thumbnail

Wednesday, May 18, 2016

Ade ni Ha!


Ade ni ha...duk buka tutup blog buka tutup blog..nak citer ape pun tak tau padahal banyak benda nak kene share ni! Haishhh..keje banyak wehhh..tu belum kira layan call yang soalan nyer kelakar-kelakar separuh nak mati tahap nak kunyah gagang telefon ! T_________T

Belum kira ade produk nak kene review..sobs!~ tangan ade 2 jek otak ade 1 jek tapi benda nyer bercabang nak kene buat. Ade satu produk atas nama "besar" aku terpaksa tolak sebab rase macam tak boleh nak komit. Huhuu..maybe nextime ;)

Ubat stress yang biase bagi aku stress lagi Y_Y

Satu lagi, yang benar nyer aku ade benda nak share tapi rase nyer macam belum boleh nak share lagik..hi..hu..hu..hati ni meronta je nak cerita kat sini tapi selagi takde hitam putih aku tak berani nak cerita lagi. Tapi benda ni ade kaitan dengan "doa" yang pernah aku kirimkan kat kawan aku masa dia pegi umrah haritu [entry ni] dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas doa korang di entry tu jugak.

Oh ye, ingat tak kawan yang aku cakap aku anggap dia macam adik tu? Yang ade kanser paru-paru tu?[entry ni] Alhamdulillah dia dah selamat di operate dan ketumbuhan dia sebesar bola sepak tuh dah selamat dibuang! Juga, separuh paru-paru kanan dia dah dibuang. Alhamdulillah lagi sebab dia dah boleh balik ke rumah ;) operate hari jumaat dan isnin dah boleh balik! Lagi 3 minggu dia kene follow up untuk tengok ade lagi ke tak sel kanser  if ade dia kene start kimo tapi aku yakin dah takde! Wahhh..kemain aku yakin ;)

Korang doakan adik aku tu bebas dari sel kanser dan tak perlu dikimo tau ! Seronok tengok dia boleh gelak-gelak balik macam biase, macam orang tak sakit. Orang paling positif pernah aku kenal. Serius !

Lagi? Minggu ni minggu peperiksaan kan? Tempat percutian di cancel terus atas sebab sebab diatas..he..he..he..masih lagi rahsia. Sorry koranggggg..takut nak cerita tapi insya Allah aku akan bagitau nanti ;) promise.

Weekend ni nak bawak 3 ketul budak tu tengok angry bird macam yang abang Syahmi mintak tuh tapi nak rahsia-rahsia..nak book online abis ot nak bawak terus biar terkejut masing-masing ;) 

18 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah ..
Selamat adik menjalani pembedahannya Idzwa..
Semoga terus diberi kesembuhan..

el said...

Alhamdulilah semua baik2 hendaknya
tak sabar nak dengar apa yg rasia sgt tu oiiii
good luck adik2 exam nanti
amboii adik2..hang igt hang muda belia ka hahaha okbai

Encik Suami said...

saya doakan agar adik awak bebas dari penyakit merbahaya dan dikurniakan kesihatan yang baik.In Shaa Allah.

Inani Hazwani said...

Alhamdulillah. Moga moga dah tak ada lah kan sel kanser tu. Good luck anak anak syurga untuk exam :)

Kakcik Nur said...

Syukur untuk semua perkara baik yang datang. Yang 'tak baik' itu sebenarnya satu 'peperiksaan' buat hambaNya...

Eh...Ahad lepas Izwa pergi tak kat PJ tu? Mak tak nampak sesiapa pun ada 'bercerita' tentangnya. Mak tak dapat pergi sebab ada urusan keluarga.

Nurhidayu said...

Gud luck Syahmi & Sufiya

Kakzakie Purvit said...

Banyak merancang mengharap semuanya baik-baiklah dipenghujungnya
Buat ujian diberi kena kuatkan diri kerana selagi kita hidup pasti ada ujian. Bersyukur kerana itu tanda Allah nampak kita.

Pergilah menonton selagi anak-anak masih nak mengulek di keliling. Nanti mereka dah keluar duduk asrama susah dah nak dpt peluang itu.

Nieyl said...

wah!beruntung la anak²..
mama nyer suka buat surprise!
Insya'Allah..nieyl doakan semoga kawan akak terus sembuh dan sentiasa berfikiran positif..♥

mun said...

seronok ler dorg kalau dapat tgk citer angry bird tu nnt yer..hehe

Hanis Azla said...

As-salam Izwa,

Alhamdulillah.. seronok dengar berita baik tentang teman izwa tu.. semoga dia terus diberikan kesembuhan dan kebahagiaan yang berpanjangan.. in shaa ALLAH.. wah.. bestnya nak tengok angry bird hujung minggu ni.. tentu anak2 suka.. :)

aRz MoHa said...

wah...banyak rahsia rahsia ni....

ok...bila buat kejutan anak-anak mesti seronok...hidup ni kena enjoy

sudipVSsenduk said...

moga diberikan kemudahan olehNya.

Khir Khalid said...

Semoga adik idzwa dipermudahkan segalanya dan diberi kesembuhan segera... aamiin ya Rabbalalaamiin.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah....sumanya berita gembira.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Ada kejutan macam ni mesti anak-anak suka. Semoga sentiasa sihat hendaknya.

LYAfrina said...

syukur alhamdulillah utk kwn izwa tu..

doakan lya jgk ye.. dlm proses penyembuhan..harap sel kanser x merebak & tak perlu kimo..tp bhgian operate lya mbengkak & sakit..xtau la mcm mana ni.. ;-(

hainom OKje said...

Moga urusan adik tu dipermudahkan dan cepat sembuh.....
Namanya pun kerja Izwa memanglah bizi..... mak ni pun bizi jugak tau..... bizi lipat baju haha

Julia Johari said...

InsyaAllah kak izwa...dok dalam kl pun byk tau port boleh berjalan dan travel...no hal kan kak izwa...janji utamakan yg penting dulu...happy for u sis...setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...inilah mukjizat Allah simpan utk sis tau...syukur nikmat!

Di doakan semoga adik dipermudahkan urusan...dan kembali sihat seperti biasa...ujian Allah sebab dia sayang kita kak...kita ni byk lg nak harung ke depan...gogoogo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang