Malaysia !


Punyer lah lama nak buat kad nama yang baru asyik la tertangguh pastu tak jumpa pulak person yang aku rase macam kene jek dengan aku. Flyers Murah Malaysia ni pun aku tau dari Ainie itu pun lamaaaa dah baca pastu lupa. Ha..ha..ha..pastu ntah macam mana terbaca Flyers Murah Malaysia ni ade buat promosi yang tahap bapak murah maka laju-laju aku pun order lah!

2 side RM 10 (1 box) aje tau !

Dengan harga promosi RM10 (1 box) bagi 2 sides laju je lah aku pun pm Flyers Murah Malaysia nie. Laju jugak dia orang balas pm. Cuma aku je ade masalah hilang ingatan untuk balas pm dia orang..ha..ha..ha..

Dia orang akan tanye kau nak design yang macam mana..aku senang jek sebab malas nak pikir design ape lagi pun aku ni kan orang yang cepat jemu tengok 1 benda maka aku jawab je tak nak macam pompuan pompuan..nak simple sama macam blog. Cuma ade kesilapan tang instargam aku..hu..hu..hu..patut instagram.izwa_0909 tapi 0909 tu hilang plak..malas aku nak return balik lagipun salah aku jugak dia orang pm aku tunjuk design sebelum print aku cuma cakap okey tanpa tengok detail. Hmm..hmm..next time kiter order lain ;) cuma sedih sebab tak bleh order sikit..hu..hu..hu..kene order min 3 box (300 keping). Banyak sangat kot 300 tu. Kalau boleh nak 150 jek.

Terima kasih Flyers Murah Malaysia servis baek, pm laju, pos pun cepat ! So, jom bakar kad lama seperti kenangan lama itu..mua..ha..ha.. ;)

Thursday, May 26, 2016

Pertama Kali Ber-Coral Speaking !


Semalam ade sambutan hari guru kat sekolah Syahmi, sebelum tu hari selasa sekolah Sufiya buat sambutan hari guru tapi yang aku nak share kat sini ialah pertama kali Syahmi terlibat dengan coral speaking ! Perghh...macam tak caya~

Sebelum majlis bermula, budak-budak ni berkarok 1 dewan dengan cikgu ! Kemain sangat cikgu nyer pun..he..he..he..seronok tengok almaklum sekolah semua nyer budak lelaki tau je la kan macam mana nak tarik perhatian dia orang ! Nak bagi diam tak bergaduh..last-last cikgu karok dengan anak-anak. Sporting giler ! ;)


Kemain semangat masing-masing ;) suka tengok ! Cikgu pun cakap ni 1st time ajar budak darjah 3 coral speaking. Syahmi yang pemalu tu pun hilang malu nyer..ha..ha..ha..

Oh ye, hari ni aku cuti jadi esok la ye aku BW. Pagi ni aku dating dengan Eady, petang aku ade hal jadi Eady take over jaga 3 ketul budak sampai aku selesai hal tuh ;)

Wednesday, May 25, 2016

KIDZANIA : Kepada Bakal-Bakal Saintis Dan Pereka Jom Teroka Masa Depan!


Huh aku ni kalau bab Kidzania mesti teruja lebih ! Tapi "trauma"seharian duduk sana masih terasa lagik..Anak-anak kemain happy duduk dalam Kidzania dari 9 pagi sampai 9 malam ! Kesan mereput tak hilang lagi oii tapi kalau dapat pegi lagi Kidzania memang aku pegi je lagi bawak anak-anak tuh ! Ha..ha..ha.. apa yang penting? Anak-anak happy kann... ;) So next biler nak pegi Legoland ni?? 

Program KidZ & Tech di Kidzania

Okey meh sini nak bagi anak-anak korang happy sama ! Sekarang Kidzania ade Program KidZ & Tech tau. Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman anak-anak tentang teknologi zaman baharu nie kan. Kidzania dengan kerjasama Microsoft Malaysia, Ssbadi Holdins, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malysia & Universiti Multimedia merancang aktiviti-aktiviti bagi mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak dalam bidang sains & teknologi. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran bagi membantu mereka terus membesar ke alam dewasa.

Lebih kurang pendedahan awal dalam sains & teknologi bagi anak-anak ni la. Dalam bab komputer, sains dan teknologi la. Ini bukan takat main Ipad, Tab & Hp je tau ! Ini adalah program fun learning. Dengan suasana yang happening menyeronokkan mesti budak-budak suka compare belajar dalam kelas kan ;)

KidZ & Tech Launch (1): Act-of-launch with (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University

Program Kidz & Tech ini juga mampu meningkatkan minat anak-anak dalam mempelajari tentang dunia disekeliling dia orang dan juga mempelajari bagaimana seronok nyer sains, teknologi, kejuruteraan & matematik itu. Huh..bahasa aku..ha..ha..ha..macam buku ! Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenar nyer program ni nak dedahkan anak-anak kita betapa syok nyer betapa seronok nyer sains, teknologi & matematik tu sebenar nyer !

KidZ & Tech Launch (2): Official launch of the KidZ & Tech Program (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University

Ada empat (4) aktivit utama yang dijalankan :

> Pengkodan : "Hour Of Code" memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprograman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft. Hah ni mesti ramai suka main game kot! Ha..ha..ha..lebih macam main PSP tu ha..best best best ~

> Robotics : Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO Education ! Yang ni woww..dari syarikat LEGO femes tu lah..belajar buat robot !

KidZania Congrezz member (from left) Chloe Soh Ke Er(苏可儿),  8, from SRJK Yuk Chai and Lishyen Shischir Indran, 12, from Tenby International School demonstrating about Robotics during the media launch of the KidZ & Tech Program

> Realiti Berperantara : "Dinasour Come To Life" memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan

> Holografi : melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D - sebuah alat yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet. 

Senang kata semua aktiviti ni lebih kepada nak jadikan anak macam Bill Gates & John Lasseter tau ! Mampu buat anak berfikir secara pantas dan pintar. Sementara tu anak-anak boleh join contest di Facebook Tech Geek Of The Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama ialah sebuah pen 3D Doodler.

Cuti sekolah dah dekat kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk bawak anak-anak ke Kidzania untuk sertai program KidZ & Tech ini. Bermula pada 28 Mei sehingga 12 Jun dan untuk masa terhad ini diskaun istimewa bagi tiket biassa turut disediakan. Boleh layari www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut ok !

Aku pun semangat nak bawak Syahmi Sufiya ke Kidzania lagi sebab temapt ni tak puas untuk budak-budak teroka ! Duduk dalam ni sehari semalaman pun belum tentu dia orang puas sebab Kidzania memang best! ;)

Tuesday, May 24, 2016

Cekodok Aku!


1

2

Makin sihat si Syakirah nie. Aku suka panggil dia cekodok ! Ha..ha..ha..dah bulat-bulat macam cekodok, biler aku panggil dia "cekodok ammmmmaaaaa !" dia mesti sengihhhh jek. Manja kemain niiii..kuat makan pun ye ! Boleh je pukul 11 malam minta oti (roti) kalau minta tu makne dia memang betul dia nak makan. Memang abis la oti tu ;)

becok ni!

Becok sampai malam pun bercakap jek..tau tau dah tertido..ha..ha..ha..kadang penat nak tunggu dia abis cakap sebab tak abis-abis. Kadang paham ape dia citer kadang aku dengan Eady ye kan jek...ha..ha..ha.. ohye..mamee tu aku yang makan..dia makan sikit-sikit jek, dia makan biskut tiger tu. 

Ajak belajar ABC 123 paling sempoi budak nie ! "Adik..jom baca abc!" selambe je dia cakap "abc..abis!" ko ghase?? Ha..ha..ha..123 pun sama..satu dua tiga..yeayyy abis.. ! suka hati jek..

Kalau stress kat tempat keje mesti aku cepat-cepat tengok gambar cekodok nie. Macam abang kakak aku memang jumpe setiap tenghari jadi tak sempat nak rindu pun..kekeke..macam cekodok ni petang pukul 5.30 baru aku dapat jumpe balik! Jadi rindu tu lebihhhhhh..

Balik kang aku cium pipi dia kuat kuat sampai penyettttt dia tak marah tapi nanti dia cakap "amboiiiiii mama nih!" pastu sengihhhhhhhhhhhhhh ;) aaaa kenapa rindu nie! Baru masuk office kot~

Monday, May 23, 2016

Lipstik Tahan Paling Lama | Bad Colour Lip By Janna Lawwa


Lipstik Tahan Paling Lama | Bad Colour Lip By Janna Lawwa 

Korang mesti sama macam aku kan? Ala korang korang yang perempuan lah..pakai lipstik pastu kejap je dah hilang ! Tu belum kira cium anak kiri kanan dahi lagi dah melekat kat pipi anak...he..he..he..kalau dulu Syahmi laju je lap laju-laju sebab lipstik tu melekat kat pipi dia lahhhh ;) cium laki tak boleh citer kat sini. tettttt !

Sekarang tak dahhhh..pegi tusyen pun cium pipi kiri kanan pun dah tak melekat ! Wahhhh gitu..aku suka sangat nie. Ingat senang ke nak cari lipstik yang tak hilang dari mulut? Susah oi..pakai MAC pun nak kene tenyeh sikit lagi lepas makan. Akhir nyer aku jumpa Bad Colour Lip By Janna Lawwa

Minum-minum sementara tunggu anak tusyen.

Aku tak tahu nak cakap lips ni macam mana, yang aku tahu lips ni ala-ala lip gloss tapi biler dia disapu ke bibir terus jadi matte. Matte tu makna dia tak licin terus melekat kat bibir kalau gosok pakai jari pun tak hilang kecuali kau tenyeh dgn tisu kuat-kuat. Rasa macam tak pakai lipstik pun ade sebab tekstur nyer ringan sungguh. Pastu kalau nak solat kene lap lap dengan baby oil sebab Bad Colour Lip By Janna Lawwa ni hanya hilang kalau kene minyak. 

Makna nyer kalau ko makan benda berminyak dia akan hilang sikit-sikit jek. Kalau makan benda biase-biase memang confirm tak hilang ! Aku dah pakaiiiii..memang puas hati ! Minum-minum dengan Eady semalam pun tak melekat langsung kat cawan okehhh..1st time minum lipstik tak melekat kat cawan. Suka tau~

Kalau cuti solat sapu sekali je sehari dah cukup ! Tak ke jimat cantu? Jimat banyak, kadang datang penyakit terlupa kiter terlap mulut pakai belakang tangan kan? Hah yang ni terjilat bibir pun tak hilang ;) Best ok.

Budak ni la untung, orang layan dia jek !

Pagi ni aku pakai warna lain pulak. Yang atas tu aku pakai warna light-light sebab hujung minggu kan..santai-santai jadi pakai abis simple jek ;) Hari kerja pakai warna pekat/gelap sikit biar orang nampak kita ni serius keje walaupun kalau tengah buat keje memang muka macam cikgu disiplin! 

Sila abaikan muka sebesar pasu ini, sila fokus pada lipstik aje !

Kalau ikutkan Bad Colour Lip by Janna Lawwa ni ade pelbagai warna termasuk warna exotik. Ada biru, ada hitam ehh ade macam-macam warna lahhh tapi giler aku nak pakai warna tu? Ha..ha..ha..memang tak lahhh...aku bukan nyer budak metal wehh..aku budak muslimah..kofkofkofkof..

Cantik kan?

Lovely Trouble, Little Monkey, Over Shake : 3 warna yang jadi pilihan aku.

Kenapa Bad Colour Lip? Ntah mana aku tau kenapa nama dia BAD. Mungkin sebab dia jahat sangat kot sampai lip tu tak hilang dari bibir..kehkehkeh..jahat lah sebab dia jimatkan duit korang lebih 2 bulan dengan sebatang lip nie.


💋 water proof

💋 kiss proof

💋 long lasting

💋 cream lipstick

💋 over matte

💋 lip colour


Harga RM 45 (termasuk pos)
Order pada Dayah : (WA - 019-5778884)

Thursday, May 19, 2016

PPA1M Kepong : Tingkat 26 Aku Pasrah Dalam Berserah !


PPA1M

Pasrah dan berserah la sebab dapat tingkat 26 ! Ha..ha..ha..okey la kot, kalau ikut kira betul-betul tingkat 20 sebenar nyer sebab dari tingkat 1-5 adalah parking kereta, start tingkat 6 hingga 36 adalah apartment nyer lah! Yeeeee..36 tingkat uolls~ Kat KL ni rumah atas tanah start 3++k tak termasuk kos-kos tersorok..lap peluh tengok harga rumah kat KL ni.

Bak kata Eady "anggap ini hadiah anniversary kita yang ke-10 lagi 2 minggu nanti, tingkat 26 sama dengan tarikh 02.06" hape ajelah yang..iolls pashrgah je lah..ha..ha..ha..

Jadi aku dan Eady redha je lah. Inilah doa yang aku kirimkan kat kawan haritu dan inilah juga rahsia aku. (huhuhuu..macam lah gempak sangat rahsia kau Izwa!) Mase tu aku rasa sangat "terdesak" dan "down" atas sebab-sebab tertentu. Hati aku memberontak sangat-sangat nak "benda" ni sebab ketika tu aku terluka dengan perkara ni. Okey bab ni aku tak nak sentuh dah, tapi apa yang aku boleh katakan "masa" tu aku betul-betul rasa "sangat perlu" benda ni. Korang paham ke? Tak paham takpe abaikan. Ade-ade masa kita betul-betul "rasa" benda ni.

Waktu aku kirim doa tu, aku dan Eady jugak ade buat solat hajat biarlah kami dapat 1 tempat untuk "kami" sahaja. Tak sangka dalam masa terdekat dalam banyak-banyak permohonan yang aku mohon (RUMAWIP, PR1MA, PPA1M, Rumah Pertamaku Selangor, PPA1M Putrajaya dengan apa ntah lagik...) aku dapat panggilan dari JPM (Jabatan Perdana Menteri) untuk offer beli rumah PPA1M selepas aku tolak tawaran PR1MA. (PR1MA mahal oi! Telan air liur tengok harga dia..sobs!~)

Tapi..huh ade TAPI lagi! Apartment PPA1M ni dijangka siap pada tahun 2018 okehhhh..ha..ha.ha...jadi bertabahlah aku dengan Eady sementara tunggu siap oi! Sekarang aku transit duduk di kuarters office dengan perjanjian duduk 2 tahun. Harap sempat siap masa aku nak keluar nanti ! Tak sabar nak deco rumah sendiri hoi! 10 tahun dulu "pernah" ada rumah sendiri tapi .............................................. atas sebab tertentu mari kita anggap rumah tu bukan rezeki aku lagi okey ;) aku dah lama redha bab nie.

Doakan semua urusan aku dipermudahkan tau, mana tau ada antara doa korang diangkat oleh-NYA ! Macam nak tunggu terima offer ni, sebab aku 2nd batch yang dioffer (orang JPM call aku dalam meeting okey!) aku siap whatsapp ibu, abah, mak mertua dan ofkos la Eady minta doakan aku layak dapat ! Abah aku laju-laju buat solat hajat tau...so sweet abah saiyaaaaa ;) Alhamdulillah lepas solat jumaat dapat e-mail kata telah ditawarkan dan loan pun alhamdulillah layak pada harga unit yang lebih besar dari yang aku mohon.

Okey rahsia dah tak jadi rahsia! Korang tolong doa-doakan aku tau ;) aku buat semua ni hanya untuk anak-anak je. Aku nak Syahmi Sufiya Syakirah gembira dalam "ruang" dia orang sendiri. Atleast kalau aku mati dia orang ada tempat berteduh.

Jangan lupa doakan aku tau~ xoxo.

Wednesday, May 18, 2016

Ade ni Ha!


Ade ni ha...duk buka tutup blog buka tutup blog..nak citer ape pun tak tau padahal banyak benda nak kene share ni! Haishhh..keje banyak wehhh..tu belum kira layan call yang soalan nyer kelakar-kelakar separuh nak mati tahap nak kunyah gagang telefon ! T_________T

Belum kira ade produk nak kene review..sobs!~ tangan ade 2 jek otak ade 1 jek tapi benda nyer bercabang nak kene buat. Ade satu produk atas nama "besar" aku terpaksa tolak sebab rase macam tak boleh nak komit. Huhuu..maybe nextime ;)

Ubat stress yang biase bagi aku stress lagi Y_Y

Satu lagi, yang benar nyer aku ade benda nak share tapi rase nyer macam belum boleh nak share lagik..hi..hu..hu..hati ni meronta je nak cerita kat sini tapi selagi takde hitam putih aku tak berani nak cerita lagi. Tapi benda ni ade kaitan dengan "doa" yang pernah aku kirimkan kat kawan aku masa dia pegi umrah haritu [entry ni] dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas doa korang di entry tu jugak.

Oh ye, ingat tak kawan yang aku cakap aku anggap dia macam adik tu? Yang ade kanser paru-paru tu?[entry ni] Alhamdulillah dia dah selamat di operate dan ketumbuhan dia sebesar bola sepak tuh dah selamat dibuang! Juga, separuh paru-paru kanan dia dah dibuang. Alhamdulillah lagi sebab dia dah boleh balik ke rumah ;) operate hari jumaat dan isnin dah boleh balik! Lagi 3 minggu dia kene follow up untuk tengok ade lagi ke tak sel kanser  if ade dia kene start kimo tapi aku yakin dah takde! Wahhh..kemain aku yakin ;)

Korang doakan adik aku tu bebas dari sel kanser dan tak perlu dikimo tau ! Seronok tengok dia boleh gelak-gelak balik macam biase, macam orang tak sakit. Orang paling positif pernah aku kenal. Serius !

Lagi? Minggu ni minggu peperiksaan kan? Tempat percutian di cancel terus atas sebab sebab diatas..he..he..he..masih lagi rahsia. Sorry koranggggg..takut nak cerita tapi insya Allah aku akan bagitau nanti ;) promise.

Weekend ni nak bawak 3 ketul budak tu tengok angry bird macam yang abang Syahmi mintak tuh tapi nak rahsia-rahsia..nak book online abis ot nak bawak terus biar terkejut masing-masing ;) 

Monday, May 16, 2016

Dan, Apabila Sel-Sel Otak Berhubung!



Bila kiter kata "buat laaa nanti abah marah adik nantiiiii..." boleh pulak dia jawab "abah tak mawah adikkk..." sambil sengih ! Masalah nyer memang abah tu tak marah pun..kekekeke..
Suka hati adik lah dik! Bangun hujung minggu so semua pun tak lah mandi awal-awal walaupun semua bangun untuk solat subuh.

Hari sabtu ahad adalah hari sukahatikoranglahanak nak buat ape pun. Cukup time kita kemas rumah atau pun kita berjimba kat luar ;)

budak busuk!

Macam tu lah gaya nyer kalau tengok tv ! Kadang Syahmi sampai marah sebab kaki dia kebas, kadang marah sebab dia nak baring tapi adik sibuk nak baring kat kaki dia. Ha..ha..ha..kesian tengok Syahmi ni asyik la kene buli dengan adik-adik dia ;)

Yang kakak perangai lain asyik melaung je minta Syahmi amikkan itu amikkan ini tolong itu tolong ini yang adik gini pulak gaya nyer . Stress je dia..siap buat modal bergaduh laaaaa...aku pun kadang pujuk-pujuk Syakirah duduk dengan aku tengok tv dia tak nak so lantak ler koranggggg..hua..hua..hua..

Gambar Sufiya takde sebab dia tak nak orang amik gambar dia alasan dia kakak tak mandi lagi kakak tak cantik! Okey fineeeeeeeeeeeee~ dah besar kan masing-masing ! Y___Y

Friday, May 13, 2016

Terima Kasih EPHYRA | Cerita Dari Hati Mendatangkan Tuah.


Alhamdulillah! TQ Ephyra2u ~

Saja post entry ni hari jumaat sebab nak amik berkat hari jumaat. Alhamdulillah semalam dapat notification kat hp dari IG, Ephyra2u ade tag aku, ingatkan kenapa sekali diberitahu aku menang Ephyra Skin Nano Blogger Review Contest dari entry aku yang nie. Pemenang no.1 pulak tuh! Tak percaya okeh!

Jujur cakap aku buat entry tu bukan untuk contest pun. Serius tak teringat pun bab contest ! Tujuan aku buat entry tu semata nak bagitau pasal Ephyra Serum ni memang best~ Entry tu memang dari hati.

Even untuk review haritu pun aku tak tahu ade bayaran untuk blogger yang buat entry. Hu..hu..hu..baca e-mail gitu-gitu jek sampailah masa #sbb2016 ade blogger bagitau ada payment untuk kita yang buat review. Yang aku..ade eh?? Ha..ha..ha..sumpah tak tauuuuuuu tapi alhamdulillah payment pun dah dapat :)

Hadiah yang adik mok menang selfie tu ;)

Tak sangka pulak sebertuah ni. Jarang sangat aku ni bertuah tapi dengan Ephyra memang sherasi bershama kot.Hi..hi..hi..dari cabutan bertuah masa #sbb2016 menang hamper Ephyra, lepas tu adik mok selfie dengan mug Ephyra pun terpilih dapat hadiah istimewa dan sekarang no.1 ?

PERTAMA (RM 500 + PRODUK) - @izwa_0909 .
KEDUA (RM 300 + PRODUK) - @mrsjuliajohari .
KETIGA (RM150 + PRODUK) - @trisy7 .
KEEMPAT (RM100 + PRODUK) - @safurara .
KELIMA (RM 50 + PRODUK) - @hajarshikin .


Alhamdulillah menang RM500 & produk EphyraHarap ade air abam sado dengan serum lagi..wotwot~ ;) Btw..tahniah jugak buat dua adik ku yang cantik manis Julia Johari & Safura Fadhlan !


Terima kasih Ephyra2u dan Oceanlife2u ! Terima kasih jugak blogger femes emes adik Innanie Ariffin sebab kenalkan akak dengan Ephyra ni. Serius serasi sangat dengan kulit aku. Dah takde dah kulit kasar keras bersisik ! No more kertas pasir ;) Again, alhamdulillah syukur ~

Paling lawak bila cakap kat Syahmi "mama menang 500 ringgit!" dengan mata bulat dia cakap "haaaa boleh la bawak adik tengok wayang Angry Bird! Adik nak sangat tengok citer tuuu!" LOL~

Thursday, May 12, 2016

Lindungi Anak-Anak Melalui Salam Browser ! Apa Itu Salam Browser ?


Anak Dan Internet

Sesiapa yang ade anak sebaya anak-anak aku atau lebih besar sikit mesti alami masalah macam aku. Masalah ape? Ala anak-anak zaman sekarang ni umur 3-4 tahun pun dah pandai buka Ipad, Tab even hp kita sendiri. Jari tuuuuuu pandai sangat tekan icon Youtube atau Google tau! Dik mok tu kenal je icon Youtube tu yang mana. Kadang tu gerammmmm sangat.

Kadang tu bertambah geram kalau kita tak sempat duduk dengan dia, dia dah pandai tekan-tekan pilih sendiri cerita apa dia nak. Itu okey lagi tapi part yang paling tak okey ialah biler jari tu tertekan iklan yang ntah apa-apa ! Kadang tu ade iklan kartun game yang pakai baju seksi, ade kartun yang pakai bra dan sependa jek. Tu belum kire tertekan iklan yang err..err...kita sendiri tengok pun malu! Allah...semput nyawa nak tekan X laju-laju atau tekan skip kat iklan tu. Haishhh..

Iklan Yang Errr..Memalukan!

Kadang tu terpikir macam mana nak buat nie! Kita sendiri pun termalu bila tengok iklan tu, apa tah lagi anak-anak yang tengok mesti memberi "pandangan" dan "fikiran" yang tak elok kat dia orang. Apa nak buat? 

Selain selalu duduk sebelah masa dia orang main Ipad, aku letakkan syarat berapa lama dia orang boleh main Ipad juga setiap hari aku akan check history kat Youtube dan Google, aku sendiri terpaksa google atau cari apps nak sekat benda-benda macam nie. Tak banyak yang boleh bantu sampailah aku terbaca blog tuan Hasrul Hassan yang mana ade 1 perisian yang dinamakan SALAM BROWSER yang boleh menjadi satu alternatif untuk menyekat iklan-iklan yang tak berkenaan semasa anak layari internet! Wahhh..ini sudah bagus~

Apa Itu SALAM BROWSER ?

Salam Browser - Pelayar web dipacu teknologi Chromium yang menghormati adab Islam ! Nampak ? Bercirikan islamik yang terus mendapat perhatian aku! Serius. Ini yang aku perlukan !

Salam Browser

Salam Browser - pelayaran internet islamik yang mampu mengawal iklan-iklan yang tak berkenaan, sekaligus membantu ummah dalam mendidik anak! Okey bagus, suka sangat nieh! Salam Browser masih lagi dalam versi BETA yang diilhamkan oleh SBRO Online Safety Solutions yang berpangkalan di Malaysia! Wahh...

Salam Browser

Tapi oleh kerana ia masih di peringkat percubaan, amatlah dihargai maklumbalas dari kita-kita ni semua! Mungkin dengan bantuan kita Salam Browser dapat mempertingkatkan operasi mereka. Korang boleh juga explore Salam Browser ni dengan melayari atau men-download Salam Browser ini disini.

Lindungi Anak Kita !

Korang better download sama perisian ni untuk pantau anak-anak kita! Aku suka sangat apps ni sebab 1 memang sebab Islamik lah kan satu lagi tujuan dia adalah menghindari yang haram juga berbakti pada ummah. Ehh..macam-macam la yang bagus apps nie. Mana korang nak cari apps yang islamik?  Takde lagi kot ! So jangan lupa tau download Salam Browser ni untuk kebaikkan kita bersama ;)

SERIUS, aku suka sangat apps ni ! sebab apps ni bagus untuk kita.
Web : Salam Browser 

Tuesday, May 10, 2016

Sembang Selasa : Anak-Anak


Sori sembang pasal anak-anak lagi, harap tak boring. ;)

Pagi tadi lepas Sufiya habis solat subuh tak sempat baca doa lagi terus dia cakap "mama..cikgu cakap kakak dah boleh masuk quran isnin depan!" padahal mata aku dah jeling tajam sebab abis solat tak sempat baca doa dah nak bercakap! Grrr...urut dada mama kau ni pagi-pagi. 

He..he..he..aku selalu pesan, kalau nak ape-ape doa doa doa..doa banyak-banyak lagi-lagi lepas solat tuh jadi biler habis solat dia terus bercakap rase nak marah pun ade..keje mak dia orang ni nak marah jek! Tapi tak jadi la marah sebab biler dia cakap pasal dah boleh masuk Quran tu ;) terus sejuk hati..ha..ha..ha..ya ya ya drama queen!

Kesayangan ;)

Sufiya, macam aku bagitau kat entry lepas-lepas, Sufiya kan tak berapa sangat dengan aku sebab dia lebih kepada Eady. Sufiya ni macam aku punyer perangai..sebijik tapi benda lain Syahmi yang ikut sebijik. Nanti aku cerita kat bawah.

Jadi perkembangan Sufiya biase aku tahu melalui Eady dan cikgu-cikgu dia je. Kalau direct dari dia memang tak lah. Dia jarang bercerita dengan aku. Mungkin sebab aku garang sangat kot? Hmm..hmmm...tapi pagi tadi dia cakap kat aku terus rase.."Ya Allah..!" terus aku tanya dia "nak kene beli Quran ke untuk kakak?" Dia cakap "tak payah sebab kat sekolah ade Quran dah sekolah punyer" pastu aku cakap "kalau kakak nak Quran kakak cakap kat mama nanti mama belikan Quran warna warni okey? Khas untuk kakak tau" terus dia senyum-senyum.

Alhamdulillah, syukur je aku boleh cakap ;)

Syahmi, mengaji dengan ustaz kat sekolah agama dah sampai surah ape eh tadi dia cakap lupa dah tapi dengan Eady baru sampai Taurat kalau tak silap aku. Yang aku tahu dah jauh la dia mengaji. Last week tak sempat join kelas hafazan kat masjid area rumah! Rasa ralat dan rugi sangat sebab kelas tu 4 jam free pulak tuh :(

E-mail aku ke Masjid Negara & Masjid KLCC pasal kelas mengaji/hafazan/solat untuk cuti sekolah pun tak berbalas walaupun dah 2 minggu aku e-mail. Hmm..hmm..Syahmi nak sangat masuk kelas mengaji sebab dia nak jadi tahfiz dengan hafazan kata dia.

Korang doakan aku tau pasal aku nak masukkan dia kelas ni kat area office ni senang sikit pegi pagi aku hantar balik keje aku amik. Nak didik anak zaman sekarang ni nak kene pasang kuda-kuda agama dan iman. Besar cabaran kalau terlepa masa peringkat usia dia orang sekarang nie. Aku takut.

Doa kan aku tau!

Syakirah, hmmm..canne nak cakap kededek ni? Manja sangat dah tentu! Suka mengamuk kalau tak dapat ape dia nak! Grrrr....selain dari becok, dia sihat-sihat aje. Alhamdulillah. Lain biase-biase je ;)

Monday, May 09, 2016

Weekend Dan Hari Rimau


Hujung minggu korang buat apa? Hari Ibu disambut ke? Aku weekend full dengan aktiviti. Penat hoihh tapi gembira ;)

Sabtu

Macam biasa OT lah dari pagi sampai petang, tapi yang nak cerita part petang. Habis wayang tetibe rasa nak bawak 3 ketul budak tu tengok wayang citer THE JUNGLE BOOK! Terus laju-laju book online tengok petang tu jugak.

Benda wajib Syakirah minta!

THE JUNGLE BOOK aku bagi 5 bintang! Best giler! Macam-macam aksi ade, berdebar, terkejut, sedih, gembira..dari start sampai abis best! Takde part yang boring pun. Ehhh..macam aku pulak yang teruja lebih. Aku ke yang sebenar nyer nak tengok citer ni?? Ha..ha..ha..

Korang kalau ade anak dah darjah sila la bawak sebab citer ni best giler! ;)

Ahad

Ahad macam biase lah budak-budak tusyen tapi nak citer part sebelum pegi tusyen. Ade la budak tu datang kat mama dia dalam keadaan terkulat-kulat sambil belek duit singgit.

RM2 yang sangat bernilai

Dengan terkulat-kulat tu dia cakap "a..a..a..mama..kakak ade ni je nak bagi untuk mama untuk hari ibu..nanti malam kakak buat kertas tulis-tulis pulak ye untuk mama" 

Aku punyer la nak gelakkk tapi aku tahan aje! Ye lah Sufiya ni jarang la tunjuk perasaan dia kat kita orang, biase dia buat selambe badak dia jek. Aku cuma cakap "TQ, nanti malam mama tunggu kat kakak" sambil aku amik duit tu pastu masukkan kat tepi beg sekolah dia ;)

Takyah nak selamat hari ibu lah dengan mama korang nie, kalau nak sambut selamat hari ibu sila sambut dengan abah tu..ha..ha..ha..semua kan anak abah! ;) mama selamat hari rimau.

Sudah nyer malam kad pun takde, sebab lepas tusyen aku ke Sg. Buloh ziarah bos baru dapat baby baru. Borak punyer borak sampai dekat pukul 6 dah. Sampai rumah pun dah lepas maghrib. Selesai semua dia orang tido aku pun layan ABPBH29 yang boring tuh! Opppss!

See..weekend aku setiap minggu penuh. Kadang rase biler aku rehat nie?? Waktu tido je la kot. Tak zabar nak cuti next month walaupun tak dapat green light lagi dari big bos..ha..ha..ha..bis bos aku sapa lagi Eady musuh kesayangan aku tu lahhhhh~ ;) mana tau tetibe aku TERbook pastu dia TERpaksa redho je la kan..mua..ha..ha..ha.. (gelak jahat!)

Happy Monday korangggg..tak sompek nak blues ni haaaaaa! Semangat lain machiam. LOL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang